Selamat Datang ke Ruai Aman. Blog Berinformasi dan BerilmiahTerima kasih atas kunjungan anda. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

Welcome To My Ruai

Jun 26, 2011

Teknologi Nano?



APA ITU TEKNOLOGI NANO
TEKNOLOGI NANO diiktiraf sebagai suatu penemuan paling maju pada abad ini. Penggunaan teknologi nano terbukti memberikan manfaat kepada manusia, khususnya dalam bidang perubatan, elektronik, kawalan alam sekitar dan bioteknologi. Teknologi nano juga membantu bagi pengenalpastian bahan pencemar melalui penggunaannya sebagai sensor elektronik dan sekali gus membangunkan teknologi pemulihan terhadap segmen alam sekitar.

Partikel nano boleh ditakrifkan sebagai partikel atau zarah pada skala nano, iaitu 10-9 m atau lebih dikenali sebagai nanometer (nm). Kebanyakan partikel nano adalah dalam lingkungan partikel yang bersaiz 1 hingga 100 nm. Perbandingan fizikal bahan bersaiz nano adalah seperti diameter rambut manusia, iaitu 70 000 nm, sel darah merah, iaitu pada lebar 5000 nm dan molekul organik ringkas pada julat 0.5 hingga 5 nm. Saiznya yang teramat kecil dan mempunyai jumlah luas permukaan yang besar adalah suatu ciri yang unik. Ini menjadikan partikel nano mempunyai ciri-ciri yang khas untuk digunakan dalam bidang tertentu.

Partikel nano boleh terhasil melalui tiga cara;
1. Penghasilan khusus bagi tujuan penghasilan teknologi nano. Misalnya, penghasilan bahan seperti titanium dioksida, silikon, fuleren dan tiub karbon nano.

2. Penghasilan secara tidak disengajakan melalui proses industri dan ekzos kenderaan. Sebagai contoh pelepasan partikel nano melalui kerja kimpalan, sisa partikel penyaduran logam, penyembur plasma, industri penghasilan serbuk detergen, serpihan zarah daripada juzukan senjata kimia dan juga pelepasan partikel enjin kenderaan diesel.

3. Melalui pelepasan secara semula jadi menerusi letusan gunung berapi dan kebakaran hutan yang menghasilkan partikel di dalam udara bebas. Saiz jisim partikel nano yang teramat kecil menyebabkan ia mudah diangkut di dalam udara dan boleh disebarkan pada jarak yang jauh.

Ciri khas lain bagi partikel nano ialah sifat ketoksikan yang sangat berkait rapat dengan permukaannya. la merupakan perbezaan utama berbanding dengan unsur utamanya pada saiz yang besar, iaitu lebih banyak bergantung pada jisimnya. Partikel nano amat kecil (dihuraikan dalam bentuk jisim), tetapi mempunyai impak toksik yang besar, ini disebabkan luas permukaan yang besar. Kajian mendapati kesan toksik yang lebih tinggi bagi partikel nano dibandingkan bagi bahan yang sama pada saiz yang lebih besar.

Pengenalpastian partikel nano agak rumit dan kompleks dan memerlukan alat yang khusus untuk mengukur kehadiran bahan partikel nano pada persekitaran. Sistem yang dikenali sebagai Scanning Mobility Particle Size bagi mengukur aerosol, misalnya boleh digunakan bagi mengukur partikel nano dalam fasa gas. Terdapat juga teknik bagi mengukur partikel nano dalam fasa cecair, seperti chromophore counting, resonant light scattering, Raman scattering techniques dan juga High Resolution Transmission Electron Microscopy (HRTEM).

Memandangkan partikel nano mempunyai potensi yang boleh memudaratkan manusia, kajian penilaian risiko terhadap bahan partikel nano perlu diadakan sebelum boleh digunakan secara meluas. Kajian penilaian risiko boleh dibangunkan dengan mengenal pasti bahaya yang dihadirkan daripada bahan berskala nano. Kajian toksikologi dalam penilaian risiko, misalnya dapat membantu sedikit sebanyak mengenai impak ketoksikan bahan berskala nano kepada manusia. Hasil kajian yang didapati boleh dikumpulkan bagi membentuk pangkalan data mengenai sifat ketoksikan bahan partikel nano.

Maklumat yang ada, boleh membantu saintis untuk merancang langkah berjaga-jaga dan menyusun prosedur keselamatan bagi menggunakan bahan partikel nano. Dalam konteks kejuruteraan pula, maklumat ini dapat membantu bagi para jurutera untuk mereka bentuk sistem dan peralatan yang boleh mengawal penghasilan partikel nano dan kaedah pengenalpastiannya dalam persekitaran.

KEBAIKAN
Penggunaan teknologi nano dalam bidang semikonduktor, tenaga, kesihatan dan instrumentasi telah mewujudkan pasaran sebanyak $499 juta dolar pada tahun 2003. la juga dijangka berkembang sehingga mencecah pasaran berjumlah satu trilion dolar menjelang tahun 2015. Walau bagaimanapun sejak akhir ini tercetus kebimbangan baharu di sebalik penggunaan meluas partikel berskala nano.

SEL SURIA DAN NANOTECK
MATAHARI merupakan sumber tenaga yang paling utama dalam kehidupan. Dunia kini berhadapan dengan krisis tenaga. Sains dan teknologi menawarkan penyelesaian untuk menghadapi krisis yang semakin genting ini. Saintis telah pun mengemukakan pelbagai jawapan dan kaedah untuk menghadapi krisis tenaga bahan api. Antara yang paling terkenal ialah tenaga boleh baharu menggantikan sumber tenaga tradisional seperti sumber tenaga fosil yang menghasilkan bahan api yang tidak boleh diperbaharui. Selain itu, sumber bahan api fosil mempunyai kelemahan seperti kehabisan sumber, pencemaran, hujan asid dan pemanasan global.

Salah satu tenaga boleh baharu yang paling popular dewasa ini ialah sel suria atau juga dikenali dengan nama sel solar. Sel suria sebenarnya diperbuat daripada bahan semikonduktor seperti Silikon dan Galium Arsenik (GaAs). Apabila ia terdedah kepada cahaya matahari, elektron di dalam bahan semikonduktor tersebut akan teruja dan bergerak melalui bahan tersebut menghasilkan arus elektrik. Menurut sejarah, sel suria telah lama dibangunkan semenjak tahun 1883 oleh Charles Fritts. Sel suria moden pula telah dibangunkan oleh saintis di Bell Laboratories pada tahun 1954. Kemudian pada tahun 1970, tenaga ini pertama kali digunakan secara komersil dalam kalkulator dan jam tangan digital.

Perkembangan penggunaannya sangat perlahan sehinggalah ia dapat menembusi pasaran pada awal tahun 1990-an. Ini disebabkan harga yang relatifnya agak mahal di samping kecekapannya yang rendah pada waktu itu. Walau bagaimanapun, perkembangan teknologi sel suria semakin rancak sejak akhir-akhir ini, terutamanya pada penghujung abad ke-20. Pengeluarannya secara besar-besaran telah dilakukan oleh syarikat teknologi terkenal dunia.

Kemajuan teknologi nano pada masa ini telah meningkatkan lagi penggunaan dan keupayaan teknologi sel suria dalam proses pengumpulan tenaga solar daripada matahari untuk ditukarkan kepada tenaga elektrik yang boleh digunakan dalam pelbagai aplikasi dan perindustrian. Di Imperial College of London misalnya, nanoteknologi digunakan oleh Keith Barnham, seorang penyelidik di institusi tersebut dalam usaha meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos pengeluaran sel solar. Sebuah syarikat ditubuhkan hasil daripada penyelidikan yang dijalankan di Imperial College of London yang dikenali sebagai Quantasol. Penyelidikan ini diketuai oleh Barnham sendiri yang telah menghasilkan sel suria menggunakan lapisan bahan Gas sebagai filem nipis berbanding dengan silikon yang digunakan sebelum ini. Setiap lapisan akan menghasilkan warna atau gelombang cahaya yang berbeza apabila terdedah pada cahaya matahari. Syarikat tersebut mendakwa keseluruhan tenaga yang dihasilkan di dalam sel yang menggunakan bahan GaAs melebihi sekali ganda daripada kecekapan sel suria yang dihasilkan menggunakan bahan silikon sebelum ini.

Sebuah lagi syarikat yang mengasaskan sel suria menggunakan nanoteknologi ialah G241 di United Kingdom. Syarikat ini telah mengeluarkan bahan untuk sel fotovolta yang berupaya menukarkan cahaya matahari kepada tenaga elektrik walaupun mempunyai kadar serapan cahaya yang rendah. Sel suria atau sel fotovolta dihasilkan berdasarkan formulasi Graetzel yang dicipta oleh Michael Graetzel pada tahun 1991, yang mendapat inspirasi daripada proses fotosintesis tumbuhan. Menurut pengarah urusan Syarikat G241 yang menghasilkan bahan nanoteknologi sel suria ini, kelebihan menggunakan kaedah sel Graetzel kerana lebih mudah untuk difabrikasi, mengurangkan kos dan menjimatkan masa serta tenaga untuk menghasilkannya. G241 telah pun menjalankan pengeluaran besar-besaran produk sel solar ini di kilang pengeluaran mereka dan menyasarkan jualannya untuk negara-negara membangun.

