Selamat Datang ke Ruai Aman. Blog Berinformasi dan BerilmiahTerima kasih atas kunjungan anda. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

Welcome To My Ruai

Mar 16, 2011

Kesan Radiasi Nuklear

Baru-baru ini negara-negara di dunia digemparkan dengan laporan letupan loji nuklear [ Fukushima Daiichi] di Jepun ekoran tsunami yang melanda negara ninja tersebut. Rakyat Jepun khususnya trauma dan resah dengan kejadian tersebut. Malah, melihatkan kesan buruk letupan loji tersebut, rata-rata rakyat Malaysia meminta kerajaan menimbangkan semula niat untuk membangunkan loji nuklear.

Berikut ialah kesan radiasi nuklear ke atas manusia;
i. Pendedahan kepada radiasi berukuran 100 Rems
- Merosakkan sistem peredaran darah [sel limfosit darah akan berkurangan].
- Simptom awal radiasi peringkat ini ialah selesema.

ii. Pendedahan kepada radiasi berukuran 100 Rems
- Menyebabkan kerosakan saluran peranakan.
- Rambut akan gugur dengan lebih cepat
- Kerosakan saluran usus [mengakibatkan mual, muntah dan cirit-birit]

iii. Pendedahan kepada radiasi berukuran 1000 - 5000 Rems
- Menyebabkan kerosakan pembuluh darah dan mengakibatkan kegagalan jantung untuk berfungsi [kematian].

iv. Pendedahan kepada radiasi berukuran melebihi 5000 Rems
- Menyebabkan kerosakan sel otak.
- Membunuh sel saraf.
- Kerosakan pembuluh darah dalam jantung.

v. Dalam paras tertentu, iodin radioaktif boleh merosakkan kelenjar tiroid yang mengawal metabolisme manusia [pengeluaran tenaga manusia].

vi. Kesan jangka panjang: mangsa berdepan dengan risiko dijangkiti barah limfoma dan leukimia.

Mengawal Gas Rumah Hijau

Gas rumah hijau boleh menggugat kestabilan iklim dunia. Justeru, Pertubuhan Pembangunan Perindustrian, UNIDO iaitu sebuah agensi PBB, telah mencadangkan beberapa langkah untuk memastikan suhu dunia tidak naik melebihi 20 darjah selsius. Antara langkah yang dicadangkan ialah;

i. Kecekapan tenaga
- Menurut hasil kajian UNIDO, purata kecekapan tenaga dunia ialah 26%. Angka ini perlu ditingkatkan untuk membantu negara-negara sedang membangun agar supaya berada sama paras dengan negara maju.

ii. Penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui
- Tenaga yang boleh diperbaharui membekalkan 21% tenaga yang diperlukan oleh sektor industri menjelang tahun 2050.
- Ia mencukupi untuk menangani bencana kemarau, banjir, ribut melampau, kenaikan paras air dan kecairan ais di kutub akibat perubahan iklim.
- Contoh: tenaga solar, angin dan biojisim.

iii. Pengumpulan semula gas rumah hijau
- Langkah ini akan digunakan selepas semua langkah i dan ii dilaksanakan.
- Teknologi ini sedang pesat dibangunkan untuk kegunaan stesen jana kuasa dan dalam peralatan perindustrian.

Pembuat dasar di sesebuah negara harus lebih tegas dan peka dalam menggariskan pelan penggunaan tenaga yang lebih bersih agar kesan gas rumah hijau dapat dikurangkan. Subsidi dan sokongan kerajaan amat penting agar penggunaan tenaga yang lebih lestari dapat disebar luas bagi mengurangkan peggunaan tenaga yang tidak boleh diperbaharui seperti bahan api fosil yang mengandungi karbon dioksida.
* UNIDO ialah agensi yang berperanan mempromosikan pembangunan lestari dalam sektor industri di negara-begara sedang membangun.

Mar 9, 2011

Koleksi Soalan Siri 5

Bahagian A

Arahan: Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [25 markah]

1. Kajian Kementerian Kesihatan mendapati rakyat Malaysia mengambil gula dua kali ganda lebih daripada had yang disarankan. Kajian ini mendapati gula menjejaskan kesihatan pengguna. Langkah-langkah pengawalan pengambilan gula yang berlebihan hendaklah dilakukan oleh pengguna itu sendiri. Bincangkan.

2. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak berwajib untuk memupuk semangat membaca dalam kalangan masyarakat di Negara ini. Walau bagaimanapun, usaha-usaha tersebut masih samar hasilnya. Masyarakat lebih gemar membaca bahan bacaan picisan berbanding bahan bacaan berilmiah. Huraikan faktor yang menyebabkan gejala ini berlaku dan berikan saranan bernas untuk mengatasinya.

Bahagian B
Arahan
: Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [25 markah]

3. Tekonologi laser telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penggunaan ini member manfaat yang sangat besar kepada pembangunan negara.
Jelaskan faedah penggunaan laser kepada manusia manusia sejagat.

4. Penilaian Kesan Alam Sekitar [EIA] yang ketat harus dilakukan sebelum sesuatu projek pembangunan di kawasan hutan diluluskan. Laporan ini amat penting untuk memastikan ekologi dan ekosistem alam sekitar tidak terjejas. Huraikan kesan-kesan pemusnahan hutan dan langkah yang patut dilakukan untuk menangani masalah ini.


Bahagian C
Arahan
: Jawab dua soalan sama ada soalan 5a atau 5b dan 6a atau 6b.[20 markah]

5a. ”...Hari Wanita merupakan salah satu pentas pengiktirafan kerajaan kepada golongan wanita. Golongan wanita bukan hanya berperanan dalam institusi kekeluargaan malah mencakupi aspek yang lebih luas. Peranan dan sumbangan wanita hari ini dalam pelbagai lapangan seperti politik, ekonomi, kebudayaan dan keselamatan tidak boleh lagi dipandang sebelah mata. Diskriminasi terhadap golongan hawa ini tidak sepatutnya wujud dalam zaman ini...”
[Dipetik dan diubahsuai daripada Dewan Masyarakat, Jun 2009]

5a [i] Nyatakan salah satu bentuk pengiktirafan kerajaan ke atas sumbangan golongan wanita di negara ini.

5a [ii] Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 pata perkataan, huraikan sumbangan wanita di dalam bidang ekonomi dan politik.

ATAU

5b [i] “…Secara umum, Sekolah Wawasan merujuk kepada tiga aliran sekolah yang berbeza iaitu SK, SJK (C) dan SJK (T) ditempatkan dalam satu perkarangan yang besar dengan harapan integrasi kaum dapat diwujudkan melalui aktiviti sekolah seperti aktiviti kokurikulum. Walaupun penerangan tentang konsep Sekolah Wawasan sudah dijelaskan oleh kerajaan, namun masih ada pihak memberikan reaksi yang kurang menyenangkan…”
[Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Masyarakat, Jun 2009]

5b [i] Apakah yang dimaksudkan dengan Sekolah Wawasan?

5b [ii] Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan kebaikan Sekolah Wawasan dalam aspek perpaduan negara.

DAN

6a. “...Kanak-kanak indigo ialah kanak-kanak yang menonjolkan persepsi luar deria [ESP] atau keupayaan yang tidak dapat dijelaskan dari segi saintifik atau akliah. Kanak-kanak indigo berkebolehan membayangkan perasaan orang lain, menterjemahkan sebarang keadaan spiritual, paranormal dan ghaib. Mereka dapat menyelesaikan beberapa kes jenayah berprofil tinggi. Mereka diberi kepercayaan membantu pihak polis...”
[Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Kosmik, Februari 2009]

6a [i] Siapakah kanak-kanak indigo?

6a [ii] Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan bagaimana kanak-kanak dapat membantu pihak polis.

ATAU

6b “…Makanan organik semakin popular di negara kita, terutamanya bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti asma, barah dan alah kepada bahan sesuatu bahan kimia. Makanan organik sebenarnya dihasilkan tanpa penggunaan baja, racun serangga, bioteknologi, pertumbuhan hormone, iradiasi dan antibiotik. Lantaran sifatnya demikian, makanan organik lazimnya dirujuk sebagai makanan yang asli dan dikaitkan dengan makanan golongan kaya…”
[Dipetik dan diubahsuaikan daripada Majalah Estidotmy, Julai 2005]

6b [i] Apakah yang dimaksudkan makanan organik?

6b[ii] Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan faktor makanan organik mahal harganya.

Format Peperiksaan Kertas PA

Bentuk Peperiksaan :
Mengikut Format Baru Peperiksaan STPM 2005


PENGAJIAN AM KERTAS 1 (900/1)
Bahagian
: Bahagian Kenegaraan, Bahagian Dasar Dalam dan Luar Negara, Bahagian isu semasa serta penyelesaian masalah.

Jumlah soalan: 60 soalan(Aneka Pilihan).Jawab semua soalan.

Jumlah markah: 60

Masa: Dua (2) jam

Wajaran: 37.5%



PENGAJIAN AM KERTAS 2 (900/2)
Bahagian: A, B, C, D dan E

Masa: 3 jam

Wajaran: 62.5%


Bahagian A: Esei laras sastera.
- 2 soalan (Jawab satu sahaja)
- Jumlah markah: 25

Bahagian B: Esei laras sains.
- 2 soalan (Jawab satu sahaja)
-Jumlah markah: 25

Bahagian C: Kefahaman dan ulasan teks.
- 4 petikan (2 petikan laras sastera dan 2 petikan laras sains)
- Jawab satu petikan bagi setiap laras.
- Jumlah markah: 20

Bahagian D: Mengalih bentuk teks linear kepada bukan linear
- Jumlah soalan: 2 soalan (Jawab satu sahaja)
- Jumlah markah: 15

Bahagian E: Mengalih Bentuk teks bukan linear kepada linear
- Jumlah soalan: 2 soalan (Jawab satu sahaja)
- Jumlah markah: 15

Gaya Hidup Sihat

Sepintas lalu
Penyebab utama kematian di Malaysia adalah penyakit kardiovaskular yang terdiri daripada penyakit jantung koronari dan angin ahmar atau strok. Hampir 30 % kematian yang disahkan oleh doktor di Malaysia disebabkan penyakit kardiovaskular.

Di antara punca utama kematian penyakit kardiovaskular adalah penyakit jantung koronari yang merupakan 18 % daripada kesemua kematian di negara kita. Penyakit jantung koronari adalah merupakan pembunuh utama diikuti dengan angin ahmar/strok


Faktor risiko utama penyebab penyakit jantung koronari dan angin ahmar/strok:
• Gaya hidup tidak aktif atau sedentari.
• Amalan pemakanan yang tidak sihat.
• Tabiat buruk merokok.

Kadar kemasukan kes kardiovaskular adalah hampir 500 orang bagi setiap 100,000 penduduk, ini bermakna bagi setiap 1,000 orang, 5 orang akan dimasukkan ke hospital kerajaan akibat penyakit kardiovaskular.

Penyakit diabetis juga berkait rapat dengan gaya hidup yang tidak aktif. Ini juga merupakan salah satu faktor risiko utama untuk penyakit jantung.
Kanser juga merupakan pembunuh utama kelima di Malaysia ( 9.0 % daripada keseluruhan kematian ). Kanser payudara juga dikaitkan dengan gaya hidup tidak aktif adalah merupakan penyebab utama kematian akibat kanser di kalangan wanita di negara ini.



1. Elakkan daripada mengamalkan cara hidup sedentari
Cara hidup sedentari merangkumi;
• Gaya hidup yang tidak aktif.
• Tidak mengamalkan senaman dengan tetap.
• Banyak menghabiskan masa tanpa pergerakan yang secukupnya.
• Pekerjaan seharian yang tidak banyak menggunakan tenaga atau keringat

2. Era globalisasi kini telah mendedahkan para remaja dengan pelbagai gaya hidup dan persekitaran yang amat luas dan mencabar. Cabaran dan dugaan yang luas ini adalah tidak terhad, termasuklah aktiviti kehidupan peribadi mereka yang menyangkut aktiviti seksual. Pada asasnya, aktiviti seksual remaja kini berlaku akibat daripada aktiviti gaya hidup
bersosial yang terlalu bebas dan tiada had. Kajian klinikal di Amerika mendapati bahawa golongan remaja dan belia yang berusia antara 17 dan 30 tahun adalah golongan yang paling ramai dijangkiti pelbagai penyakit jangkitan seks.

Gaya hidup sihat adalah gaya hidup yang mengutamakan amalan kesihatan dan pencegahan jangkitan penyakit. Trend semasa menunjukkan bahawa kebanyakan penyakit merbahaya berlaku akibat daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat. Malah, kebanyakan jangkitan oleh
bakteria, virus dan kulat juga disebarkan oleh aktiviti gaya hidup yang tidak sihat ini. Sebagai contohnya, penyalahgunaan dadah boleh menyebarkan HIV yang mengakibatkan AIDS. Ketagihan alkohol pula boleh menyebabkan penyakit kongenital, sindrom otak organik dan lain-lain. Perlakuan seks bebas boleh menyebabkan jangkitan penyakit kelamin seperti syphilis, gonorrhea, chlamydia, herpes dan sebagainya, termasuklah AIDS. Gaya pemakanan yang tidak seimbang pula boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular, obesity, kencing manis, darah
tinggi dan sebagainya.