Dalam bidang penyelidikan pula, satu penemuan baharu bahan saduran antipantulan yang boleh digunakan dalam penghasilan sel suria berasaskan silikon yang bertujuan untuk meningkatkan penghantaran cahaya matahari ke dalam sel. Dalam jurnal optik terkenal, Optics Letters, penyelidikan yang diketuai oleh Shawn-Yu Lin melaporkan penemuan bahan saduran antipantulan yang dapat meningkatkan kadar serapan cahaya matahari oleh panel sel solar dan seterusnya membenarkannya menyerap keseluruhan spektrum cahaya dari segenap sudut. Penemuan ini berjaya meningkatkan lagi keupayaan dan kecekapan sel solar dalam usaha untuk memaksimumkan kadar serapan cahaya ke atas panel sel solar.

Beberapa contoh di atas merupakan hasil kajian dan potensi besar gabungan teknologi nano dan sel solar yang semakin mendapat perhatian dunia dalam menangani krisis tenaga yang semakin membimbangkan. Sains dan teknologi tidak putus-putus menawarkan penyelesaian terbaik dalam menangani krisis yang berlarutan akibat kerakusan manusia dan juga perubahan alam selari dengan usianya yang semakin meningkat. Oleh hal yang demikian, ilmu pengetahuan sains dan teknologi perlu digunakan secara berkesan dalam menghadapi situasi mencabar pada masa ini dan masa akan datang.

KEBURUKAN
Yang menjadi kebimbangan besar dalam kalangan para penyelidik ialah potensi partikel nano yang boleh memudaratkan kesihatan manusia dan alam sekitar. Meskipun begitu pengetahuan mengenai impak, kesemua bahan partikel nano terhadap manusia dan alam sekitar masih terhad. Pada tahun 2004, Inisiatif Nanoteknologi Kebangsaan Amerika Syarikat melaporkan sebanyak 20 ribu pekerja di seluruh dunia bekerja dalam sektor teknologi nano dan dijangka akan meningkat sehingga dua juta orang pada tahun 2015. Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2008 telah mengeluarkan laporan yang dinamakan sebagai”Risiko Global 2008″. Laporan tersebut menyatakan impak pendedahan partikel nano (cat, kosmetik dan produk kesihatan) yang boleh menyebabkan gangguan terhadap kesihatan manusia.

Antara karya penyelidikan lain yang membicarakan impak kesihatan daripada bahan partikel nano ialah sebuah laporan mengenai “Kesan-kesan Partikel Nano” yang dikeluarkan oleh Institut de Recherche Robert-Sauveen Santeet en Securite du Travail (IRSST), organisasi penyelidikan saintifik berpusat di Montreal, Kanada. Laporan ini memuatkan beberapa jenis bahan partikel nano yang boleh memberikan kesan mudarat kepada manusia. Antara bahan partikel nano tersebut ialah fuleren, tiub karbon nano, partikel nano tak organik, partikel nano organik dan dot kuantum.

Laluan partikel nano ke badan manusia boleh berlaku semasa pernafasan dan juga pengambilan makanan yang telah terdedah kepada partikel nano. Partikel nano yang disedut boleh termendap di dalam salur darah selepas menembusi kesemua mekanisme perlindungan pernafasan. la kemudian diagihkan ke dalam pelbagai organ dan berkumpul di tapak yang khusus. la boleh bergerak sepanjang saraf penghiduan dan menembusi secara langsung ke saraf otak. Sifat ini, dikaji secara meluas dalam bidang farmakologi, membolehkan partikel nano organik digunakan sebagai vektor bagi membawa ubatan kepada sasaran di dalam fungsi badan.

Kajian sedia ada menunjukkan beberapa kesan terhadap haiwan, bergantung pada jenis partikel nano. Kesan kenefrotoksikan, dalam reproduksi dan kesan genotoksik telah dikenal pasti. Sesetengah partikel menyebabkan tindak balas granulomas, fibrosis dan tumor pada paru-paru. Kesan bahan seperti titanium dioksida. bahan yang diiktiraf sebagai kurang bertoksik, menunjukkan sifat toksik yang tinggi di dalam saluran pernafasan pada skala nano.

Dalam konteks negara ini, industri minyak dan gas, pembuatan detergen dan aktiviti penyaduran logam adalah antara aktiviti yang mungkin berpotensi bagi pelepasan bahan partikel berskala nano. Yang menjadi persoalan utama adakah perundangan sedia ada memadai untuk mengawal penghasilan bahan partikel nano.

Oleh itu, kawalan dalam bentuk dasar dan perundangan perlu dikaji bagi memastikan penggunaan bahan partikel nano yang mempunyai risiko tinggi terhadap manusia dapat dikawal dan dipantau. Kajian yang mendalam perlu diteruskan bagi memastikan pembangunan teknologi nano dapat memberikan manfaat yang banyak di samping impaknya terhadap kesihatan manusia dapat dikawal dengan baik.
Sumber: goaypastpm.wordpress.com

Jun 11, 2011

Isu Pergaulan Bebas



PENGENALAN
Kita tentu tahu bahwa pergaulan bebas itu adalah salah satu bentuk perilaku menyimpang, yang mana “bebas” yang dimaksud adalah melewati batas-batas norma ketimuran yang ada. Masalah pergaulan bebas ini sering kita dengar baik di lingkungan dari media massa.Remaja adalah individu labil yang emosinya rentan tidak terkawal oleh pengendalian diri yang benar. Masalah keluarga, kekecewaan, pengetahuan yang minim, dan ajakan teman-teman yang bergaul bebas membuat makin berkurangnya potensi generasi muda malaysia dalam kemajuan bangsa Terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlaku gejala pergaulan bebas dalam kalangan remaja pada era ini.hal ini, menyebabkan pelbagai pihak bimbang sebab gejala pergaulan bebas inilah punca berlaku pelbagai gejala – gejala lain dalam kalangan remaja terutamanya gejala atau kes pembuangan bayi.

KESAN BURUK PERGAULAN BEBAS
Antara kesan buruk daripada pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan ialah:

1) Keruntuhan akhlak
Salah seorang Presiden Amerika Syarikat pernah mengeluarkan kenyataan akhbar pada tahun 1962 yang menyatakan bahawa para pemuda di negaranya telah rosak, tenggelam dalam kerosakan. Di antara tujuh orang pemuda yang ingin menyertai tentera, terdapat enam orang yang tidak layak disebabkan mereka leka dalam keseronokan seks.

2) Tersebarnya anak luar nikah
Menurut statistik yang telah dibuat di New York pada tahun 1983, lebih daripada satu pertiga bayi yang lahir pada tahun tersebut adalah anak luar nikah. Kebanyakannya dilahirkan oleh pemudi yang berumur sekitar sembilan belas tahun dan ke bawah. Bilangannya secara tepat ialah 112,353 orang bayi iaitu 37% daripada bilangan bayi yang lain di New York.

3) Ramai pemuda pemudi yang tidak berkahwin
Perkara ini berlaku kerana pergaulan yang bebas akan mewujudkan cara mudah untuk melempiaskan nafsu syahwat. Justeru, para pemuda akan memilih cara mudah ini daripada berkahwin. Statistik yang dilakukan di San Francisco menunjukkan bahawa majoriti penduduk di situ terdiri daripada golongan yang tidak berkahwin pada tahun 1982. Ini merupakan kali pertama perkara seumpama ini berlaku di bandar itu.

4) Berlakunya banyak perceraian dan keruntuhan rumahtangga
Sekiranya sebelum proses perkahwinan pun sudah ada pelbagai halangan dan cabaran akibat pergaulan bebas, maka selepas berkahwin pun ia tidak akan kekal lama. Institusi keluarga akan mudah hancur, walaupun hanya disebabkan oleh perkara kecil. Ini dapat dilihat pada pertambahan kes perceraian di Amerika Syarikat dan negara-negara barat lain dari tahun ke tahun.

5) Tersebarnya penyakit-penyakit yang membawa maut
Terdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan oleh hubungan bebas di antara lelaki dan wanita, tidak kiralah mental mahupun fizikal. Antara penyakit tersebut ialah AIDS. Penyakit ini boleh membawa maut dan ubatnya masih belum ditemui sehingga ke hari ini.