Di seluruh dunia, amalan gaya hidup seks bebas dan tidak sihat telah menjadi punca utama pelbagai penyakit jangkitan seks seperti yang telah disebutkan di atas. Dan kini, insiden ini amat ketara pula di kalangan remaja. Menurut anggaran WHO atau World Health Organization, setiap tahun, setiap seorang daripada 20 orang remaja akan dijangkiti penyakit kelamin. Dan daripada 333 juta kes baru penyakit jangkitan kelamin, 111 juta kes berlaku di kalangan belia berusia bawah 25 tahun. Jangkitan syphilis akan meningkat ke tahap tertinggi bagi golongan berusia antara 15 dan 30 tahun berbanding kumpulan umur lain. Setiap tahun, purata lebih daripada separuh kes baru HIV adalah di kalangan belia berusia antara 15 dan 24 tahun. Di Amerika,
terdapat 2 kes baru jangkitan HIV dalam tempoh satu jam, manakala di Malaysia terdapat 13 jangkitan baru setiap hari, sebagaimana menurut Kementerian Kesihatan (BH, Mei 17, 1999).

Remaja pula sebagai satu kelompok yang kurang matang (walaupun waras) sering gagal menilai implikasi tersebut. Apa yang terlintas di fikiran mereka hanyalah keseronokan tanpa menilai risiko dan kerugian yang akan dialami kemudian.

Kerajaan yang semakin bimbang dengan tahap kesihatan dan kecergasan rakyatnya hari ini melancarkan kempen Malaysia Cergas dengan mesej Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya orang ramai menjadikan cara hidup sihat sebagai satu budaya baru. Empat buah kementerian akan bergabung bahu bagi menggerakkan program di bawah Majlis Kecergasan Kebangsaan (MKK) dengan cogan kata berbunyi: Ke Arah Malaysia Cergas, Sihat dan Bersatu. Empat kementerian itu ialah Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional).

Menyedari golongan remaja sebagai aset penting kepada masa depan negara turut mendorong usaha merancakkan semula Prostar dan ini dapat disaksikan menerusi Kembara Prostar ke seluruh negara bagi tujuan kempen menyedarkan mereka terhadap bahaya HIV AIDS tersebut.
kekuatan sesebuah negara banyak bergantung kepada rakyat yang sihat sebagai sumber bagi menggerakkan pertahanan dan pembangunan. Abdullah seterusnya menasihatkan golongan remaja agar tidak mengabaikan kepentingan penjagaan kesihatan dan sama-sama menjayakan program kecergasan dan gaya hidup sihat yang dianjurkan oleh kerajaan untuk mereka.

Pemanasan Global

Senario
BANJIR di Malaysia biasanya sinonim dengan negeri-negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Pahang dan Terengganu. Setiap tahun, terutama sekali pada bulan November dan Disember, ketiga-tiga negeri tersebut sering dilanda banjir. Ia berlaku ekoran hujan lebat akibat tiupan angin monsun timur laut. Bagaimanapun akhir-akhir ini, banjir di Malaysia bukan lagi terhad di Pantai Timur. Ia telah mula merebak ke negeri-negeri lain. Malah bandar raya Kuala Lumpur pun tidak terkecuali daripada bencana banjir.

Laporan Stern yang baru dikeluarkan di United Kingdom (UK) awal tahun ini melaporkan purata suhu dunia dijangka meningkat 5 darjah Celsius.
Jika itu berlaku dianggarkan lebih daripada 200 juta penduduk dunia akan kehilangan tempat tinggal ekoran peningkatan paras air laut, banjir luar biasa dan juga musim kemarau yang serius. Ada yang meramalkan pada tahun 2100, paras air laut akan naik di antara 7 hingga 23 inci. Ini akan menenggelamkan banyak pulau di dunia.


Pemanasan global
Apakah itu ‘pemanasan global’? Adakah ia suatu kejadian tidak normal atau sebaliknya? Sebenarnya fenomena rumah hijau yang membuat dunia ini panas secukupnya untuk keselesaan hidupan. Gas-gas termasuk karbon dioksida dan methana membolehkan cahaya matahari meresap ke bumi, di samping menghalang sebahagian dari haba panas itu kembali ke udara. Inilah yang dinamakan kesan rumah hijau.
Tetapi, masalahnya timbul apabila karbon dioksida mencapai tahap terlalu tinggi dalam udara. Ia boleh menyebabkan kepanasan meningkat secara mendadak. Fenomena inilah yang dinamakan pemanasan global.


Punca Pemanasan Global
1. Kesan rumah hijau
Kesan ini terjadi apabila sebahagian besar tenaga dari Matahari yang sampai kepermukaan Bumi tidak dipantulkan semula keluar ke angkasa lepas, malah diserapi oleh atmosfera kita.
Gas-gas tertentu seperti karbon-dioksida, methane dan nitrogen oksida, yang juga lutsinar dalam gelombang tampak, adalah legap dalam sinaran inframerah. Mereka menyerap tenaga tersebut menjadikan atmosfera kita panas.
Besar kemungkinan kesan rumah hijau dan pemanasan global ini, yang mencepat sejak kurun ke-19, berpunca dari kesan aktiviti manusia keatas alam sekitar. Kebanyakan gas yang mempunyai ciri-ciri kesan rumah hijau telah dilepaskan ke atmosfera melalui aktiviti-aktiviti moden yang menggunakan fossil fuel di dalam industri dan kenderaan. Ia juga boleh disebabkan oleh aktiviti agrikultur tertentu seperti ternakan lembu

2. Pelepasan Karbon Dioksida
- Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18. . Perubahan penggunaan tanah menyumbang 30 peratus pelepasan karbon dioksida. Kesan rumah hijau lebih hebat dan iklim dunia akan berubah secara mendadak, tanpa dapat dibendung lagi.

Impak pelepasan karbon dioksida tidak difahami ramai kerana gas tersebut tidak berbau dan bukan toksik.
IPCC mendesak seluruh kerajaan dan penduduk dunia menstabilkan tahap karbon dioksida di atmosfera. Bagi menghapuskan konsentrasi karbon dioksida di dalam atmosfera, ianya mengambil masa antara 200 atau 300 tahun .

Mulai abad ke-18 majoriti warga dunia menggunakan bahan bakar fosil daripada sumber asas air atau kayu . Dunia ada banyak alternatif tetapi kita tidak menggunakannya secara bijak. Kita terlalu bergantung kepada bahan bakar fosil. Negara seperti India dan China tidak setuju dengan pengurangan pengggunaan bahan bakar fosil. 2 bilion penduduk di India dan China menggunakan bahan bakar fosil secara keterlaluan.

3. Tenaga Alternatif
Tenaga alternatif seperti tenaga nuklear dan solar sebagai alternatif yang berdaya maju.


Kesan pemanasan global
1. Glasier mencair dan tahap air laut meningkat sebanyak beberapa puluh sentimeter. Ketebalan ais di kutub juga menjadi kurang.

2. Kesan ini dapat dirasai oleh manusia dengan kekerapan banjir, kemarau panjang, kekurangan air minuman, sebaran penyakit malaria, kekurangan zon tepi laut atau kekurangan bilangan pulau.

Suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90an. Kajian mendapati iklim panas melampau di Perancis , iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan "permafrost (lapisan tanah yang kekal beku di rantau paling sejuk) terutamanya di rantau Artik. Ahli sains meramalkan keseluruhan ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2099. Litupan ais Greenland dan Antartika Barat akan mencair . Paras laut akan meningkat kira-kira 7 meter secara mendadak.
Sumber ekosistem yang ada telah digunakan ke paras maksimum dengan penangkapan ikan berlebihan dan pemupusan kawasan besar hutan. Enam bilion penduduk dunia kini menggunakan sumber asli bumi secara berlebihan dan tidak terkawal . Jika pemanasan global berterusan , manusia dan tamdunnya akan pupus sebagaimana pupusnya dinosaur.
Ramalan saintis menunjukkan peningkatan 7.0 meter paras laut, kawasan rendah seperti Kuala Muda (Kedah) dan Kelantan akan ditenggelami air. Keadaan monsun akan bertukar sama sekali kerana kita akan menerima lebih banyak hujan sewaktu monsun timur laut, yang bermakna lebih banyak kejadian banjir.

Kesedaran rakyat Malaysia dan amnya masyarakat dunia sukar ditingkatkan. Hanya 3 /10 rakyat Malaysia yang prihatin kepada isu-isu alam sekitar. Kejadian Tsunami 2004 dan banjir besar di Johor adalah pengajaran terbaik .Mendidik bukanlah untuk membuat mereka cemas tetapi meminta mereka bertindak secara betul dan tepat.
Kajian juga mendapati perubahan iklim boleh menjadi punca meningkatnya pelbagai penyakit seperti wabak taun, demam berdarah dan malaria.
Bencana yang diakibatkan perubahan iklim dianggarkan menyebabkan kerugian ekonomi sebanyak AS$150 bilion setahun.


Bagaimana menyelesaikannya?
Laporan Stern mencadangkan tiga hala cara ;
1. Pertama kita perlu mewujudkan sistem dagangan karbon antarabangsa, di mana pelepasan karbon dioksida dapat dijual beli.

2. menggalakkan penggunaan teknologi kurang bergantung kepada karbon. Kita perlu cari tenaga alternatif yang lebih lestari.

3. pihak industri perlu meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dalam proses-proses yang dipakai di kilang-kilang.


Langkah penyelesaian yang lain
4. Protokol Kyoto adalah satu usaha antarabangsa di mana perjanjian dirumuskan bagi mengekang peningkatan gas rumah hijau. Bagaimanapun ramai akui ia tidak begitu berkesan dalam implementasinya. Ini kerana banyak negara utama yang tergulung antara yang paling tinggi pelepasan gas rumah hijaunya belum merestui Perjanjian Kyoto. Dan mereka tidak akan mengenakan langkah drastik bagi mengurang tahap gas rumah hijau yang mungkin akan menjejas perkembangan ekonomi mereka.

Ramai percaya penyelesaian yang lebih bermakna adalah menerusi teknologi penggunaan tenaga yang lebih efisien. Di banyak negara maju di mana tenaga fosil dikenakan cukai yang tinggi, usaha dijalankan bagi mengurang kegunaan tenaga. Di negara-negara Kesatuan Eropah (EU) umpamanya, syarikat dan kerajaan terpaksa mencari sistem guna tenaga yang lebih efisien.

5. Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca (IPCC) ditubuhkan pada 1988 oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia serta Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kegiatan terasnya adalah menyemak dan menilai maklumat saintifik, teknikal dan sosio-ekonomi yang terkini. Saintis alam sekitar telah ditempatkan dipelbagai lokasi strategik dan mengumpulkan laporan ilkim dan cuaca seluruh dunia secara sistermatik.

6. Tenaga alternatif seperti tenaga nuklear dan solar sebagai alternatif yang berdaya maju. Malaysia perlu meneroka dan mempelajari sendiri tenaga nuklear sebagaimana Korea dan Jepun. Malaysia menerima 300 hingga 400 watt satu meter persegi cahaya matahari.

7. Hasilnya, mereka sepakat untuk menjadikan pertemuan Kerangka Konvensyen Terhadap Perubahan Cuaca PBB (UNFCCC) ke-13 di Bali pada Disember ini untuk menggubal perjanjian baru menggantikan Protokol Kyoto yang tamat pada 2012.

8. Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada 1992 merupakan permulaannya.
Negara maju dengan lagaknya enggan berkongsi kemakmuran untuk memberi pampasan kepada negara membangun dan miskin yang berusaha melakukan usaha-usaha mengawal pemanasan global.
Negara membangun dan miskin pula hanya pandai berteriak meminta bantuan sedangkan tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk memulihara alamnya. Hutan hijaunya digondol sesuka hati manakala kawasan bukit-bukau ditarah untuk pembangunan.

Protokol Kyoto [1997]- bertujuan untuk memaksa negara industri untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengurangkan pencemaran udara yang memburukkan kesan rumah hijau. Tidak disokong oleh AS yang merupakan penyumbang terbesar pencemaran.
"Kita akan mewariskan dunia yang amat panas kepada anak, cucu dan cicit kita."
Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah, ketua Jabatan Geografi, Universiti Malaya dengan Bernama pada 31 Mei 2007

Hidroponik

Pengertian Hidroponik
- Hidroponik ialah satu kaedah penanaman sayur-sayuran yang tidak menggunakan tanah.
- Terdapat 2 kaedah hidroponik; sistem takungan dan sistem pengaliran nutrien.