6)Penyebaran penyakit
Tersebarnya penyakit-penyakit yang membawa maut
Terdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan oleh hubungan bebas di antara lelaki dan wanita, tidak kiralah mental mahupun fizikal. Antara penyakit tersebut ialah AIDS. Penyakit ini boleh membawa maut dan ubatnya masih belum ditemui sehingga ke hari ini.

7) Kemerosotan Pelajaran
Bagi pelajar yang kerap bersosial dan sering keluar berpasangan tanpa sebarang ikatan yang sah, mereka ini mudah terjerumus kepada perkara-perkara yang merosakkan akhlak, tingkahlaku ini telah menukarkan tumpuan utama pelajar kepada pelajaran dan lebih leka kepada berseronok-seronok dan menghabiskan masa dengan berpacaran dengan pasangan.

Meskipun kita terpaksa akur dengan dunia yang kian berubah dan bergerak pantas, usahlah mudah dan lalai dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan sebagai pelajar. Berpeganglah kepada ajaran agama yang banyak mendidik dan memberi panduan kepada kita, menyalah ertikan kebebasan dengan mengangap peraturan itu satu kongkongan, pastinya akan mengundang padah yang memberi kesan kepada masyarakat di dalam kami.


FAKTOR BERLAKUNYA PERGAULAN BEBAS
1. Kekurangan perhatian ibu bapa
Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibubapa era globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.

2. Pengaruh Media massa
Sementara itu, kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tida senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.

3. Pengaruh rakan sebaya
Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya.

4. Kegagalan Pihak sekolah
Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.


LANGKAH MENGATASI GEJALA PERGAULAN BEBAS
1.Pegangan agama yang kukuh
Pegangan agama yang kukuh dari sejak kecil lagi dapat melahirkan insan yang sempurna.oleh itu,ibu bapa haruslah memastikan bahawa anak – anaknya mendapat didikan agama yang sempurna.contohnya ibu bapa menghantarkan anak – anak mereka untuk membelajari kitab – kitab agama masing – masing .Hal ini, dapat remaja yang akan datang dapat menyindari dirinya daripada gejala – gejala negatif.

2. Pemerhatian ibu bapa terhadap anak – anaknya
Pemerhatian ibu bapa terhadap anak- anak mereka adalah amat penting sebab kekurangan pemerhatian ibu bapa menyebabkan anak – anak mereka mudah terpengaruh dengan gejala – gejala negatif.Oleh itu, ibu bapa haruslah meluangkan masa dengan anak – anak mereka supaya ibu bapa dapat memahami perasaan anak – anak mereka dan hal ini dapat ibu bapa menyelesaikan masalah anak – anak mereka.Contohnya ibu bapa menyediakan bahan keperluan pendidikan anak –anak mereka.

3. Memilih rakan sebaya dengan bijak
Kebanyakkan pelajar mudah terpengaruh dengan gejala – gejala negatif seperti pergaulan bebas kerana mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibu bapa yang gagal menjalankan tanggungjawabnya.Oleh itu,kegagalan memilik rakan mudah akan pelajar – pelajar baik juga mudah terpengaruh dengan gejala negatif.

4. Peranan media massa
Peranan media massa juga amat penting sebagai salah satu langkah membanteraskan gejala pergaulan bebas ini.Oleh itu,media massa haruslah menghiburkan tentang keburukan gejala pergaulan bebas.Lantaran itu,masyarakat akan sedar tentang keburukan gejala pergaulan bebas ini.Gejala pergaulan bebas dapat dikurangkan dengan sedikit demi sedikit dalam kalangan masyarakat kita.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, masalah pergaulan bebas ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja. Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata.
Sumber: Sosialdillema.com

Isu Pelacuran



PENGENALAN
Pelacuran bolehlah dianggap sebagai penjualan khidmat seksual seperti seks oral atau hubungan seks yang biasanya untuk mendapatkan wang. Namun kadang-kadang ianya juga dilakukan untuk mendapatkan dadah,barang kemas,makanan,ataupun apa-apa sahaja tawaran yang dipersetujui secara bersama-sama antara pelacur dengan pelangannya.

Lazimnya seseorang yang melacurkan diri disebut pelacur dan kebanyakkan pelacur adalah perempuan.Namun wujud juga pelacur dalam kalangan lelaki yang biasanya dipanggil gigolo dan sebagainya. Walau bagaimanapun,secara umumnya pelacuran diaggap oleh kebanyakkan masyarakat di dunia sebagai satu kesalahan dari segi agama,adat,budaya,dan undang-undang dalam kalangan masyarakat Malaysia.pelacuran dipandang negatif,dan mereka yang menjual tubuh sering ini dianggap sebagai sampah masyarakat yang paling hina.

KATEGORI PELACUR
Selain itu, pelacuran juga mempunyai kategori yang berbeza-beza walaupun secara dasarnya mereka adalah sama iaitu bersama-sama menjual tubuh untuk mendapatkan sesuatu faedah.Namun jika diteliti secara lebih mendalam,bukan semua pelacur itu menerima sesiapa sahaja yang ingin melanggan perkhidmatannya.Bukan semua pelacur itu menawarkan bayaran yang yang serupa dan rendah kepada pelaggan-pelaggannya.Disini pun kita sudah melihat perbezaan dan kelainan setiap pelacur.-pelacur itu. Secara kasarnya pelacur dapat dikelaskan kepada tujuh ketegori utama seperti bohsia,pelacur kasar,pelacur jalanan,pelacur majikan,pelacur tukang urut,dan pelayan pusat hiburan,pelacur bebas dan pelacur kehormat

PUNCA SESEORANG TERLIBAT DENGAN PERLACURAN
Jika dikaji dengan lebih teliti tentang aktiviti pelacuran ini,kebanyakkan pelacur mempunyai sebab tersendiri mengapa mereka memilih menjadi pelacur sebagai punca pendapatan mereka.Salah satu sebabnya ialah kerana faktor kemiskinan. Desakan hidup terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan Bandar dan ketiadaan pekerjaan untuk menampung hidup seharian memaksa mereka memilih untuk menjadi pelacur sebagai jalan untuk mendapatkan kewangan bagi mengeluarkan diri dari belengu kemiskinan dan melacurkan diri adalah pekerjaan yang mudah dapat bagi mereka yang tiada kelulusan pelajaran yang tinggi.

Selain itu,terpedaya dengan sindiket pelacuran yang menyamar sebagai ejen pekerjaan juga merupakan faktor seseorang itu terlibat dengan pelacuran terutamanya bagi warga-warga asing.Dalang-dalang sindiket pelacuran atau lebih dikenali sebagai “Bapak ayam”,selalunya akan memujuk pelacur dengan tawaran pekerjaan yang baik seperti pembantu rumah,pembantu kilang,dan lain-lain lagi dan apabila seseorang itu sudah terpedaya dengan pujukan sindiket tersebut mereka akan dipaksa untuk melacurkan diri dan mereka yang terjerat dengan sindiket ini tidak mampu untuk melarikan diri kerana mereka dikawal dengan ketat oleh ahli-ahli sindiket pelacurantersebut.

Selain itu,keinginan untuk menjadi kaya dengan cepat dan mudah juga menjadi pendorong seseorang melibatkan diri dengan gejala perlacuran kerana upah yang diterima setelah menjualkan diri kepada pelangan adalah lumayan.Mereka tidak perlu bersusah payah membanting tulang untuk mendapatkan wang tetapi mereka hanya perlu melayan nafsu pelanggan mereka dan mereka akan mendapat upah yang tinggi atas layanan yang diberikan. Maka tidak hairanlah jika para perlacur mampu memakai kereta mewah atau barangan mewah kerana dalam satu malam sahaja mereka mampu memperoleh beratus-ratus ringgit

LANGKAH MEMBASMI AKTIVITI PELACURAN
Bagi menangani masalah ini,terdapat pelbagai cara ataupun langkah-langkah yang berkesan yang boleh diambil bagi membasmi aktiviti pelacuran ini antaranya ialah mendesak hukuman mati ke atas penyeludup manusia seperti yang diterima oleh pengedar dadah.Relevennya hujah ini ialah tindakan penyeludupan manusia iaitu wanita ini telah menyebabkan berlakunya pencabulan hak asasi manusia yang serius.Semua orang berhak untuk hidup dengan aman tanpa digangu oleh sesiapa pun tambahan pula mereka yang diseludup dan dijadikan pelacur ini akan mengalami gangguan jiwa yang berterusan sehigga akhir hayat mereka.Selepas bersara daripada aktiviti ini kelak mereka tidak akan diterima oleh masyarakat umum kerana kegiatan yang pernah dilakukan sedangkan hakikatnya mereka tidak berkehendakan begitu.

Selain itu,kerajaan juga boleh mewujudkan dasar sosial Negara yang diluluskan di parlimen pada febuari 2003 bagi membasmi gejala pelacuran ini dan untuk melaksanakan perlu diwujudkan pula majlis-majlis bertindak di beberapa kementerian untuk melaksanakan dasar tersebut dari segi pencegahan,bimbingan,pemulihan dan hukumannya.


KESIMPULAN
Kesimpulanya,aktiviti pelacuran yang semakin berleluasa di negara ini perlu ditangani dengan segera agar nama baik negara terjamin. Beban kerajaan untuk menampung kos rawatan penyakit akibat dari aktiviti pelacuran ini seperti HIV dan AIDS juga dapat dikurangkan sekaligus dapat memacu perkembangan ekonomi negara.

Jenayah Ragut



PENDAHULUAN
Hari ini, masyarakat kita telah dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah seperti ragut. Kejadian ini amat membimbangkan kerana ia bukan sahaja menyebabkan kerugian malah boleh mendatangkan kesan kecederaan mahupun maut kepada mangsa. Menurut kajian, ramai pelancong asing yang menjadi mangsa kepada jenayah ragut ini. Bayangkan kesan kepada imej negara daripada kejadian jenayah yang melibatkan tetamu-tetamu kita sempena dengan Tahun Melawat Malaysia? Pastinya kesan mendalam akibat di ragut sedikit sebanyak member kesan jangka panjang kepada mangsa tersebut.

PUNCA / FAKTOR
Jika mengkaji punca kes-kes jenayah dengan lebih teliti, kita akan mendapati banyak punca yang mengakibat berlakunya kes-kes jenayah ragut. Antaranya ialah didikan yang kurang sempurna daripada ibu bapa dan keluarga. Ibu bapa ialah orang yang paling dekat dan yang paling penting dalam pembentukan peribadi dan sahsiah di kalangan anak-anak. Pada zaman teknologi maklumat dan globalisasi sekarang, mereka sentiasa sibuk bekerja dalam mengisi tuntutan kebendaan sehingga mereka lupa akan tanggungjawab hakiki mereka iaitu mendidik dan mengajar anak-anak menjadi insan yang sempurna.

Pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca berleluasanya kegiatan jenayah di kalangan pelajar-pelajar dan remaja-remaja kerana mereka sungguh rapat dengan rakan-rakan sebaya mereka. Pelajar-pelajar lebih banyak menghabiskan masa mereka di sekolah. Jika mereka bijak memilih rakan yang dapat memimpin mereka, mereka tidak akan mudah terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral.

Selain itu, media massa juga ialah salah satu punca kegiatan jenayah ragut. Kemudahan seperti internet, e-mel, televisyen, dan radio boleh disalahgunakan oleh masyarakat untuk mendapatkan video tentang cara-cara meragut, dan sebagainya.

Pada zaman ini, ekonomi yang semakin merosot menyebabkan ramai orang kehilangan pekerjaan. Selain itu, kadar pengangguran juga semakin meningkat sedangkan taraf hidup semakin tinggi. Hal ini menyebabkan ramai penganggur mengambil jalan mudah dengan menjadikan ragut sebagai batu loncatan bagi memenuhi keperluan hidup.

Di samping itu, dadah yang semakin popular di kalangan remaja merupakan punca berlakunya jenayah. Penagih yang menagih akan melakukan jenayah ragut untuk mendapatkan wang dan membeli dadah daripada pembekalnya. Kadang kala penagih juga mampu bertindak di luar jangkaan seperti menikam ibu sendiri atau sanggup membunuh mangsa yang di ragutnya.

Menurut akhbar Harian Metro Sabtu,17 Julai 2010, berita sensasi yang menggemparkan seluruh dunia dengan tindakan berani pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UITM), memecut laju motosikalnya sejurus diragut bukan sahaja berjaya menangkap penjenayah terbabit, malah membantu polis menyelesaikan beberapa kes yang berkaitan ragut di sekitar daerah ini. Berita ini telah menunjukkan kejadian ragut yang semakin berleluasa dan membimbangkan masyarakat sekeliling. Kejadian ini, telah menjadi tumpuan semua pihak dengan mengambil langkah berjaga-jaga dengan situasi yang melanda negara ini.

KESAN JENAYAH RAGUT
Sejak dahulu, masyarakat tidak ambil kisah mengenai kes ragut biarpun adakalanya individu terbabit kehilangan sejumlah besar wang tunai dan barang kemas. Ketika itu, kes ragut masih dianggap sebagai terpencil dan tidak memudaratkan mangsa. Namun perubahan masa telah menyaksikan ragut sebagai satu jenayah serius yang sejak akhir-akhir ini turut meragut nyawa manusia. Kesan daripada kejadian ragut masyarakat menjadi semakin huru-hara akibat daripada kejadian yang semakin berleluasa yang membimbangkan masyarakat sekarang. Selain itu juga, kes-kes jenayah di negara ini semakin meningkat.Di sebabkan,ramai pelancong asing yang menjadi mangsa ragut,imej negara tercemar di mata dunia.

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI
Memandangkan kes semakin meruncing,kuatkuasa undang-undang hendaklah diperketatkan. Masyarakat yang melakukan kegiatan jenayah berat seperti bunuh semasa proses meragut hendaklah dikenakan hukuman mati mandatory bagi memberikan pengajaran kepada orang lain.Selain itu, Polis Kuala Lumpur mewujudkan operasi berkonsepkan ‘kepolisian agresif’ dengan menggabungkan setiap jabatan dan cawangan untuk mengesan mereka yang terlibat dalam apa jua jenayah di ibu negara. Untuk mengatasi jenayah ragut ini,kaum wanita haruslah belajar seni mempertahankan diri untuk melindungi diri daripada jenayah ragut.

Antara langkah yang boleh diamalkan oleh individu untuk mengelakkan diri jadi mangsa ragut ialah;
1)Memerhatikan sekeliling anda semasa berjalan di lorong kecil atau kawasan yang sepi.

2)Memerhatikan orang yang disyaki dengan memakai topi keledar,cermin mata hitam ataupun memakai topi dengan menarik ke bawah untuk menutup muka mereka.

3)Jika terpaksa menggunakan jalan yang gelap dan sepi, seharusnya ditemani oleh orang yang dikenali.

Menurut Profesor Mahmood Nazar Mohamad, Pensyarah Fakulti Pembangunan Sosial dan Manusia, Universiti Utara Malaysia(UUM) berkata, kejadian maut yang berlaku membabitkan ragut ini adalah amaran awal kepada wanita supaya mengambil langkah memperkasakan diri untuk menentang kejadian seumpama itu. Menurut Mahmood, jenayah itu kini sama kejamnya dengan jenayah genre lain seperti rogol dan pembunuhan kejam yang dilakukan kepada wanita.

KESIMPULAN
Isu ragut bukan lagi isu terpencil yang boleh kita pandang sebelah mata. Sudah terlalu banyak korban yang menderita gara-gara si peragut durjana. Justeru kerajaan harus mengambil tindakan bersepadu untuk menangani masalah ini. Kerjasama anggota masyarakat juga amat penting untuk menjayakan langkah membendung kegiatan tidak berperikemanusiaan ini.

Remaja Lari Dari Rumah

PENDAHULUAN

Belakangan ini kita selalu digemparkan dengan tindakan nekad sesetengah remaja yang sanggup lari dari rumah. Ada yang sanggup mengikuti kekasih ke negara lain dan rela bergelar pendatang tanpa izin di negara lain. Ada yang sanggup keluar rumah gara-gara merajuk dengan teguran ibu bapa dan sebagainya.

Pada masa kini penglibatan remaja kita dalam kegiatan lari dari rumah memberi tamparan yang hebat kepada semua lapisan masyarakat serta menjadi tanda tanya kepada pembangunan negara. Remaja lari dari rumah merupakan satu masalah yang baru di kalangan masyarakat kita pada masa kini. Masalah ini menjadi satu gejala yang sukar untuk dibendung malah semakin berleluasa di kalangan anak-anak mahupun pelajar sekolah. Walaupun pelbagai langkah telah diusahakan oleh pihak-pihak tertentu namun masalah ini tetap berlaku di kalangan remaja kita.

PUNCA
Pelbagai punca yang membawa kepada berlakunya masalah ini. Antaranya ialah terpengaruh dengan rakan sebaya. Kebanyakan pelajar terikut-ikut dengan perangai rakan karib mereka. Seandainya rakan mereka suka berfoya-foya malah mereka cukup mudah untuk turut berfoya-foya bersama rakan-rakan tanpa memikirkan kesan baik dan buruknya. Rakan karib yang sering pulang lewat akan menpengaruhi mereka untuk turut pulang lewat. Begitu juga sekiranya rakan karibnya lari dari rumahmereka akan mengikutinya. Justeru, mereka akan berasa seronok dan tidak lagi mahu pulang ke rumah ibu bapa mereka. Terdapat juga segelintir daripada mereka yang mulai bekerja dan memulakan penghidupan baru dengan bekerja sendiri.