Kelebihan Hidroponik
1. Sistem ini boleh dipraktikkan pada kawasan yang tidak sesuai untuk penanaman secara biasa seperti tanah bertoksik, padang pasir dan lain-lain;

2. Sayur-sayuran akan cepat tumbuh dan mengeluarkan hasil yang berkualiti tinggi;

3. Bersih dan bebas daripada sebarang racun makhluk perosak;

4. Tidak perlu merumpai, menyiram dan mencangkul;

5. Penggunaan air dan baja yang terkawal dan efisien;

6. Pulangan hasil seunit kawasan bagi seunit masa adalah tinggi.

7. Tidak memerlukan tanah sebagai media tanaman.

8. Akar pokok boleh dipantau dengan cara mengangkat pasu dan melihat akarnya.

9. Pembaziran baja tidak berlaku; kerana air baja sentiasa dikitar semula

10. Hasil tanaman boleh di makan keseluruhanya, sebab akarnya bebas dari kotoran dan penyakit.

11. Penyakit pokok tanaman dapat dikurangkan kerana banyak penyakit akar/pokok berpunca dari kandungan tanah


Kelemahan Hidroponik
1. Hanya sesuai untuk tanaman tertentu; berakar serabut

2. Mengurangkan penggunaan tanah; tanah terbiar tidak diusahakan


Langkah mempromosikan kaedah hidroponik di Malaysia
1. Peranan kerajaan
- Memberi bantuan kewangan / penyelidikan / menyediakan pusat khidmat latihan / memberi galakkan dan dorongan kepada pihak yang ingin mengusahakan kaedah ini.
- Mengadakan perkongsian pintar dengan pakar dari luar

Projek Perumahan Terbengkalai

Definisi projek perumahan terbengkalai ialah apabila:-
i. Kerja-kerja pembinaan dan pemajuan di tapak terhenti selama 6 bulan atau lebih secara berterusan sama ada di dalam tempoh masa siap atau di luar masa siap sepertimana ditetapkan di dalam Surat Perjanjian Jual dan Beli.

ii. Pemaju-pemaju mengakui tidak berupaya untuk meneruskan projek.

iii. Pengawal Perumahan berpendapat sesuatu pemaju tidak dapat meneruskan lagi tanggungjawab mereka sebagai pemaju.


Kesan Projek Perumahan Terbengkalai
Projek perumahan terbengkalai ini membawa pelbagai masalah bukan sahaja kepada pembeli tetapi kepada semua pihak antaranya :

1. Pembeli dibebani dengan hutang pinjaman sedangkan rumah tidak siap

2. Kerajaan negeri hilang hasil kutipan cukai tanah dan cukai pintu

3. Perumahan terbengkalai mendatangkan risiko kesihatan seperti pembiakan nyamuk aedes yang menyebabkan demam denggi

4. Perumahan terbengkalai mendatangkan risiko keselamatan seperti sarang penagih dadah, sarang penjenayah serta binatang liar.

5. Mencacatkan pemandangan

6. Pelabur, pemaju hartanah dan pembeli sendiri akan takut melabur dan membeli di negeri yang mempunyai banyak projek perumahan terbengkalai.


Langkah menangani masalah Projek perumahan terbengkalai
1. Pengambil alihan projek perumahan terbengkalai telah dapat menangani sebahagian besar permasalahan perumahan terbengkalai. Ini dapat dilihat dengan penurunan kadar jumlah perumahan terbengkalai.

2. Tindakan undang-undang akan diambil ke atas pemaju kerana kegagalan mereka menyiapkan projek tersebut menyebabkan penduduk lain terancam.
pemaju perlu bertanggungjawab terhadap projek yang mereka laksanakan.

3.Pihak pemaju boleh diheret ke mahkamah kerana perkara itu. Bila sesebuah projek gagal disiapkan ia akan terus menjadi semak samun. Aktiviti tidak sihat seperti penagihan dadah dan penyakit sosial akan berlaku,"

4. Konsep bina dan jual atasi perumahan terbengkalai
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) bereaksi terhadap cadangan kerajaan kerana langkah itu akan memberikan kesan negatif iaitu Industri pembinaan rumah akan mengecut kerana pemaju kecil terpaksa gulung tikar kerana tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk membina rumah sebelum boleh menjualnya.
Persatuan Pembeli Rumah (HBA) telah mendesak kerajaan melaksanakan konsep bina dan jual.

5. Peranan kementerian mengambil beberapa langkah seperti memperketatkan prosedur pengeluaran lesen pemaju perumahan dengan menitikberatkan aspek keupayaan kewangan.

6. Melaksanakan peraturan Akauan Pemaju Perumahan 1991 yang mana pemaju disyaratkan membuka akaun bagi setiap projek perumahan yang dilaksanakan dan dikehendaki mengemukakan laporan setiap enam bulan. sekiranya pemaju gagal mengemukakan penyata kewangan, pemaju terbabit akan didakwa di mahkamah.

7. Pengawasan projek dibuat secara berterusan. Setiap pemaju dikehendaki mengemukakan laporan kemajuan fizikal projek setiap 6 bulan sekali. Lawatan ke tapak kerja diadakan dari masa ke semasa.

8. Penguatkuasaan ke atas Akta/Peraturan Pemaju Perumahan diperketatkan. Pemaju-pemaju yang di dapati tidak bertanggungjawab dan melanggar Akta/ Peraturan berkenaan akan didakwa oleh mahkamah.

Kitar Semula

Senario di Malaysia
Tahukah anda bahawa di seluruh negara, 230 tapak pelupusan sampah telah pun mencapai tahap 80 peratus penggunaanya dan kini mencapai tahap kritikal? Kerajaan kita terpaksa menghabiskan jutaan ringgit [RM 400j] untuk mengangkut dan melupuskan sampah.
Dalam sehari, 27 juta rakyat Malaysia menghasilkan sekitar 15 000 hingga 20 000 tan sampah. Jumlah ini boleh memenuhi setiap penjuru Menara Berkembar Kuala Lumpur dalam masa 10 hari.

Kapasiti tapak pelupusan sampah kita semakin terhad. Lebih membimbangkan lagi, kini timbul rungutan tentang pencemaran, resapan bahan kimia ke dalam sumber air bawah tanah dan isu-isu keselamatan yang berkaitan. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menggalakkan program kitar semula bahan buangan. Kitar semula ialah satu proses melibatkan 3R, iaitu “Reduce, Reuse dan Recycle”.


KITAR SEMULA
Proses mengitar semula melibatkan usaha mengumpul, memproses dan mengguna semula bahan-bahan yang sebelum ini dianggap sebagai sampah-sarap. Tong yang berwarna biru untuk kertas, perang untuk kaca, dan oren untuk plastik, aluminium dan logam.


Kebaikan Kitar Semula

1. Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita
Pada masa ini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup kita.

2. Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih
Sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan. Jika dibiarkan bersepah, ia akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan gagak. Melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak.

3. Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran
Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan salah satu punca pencemaran dalam iklim tropika. Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan udara.

4. Kitar semula untuk menjimatkan kos
Dalam jangka panjang, mengitar semula adalah lebih menjimatkan berbanding dengan usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah atau sistem yang lain. Apabila program kitar semula bertambah cekap, sampah yang perlu dilupus akan semakin berkurangan.

5. Kitar semula untuk menjimatkan sumber kita
Ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber yang amat bernilai. Tahukah anda Malaysia mengimport lebih daripada 25,000 tan kertas buangan setiap bulan untuk menghasilkan produk kertas bagi menampung permintaan tempatan?

6. Kitar semula untuk menjimatkan tanaga
Tenaga yang dapat dijimatkan untuk mengitar semula satu tin aluminium adalah bersamaan dengan tenaga yang digunakan untuk memasang TV selama 3 jam. Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca.

7. Kitar semula untuk menyelamatkan hutan
Untuk mneghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan.kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara yang bersih.


Langkah Menjayakan Program Kitar Semula
1. Pihak kementerian juga perlu menjalankan kempen yang berterusan- memberikan tong atau plastik kitar semula secara percuma, bagi mendidik rakyat Malaysia.

2.Kerjasama pihak kerajaan dan swast-. Kerajaan harus melihat contoh dari Australia di daerah Fremantle di mana syarikat swasta yang menguruskan proses kitar semula, bergabung tenaga pihak berkuasa tempatan masing-masing.

3. Teknologi pengurusan sisa pepejal (Oleh Recycle Energy Sdn. Bhd) di Kampung Pasir Baru- mampu menguruskan 700 -1000 tan sampah sehari. Ia praktikal, jimat dan menguntungkan. Segala sisa pepejal bandaran [sampah] ini diproses untuk dijadikan bahan kitar semula atau dijana dalam bentuk tenaga

4. Penguatkuasaan undang-undang mengenai sisa buangan, dasar kerajaan, komitmen awam yang kukuh dan pendidikan umum mengenai program kitar semula.

5.Begitu juga dengan penggunaan teknologi bagi bahan yang boleh dikitar semula dan kemudahan pengumpulan bahan kitar semula (di mana bahan kitar semula diasing dan disediakan dalam bentuk praktikal dan boleh dijual).

- Cth- Sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menemui kaedah mengitar semula kertas terbuang menggunakan proses penyahwarnaan berenzim yang mesra alam dengan kos rendah. Dengan kata lain, kita tidak perlu mengeluarkan kertas secara biasa dengan menebang lebih banyak pokok, cukup sekadar memproses semula kertas terbuang. Hasil penemuan kumpulan itu berjaya memenangi beberapa anugerah termasuk di peringkat antarabangsa iaitu Pingat Emas Geneva 2005, Anugerah Henry Goh 2004 dan Pingat Emas di Pertandingan Reka Bentuk, Inovasi, Reka Cipta Industri dan Pameran Teknologi Antarabangsa (ITEX 2004).

6. kanak-kanak harus diajar pada peringkat awal kurikulum sekolah mereka mengenai faedah kitar semula supaya ia menjadi amalan dalam masyarakat apabila dewasa kelak dan seterusnya mempengaruhi masyarakat.


Sisa pepejal bandaran ini lebih tepat lagi boleh dibahagikan kepada lima bahagian iaitu sisa biodgredasi, bahan kitar semula, sisa lengai, sisa komposit dan sisa toksik domestik.


CARA MEMULAKAN KEMPEN KITAR SEMULA
1. Ubah cara membuang sampah
2. Amalkan sistem yang mudah
3. Pilihan bekas
4. Libatkan ahli keluarga dan rakan sekerja
5. Pastikan ia ringkas
6. Kesedaran semua pihak

Pencemaran Pulau / Pantai Peranginan

Contoh pulau / pantai peranginan di Malaysia: Pantai Cahaya Bulan, Pantai Port Dickson, Pantai Batu Feringgi, Pulau Langkawi, Pulau Sipadan, Pulau Tioman dan Pulau Pangkor.


Punca Pencemaran
(i) Kelemahan dasar negara berpunca daripada kurangnya bantuan dari pihak Kerajaan Negeri, undang-undang asas yang tidak mencukupi dan struktur organisasi pengurusan sisa pepejal yang lemah terutamanya di pulau peranginan di Malaysia.

(ii) Ketiadaan pelan induk pengurusan sisa pepejal di pulau peranginan menyebabkan kurang pertimbangan diberikan dalam pengurusan sisa pepejal apabila meluluskan pelan projek pembangunan yang mempunyai kawasan guna tanah yang terhad.

(iii) Masalah kewangan, tenaga kerja yang kurang, penyelidikan yang tidak dirancang, pegawai penguatkuasa yang tidak mencukupi dan tidak diberi latihan kesihatan kepada orang awam untuk tujuan memupuk kesedaran awam mengenai kesan buruk membuang sisa pepejal merata tempat.

(iv) Ketiadaan tapak pelupusan sanitari, penggunaan teknologi yang kurang sesuai dan tidak berkeupayaan, pengurusan dan penyelenggaraan kenderaan atau jentera yang tidak cekap.

(v) Tiada penyelarasan antara agensi-agensi yang terlibat dalam pengurusan sisa pepejal serta kekurangan penglibatan pihak swasta.


Langkah mengatasi
1. Dasar Negara Mengenai Pengurusan Sisa Pepejal
Dasar negara yang kukuh dan berkaitan dengan perancangan atau program yang bertujuan untuk meningkatkan pengurusan sisa pepejal secara bersepadu supaya usaha-usaha berkaitan yang dijalankan dapat memberi hasil yang sewajarnya kepada masyarakat dan alam sekitar.

2. Penguatkuasaan, Pendidikan Dan Kesedaran Awam
Penguatkuasaan undang-undang kecil dan peraturan-peraturan yang telah digubal untuk membantu Pihak Berkuasa Tempatan harus dijalankan dengan berkesan dalam pengurusan sisa pepejal. Tindakan u2 harus dikenakan kepada penduduk dan pelancong yg membuang sampah di merata tempat.

3. Bantuan Dari Kerajaan Negeri Dan Persekutuan
Bantuan yang diperlukan adalah seperti sumber kewangan dan teknikal, latihan atau kursus teknikal dan mengenalpasti tapak pelupusan dengan lokasi yang strategik adalah diperlukan supaya pengurusan sisa pepejal secara bersepadu lebih berjaya di pulau peranginan di Malaysia.

4. Kekurangan Kakitangan Dan Kelemahan Penswastaan harus di atasi
Pengurusan sisa pepejal yang melibatkan operasi dan penyelenggaraan bergantung kepada penggunaan secara intensif pekerja-pekerja yang tidak mahir dan separuh mahir. Oleh itu, umlah kakitangan harus mencukupi.
Untuk mengatasi masalah pengurusan sisa pepejal, PBT tidak harus membuat pilihan secara tergesa-gesa menswastakan perkhidmatan-perkhidmatan dalam pengurusan sisa pepejal. Jika hal ini berlaku, ia akan menyebabkan terjadinya pelbagai masalah disebabkan perhatian yang tidak teliti diberikan semasa penyediaan kontrak kepada syarikat-syarikat swasta.