Nasihat yang diberikan oleh rakan sebaya yang tidak matang dan rasional apabila remaja meluahkan masalah mereka. Keadaan ini berlaku kerana rakan sebaya itu sendiri belum cukup matang dan berpengalaman dalam menangani arus kehidupan yang penuh cabaran ini. Sesungguhnya, rakan sebaya yang memberikan nasihat yang tidak baik akan membawa remaja itu mengambil tindakan untuk melarikan diri dari rumah. Perkara yang paling mengecewakan apabila ada anak gadis yang terlibat denagn gejala lari dari rumah.

Remaja lari dari rumah juga dianggap akibat unsur barat yang dipaparkan menerusi media massa terutama media elektronik. Remaja yang suka meniru akan melakukan perkara yang mereka tonton di televisyen tanpa sebarang keraguan. Remaja tidak mampu membezakan lakonan dan reality kehidupan yang jauh berbeza. Oleh itu, media massa menjadi faktor yang berupaya menimbulkan keinginan remaja untuk lari dari rumah mereka.

Masalah ini juga berlaku kerana kurangnya pegangan agama di kalangan mereka yang terlibat. Agama memainkan peranan penting dalam mendidik dan mengajar seseorang itu menjadi manusia yang berguna. Semua agama melarang penganutnya mengingkari dan meninggalkan ibu bapa sewenang-wenangnya. Sebaliknya, apabila seseorang itu mengabaikan ajaran agama akan menyebabkan mereka lebih terdedah kepada pengaruh luar sehingga terjebak kepada masalah lari dari rumah. Sesetengah ibu bapa yang tidak mempunyai pegangan agama gagal memdidik anak memreka mentaati ajaran agama, justeru apabila berlaku masalah ini, mereka begitu mudah meninggalkan keluarga mereka.

Selain daripada itu, remaja lari dari rumah berlaku akibat keretakkan sesebuah rumah tangga yang dibina sekian lama. Apabila berlaku pertelingkahan dan pergaduhan antara ibu dan bapa menyebabkan anak-anak mereka akan berasa bosan. Persalahfahaman antara ibu dan bapa yang membawa perceraian juga merupakan punca utama berlakunya kes anak-anak lari dari rumah. Apabila ibu atau bapa mengabaikan tanggungjawab untuk mendidik anak-anak mereka ini akan memyebabkan anak-anak akan berasa diri mereka tersisih.

Punca yang paling ketara ialah tekanan ibu bapa. Remaja yang lari dari rumah sering menggunakan alasan tekanan inu bapa sebagai penyebab utama mereka melakukan perbuatan terkutuk ini. Tekanan ibu bapa ini dikaitkan dengan kegagalan ibi bapa untuk memahami keperluan peribadi remaja yang begitu mendesak. Ibu bapa sering menyalahkan anak atau tidak memberikan kasih sayang yang sewajarnya kepada remaja.

Jadi, kegagalan ibu bapa memainkan peranan mereka menjadi pendorong utama remaja melarikan diri. Mereka cuba untuk mencari hiburan dan ketenangan. Jika tindakan lari dari rumah mampu memberikan ketenangan dan kebahagian dalam diri maka mereka sanggup melakunya. Golongan ini sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai kebahagian dalam hidup mereka.

Sesetengah keluarga mempunyai saiz rumah yang terlalu kecil. Hal ini memyebabkan rumah mereka terlalu sempit. Kadang-kadang remaja lelaki terpaksa tidur di ruang tamu. Bilik-bilik lain dihuni oleh ibu bapa dan anak perempuan. Lama-kelamaan timbul rasa bosa di hati mereka. Mereka akan mencari rumah lain yang mampu memberikan keselesaan untuk mereka. Akhirnya jika ada rakan-rakan yang mengambil tindakan lari dari rumah untuk tinggal di rumah yang lebih selesa malah akam mengikutinya.

LANGKAH MENANGANI
Gejala ini boleh ditangani jika semua pihak menganbil inisiatif dengan bersungguh-sungguh. Antaranya ialah ibu bapa harus memastikan pergaulan anak-anak mereka agar tidak melampaui batas. Seandainya anak-anak mereka berkawan dengan rakan yang mecuriga, ibu bapa harus bijak menasihati anak-anak mereka supaya menjauhi rakan sebaya yang sebegini.

Selain daripada itu, ibu bapa juga harus meningkatkan pemahaman terhadap amalan agama. Hal ini kerana apabila seluruh keluarga taat kepada perintah agama, mereka takut utnuk melakukan kesalahan dan kejahatan. Hal ini kerana setiap perlakuan yang menyalahi ajaran agama akan mendapat dosa. Justeru, anak-anak yang dididik dengan ajaran agama akan mendapat menghindari diri mereka daripada tindakan nekad tersebut.
Pihak berkuasa, khususnya pihak pols boleh menangkap remaja-remaja yang lari dari rumah. Seandainya, terdapat ibu bapa yang membuat aduan dibalai polis, mereka harus menyelesaikan dan mencari maklumat bagi menangani masalah ini dengan segera.
Tindakan berlengah-lengah akan menambahkan kebuntuan bagi memyelesaikan maslah ini. Tindakan menangkap dan menjatuhkan hukuman dirasakan mampu menyelesaikan masalah ini dengan baik.

Oleh itu, gejala remaja lari dari rumah ini dapat dibendung jika semua pihak memainkan peranan masing-masing dengan baik. Sikap menyalahkan orang lain dianggap gagal menangani masalah ini. Dengan ini masalah ini dapat diatasi, gejala itu tidak akan berleluasa di kalangan remaja pada masa kini.

Kemelut ini turut dikaitkan dengan sahsiah remaja itu sendiri. Ramai remaja yang tidak mempunyai sikap yang tabah dan positif apabila menghadapi sesuatu kemelut yang melanda diri. Remaja begitu mudah terasa atau berasa sensitive apabila ditegur oleh ibu bapa sehinggg sanggup melarikan diri. Jelaslah, keadaan ini membuktikan bahawa masalah ini turut ditentukan oleh sikap remaja pada masa kini yang harus lebih kukuh dan tabah.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, gejala remaja lari rumah ini memang harus ditangani dengan segera demi masa depan remaja kita yang semakin malap ditelan arus kemodenan dunia. Semua pihak terutamanya masyarakat harus memainkan peranan tersendiri dalam menangani kemelut ini. Mungkin kita semua harus menyalahkan diri masing-masing sebelum kita menyalahkan remaja dalam hal ini.

Vandalisme: Punca & Penyelesaian


1. PENDAHULUAN

Vandalisme atau laku musnah merujuk kepada tabiat seseorang membinasakan harta benda awam dan juga harta benda orang lain. Selain itu,vandalisme juga satu bentu ritual yang dilakukan oleh golongan manusia yang tidak puas hati terhadap kondisi masyarakat. Saban hari,kita sering mendengar isu remaja yang semakin meruncing. Berita-berita mengenai salah laku oleh remaja yang tidak pernah lekang di dada-dada akhbar tempatan hampir pada setiap hari.Remaja sebenarnya boleh dianologikan sebagai batu permata yang bakal mencorak masa depan negara. Namun,mereka tidak sedar akan hakikat tersebut. Mereka sering melakukan kesalahan yang melibatkan kemusnahan harta benda awam yang boleh diringkaskan dengan perkataan ‘vandalisme’.


2. FAKTOR-FAKTOR
Remaja yang melakukan vandalism ini disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya.Rakan sebaya dapat mempengaruhi golongan remaja dalam melakukan perbuatan salah laku ini.Ini kerana,golongan remaja biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya.Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap,nilai dan tingkah laku remaja,lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga.Kebiasaanya, golongan remaja yang melakukan vandalisme merupakan remaja yang mempunyai kumpulan tersendiri.Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul,maka timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya.

Selain itu juga,ibu bapa dan keluarga juga menjadi factor terdorongnya vandalism dalam kalangan remaja.Sebagai contoh,ketika memandu,ibu bapa membuang sampah disamping tidak menghiraukan papan tanda had kelajuan.Sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga yang bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif.Selain itu,kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga antara factor utama mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini.

Pengaruh media massa mempunyai kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan dewasa ini.Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan kearah vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme.Remaja juga gemar meniru dan terikut-ikut dengan perkara yang berlaku disekeliling mereka termasuk media massa,apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya.

Salah satu faktor lain yang mendorong berlakunya vandalisme adalah disebabkan oleh sikap apati atau tidak peduli,juga boleh dikatakan sebagai individualistik dan materialistik masyarakat.Sikap sesetengah masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak mengambil peduli terhadap isu-isu sosial menyebabkan masalah tersebut berlaku.

Kajian yang dibuat menyatakan bahawa golongan remaja yang terlibat dalam kegiatan vandalisme adalah oleh golongan yang terpelajar tetapi sikap mereka sukar dikawal.Di kawasan Bandar,sesetengah penduduknya tidak mengambil peduli tentang perkara yang berlaku disekeliling mereka.Tindakan sebegini menjadikan remaja merasakan diri mereka bebas untuk melakukan gejala negatif tanpa mengambil peduli tentang tanggungjawab terhadap harta benda awam.


3. LANGKAH-LANGKAH
Terdapat langkah-langkah yang boleh diambil bagi membendung masalah vandalisme iaitu peranan ibu bapa terhadap anak-anak mereka.Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam memberi didikan agama dan nilai moral kepada anak-anak.Didikan yang sempurna haruslah ditanam dalam jiwa anak-anak supaya mereka menghargai harta benda awam yang terdapat di sekeliling mereka.Selain itu,ibu bapa juga harus memantau aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak serta mengetahui latar belakang rakan-rakan bagi anak-anak mereka.Sekiranya anak-anak mereka terlibat dengan gejala salah laku ini,tindakan sewajarnya perlu diambil oleh ibu bapa,bak kata pepatah,”Sayang anak,tangan-tangankan”.

Selain daripada peranan ibu bapa,langkah lain yang boleh diambil adalah melalui kerjasama masyarakat juga perlu bagi menangani gejala vandalisme ini.Masyarakat tidak harus berpeluk tubuh apabila gejala vandalisme berlaku secara berleluasa di kawasan perumahan mereka.Perbuatan seperti menconteng dinding bangunan dan merosakkan telefon awam perlu diambil perhatian.Masyarakat di sesebuah kawasan perlu mengadakan mesyuarat dengan penduduk di kawasan tersebut.Semua anggota masyarakat perlu bekerjasama bagi membendung masalah yang semakin berlarutan sehingga hari ini.Pihak masyarakat kawasan tertentu juga perlu bersepakat bagi menangani vandalisme seperti mengenakan denda kepada pelaku yang melakukan perkara tersebut.Denda yang sewajarnya perlu dilaksanakan bagi memberi pengajaran serta pedoman kepada pesalah tersebut agar tidak terus melakukan perkara yang salah ini.

Di samping itu, kerjasama oleh pihak kerajaan juga amat penting bagi membanteras kegiatan vandalisme ini.Penguatkasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan secara berkesan oleh pihak berkenaan.Di bawah (Akta Kerajaan Tempatan 9 undang-undang kecil vandalisme),sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM2,000 atau penjara tidak melebihi setahun jika sabit kesalahan.Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme.Tindakan yang lebih tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar menjadi teladan kepada masyarakat lain.

Peranan media massa juga amat penting bagi membendung masalah vandalisme pada masa kini.Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini,media massa juga seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat.Media massa memainkan peranan dan mempunyai pengaruh kuat dalam memberi kesedaran,memperoleh kerjasama dan menyampai maklumat tentang vandalisme dalam pelbagai bentuk rancangan yang tersiar atau yang terdapat dalam media massa.Media massa juga berperanan membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan kempen agar masyarakat memahami dan menghayati kempen “Harta Awam Milik Bersama”,kerana dengan adanya iltizam dan komitmen daripada media massa maka kempen ini dapat merealisasikan keberkesanannya.


4. KESIMPULAN
Kesimpulannya,semua pihak perlu berganding bahu dan mengerah keringat untuk bersama-sama memerangi gejala vandalisme ini.Walaupun isu ini dilihat sebagai perkara biasa,namun ingatlah bahawa ia dapat memberi impak yang besar kepada negara pada masa akan datang.Sekiranya semua kemudahan awam telah dimusnahkan dan tidak dapat digunakan,maka kesulitan akan berlaku terhadap masyarakat di negara ini juga.Imej negara juga akan dipandang rendah akibat daripada perbuatan salah laku ini.Semua pihak khususnya masyarakat di negara ini perlu bekerjasama dan bertindak segera dalam menangani gejala ini dan jangan sampai kita menyesal di kemudian hari,bak kata pepatah”Jangan sudah terhantuk barulah nak terngadah”.
Sumber: sosialdillema. blogspot

Kesan Inflasi


Zaman inflasi tinggi kian menjelang, apabila harga petrol dan tol dijangka melonjak, menjejaki langkah kenaikan harga gula dan roti. Pengumuman kerajaan pada awal tahun ini, bahawa sistem "dua harga petrol" akan dilaksanakan pada 1 Mei, ditambah pula beberapa lebuh raya yang akan dikaji semula harga tolnya pada Januari tahun ini, dijangka akan menambah beban rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pada 7 Januari, bahawa kerajaan akan memperkenalkan satu mekanisme harga petrol untuk memastikan subsidinya hanya dinikmati mereka yang berpendapatan rendah, atau betul-betul memerlukannya.

Harga petrol pastinya naik
Mereka yang menikmati subsidi bahan api ini akan membeli minyak dengan harga selepas ditolak subsidi, sementara mereka yang tidak lagi layak untuk menikmati subsidi, perlu membayar mengikut harga pasaran tanpa subsidi.

Menurut Ismail Sabri Yaakob (gambar kanan), subsidi kerajaan untuk petrol RON95 buat masa ini adalah 30 sen/liter, lantas menurunkan harga minyak ini kepada paras RM1.80/liter. Dengan kata lain, rakyat tempatan mahupun warga asing yang tidak layak menikmati subsidi, akan membeli petrol dengan harga RM2.10 atau lebih tinggi.

Walaupun golongan berpendapatan rendah masih terlindung dengan subsidi menurut Ismail Sabri Yaakob, namun arus inflasi dijangka tidak dapat terelak lagi. Jika ditinjau dari pengalaman lalu, setiap kali kenaikan harga minyak akan memberi tekanan dari segi inflasi kepada semua lapisan masyarakat.

Misalnya, apabila harga minyak antarabangsa melonjak kepada US Dollar 130 pada tahun 2008, kerajaan Malaysia telah menaikkan harga minyak dari RM1.92 kepada RM2.70, bersamaan 78 sen atau 40.6%. Lantaran itu, kadar inflasi yang berada di bawah paras 3% pada awal tahun, telah melonjak kepada 8.5% pada Julai.

Menurut maklumat dari Kementerian Kewangan, sewa rumah, bekalan air dan elektrik, gas semula jadi dan bahan api yang lain mencakupi nisbah 21.4% dalam Consumer Price Index (CPI).

Kesan Inflasi daripada kenaikan harga minyak
Pada hakikatnya, kesan yang paling besar terhadap inflasi bukannya datang dari harga minyak, tetapi kesan rantaiannya, khususnya dalam sektor pengangkutan dan makanan. Antaranya, kadar inflasi mencecah kemuncak 8.5% pada Julai 2008, disebabkan kos pengangkutan yang melonjak secara mendadak sebanyak 22%. Kos pengangkutan mencatat 15.9% dalam CPI, malah sektor pengangkutan mencecah 41% dalam kepenggunaan sumber tenaga negara. Pendek kata, naik turunnya harga minyak memberi kesan yang besar terhadap sektor pengangkutan.

Pada masa yang sama, produk komersial dan perkhidmatan dalam setiap lapisan ekonomi melibatkan pengangkutan, yang membawa kesan rantaian terhadap semua keperluan harian, termasuklah makanan, pakaian, sehinggalah barang kehendak seperti kereta, rumah dan sebagainya.

Jikalau ditambah makanan dan minuman bukan alkohol (31.4%), pengangkutan (15.9%), dan sewa rumah, bekalan air dan elektrik, bahan api yang lain (21.4%), kesemuanya mencatat jumlah 68.7% daripada CPI.

Ringkasnya, apabila harga minyak bertambah dari RM1.80 kepada RM2.10, kos tambahan yang ditanggung oleh rakyat bukan hanya 30 sen/liter, tetapi inflasi yang berlaku berikutan kesan rantaian kenaikan harga minyak.


Inflasi lebih tinggi daripada perangkaan rasmi
Pada hakikatnya, inflasi yang menimpa rakyat sebenarnya lebih tinggi daripada perangkaan rasmi yang diumumkan. Misalnya, perangkaan rasmi yang diumumkan pada Julai 2008 adalah 8.5%, setelah kenaikan harga minyak secara mendadak dari RM1.92 kepada RM2.70.

Namun demikian, perangkaan yang tidak rasmi menunjukkan kos pembekal bahan mentah melonjak 10-20%, malah harga makanan di warong melonjak dalam lingkungan 25-40%. Bahkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga menaikkan harga elektrik pada kadar 26%, tahun 2008 dengan alasan penambahan kos bahan api.

Ketika ditemuramah, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) menyatakan kenaikan harga minyak melambungkan kos pengangkutan, menjurus kepada kenaikan harga bahan mentah dan berakhir dengan kenaikan harga makanan. Oleh itu, peniaga warong terpaksa menaikkan harga.