5. Pembangunan Tapak Pelupusan Sanitari
Belum ada tapak pelupusan sanitari dipraktikkan di Pulau Tioman dan lain-lain pulau peranginan di Malaysia dan kebiasaannya mengamalkan pelupusan secara terbuka (open dumping). Keadaan tapak pelupusan secara terbuka menggalakkan pemungut barangan buangan (scavenger), binatang-binatang liar mencari makanan, pencemaran alam sekitar dan pembakaran terbuka di tapak pelupusan. Kesan-kesan seperti ini mengganggu kualiti hidup penduduk yang tinggal berdekatan dengan tapak pelupusan terutama di kawasan yang mempunyai guna tanah yang terhad seperti di Kg. Mukut di Pulau Tioman.

6. Penggunaan Teknologi Yang Berkeupayaan
Pihak Berkuasa Tempatan dan Kerajaan Persekutuan berpendapat bahawa penggunaan loji rawatan terma adalah cara penyelesaian untuk melupuskan sisa pepejal di Pulau peranginan. Bagaimanapun untuk mengendalikan dan mengurus operasi loji rawatan terma memerlukan penglibatan tenaga mahir, separuh mahir dan perbelanjaan yang tinggi bagi menjalankan operasi dan penyelenggaraan.

Contoh Usaha Pembersihan
Operasi Pembersihan Pantai Mei 2008
Negeri Johor Darul Takzim merupakan negeri di Semenanjung Malaysia yang mempunyai jajaran pantai yang terpanjang sekali iaitu sepanjang 400 km yang menyebabkannya sentiasa terdedah kepada risiko pencemaran tumpahan minyak.
Kawasan pantai dan persisirannya merupakan kawasan sensitif kepada alam sekitar yang mempunyai kepentingan dan fungsi yang pelbagai. Antaranya pantai-pantai peranginan dan pulau-pulau rizab taman laut yang merupakan kawasan pelancongan. Pencemaran tumpahan minyak yang berlaku telah menjejaskan kegunaan berfaedah kawasan-kawasan sensitif alam sekitar ini.

Pantai Teluk Ramunia, Pengerang, Kota Tinggi
Pantai Teluk Ramunia terletak kira-kira 90km dari Bandar Kota Tinggi. Tempatnya yang popular di kalangan pengunjung menyebabkan beberapa resort telah disediakan. Selain itu, pengunjung juga boleh melakukan pelbagai aktiviti sukan air berkayak, jet-ski, menyelam dan sebagainya. Bagi menikmati panorama indah, kemudahan basikal juga disediakan. Tidak jauh dari pantai ini terdapat komuniti perkampungan nelayan yang sedia untuk dikunjungi.

Berdasarkan rekod Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, sebanyak 11 dan 16 kes direkodkan masing-masing bagi tahun 2006 dan 2007 yang melibatkan kejadian pencemaran tumpahan minyak di laut dan pantai-pantai di Negeri Johor. Kawasan yang sering terlibat adalah pantai-pantai di kawasan Desaru, teluk Ramunia dan Pengerang, Kota Tinggi dan di Kukup, Pontian. Dalam beberapa kes, Pelan Tindakan Pembersihan Pantai telah diaktifkan untuk membersihkan pencemaran tumpahan minyak ini. Punca-punca pencemaran tumpahan minyak ini telah dikenalpasti akibat pembuangan sisa enapcemar minyak daripada aktiviti mencuci tangki kapal di laut dan kejadian pelanggaran kapal.

Keganasan Rumah Tangga

1. Maksud / definisi
i. Secara sengaja atau cuba meletakkan mangsa dalam ketakutan kecederaan fizikal.
ii. Mencederakan mangsa secara fizikal.
iii. Memaksa atau mengancam melakukan perbuatan berbentuk seksual / kecederaan
iv. Khianat atau merosakkan harta dengan niat akan menyebabkan kesedihan atau kegusaran atau ketakutan kepada mangsa.

2. Kategori KRT
i. Penderaan fizikal
ii. Penderaan mental
iii. Penderaan emosi
iv. Penderaan seksual
v. Penderaan spiritual

3. Siapakah yang paling mudah terjebak kepada keganasan rumah tangga?- Semua pihak terdedah terutamanya;
i. Pasangan yang berkahwin dalam usia yang muda.
ii. Pasangan yang berpersonaliti negatif ( panas baran, kuat berleter dll)
iii. Pasangan yang tidak dapat menyesuaikan diri dalam rumah tangga.
iv. Penagih, pemabuk dan kaki judi.
v. Pasangan yang mengalami sakit mental.
vi. Pasangan yang kuat cemburu.
vii. Pasangan yang diganggu oleh orang ketiga.
viii.Pasangan yang menghadapi masalah ekonomi.

4. Punca Keganasan rumah tangga
i. Tiada keharmonian dan persefahaman dalam rumah tangga / perbalahan / pergaduhan
ii. Personaliti suami atau isteri.
iii. Latar belakang keluarga.
iv Kesan penagihan dadah, alkohol atau judi.
v. Masalah ekonomi.
vi. Faktor terlalu cemburu terhadap pasangan.
vi. Masalah mental
vii. Latar belakang masyarakat dan budaya.
viii. Pasangan yang tidak dapat menyesuaikan diri dalam rumah tangga.
ix. Wujudnya orang ketiga dalam rumah tangga.
x. Kurangnya didikan agama.

5. Kesan KRT
-Masalah ini mesti dibendung kerana ia meninggalkan kesan negatif dalam institusi kekeluargaan.
i. Isteri, suami, anak atau ahli keluarga yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga selalunya akan hilang harga diri dan malu kepada orang sekeliling. Mereka juga akan sentiasa mengutuk diri sendiri dan menerima bahawa mereka berhak didera kerana gagal memenuhi kehendak orang yang menindas. Mangsa yang didera selalunya akan terasa dirinya tidak boleh menjadi isteri yang baik, rasa rendah diri dan hilang keyakinan diri / dibelenggu ketakutan / tertekan / trauma

ii. Anak-anak pula akan membina rasa benci kepada diri sendiri, lemah daya ketahanan dalam menghadapi masa depan, lekas terpengaruh dengan benda-benda yang tidak baik dan sentiasa menganggap dirinya tidak upaya melakukan sesuatu denga baik dan betul.

iii. Jika ia berterusan jalan akhirnya akan berlakunya penceraian. Penceraian tidak menguntungkan semua pihak. Pihak yang paling rugi sekali ialah anak-anak. Anak-anak akan mengalami tekanan emosi dan mental akibat penceraian ibu bapa mereka.

iv. Anak-anak mangsa penceraian ini akan mengalami konflik identiti dan jika mereka tersalah haluan akan terlibat dengan kes-kes juvana seperti gangsterism, vandalism, penagihan dadah dan lain-lain masalah sosial.

6. Langkah menangani masalah KRT
i. Menjalani kehidupan yang harmoni dan memupuk kasih sayang dalam keluarga.
ii. Pasangan perlu menerima kekuatan dan kekurangan pasangan mereka dan sama memperbaikinya.
iii. Pasangan perlu sentiasa berbincang tentang masalah yang dihadapi dan mencari penyelesaian secara harmoni.
iv. Pasangan perlu tahu dan menunaikan tanggungjawab mereka.
v. Pasangan mengetahui hak-hak mereka dari sudut agama dan perundangan.
vi. Berpegang teguh pada agama.

Jika keganasan di tahap serius:
i. Pastikan anda mendapat rawatan doktor jika berlaku kecederaan.
ii. Laporkan kepada pihak polis.
iii. Laporkan kpd Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan Perintah Perlindungan (PO).
iv. Jika anda telah membuat keputusan untuk bercerai, failkan penceraian anda di mahkamah.

7. Pihak yang boleh membantu mangsa KRT
i. Diri sendiri
ii. Ahli Keluarga
iii. Jiran tetangga
iv. Ahli sukarelawan dan NGO
v. Pihak Polis
vi. Hospital
vii. Jabatan Kebajikan Masyarakat
viii. Jabatan Agama Islam atau Badan Pendamai.
ix. Untuk mendapatkan khidmat nasihat hubungi Unit Kaunseling JPW atau PPWN ( Rumah Nur )
- Menelefon atau membuat temujanji dengan kaunselor-kaunselor dan
Pegawai Pembangunan Masyarakat ( JPW, PPWN,JKM,JAIS dan sukarelawan NGO )

Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) Sedia Bantu Mangsa
I. Telenita 03-7570224
II.WAO 03-7554426
III.Pusat Krisis Wanita 04-2280342
IV. Pusat Khidmat Wanita 1-800-88-6787

Akta Keganasan Rumah Tangga 1994: Memberi perlindungan kepada mangsa KRT
Tindakan yang patut dibuat oleh seseorang mangsa
a. Mendapatkan pertolongan atau panduan daripada seorang pegawai kebajikan;
b. Mendapatkan perlindungan, pertolongan dan panduan daripada pihak polis;
c. Berjumpa atau menghubungi peguam atau Pegawai Biro Bantuan Guaman;
d. Membuat laporan polis;
Memfailkan aduan di mahkamah; Mendapatkan perintah tertentu daripada mahkamah, termasuk perintah perlindungan, pampasan, pemulihan psikoterapi, kaunseling, perdamaian dan sebagainya.

Penyakit

Definisi

Penyakit: Keadaan tidak normal pada badan atau minda yang menyebabkan ketidakselesaan, disfungsi, atau tekanan/stres kepada orang yang terbabit atau berhubung rapat dengannya.

Punca: Penyakit ini boleh disebabkan oleh kuman, bakteria, virus, racun, kegagalan organ berfungsi, dan juga oleh penyakit baka/keturunan.

Patologi: merupakan ilmu kajian penyakit. Pengelasan penyakit secara saintifik pula dirujuk sebagai nosologi. Pengetahuan umum mengenai penyakit dan rawatan penyakit dikenali sebagai perubatan.


Jenis-jenis penyakit
1. Penyakit berjangkit [penyakit yang disebarkan oleh agen jangkitan/vektor seperti bakteria, fungi, parasit, virus, dan prion. Ada juga yang jenis penyakit yang disebarkan oleh protozoa dan cacing]
Cth: Penyakit Taun, Cirit-birit, Influenza, Penyakit Malaria, Batuk Kering, penyakit Creutzfeldt-Jacob, Wabak Babun, cacar, Demam Lembah Rift, Chagas, Ebola, Demam Lassa, Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk dan penyakit bawaan seks, HIV/AIDS

2. Penyakit genetik [disebabkan oleh kekurangan, keterlebihan, atau kecacatan gen dalam DNA orang yang terbabit]
Cth: Fibrosis Sistol, Homosistonaria, Korea Huntington, distrofi otot, fenilketonuria, porfiria, anemia sel sabit, Tay-Sachs, Thalassaemia, Sindrom Down, buta warna, serta von Hippel-Lindau, ...
Cth: Keadaan kecederaan, kecacatan, atau ketidakgunaan (disuse) seperti Angin Ahmar/strok, artherosklerosis, atrofi, , rabun...

3. Penyakit autoimun [disebabkan oleh sistem pertahanan badan menyerang tisu badan sendiri; penyakit yang disebabkan oleh kepercayaan pesakit sendiri; dan penyakit yang menggabungkan jenis-jenis penyakit tersebut, termasuklah yang disebabkan oleh punca yang tidak diketahui]
Cth: Arthritis Sendi, Sklerosis Berbilang, penyakit kencing manis, Scleroderma, Myasthenia Gravis

4. Penyakit toksik [disebabkan oleh pendedahan berlebihan kepada toksin alam sekitar seperti logam berat]
Cth: argiria, hepatitis alkohol; keracunan besi, iron poisoning; keracunan plumbum, lead poisoning; ...

5. Penyakit kekurangan zat [disebabkan oleh kekurangan zat dalam makanan tertentu]
Cth: beri beri, riket, skurvi, kudis, anemia (kekurangan zat besi)

6. Penyakit endokrin [Sindrom dan penyakit oleh etiologi yang tidak diketahui, atau punca bercampur]
Cth: Alzheimer, Barah, hipoglisemia, sindrom keletihan kronik, neuromiotonia (sindrom Isaac), Sindrom Guillain-Barre, Sindrom Stevens Johnson, Meniere

7. Ganguan neurologik dan sakit mental
Cth: schizophrenia, gangguan dwipolar, kerunsingan, masalah konpulsif-obsesif, gangguan pemakanan, dementia

8. Sakit psikogenik
Cth: sensitif terhadap bahan kimia, masalah dalam sosial, ...

9. Sakit keadaan
Cth: psoriasis, ruam poison ivy...


Organisasi yang terlibat dalam Pengelasan Penyakit
Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menerbitkan senarai lengkap penyakit yang dikenali sebagai Klasifikasi Berstatistik Antarabangsa tentang Penyakit dan Masalah Kesihatan Berkenaan (ICD).