Secara puratanya, rakyat Malaysia membelanjakan 40% pendapatannya untuk makanan. Kenaikan harga minyak telah menyebabkan mereka berbelanja lebih (lebih daripada 50%) untuk makanan. Antaranya, disebabkan ketidaksempurnaan sistem pengangkutan awam, penduduk bandar perlu bergantung kepada kereta untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Hidup semakin menyempit apabila kebanyakan penduduk bandar makan di luar, secara langsung telah menjadi golongan yang paling merasai bahang inflasi. Seandainya dikira mengikut pendapatan RM2,500 sebulan, kenaikan harga minyak dari RM1.80 kepada RM2.10 akan melonjakkan perbelanjaan petrol golongan menengah ini sebanyak 17%; ditambah pula kenaikan harga makanan sebanyak 5-10%. Jelas, pilihannya makin kurang, dengan pendapatan yang terhad ini.


Sumber : Neo Chee Hua / merdeka review

Inflasi di Malaysia

Kadar inflasi Malaysia pada Disember 2010 naik kepada 2.2 peratus, iaitu yang tertinggi dalam tempoh 19 bulan. Ini sekali gus merekodkan kadar inflasi tahunan kepada 1.8 peratus untuk 2010. Kenaikan kadar inflasi itu berpunca daripada lonjakan harga makanan, komoditi dan penurunan subsidi oleh kerajaan pada akhir tahun 2010. Penurunan subsidi yang menyaksikan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak lima sen seliter, LPG lima sen sekilogram dan gula 20 sen sekilogram serta sambutan perayaan Krismas dan cuti sekolah telah mendorong kenaikan inflasi.

Bagaimanapun, kadar inflasi negara masih jauh lebih rendah berbanding Indonesia 6.9 peratus, Thailand tiga peratus, Korea 3.5 peratus dan India 8.4 peratus.

Berdasarkan laporan Financial Times, kajian yang dijalankan oleh Northern Light mendapati 62 peratus pelabur menjangkakan inflasi akan meningkat secara global. Awal minggu ini data yang dikeluarkan di Britain menunjukkan Indeks Harga Pengguna di United Kingdom mencecah 3.7 peratus pada Januari 2011. Ini menguatkan spekulasi bahawa inflasi sedang meningkat.

Inflasi dikatakan bakal mencecah kadar empat peratus dalam beberapa bulan akan datang. Kini penganalisa mempersoalkan sama ada Bank of England sudah kehilangan kredibiliti. Pakar ekonomi percaya Indeks Harga Pengguna akan meningkat sekitar 3.4 peratus pada Disember dengan petrol, makanan dan bil utiliti memberikan tekanan paling kuat terhadap inflasi.

Baru-baru ini Bank Dunia mengingatkan Indonesia mengenai kadar inflasinya yang tinggi supaya kerajaan melakukan sesuatu sebelum ia memberi kesan negatif ke atas ekonomi apabila kadar faedah dan pengangguran meningkat. Agensi berita Antara dalam laporan terkininya berkata terdapat ramalan bahawa kadar inflasi republik berkenaan boleh mencapai tujuh peratus pada akhir tahun ini. Indonesia yang mendakwa kadar inflasinya masih pada tahap yang boleh ditangani, walau bagaimanapun meminta Bank Dunia menyokong polisi fiskal yang dilaksanakannya.

Reuters pula melaporkan syarikat-syarikat di China dan India, yang selama ini menikmati ekonomi yang kukuh, turut bimbang menghadapi risiko inflasi. Inflasi dan peningkatan gelembung aset syarikat-syarikat utama menjadi kebimbangan gergasi ekonomi Asia dan ekonomi yang ketiga dunia, kata pakar yang ditemui pada Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland baru-baru ini. Pengerusi syarikat pembuat tayar India, Apollo Tyres, Onkar Kanwar berkata, harga minyak dan getah asli melonjak seumpama emas sekarang.

Peningkatan harga pelbagai komoditi, termasuk gula dan besi, memaksa beberapa perniagaan asing dan tempatan yang beroperasi di China dan India meningkatkan harga sehingga pengguna menanggung kos berkenaan. Inflasi makanan di India berada pada 15.5peratus pada bulan Disember. Ia merupakan yang paling tinggi di antara ekonomi utama Asia, diikuti dengan China dengan kadar inflasi makanannya sembilan peratus. Di India, inflasi makanan meningkat dalam angka dua digit kebelakangan ini. Perkara ini dikhuatiri akan memberi kesan kepada keputusan pilihan raya. Di China pula, penulis-penulis blog melahirkan rasa kecewa terhadap harga barangan yang semakin meningkat.

Kadar inflasi pada tahun ini dijangka berada sekitar 2.5 hingga tiga peratus dan peningkatannya diramal lebih pantas menjelang separuh kedua ekoran pertumbuhan ekonomi dunia. Inflasi bakal meningkat lebih pantas sekiranya kerajaan melaksanakan cadangan pemansuhan subsidi di bawah rasionalisasi subsidi yang dikemukakan Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu). Dengan kadar 2.75 peratus, tahap Kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah menyokong mencatat pertumbuhan teguh dan menangani tekanan inflasi semasa.

Harga minyak dan komoditi dijangka meningkatkan inflasi harga pengguna pada Disember dengan harga makanan terus meningkat. OPR akan kekal sekiranya kadar inflasi meningkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang ekoran kenaikan harga komoditi dan makanan serta pelaksanaan rasionalisasi subsidi. OPR boleh meningkat sehingga 3.25 peratus dan dijangka kenaikan untuk kali ketiga sebanyak 25 mata asas lagi sekiranya diperlukan.Namun, ia bergantung kepada penurunan inflasi menjelang separuh kedua 2011.

Inflasi di negara ini boleh dikawal dan diuruskan dengan baik, walaupun kerajaan mengurangkan pemberian subsidi. Ia hanya boleh dikawal sekiranya pengurangan subsidi itu dilakukan secara berperingkat-peringkat. Analisis telah dibuat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan menunjukkan ia akan meningkat kepada tiga peratus atau turun kepada 2.9 peratus untuk masa ini. Hutang negara akan meningkat pada tahun itu sekiranya negara terus bergantung kepada pemberian subsidi kerajaan.

Antara cadangan pengurangan subsidi membabitkan subsidi gas yang mengakibatkan peningkatan tarif elektrik, kenaikan kadar tol, caj hospital awam dinaikkan dan sebagainya. Kerajaan juga mencadangkan agar langkah mengurangkan subsidi petrol secara berperingkat dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi dan maju.

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang memberikan subsidi yang banyak di dunia dengan jumlah subsidi sebanyak RM74 bilion pada 2009. Ia meliputi subsidi sosial sebanyak RM24.8 bilion, minyak sebanyak RM23.5 bilion dan makanan sehingga mencecah RM3.1 bilion. Sementara itu, kaji selidik BNM menunjukkan inflasi akan meningkat kepada empat peratus pada 2011 hingga 2012 dan berada sekitar tiga peratus selepas 2013.

Tulisan: Siti Rizadiana Rahmat
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)

Sumber: ntvirus.wordpress.com

Rasuah Di Malaysia



Definisi Rasuah
Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut.

Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:
• Meminta/Menerima Rasuah
• Menawar/Memberi Rasuah
• Membuat Tuntutan Palsu
• Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia: Pak Lah
RANG Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 yang diluluskan kelmarin, selepas dibentangkan di Parlimen melegakan semua pihak kerana kini negara berada di landasan tepat untuk mencapai tahap integriti yang selari dengan pembangunan negara menjelang 2020.

Selepas dibahaskan selama dua hari membabitkan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, akhirnya ia diluluskan menerusi suara majoriti anggota Dewan yang bersidang dalam suasana agak tegang. Ternyata hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang mahu melihat perubahan dalam sistem penyampaian kerajaan ketika mula memegang jawatan pada 2004, mula menampakkan hasil.

Ia bermula dengan penubuhan Institut Integriti Malaysia yang bertujuan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap keupayaan pentadbiran dan tadbir urus negara, diikuti SPRM, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan Program Perlindungan Saksi. Semua ini adalah ilham Abdullah ketika mengambil alih jawatan untuk memperlihatkan keterbukaan dalam pentadbiran kerajaan, malah ia menjadi sebahagian manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum 2004. Seperti dijangkakan, perubahan berlaku secara berperingkat-peringkat dalam usaha kerajaan merealisasikan Wawasan 2020, untuk menjadikan negara dalam kelompok negara maju. SPRM yang bakal menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mulai Januari depan, mempunyai struktur pentadbiran dan bidang pelaksanaan yang menyeluruh serta mampu memberi impak besar dalam usaha membasmi rasuah dan penyelewengan.