Senarai penyakit biasa
Angin Ahmar, Apendiks, Autisme
Barah pangkal rahim, Batuk kokol. Buah pinggang
Darah tinggi, Demam denggi, Demam kepialu
Demam Kuning, Demam kuning, jaundice, Diabetes dll

Penyakit Mental

Definisi
Penyakit mental: adalah istilah umum yang merujuk kepada sekumpulan penyakit-penyakit mental. Seseorang yang mendapat penyakit mental mengalami gangguan fungsi mentalnya.
- Penyakit mental boleh bersifat sementara dan boleh berulang-ulang di sepanjang hayat seseorang.

Pada umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada dua kumpulan ;
i. Penyakit-penyakit psikosis.
ii. Penyakit-penyakit bukan-psikosis (neurosis)

1. Penyakit Psikosis
- Kehilangan hubungan dengan alam nyata. Mereka merasai persekitarannya berbeza dengan orang yang normal.
- Apa yang mereka lihat, dengar dan rasai sebagai sesuatu yang benar tetapi tidak dialami oleh orang di sekitarnya.
- Pesakit mungkin bertindak di atas apa yang dialami dan tingkahlakunya mungkin kelihatan “luar biasa” sehingga rang-orang yang tidak biasa melihatnya sebagai sesuatu yang menakutkan.
- Diantara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah skizofrenia dan psikosis manik depresif.

2. Penyakit-penyakit Bukan Psikosis
- Mungkin kita pernah mengalami perasaan sedih, resah dan tertekan. Pengalaman ini merupakan pengalaman biasa dalam kehidupan kita.
- Apabila perasaan biasa ini dan tingkahlaku tertentu berlaku secara berlebihan, tidak terkawal dan berlarutan sehingga mengganggu kehidupan seseorang dalam menjalani aktiviti harian, hubungan dengan orang lain dan keupayaan seseorang untuk menikmati keseronokan hidup, ia mungkin mengalami salah satu penyakit mental jenis bukan psikosis (neurosis).
- Di antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah fobik (ketakutan yang tidak berasas), keresahan (anxiety), kemurungan (depression) dan obsessif kompulsif.

RAWATAN UTAMA PENYAKIT MENTAL
1. Psikoterapi dan kaunseling
Kaunseling boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan lebih mendalam. Rawatan ini diberikan secara pesakit luar. Seseorang itu mungkin memerlukan beberapa sesi kaunseling sebelum mendapat kesan rawatan. Jumlah sesi kaunseling bergantung kepada jenis penyakit / keperluan ssrg.

2. Rawatan psikotropik
Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis. Sementara ubat-ubatan jenis lain boleh mengurangkan tekanan, kemurungan dan keresahan (anxiety) sehingga pesakit dapat mengendali gejala-gejala penyakitnya dengan lebih baik. Sebahagian ubatan jenis ini mengambil masa yang agak lama sebelum memberi kesan.

3. Rawatan tingkahlaku
Rawatan jenis ini memberi tumpuan kepada membantu pesakit mengubah cara berfikir atau tingkahlaku yang tertentu yang mengganggu dan menimbulkan gejala penyakit. Teknik releksasi adalah merupakan satu contoh rawatan jenis ini.

4. Rawatan elektrokonvulsif
Rawatan elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah merentasi otak seseorang. Rawatan jenis ini adalah selamat, tidak berbahaya dan biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang serius. Sebelum rawatan diberikan, seseorang itu akan diberi bius

Cetak Rompak

Pengertian
Cetak rompak merujuk kepada cetak rompak karya penulisan, perisian komputer, lagu dan filem tanpa kebenaran pihak pengeluar.

Berdasarkan laporan cetak rompak perisian global, kerugian yang dialami oleh industri perisian di seluruh dunia disebabkan cetak rompak adalah berjumlah RM45,258 billion. Didapati sebanyak 228 juta daripada 574 juta aplikasi perisian perniagaan yang dipasang di seluruh dunia pada tahun 1997 telah dicetak rompak.


Faktor
1. Karya cetak rompak lebih murah.
- Cth; Jika mereka boleh memiliki sebuah CD dan VCD dengan harga RM5, jadi mengapa mereka perlu membayar dengan harga yang jauh lebih tinggi untuk mendapatkan barangan yang sama, begitu juga buku.

2. Teknologi yang canggih
- Teknologi ini membolehkan barang tiruan yang dihasilkan hampir serupa dengan produk yang asal. Pengguna mudah terpedaya dan keliru dalam membezakan barangan yang asli dan yang tiruan. Telekomunikasi canggih seperti telefon mudah alih membantu pengedar buku, perisian komputer, CD dan VCD cetak rompak ini daripada dikesan oleh pihak berkuasa.

3. Kelonggaran penguatkuasaan undang-undang
- Akta Hak Cipta 1987 telah dilaksanakan selama 17 tahun, tetapi masalah cetak rompak yang melanda negara ini masih belum dapat dibanteras dengan jayanya. Kurang pemantauan.


Kesan
1. Menjejaskan industri hiburan negara
Dalam Mingguan Malaysia 20 Mei 2001: masa depan industri hiburan di negara kita akan mengalami kehancuran.
Akibatnya; pendapatan keseluruhan industri hiburan di negara ini merosot dari RM80juta pada 1996 kepada RM20juta pada tahun 2000. Manakala berdasarkan statisitik hiburan pula menganggarkan kira-kira 60% daripada keseluruhan nilai industri hiburan negara dikuasai oleh lanun cetak rompak.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh International Intellectual Property Alliance, 2003 Special 301 Report, Malaysia, pendapatan industri hiburan di Malaysia mengalami kerugian pada tahap yang tinggi. Sejak dari tahun 1998 hingga 2003, kerugian yang di tanggung oleh syarikat rakaman adalah lebih daripada 70%.

2. Golongan penulis, pengeluar perisian, filem dan artis juga turut merasai kesan daripada cetak rompak.
- Misalnya artis popular di negara ini Siti Nurhaliza dan Raihan yang menerima kesan buruk ini, dimana hasil penjualan album mereka merosot dari tahun ke tahun. iaitu daripada 300000 unit kepada 100000 unit.
Keadaan ini mengakibatkan pendapatan golongan syarikat / artis / penulis semakin kurang.
Industri hiburan di negara kita turut mengalami kesan buruk akibat daripada cetak rompak. Malah apa yang lebih menyedihkan lagi terdapat banyak syarikat yang terpaksa gulung tikar disebabkan kesan cetak rompak.

3. Imej negara tercemar
- Negara kita merupakan antara negara yang paling teruk dilanda masalah cetak rompak. Ini menyebabkan pelabur-pelabur tidak yakin untuk melabur dalam industri hiburan di negara kita. Manakala pengeluar dari negara asing juga kurang berminat untuk menempatkan hasil mereka di negara kita. Ini menyebabkan negara kita terpaksa menanggung malu kesan daripada cetak rompak.

4. Pemilik sebenar akan mengalami kerugian
- Hasil karya ilmiah / ciptaan dicetak rompak. Menjejaskan usaha penciptaan sesuatu produk baru.


Cara mengatasi
1. Penggubal undang- undang dapat mengenal pasti masalah dengan lebih jelas dan mendalam. Dengan adanya maklumat yang mencukupi, para penggubal undang- undang dapat menggubal polisi yang lebih baik dan sempurna.
- Contohnya, mereka dapat mamperbaiki akta yang sedia ada seperti Akta Hak Intelek serta Akta Reka Cipta dan Bentuk. Contoh tambahan, hukuman yang berat akan dikenakan kepada pencetak rompak supaya kes cetak rompak dapat dikurangkan.

2. Manakala dalam industri pula, para pengusaha harus mengetahui keadaan sebenar ekonomi negara. Ini akan membolehkan mereka meramal situasi pasaran disamping memperbaiki produk dan keluaran mereka supaya lebih bermutu dan dapat menarik lebih ramai pembeli.

3. Menurunkan harga; harga barangan original kadang kala terlalu mahal dan tidak mampu dibeli oleh mereka yang kurang mampu. Menurunkan harga sekurang-kurangnya mendorong mereka membeli barangan tulen.

4. Peranan / tanggungjawab semua pihak- orang ramai tidak harus menyokong kegiatan cetak rompak dengan membeli produk berkenaan / buat laporan kepada pihak berkuasa. Pihak berkuasa harus memantau dari masa ke semasa dan bukannya bermusim. Peniaga harus mengenepikan perasaan tamak haloba sehingga sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi undang2.

Penerokaan Angkasa Lepas

Pengenalan
Penerokaan manusia ke angkasa lepas bermula pada April 1961 apabila angkasawan pertama, Yuri Gagarin membuat pusingan bersejarah mengelilingi bumi dengan masa 108 minit, menggunakan kapal angkasa Vostok 1 seberat lima tan.
1969- manusia mendarat di bulan (Neil Amstrong) kapal angkasa Apollo 11


Malaysia?
Jika tidak kerana kejadian pesawat angkasa lepas Columbia yg meletup dan mengorbankan semua tujuh anak kapalnya pada Februari 2003, sejarah kelahiran angkasawan pertama negara boleh tercatat lebih awal.
Mengikut perancangan asal, angkasawan negara akan mengikuti misi penyelidikan penerokaan angkasa lepas dengan angkasawan Rusia pada tahun 2005, sebelum Pentadbiran Penerbangan dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) di Amerika Syarikat menangguhkannya [untuk siasatan].

- 10 Oktober 2007, Malaysia mencipta sejarah dalam bidang aeroangkasa apabila angkasawan pertama negara memulakan misi penyelidikan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Ia menempatkan Malaysia dalam kumpulan elit 37 negara di dunia yang berjaya menakluki angkasa lepas sejak kejayaan misi pertama manusia ke cakerawala oleh angkasawan bekas Soviet Union, Yuri Gagarin pada 12 April 1961.

Kapal angkasa Soyuz 15-S yang membawa angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, selamat dilancarkan dari Kosmodrom Baikonur, Kazakhstan..
Pelancaran roket Soyuz TMA-11 yang membawa kapal angkasa itu ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) tepat jam 7.21 malam (9.21 malam waktu Malaysia), mencatat satu lagi kegemilangan dalam lipatan sejarah negara di peringkat antarabangsa. Dr Sheikh Muszaphar, 35, mencatat sejarah sebagai angkasawan Islam pertama yg berpuasa dan beraya di angkasa lepas.

Selain Dr Sheikh Muszaphar Shukor, misi kapal angkasa seberat 7,170 kilogram itu juga disertai Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat dan jurutera penerbangan, Yuri Malenchenko dari Russia. Di ISS, angkasawan negara akan menjalankan tiga eksperimen berkaitan sel barah, bakteria dan pengkristalan protein.

Sudah tentu kejayaan awal program angkasa lepas ini akan diteruskan dengan kegiatan penerokaan seterusnya yang melibatkan penggunaan teknologi tinggi. Untuk menyemarakkan semangat dan impian rakyat Malaysia untuk meneroka ke bidang angkasa lepas serta teknologi yang berkaitan tentulah program ini memerlukan penyertaan dan penglibatan banyak pihak. Penerokaan dan kajian angkasa lepas adalah bidang yang memerlukan penguasaan teknologi tinggi & pada masa yg sama impian dan khayalan perlu ditanam di kalangan anak muda negara ini.


Kepentingan Misi Penerokaan Angkasa Lepas
1. meningkatkan pengetahuan manusia
- m’jalankan kajian ttg planet/ bulan di angkasan lepas
- sumber pada masa depan (air didapati di planet M)
- meninjau reality keadaan alam sekitat, kajian ttg meteor/ galaksi
- menangkis tanggapan sesetengah pandapat bhw di planet ada dewa-dewi

2. pengembangan teknologi satelit melalui penerokaan angkasa lepas
- siaran langsung peristiwa yg berlaku di seluruh dunia
- meramal cuaca, membantu pelayar
- pembangunan dr sesi telekomunikasi


Keburukan
1. Program yg berisiko tinggi
- Membahayakan keselamatan manusia
-Cth: Kapal angkasa Challenger telah meletup semasa pelancarannya [1986] dan kapal angkasa Columbia juga meletup pada tahun 2003.

2. Kos yang mahal
- Menelan belajar berbilion USD.
- Faedah pula hanya dinikmati segelintir manusia.
Alangkah baiknya kalau wang ini disalurkan untuk membantu penduduk dunia yang memerlukan

3. Pencerobohan privasi
- pergerakan/ tindakan individu dijejaki
- individu tidak ada lagi privasi

4 . Pencemaran
- Pelepasan kapal angkasa, jumlah bhn api dikeluarkan adalh sgt tinggi

Kesimpulan
- penerokaan angkasa lepas meningkat tahap pengetahuan dr sg teknologi maklumat di samping membangunkan ekonomi negara
- memastikan satiap kali pelepasan angkasa lepas kurang memberikan kesa negatif dan tidak menancam keselamatan penduduk tempatan

Jenayah Seksual

Definisi Rogol (atau pencabulan) adalah serangan seksual yang dianggap oleh kebanyakan orang sebagai jenayah.

Dalam undang-undang jenayah, istilah "rogol" merujuk kepada serangan seksual yang mana penyerang memaksa mangsa yang enggan bersetuju untuk melakukan hubungan seksual.

Sesetengah perundangan menggunakan istilah seperti "serangan seksual" atau "dipukul untuk seksual", dan ada juga yang mentakrifkan "rogol" sebagai serangan seksual dengan penembusan. "Rogol" boleh juga merujuk kepada hubungan seksual dengan seorang yang rela tetapi dari segi undang-undang belum cukup umur; ini dikenali sebagai "rogol statutori".


Bentuk Jenayah Seksual
1. Rogol tahanan
2. Rogol bergilir-gilir
3. Rogol dan penyiksaan seksual
4. Rogol statutori- "Rogol statutori" ialah sejenis jenayah persetubuhan yang melibatkan seorang yang dibawah usia kerelaan. Istilah ini kebanyakannya digunakan di Amerika Syarikat. Ia
5. Rogol kenalan- Bukti-bukti yang sedia ada menunjukkan bahawa kemungkinan seorang mangsa rogol yang berkenalan dengan penyerangnya adalah lebih besar daripada yang tidak.
6. "Rogol" antara golongan binatang- penggabungan persetubuhan dengan serangan yang ganas.


Faktor Penyebab
1. Kekurangan pelaporan:
- Pada tahun 2001, hanya 39 peratus kes rogol dan serangan seksual di Amerika Syarikat dilaporkan kepada pihak penguatkuasa — satu pertiga, menurut Penyelidikan Pengorbanan Jenayah Nasional Tahun 1999. Alasan yang paling biasa diberikan oleh mangsa-mangsa ialah bahawa hal itu adalah hal peribadi dan mereka takut akan pembalasan oleh penyerang. Pelaku tidak takut dan tidak serik melakukan perbuatan tersebut kerana berasa ‘terlindung’.

2. Kurang didikan agama:
- Tiada pegangan agama mendorong seseorang terpesong dan melakukan sesuatu yang melanggar u2 mahupun norma masyarakat. Tidak ada benteng pertahanan / iman yang teguh hingga mudah tergoda oleh nafsu.

3. Pengaruh persekitaran:
- Perkembangan pesat kelab2 malam, pusat siber, pengaruh media masa seperti tv dan majalah serta teknologi maklumat- menyumbang kepada jenayah sesual. Orang ramai dengan mudah memperoleh maklumat berunsur seks sehingga mendorong kepada perlakukan yang tidak terkawal.


Kesan
1. Sebagai satu bentuk serangan seksual, rogol boleh menjadi amat dashyat, dan banyak kes serangan seksual berakhir dengan kematian mangsa.

2. Rogol juga boleh mengakibatkan kecederaan fizikal yang serius, termasuk juga kehamilan, dan jangkitan penyakit sebaran seksual. Kesan paling biasa pada mangsa rogol adalah kesan psikologi. Mangsa rogol dan mangsa serangan seksual yang masih hidup, biasanya mengidap Sindrom Renjutan Emosi Rogol (Rape Trauma Syndrome (RTS)); Ia melibatkan perasaan dosa dan malu, ketegangan, kemarahan, ketidakselesaan pada perut, dan kekadangnya kegundahan.
- Di negara Barat, rogol yang menggunakan kekerasan dianggap sebagai kes kecemasan. Kecederaan fizikal seperti pendarahan gynekologi (gynecologic hemorrhage) mungkin boleh berlaku.

3. Trauma- mangsa biasanya akan mengalami tekanan emosi psikologi terutama dalam kalangan masyarakat yang mempunyai adat-adat kelamin yang pantang. Umpamanya, seorang anak dara yang telah dirogol, dianggap oleh masyarakat sebagai seorang yang "rosak". Mangsa akan terpaksa menderita seorang diri dan dilarang berkahwin, ataupun mungkin akan diceraikan sekiranya dia sudah berkahwin. Mangsa rogol juga mungkin berasa "kotor" ataupun berasa bahawa dianya yang bersalah.


Cara Mengatasi
1. Hukuman:
- Rogol dianggap sebagai jenayah dashyat dalam kebanyakan kebudayaan dan kadangkala dihukum dengan berat oleh undang-undang. Kasi dan kaedah pengasian kimia telah digunakan bagi perogol kental (habitual offenders) dalam sesetengah negara. Dalam sesetengah negara lain, rogol adalah jenayah yang boleh dihukum rejam. Di negara-negara Barat, jenayah ini biasanya dihukum dengan pemenjaraan jangka panjang, yang mana hukuman tersebut merupakan hukuman yang maksimum.

2. Pendidikan seks:
- Biarpun isu ini diakui sensitif dan sukar diterima masyarakat dengan alasan melanggar norma budaya, kepentingannya wajar dilihat dalam pelbagai aspek. Pendidikan seks wajar ditekankan kepada pelajar supaya mereka tahu tahap batas pergaulan dengan rakan sebaya dan yang berlawanan jantina. Bagaimanapun, skop pembelajaran perlu dilakukan secara sopan supaya pelajar tahu mereka sebenarnya sedang belajar bukan untuk tujuan lain.

Bagaimanapun, kebanyakan budaya masyarakat dunia sukar menerima mengenai pendidikan seksualiti sekali gus boleh menyekat perkembangan maklumat kepada golongan muda. India misalnya mengharamkan pendidikan seks di sekolah dengan alasan bertentangan dengan budaya masyarakat negara itu sekali gus menjadikan beberapa negerinya mempunyai statistik teratas HIV/ Aids di dunia.

3. Peranan Ibu bapa:
- Menjadi tanggungjawab utama ibu bapa mendidik anak-anak supaya dapat menjauhi situasi yang boleh menyebabkan mereka terjerumus seterusnya menjadi mangsa jenayah seksual.
Kanak-kanak perlu didedahkan soal jenayah seksual kerana ini membabitkan masa depan mereka.

4. Peranan badan sukarela / swasta / pertubuhan kebajikan:
- Di negara Amerika Syarikat, talian panas yang termashyur ialah talian yang dikendalikan oleh RAINN, iaitu akronim bahasa Inggeris untuk "Rangkaian Nasional Rogol, Penyiksaan dan Zina Sebaka". Hanya RAINN sahaja yang membekalkan talian percuma 24 jam yang sulit di AS

5. Masyarakat bermoral cegah jenayah seksual
- Masyarakat terutama generasi muda harus diterapkan nilai2 moral / murni. Generasi yang bermoral dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan terkutuk

Pembedahan Plastik

Maksud
Kajian menunjukkan orang awam kurang diberi maklumat tepat tentang pembedahan plastik dan jawapan yang sering diberikan mengenai kes yang dirawat oleh pakar surgeri plastik meliputi surgeri kosmetik dan kelecuran sahaja.

Pembedahan kosmetik dan estetik hanya sebahagian kecil daripada bidang surgeri plastik yang amat luas malah setiap pembedahan rekonstruktif juga ada aspek estetiknya. Realitinya, pembedahan plastik merupakan suatu proses yang lama dan ada kalanya menyakitkan kerana ia memerlukan perancangan, penelitian serta masa penyembuhan untuk memperoleh hasilnya.


Jenis-jenis Pembedahan Plastik
Secara amnya Pembedahan Plastik meliputi perkara berikut:
1) Cleft surgery contoh: cleft lip, Palatoplasty
2) Hand surgery contoh : Syndactyly
3) Facial trauma / facial fracture contoh : Toilet &
suturing
4) General plastik surgery contoh : Parotidectomy, cyst
5) Burn surgery contoh : Burn contracture, flap
6) Microsurgery
7) Flap reconstruction surgery.


Ada dua jenis pembedahan dijalankan iaitu:
a) Pembedahan secara Bius Am (G/A)
b) Pembedahan secara Bius setempat (local)


- Universiti Sains Malaysia (USM) kini mempunyai pasukan pakar perubatan yang mahir dalam perkhidmatan pembinaan semula muka manusia mengunakan teknik moden pembedahan mikro di Unit Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif, Jabatan Surgeri hospital itu.
- Pembedahan yang dilakukan bukan bertujuan untuk mencantikkan muka atau untuk mendapatkan muka asal tetapi mempunyai tujuan yang lebih khusus iaitu membina semula kecacatan di muka dan kepala.
- Kecacatan itu boleh disebabkan oleh faktor semula jadi seperti rekahan muka atau sumbing, ketumbuhan seperti barah, kecederaan disebabkan kemalangan, kelecuran serta kecacatan pasca pembedahan.
- pembedahan dijalankan untuk memperbaiki penampilan dan imej pesakit serta memperbaiki pertuturan dan pendengaran.


Kebaikan Pembedahan Plastik
1. Untuk mengubati aib yang ada dibadan, atau kerana kejadian yang menimpanya seperti kecelakaan, kebakaran atau yang lainya. Maka operasi ini dimaksudkan untuk pengobatan- Maksudnya adalah operasi yang dilakukan hanya untuk pengobatan dari aib (cacat) yang ada dibadan, baik karena cacat dari lahir (bawaan) seperti bibir sumbing, jari tangan atau kaki yang berlebih, dan yang kedua bisa disebabkan oleh penyakit yang akhirnya merubah sebagian anggota badan, seperti akibat dari penyakit lepra/kusta, TBC, atau karena luka bakar pada wajah akibat siraman air panas.

2. Atau untuk mempercantik diri, dengan mencari bagian badan yang dianggap mengganggu atau tidak nyaman untuk dilihat orang, istilah yang kedua ini adalah untuk kecantikan dan keindahan. Maksudnya adalah operasi yang tidak dikarenakan penyakit bawaan (turunan) atau karena kecelakaan, akan tetapi atas keinginannya sendiri untuk menambah keindahan dan mempercantik diri.

a. Operasi anggota badan
Diantaranya adalah operasi telinga, dagu, hidung, perut, payudara, pantat (maaf) dengan ditambah, dikurang atau dibuang, dengan keinginan agar terlihat cantik

b. Operasi mempermuda
- Adapun operasi bagian kedua ini diperuntukkan bagi mereka yang sudah berumur tua, dengan menarik kerutan diwajah, lengan, pantat, tangan, atau alis.


Keburukan pembedahan Plastik
1. Operasi plastik merubah ciptaan Allah Swt

2. Adanya unsur pemalsuan dan penipuan
Cth: Menggunakan silikon untuk memperbesarkan payu dara juga diharamkan kerana ia berbahaya selain bukan untuk tujuan kesihatan. Botox pula haram bukan saja kerana bahan digunakannya bernajis dan berbahaya tetapi ia memiliki unsur penipuan.

3. Dari sisi lain, bahwa negatifnya lebih banyak dari manfaatnya, karena bahaya yang akan terjadi sangat besar apabila operasi itu gagal, bisa menyebabkan kerusakan anggota badan bahkan kematian

4. Penggunaan botox untuk lebih muda diharam
ISLAM melarang keras pembedahan plastik yang dilakukan untuk mengubah ciptaan asal Allah
Penulis buku ‘Pembedahan Kosmetik Menurut Perspektif Islam’, Ahmad Dahlan Salleh, berkata pembedahan plastik dan kosmetik hanya dibenarkan Islam untuk tujuan perubatan dan kesihatan semata-mata manakala tujuan selain itu tidak dibolehkan serta haram mengikut syariat Islam.

Rasuah

Definisi
Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut.

Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:
• Meminta/Menerima Rasuah
• Menawar/Memberi Rasuah
• Membuat Tuntutan Palsu
• Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

Indeks Persepsi Rasuah
Antara negara-negara yang mempunyai kadar rasuah yang amat tinggi dan mendapat mata di antara 1.5 dan 2.0 dalam TI Corruption Perceptions Index 2004 termasuklah:
1. Haiti
2. Bangladesh
3. Nigeria
4. Myanmar
5. Chad

Di kalangan negara ASEAN (selain Myanmar), Indonesia mempunyai mata yang sangat rendah iaitu pada 2.0. Manakala Malaysia terletak di bahagian yang lebih tinggi iaitu dengan mata 5.0. Namun negara ASEAN yang mendapat keyakinan paling tinggi ialah Singapura dengan 9.3.

Badan Pencegah Rasuah:
- BPR mula beroperasi pada 1 Oktober 1967 sebagai sebuah jabatan penuh.
Pada 1 Julai 1973, Akta Biro Siasatan Negara (BSN) diluluskan oleh Parlimen dan dengan itu BPR ditukar namanya kepada Biro Siasatan Negara atau BSN. Nama Jabatan ini kemudiannya ditukar kembali kepada nama asal iaitu BPR pada 13 Mei 1982 apabila Akta Badan Pencegah Rasuah, 1982 diluluskan oleh Parlimen dan dikuatkuasakan.
-Sekarang BPR dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia [SPRM]


Faktor-Faktor Rasuah
1. Hilang atau lemah nilai keimanan dalam kehidupan manusia boleh menjadi faktor berlakunya penyelewengan dalam pencarian atau perolehan harta.

2. Tabiat manusia yang amat suka kepada harta benda.

3. Tidak bersikap amanah.

4. Tidak ada penerapan hukum agama dalam kehidupan manusia.

5. Kurang pemahaman atau tidak faham langsung dengan ajaran agama

6. Faktor-faktor yang lain secara ringkas:
(i) Lemah pendidikan moral dan etika.
(ii) Tamak.
(iii) Banyak berhutang.
(iv) Ada keinginan dan ada peluang.
(v) Kepimpinan dan pentadbiran yang lemah.
(vi) Faktor sosial yang menganggap rasuah sebagai cara hidup.
i. Untuk mencapai cita-cita.
ii. Belanja hidup yang semakin meningkat.


Bahaya Rasuah Dan Kesannya
1. Kesan-Kesan Rasuah Terhadap Individu:
(i) Kehilangan pekerjaan.
(ii) Kejatuhan moral atau maruah.
(iii) Menerima hukuman.
(iv) Menghancurkan keharmonian hidup berumahtangga.
(v) Keluarga terabai.

2. Kesan-Kesan Rasuah Terhadap Masyarakat:
(i) Mengakibatkan ketidakadilan disebabkan mengenepikan hak-hak orang tertentu.
(ii) Menggalakkan jenayah dan melindungi penjenayah.
(iii) Membebankan golongan orang susah.
(iv) Memburukkan lagi taraf kemiskinan kerana sumber-sumber yang telah ditetapkan bagi membantu rakyat miskin diselewengkan.

3. Kesan-Kesan Rasuah Terhadap Negara:
(i) Menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran.
(ii) Menjejaskan sosial serta kestabilan politik dan keselamatan.
(iii) Tumpuan pembangunan yang tidak seimbang.
(iv) Kenaikan kos barang dan perkhidmatan.
(v) Mengurangkan pendapatan negara.
(vi) Menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan.


Langkah Menangani Rasuah
1. Pendidikan agama
- Pendidikan agama sejak dari usia kecil dpt membentuk peribadi yang beriman dan bertakwa sekaligus boleh menghalang seseorang itu daripada melakukan perbuatan keji.

2.Pendidikan Moral / nilai2 murni
- Boleh dipupuk di rumah / sekolah sejak kecil- Membentuk individu beretika mulia dengan menanam sikap amanah, jujur, menyuruh kepada melakukan kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan.

3. Menyediakan peruntukan akta atau undang-undang
- Bagi membentras gejala rasuah daripada berleluasa. Sebagai contoh, di Negara Brunei Darussalam peruntukan akta berkenaan disebut sebagai Akta Pencegahan Rasuah Bab (2) Penggal 131.

4.Peranan masyarakat
- Menjauhi amalan rasuah- membuat laporan berbukti kepada pihak berkuasa- menyokong usaha / kempen kerajaan memerangi rasuah.

Penutup

Perbuatan rasuah juga termasuk dalam perkara memakan harta orang lain dengan jalan yang salah. Kesannya setiap daging yang tumbuh dengan sesuatu yang haram, maka nerakalah yang lebih utama bagi orang tersebut.

Krisis Air

Pengertian
Krisis air merujuk kepada status sumber air relatif kepada permintaan manusia sejak tahun 1970-an kepada masa kini. Istilah "krisis air" digunakan di seluruh dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menunjukkan situasi sumber air mentah ketika ini.
Dunia kita mempunyai air bersih yang terhad yang tersimpan di dalam tanah, permukaan bumi dan atmosfera.
Masyarakat umum kadangkala tersalah anggap bahawa lautan adalah sumber air sedia ada tetapi mereka tidak memahami untuk menukar air masin kepada air bersih adalah sukar

Terdapat beberapa manifestasi utama dari krisis air.
• Kekurangan bekalan air minuman yang selamat kepada lebih kurang 1.1 bilion manusia.
• Penggunaan air bawah tanah yang boleh menyebabkan kekurangan hasil pertanian].
• Penggunaan berlebihan dan pencemaran sumber air yang mengganggu kepelbagaian bio.
• Konflik serantau yang diakibatkan oleh sumber air yang terhad yang boleh menyebabkan perang.

Mengikut Bank Dunia, 88 peratus dari penyakit disebabkan oleh meminum air yang tidak bersih, kekurangan sanitasi dan kurang penjagaan kebersihan.
Pada mulanya manifestasi dari krisis air tidak begitu teruk tetapi tahap populasi manusia yang semakin bertambah pada abad ke-20 mengurangkan kuantiti air bersih. Ini diburukkan lagi dengan kemarau yang mengganggu keseimbangan bekalan air bersih.


Punca utama krisis air
1. Kekurangan sumber air yang boleh digunakan
- Pertambahan penduduk dunia terutama dalam abad ke-20- permintaan / penggunaan begitu tinggi

2. Pencemaran air:
- Perkembangan industri perkilangan / penternakan / pertanian mencemarkan air bersih di sungai. Sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab manusia membuang sambang ke dalam sungai.

3. Kemarau:
- Kemarau yang panjang dan pemanasan global turut menyumbang kepada kekurangan sumber air bersih sekaligus mendorong kepada krisis air.

4. Penebangan hutan:
- Hutan ialah ekosistem penting kerana ia mengandungi lebih 60 peratus kepelbagaian hayat dunia. Kepentingan hutan meliputi fungsi ekologi dari segi perlindungan tanah dan lembangan, ekonomi, kepada "Peparu Bumi" kerana tanaman hijau menyerap karbon dioksida sewaktu proses fotosintesis dan melepaskan oksigen ke atmosfera. Hutan juga menjadi kawasan tadahan air yang berfungsi antaranya sebagai kawalan banjir.
Malangnya, penyahhutanan hutan tanah tinggi yang berleluasa telah membinasakan alam semula jadi dan juga memusnahkan "hutan awan" (cloud forest) yang boleh mengakibatkan kehilangan sumber air yang berharga. Membinasakan hutan bukit boleh menyebabkan kehilangan sumber air yang banyak kerana tanpa pokok, sebahagian besar lembapan di udara akan kekal di tempatnya sehingga proses hujan berlaku.


Krisis air di Malaysia
Malaysia bertuah kerana mempunyai sumber air yang banyak. Kedudukannya di garisan Khatulistiwa memberikannya hujan sepanjang tahun. Selain itu Malaysia dirahmati dengan lebih dari 150 buah sungai yang merupakan sumber air mentah utama. Walau bagaimanapun terdapat beberapa krisis air yang berlaku seperti:
• Krisis air di Lembah Kelang 1998
• Krisis air di Durian Tunggal, Melaka pada tahun 1991
• Beberapa siri tumpahan minyak diesel ke dalam sungai


Kerajaan mempunyai beberapa pilihan untuk memenuhi permintaan bekalan air seperti
1. Air bawah tanah:
- Pada dasarnya, kira-kira 97 peratus daripada air terdapat di dalam tanah dan secara purata setiap meter padu tanah mengandungi 350 hingga 500 hingga liter air.
Air yang terperangkap dalam matrik tanah melainkan tanah akuifer mengandungi campuran pasir dan batu kerikil dan oleh kerana itu hanya tempat tertentu seperti Olak Lempit, Selangor yang mempunyai air bawah tanah. Namun jumlah air yang ada agak terhad.

2. Desalinasi:
- Melalui kaedah ini, air laut akan dipam dan didesalinasikan di sebuah loji khas yang dibina untuk tujuan tersebut. Namun kos pembinaan loji desalinasi sangat tinggi. Negara jiran iaitu Singapura berhasrat membina loji desalinasi yang mampu mengeluarkan air sebanyak 136 juta liter air sehari dengan kos dianggarkan sebanyak S$1 bilion (RM2.36 bilion). Kos mahal dan hasil keluaran rendah.

3. Menjaga kebersihan sungai:
- Selain itu, kaedah penjagaan sungai dengan mengelakkan pencemaran juga boleh membantu membekalkan air bersih yang berterusan di samping menjimatkan kos rawatan. Memakan belanja yang besar dan mengambil tempoh yang lama untuk membersihkannya sementara air yang dibersihkan belum tentu mencapai tahap piawaian yang dikehendaki.

4. Mengurangkan air tiada hasil (non revenue water):
- Usaha-usaha untuk mengurangkan air tiada hasil atau non reuenue water (NRW)) termasuk bekalan air yang tidak dapat dikutip bayarannya kerana kesilapan meter, kecurian, kebocoran dan sebagainya. Menurut Jabatan Bekalan Air (JBA) Selangor, masalah kebocoran air di Selangor hanya sekitar 16 peratus berbanding di Singapura dan Jepun yang mencatat kadar NRW hanya 10 peratus. (Syabas) membelanjakan RM1 bilion dalam masa 10 tahun untuk mengatasi masalah ini.

5. Pembinaan empangan:
- Pada musim kemarau, jumlah aliran air di sungai mungkin akan mencapai tahap terendah tetapi bantuan empangan akan membolehkan aliran air di sungai sentiasa stabil walaupun ketika kemarau.


Info Tambahan
Menurut RMK-9, keutamaan akan diberikan bagi pembangunan penyaluran air antara negeri dan antara lembangan bagi mengatasi masalah kekurangan air dan agihan sumber air yang tidak serata dalam negara.
Salah satu projek yang kini menjadi polemik terutamanya di kalangan aktivis alam sekitar ialah Projek Penyaluran Air Mentah Antara Negeri dari Pahang ke Selangor (Pahang-Selangor ISRWT). Pembinaan projek ini dijadual dilaksanakan dalam tempoh RMK9 (2006-2010).
Sebagai satu lagi langkah untuk menampung keperluan air masa depan negara, terdapat juga cadangan untuk membina 47 empangan baru. Kos pembinaan empangan-empangan tersebut, projek-projek air antara negeri serta projek sumber air yang lain dijangka mencecah angka RM52 bilion!


Langkah penjimatan air semakin mendesak
1. Membina empangan dan menyalurkan air antara negeri

2. Pentingnya mengatasi masalah ‘Air Tak Berhasil’ (NRW) yang menurut perangkaan, kerajaan berada di sekitar 50 peratus daripada jumlah air yang dibekalkan.
- Faktor2 yang menyumbang kepada NRW termasuk paip pecah dan bocor (terutamanya kerana paip simen asbestos yang uzur) serta perbuatan mencuri air (sambungan haram ke kawasan perkampungan setinggan dan perbuatan mencuri air yang lain).

3. Pentingnya penjimatan penggunaan air serta mempromosi peranti penjimatan air yang pernah dibincang tetapi tidak dilaksanakan secara besar-besaran.

4. Mendirikan bangunan dan rumah yang dilengkapi peranti penjimatan air.
“Alat-alat seperti paip pancuran mandi yang lebih menjimatkan di samping dwialat pengepam untuk tandas yang seharusnya menjadi keperluan asas projek perumahan baru.

5. Sistem mengepam tandas yang ada membazirkan air sehingga 3 hingga 4 liter air bersih. Ini mungkin hampir 30-40 peratus daripada air yang digunakan setiap hari. Jika anda dapat menjimatkan 50 peratus daripada penggunaan itu, anda boleh menjimatkan 20 peratus daripada penggunaan air anda.

6. Semua kawasan perumahan perlu mempunyai sistem untuk mengumpul air hujan yang mungkin dapat membantu untuk mengawal banjir di musim hujan selain menyediakan air semasa musim kemarau.

7. Kesedaran; sehingga kini air tidak diberi nilai ekonominya yang sebenar dan ini menyebabkan orang tidak teragak-agak daripada membazirkannya.
Kecuali kita menyedari nilai sebenar air, kita tidak akan ada insentif untuk menjimatkan penggunaannya

Salah Laku Jalan Raya

Definisi
Salah laku jalan raya bermaksud tindak tanduk pengguna jalan raya yang salah, dan mungkin membawa kepada kemalangan jalan raya. Dalam konteks etika salah laku jalan raya biasanya berkait dengan sikap pengguna jalan raya dan bukan kemahiran pengguna jalan raya itu sendiri.

Bentuk salah laku jalan raya
Salah laku jalan raya boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan di mana sahaja. Secara kasarnya ia boleh dibahagi kepada 3 kategori yang besar iaitu:
• Kecuaian memandu
• Memandu secara terburu-buru
• Keganasan jalan raya

1. Kecuaian memandu
Kecuaian memandu bermaksud kelalaian atau ketidakberhati-hatian yang dilakukan semasa memandu. Perkara ini merupakan satu salah laku kerana perlakuan ini boleh menyebabkan kecelakaan kepada diri pemandu itu sendiri dan juga kepada pengguna jalan raya yang lain. Maka dari etika, perlakuan ini menepati kriteria sebagai satu kesalahan kerana ia membawa kepada lebih keburukkan daripada kebaikan. Kecuaian memandu secara kasarnya berpunca drp:
• Tekanan jiwa
• Memandu sambil buat kerja lain
• Kemabukan
Tekanan jiwa / kerunsingan boleh menyebabkan minda seseorang itu tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja memandu. Maka dengan itu, kemalangan jalan raya mungkin akan berlaku. Contohnya, seorang pemandu yang sedang runsing fikirannya mungkin tidak sedar bahawa kerata depannya sudah berhenti dan terus langgar.
Memandu sambil buat kerja lain merupakan satu bentuk kecuaian memandu. Kerja-kerja yang biasanya dibuat bersambil memandu termasuklah bersembang, makan, merokok, mendengar radio, membaca SMS, malah menulis SMS. Perlakuan ini adalah sangat bahaya terutama bagi perlakuan membaca dan menghantar SMS semasa memandu.
Memandu dalam keadaan mabuk nyata satu kecuaian yang besar. Perlakuan ini adalah sangat bahaya kerana orang yang mabuk tidak berakal malah tidak sedar diri. Pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk sebenarnya adalah salah dari segi moral kerana bersikap tidak bertanggungjawab.

2. Memandu secara terburu-buru
Memandu secara terburu-buru bermaksud memandu dalam gaya yang cepat dan bergegas-gegas. Pekara ini boleh ditafsir sebagai satu kesalahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu “memandu secara melulu dan berbahaya hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain” dan boleh dihukum penjara hingga lima tahun atau denda minimum RM5,000 atau kedua-duanya.

Keperibadian mereka sebenarnya telah tercemar oleh sikap buruk iaitu:
1. Menunjuk-nunjuk
2. Kecetekan melayan nafsu sensasi
3. Tidak menghargai nyawa
3. Keganasan jalan raya

Keganasan jalan raya merujuk kepada kegiatan mencederakan orang lain malah membunuh orang lain secara segaja dan sedar yang berlaku di antara pengguna jalan raya atas perselisihan yang berkaitan dengan masalah pengangkutan. Biasanya pemangsa dalam kes keganasan jalan raya dikenali sebagai samseng jalan. Pekara ini merupakan satu jenayah yang berat dan boleh membawa hukuman penjara, sebat malah hukuman bunuh.

Contoh-contoh bagi kes keganasan jalan raya sejak 3 tahun lalu yang berlaku di Malaysia adalah seperti berikut:
• Pada 8 April 2003 di Puchong seorang pemuda telah dibelasah kerana pihak berkenaan tidak puas hati akan tindakannya memotong kereta.
• Pada 9 April 2003 di Gelang Patah, seorang pemuda telah diserang orang dengan pisau seni lukis kerana beliau nyaris terlanggar orang yang berkenaan. Untuk itu beliau telah mengalami kecederaan di bahagian lengan dan telah menerima rawatan jahitan luka sebanyak 100 jahitan.
• Pada 25 Januari 2005, seorang AJK pemuda UMNO telah dibunuh oleh samseng jalan
• Pada 13 Februari 2005, seorang pemuda dari Balakong nyaris membunuh orang kerana ia menyerang orang dengan penukul besi.
• Pada 25 Februari 2005, seorang jurutera MAS telah diparang mati oleh seorang samseng jalan yang membawa kereta mewah.

4. Keadaan jalan raya
Jalan raya yg tidak mempunyai lampu jalan, selekoh tajam, tiada papan tanda, berlubang, sempit dan berdebu (tidak berturap) turut menyumbang kepada kemalangan jalan raya.


Cara-cara untuk mengatasi
Kemalangan jalan raya berpunca daripada sikap berbunyi “3 P” iaitu
1. Pendidikan
Untuk tujuan mengurangkan masalah salah laku jalan raya, pengguna jalan raya harus dididik supaya mempunyai kesedaran keselamatan jalan raya, dan juga mempunyai sahsiah diri yang betul sebagai seorang pengguna jalan raya. Maka pendidikan ini boleh disampaikan melalui tiga saluran iaitu:
• melalui sekolah dasar dalam matapelajaran moral,
• melalui sekolah memandu
• melalui komunikasi awam seperti televisyen.

2. Perundangan
Perundangan merupakan satu langkah yang penting untuk menyelesaikan masalah salah laku jalan raya. Tanpa perundangan, pemandu-pemandu yang jahat dan “tidak masuk ajar” akan terus mengancam keselamatan jalan raya.
Perundangan termasuk dua bahagian yang besar iaitu:
• Pembentukan undang-undang
• Penguatkuasaan undang-undang

3. Penyelidikan
Penyelidikan tidak boleh menyelesaikan masalah salah laku jalan raya secara langsung. Tetapi ia boleh membantu kita menyelesaikan masalah ini dengan lebih baik dalam jangka masa yang panjang. Secara kasarnya penyelidikan yang harus dibuat untuk menyelesaikan masalah salah laku jalan raya adalah di bawah bidang seperti di bawah.
l. Ilmu kaji kejenayahan (criminology) - penting untuk kita memahami salah laku jalan raya yang berat seperti keganasan jalan raya. Dengan pemahaman yang lebih mendalam mengenai pekara ini maka, adalah lebih mudah untuk kita menyelesaikan masalah ini.
II. Pengurusan jalan raya merupakan satu bidang yang luas. Ilmu ini diyakini boleh membantu mengurangkan salah laku pemandu kerana dengan adanya sistem trafik yang terurus, maka tekanan jiwa para pemandu akan menjadi kurang dan seterusnya salah laku mereka juga akan kurang.

PANDUAN KEPADA PEMANDU UNTUK MENGELAKKAN KEMALANGAN
Pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik dan selamat
Mengetahui undang-undang dan peraturan-peraturan lalulintas.
Mematuhi isyarat-isyarat dan papan tanda lalulintas dijalanraya
Jangan memandu dalam keadaan mabuk, pening, mengantuk atau letih.
Jangan memandu dalam keadaan tergesa-gesa. Hendaklah sentiasa bersabar / bersopan-santun.
Jangan sekali-kali berlumba-lumba diatas jalanraya.
Jangan sekali-kali makan, minum, merokok, bergurau-gurau atau berbual-bual semasa memandu.
Sentiasa memikirkan tentang adanya halangan-halangan disekeliling jalanraya iaitu sesuatu keadaan yang menyebabkan sipemandu mengubah kederasan dan haluan.

Gengsterisme di Sekolah

Definisi
i. Kumpulan gengster: kumpulan seminat yang berkecenderungan melakukan perlakuan negatif atau pelbagai salah laku dan penubuhannya melibatkan upacara ritual. Ahli diikat dengan peraturan dan undang-undang yang ketat dan bergerak secara sulit dan mempunyai seorang ketua.

ii. Kumpulan samseng: kumpulan seminat yang dianggotai oleh samseng yang berkecenderungan melakukan perlakuan negatif / salah laku. Ahli-ahlinya diikat dengan peraturan / undang2 yg longgar.

iii. Gengsterisme di sekolah: kumpulan gengster yang melibatkan pelajar sekolah harian sebagai ahlinya sama ada sbg ahli aktif / penyokong dlm melakukan salah laku / pelanggaran disiplin /undg2.

iv. Disiplin: kesanggupan seseorang individu menghormati undang-undang, bekerja mengikut tatatertib, menghormati hak individu, mengamalkan tingkah laku yang baik dll.

v. Moral : tingkah laku manusia yang berkaitan mengenai apa yang betul atau salah, baik atau buruk dan apa yang kita harus buat dan apa yang kita harus elakkan.

vi. Akhlak :daya kemampuan yang bersifat tetap dalam diri manusia yang melahirkan rasa cenderung untuk memilih perlakuan yang baik dan lurus atau jahat dan buruk jika akhlaknya jahat.

* Terdapat 13 jenis salah laku jenayah kumpulan gengster; berjudi, mencuri, melawan guru, melawan pengawas, peras ugut, buli, pelacuran, salah guna dadah, bawa senjata, cabul kehormatan, ancam murid, ancaman guru, membakar premis sekolah dan ceroboh.
* Terdapat 5 salah laku lucah kumpulan gengster di sekolah; berkhalwat, intai murid perempuan, bawa bahan lucah, guna kata lucah dan lukis gambar lucah.


Punca Perlakuan Gengsterisme
1. Kurang mendapat pendidikan agama dan moral serta bimbingan ibu bapa di rumah.
- Ibu bapa bekerja- tidak ada masa secukupnya untuk bermesra dan membimbing / mendidik anak
- Tanggungjawab itu diserahkan sepenuhnya kepada guru-guru di sekolah.

2. Pengaruh media masa / arus globalisasi & tamadun meterialistik banyak mencetus krisis nilai.
- Majalah-majalah hiburan yang tidak bermoral dan beretika
- Filem-filem ganas dan unsur seks yang ditayang di television secara bebas
- Pelajar-pelajar menjadi keliru / tidak tahu memilih maklumat yang terbaik

3. Pengaruh persekitaran
- seperti pusat-pusat hiburan, kafe siber, kedai-kedai video game dan berbagai-bagai pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan tanpa penguatkuasaan undang2 - kemelut / keruntuhan akhlak / moral.

4. Pelajar-pelajar mempunyai sifat semula jadi
- suka memberontak dan melanggar peraturan-peraturan sekolah dan lain-lain peraturan termasuk menjadikan diri mereka sebagai tumpuan ramai khususnya di kalangan rakan sebaya.

5. Pelajar-pelajar yang memperolehi pencapaian yang rendah dalam bidang akademik
- Gagal menjadikan diri mereka sebagai ahli masyarakat sekolah masing2- tertekan

6. Pelajar yang mempunyai ahli keluarga dan jiran yang telah sedia menjadi gengster.
- dan mempunyai pengaruh kuat ke atas pelajar itu termasuk pelajar-pelajar yang tinggal di kawasan-kawasan kediaman di mana terdapat kumpulan gengster dan samseng bergerak aktif.

Faktor utama : pendidikan di rumah oleh ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk generasi pelajar dan tingkah laku mereka sama ada di sekolah atau di mana sahaja.


Cadangan dan Penyelesaian
1. Ibubapa perlu menyedari bahawa anak-anak adalah segala-galanya bagi mereka.
- Oleh yang demikian ibu bapa perlu memastikan bahawa anak-anak mendapat bimbingan agama dan moral yang secukupnya agar mereka mempunyai keimanan yang mantap dan mampu membentuk keperibadian dan akhlak serta mempunyai daya tahan dalam mengharungi hidup.
- Keimanan dpt mencegah diri seseorang dari perbuatan keji dan mungkar sekaligus menghindar mereka dari terlibat dengan aktiviti kumpulan samseng / gengster di sekolah atau di mana sahaja.

2. Faktor agama dan moral dalam membentuk kepribadian dan akhlak serta moral yang tinggi
- Kewujudan suatu kod moral ialah sifat bagi semua agama yang utama di dunia.
- Dalam agama-agama seperti Islam, Kristian, Hindu, menekankan nilai yg baik. Pendek kata agama dapat memainkan peranan dalam pembentukan akhlak yang baik dan mempengaruhi kelakuan akhlak seseorang.

3. Hubungan yang rapat antara pihak sekolah dengan ibu bapa, guru dengan pelajar [PIBG]
- Guru perlu mendekati pelajar secara peribadi dan memahami masalah yang dihadapi
- Pelajar merasakan mereka dihargai dan pihak sekolah sentiasa mengambil berat kepentingan mereka.
- Pelajar mempunyai saluran utk menyelesaikan masalah

4. Penguatkuasaan disiplin di sekolah perlu tegas dan berterusan.
- Usaha yang berterusan perlu dilakukan utk mengukuh, memperjelas dan menentukan kebolehgunaan surat peraturan dan pekeliling yang berkaitan sejajar dengan perubahan persekitaran dan masa.
- Sistem pengurusan disiplin di sekolah juga perlu berkesan meliputi rekod individu pelajar, rekod pelanggaran disiplin serta hukuman dan ganjaran.

5. Pengawalan kumpulan gengster dan samseng perlu dilakukan secara bersepadu
- Melalui kaedah permuafakatan dengan melibatkan semua kumpulan atau pihak iaitu sekolah, ibu bapa, masyarakat, kerajaan dan penguatkuasa undang-undang.
- Kerjasama; termasuk penyampaian dan penyaluran maklumat tentang kegiatan gengster dan samseng yang melibatkan pelajar sekolah harian kepada pihak pengurusan sekolah dan pihak penguatkuasa undang2.

6. Melemahkan dan menghapuskan faktor penarik dan penolak yang mempengaruhi pelajar
- Menjadikan sekolah sebagai faktor yang kuat untuk menarik semua kumpulan pelajar agar sayangkan sekolah dengan menyediakan sekolah dan persekitannya sebagai tempat yg kondusif / seronok untuk belajar.

7. Mengawal jaringan aktiviti gengster dan samseng yang melibatkan
- Pihak sekolah harus menentukan bahawa pelajar tidak melepak sama ada dalam waktu persekolahan / di luar waktu persekolahan kerana ia mendedah pelajar kepada pengaruh x sihat.
- Pihak pengurusan sekolah perlu menyediakan satu sistem kawalan mencegah ahli-ahli kumpulan gengster dan samseng daripada menjadikan pelajar-pelajar sebagai mangsa.


Contoh kes
1. Muhammad Farid Ibrahim, yang mati dibelasah sekumpulan pelajar senior di asrama Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra Maamor, Ampangan. Pendarahan otak, usus pecah dan lebam hati akibat kesan pukulan dengan objek keras.

2. Pada 18 September 2003, seorang pelajar Sekolah Menengah Teknik Arau, Mohd. Firdaus Abd. Rahim, 16 dipukul oleh sekumpulan pelajar senior sekolah itu sehingga terpaksa dibedah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...