Sebagai rakyat, kita cukup gembira dengan pembentukan suruhanjaya ini, selepas melihat gejala rasuah dan penyelewengan yang merebak dalam masyarakat sehingga menjejaskan imej kerajaan dan membantutkan pembangunan negara. Kita yakin SPRM yang mengambil pendekatan dilaksanakan Pentadbiran Hong Kong dalam mencegah rasuah selama 30 tahun, akan beroleh kejayaan berikutan gejala rasuah di negara ini masih pada tahap terkawal. Dengan lebih 5,000 kakitangan SPRM yang diberikan latihan dalam aspek pembanterasan dan pencegahan rasuah, hasrat kerajaan untuk menghapuskan gejala itu sudah pasti mampu dicapai, terutama dengan sokongan seluruh rakyat.

Malah, cadangan untuk mewujudkan satu mahkamah khas bagi mendengar dan membicarakan kes rasuah yang berlaku di negara ini menunjukkan komitmen tinggi kerajaan membanteras rasuah dan penyelewengan sehingga ke akar umbi. Begitu juga Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang turut dibahaskan di Parlimen bakal memantapkan lagi institusi berkenaan selepas terjejas teruk berikutan krisis kehakiman yang melanda sebelum ini. Kita berharap semua pihak terus memberi sokongan padu kepada usaha kerajaan bagi memantapkan lagi pentadbiran supaya tadbir urus yang dijalankan telus dan memanfaatkan rakyat.

Pentadbiran telus dan berwibawa amat penting bagi membawa negara ini melepasi halangan dan krisis ekonomi yang tidak nampak penghujungnya. Jadi menerusi rang undang-undang bersejarah ini, semua pihak perlu melihat ke depan untuk bersama berganding bahu dengan kerajaan dalam mencapai Misi Nasional negara.

Penjawat Awam Perlu Integriti Atasi Cabaran Ekonomi: Najib
Datuk Seri Najib Razak menggariskan enam pendekatan yang perlu diamalkan kakitangan awam bagi menghadapi cabaran krisis ekonomi global, termasuk meminta pegawai peringkat atasan mengurangkan kuasa membuat keputusan mengikut budi bicara bagi mengelak amalan rasuah.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, mereka perlu sentiasa berpegang kepada nilai integriti dalam sistem kerajaan, sekali gus menjadikan sektor perkhidmatan awam mempunyai integriti tinggi. Najib berkata, pendekatan lain perlu diberi perhatian kakitangan awam, terutama Kementerian Kewangan ialah memperkukuhkan modal keintelektualan bagi membolehkan kerajaan membuat keputusan tepat.

Beliau berkata, Perbendaharaan yang turut menyediakan perkhidmatan kepada agensi dan kementerian lain perlu meningkatkan keberkesanan sistem penyampaiannya. Najib juga meminta pegawai dan kakitangan awam menggunakan kemampuan daya fikir untuk memberi idea yang lebih baik, inovatif dan kreatif bagi menghasilkan keputusan dan menyelesaikan sesuatu masalah.

Beliau berkata, kakitangan awam juga perlu mementingkan keputusan atau hasil projek pembangunan yang berkesan bagi memenuhi objektif setiap kementerian dan kerajaan.
Katanya, mereka juga perlu sentiasa memastikan setiap peruntukan yang disediakan kerajaan untuk projek pembangunan dapat memberi nilai sewajarnya. Selain itu, Najib berkata, tahun ini dan tahun akan datang amat mencabar bagi Perbendaharaan untuk menangani kesan krisis ekonomi.

Mahkamah Khas Rasuah Permulaan Sebuah Era Baru
CADANGAN kerajaan mewujudkan mahkamah khas untuk mendengar dan membicarakan kes rasuah seperti yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz kelmarin, memberi petanda yang cukup meyakinkan mengenai kesungguhan pihak berkuasa dalam memerangi jenayah yang boleh menghancurkan negara itu.

Menurut Nazri, yang membuat pengumuman itu ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kemudian diluluskan di Dewan Rakyat, penubuhan mahkamah berkenaan bukan saja dapat mengatasi masalah kes tertunggak, tetapi juga membuktikan kesungguhan kerajaan menerima cadangan orang ramai, termasuk daripada pembangkang.

Ketika membahaskan Rang Undang-Undang SPRM sebelum itu beberapa anggota Dewan Rakyat mencadangkan agar mahkamah seumpama itu ditubuhkan bagi mengurangkan beban mahkamah biasa yang memang sudah dibebani dengan timbunan kes jenayah lain dan sivil. Dengan adanya mahkamah yang tugasnya semata-mata untuk mengendalikan kes berkaitan rasuah, salah guna kuasa dan seumpamanya, maka sudah pasti kes demikian dapat diselesaikan dengan lebih pantas dan licin tanpa terpaksa menunggu senarai giliran yang panjang.

Ia diharapkan dapat memberi kepuasan kepada orang ramai yang sentiasa sinis terhadap usaha kerajaan dalam memerangi rasuah selama ini. Memang tidak dinafikan bahawa persepsi umum, termasuk di kalangan orang luar, mengenai rasuah di negara ini sejak beberapa tahun kebelakangan kurang baik, walaupun kegiatan tidak bermoral itu tidak seburuk di sesetengah negara membangun lain.

Berdasarkan kepada persepsi negatif ini, maka penubuhan Mahkamah Khas Rasuah seiring dengan kelulusan yang diberikan Parlimen terhadap penubuhan SPRM nanti, serta pembentukan Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman (SPK) dan Rang Undang-Undang Perlindungan Saksi 2008 yang sedang dan akan dibahaskan, tidak syak lagi akan membuka era atau lembaran baru dalam usaha pembanterasan rasuah di negara ini.

Perlu diingat bahawa usaha memerangi rasuah berbentuk dua dimensi, iaitu pencegahan dan pendakwaan. Dalam hubungan ini, penubuhan mahkamah khas, SPRM, SPK dan Akta Perlindungan Saksi ditambah dengan usaha yang sedang dijalankan institusi sedia ada seperti Institut Integriti Nasional, diharapkan mampu berfungsi sebagai infrastruktur yang akan menakutkan individu atau golongan yang mempunyai kecenderungan rasuah.

Jika ini boleh dijelmakan sebagai kenyataan, maka sebahagian daripada peperangan terhadap rasuah sudah berjaya. Pendakwaan hanya akan berperanan sebagai pelengkap kepada usaha itu.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa pendakwaan dan hukuman tidak penting. Adalah sesuatu yang lumrah bahawa manusia itu terdiri daripada dua jenis – yang baik dan jahat. Individu yang secara tabiatnya jahat akan terus memiliki kecenderungan untuk membuat kejahatan, termasuk melakukan rasuah, walau sehebat dan seberat mana peraturan yang ditetapkan atau hukuman yang dikenakan.

Oleh itu, langkah selanjutnya tentulah keperluan untuk menzahirkan dalam bentuk tindakan hasrat yang tersemat di sebalik penubuhan pelbagai entiti dan undang-undang yang sudah dan akan diluluskan Parlimen nanti. Satu-satunya perkembangan yang orang ramai mahu lihat nanti tentulah lebih banyak kes berkaitan rasuah, khususnya yang besar-besar, disiasat dan dihadapkan ke muka pengadilan.

Ini akan secara langsung meningkatkan keyakinan orang ramai, termasuk pelabur dari dalam dan luar negara, sekali gus memperbaiki imej Malaysia pada mata dunia. Semua ini akan memberi sumbangan positif terhadap usaha menarik pelaburan tempatan dan asing untuk menambah kemakmuran negara dan rakyat.

Masalah kesukaran memperoleh bukti, keengganan saksi tampil ke hadapan, kekurangan kakitangan dan pegawai dan sebagainya yang selama ini sering menghindar usaha Badan Pencegah Rasuah sepatutnya tidak akan wujud lagi dengan adanya SPRM dan Akta Perlindungan Saksi.

Di lihat dari perspektif ini, adalah jelas bahawa tindakan perundangan yang digerakkan sepanjang minggu ini untuk merintis jalan bagi penubuhan SPRM dan SPK serta pengenalan undang-undang baru untuk melindungi saksi dan mengawal tingkah laku hakim adalah lebih daripada usaha menunaikan janji yang pernah dibuat Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum 2004.

Ia juga lebih daripada usaha peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, seperti yang cuba diuar-uar sesetengah pihak, untuk meninggalkan legasi pemerintahannya sebelum melepaskan jawatan Mac tahun depan.

Sesungguhnya, usaha itu adalah permulaan sebuah era baru dalam sejarah negara memerangi rasuah, salah guna kuasa dan pelbagai bentuk penyelewengan. Semoga satu hari nanti, negara ini dikenali dan diiktiraf sebagai negara paling bersih di dunia.
Sumber : Mingguan Malaysia


Pandangan Islam Mengenai Rasuah
Budaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang terbaik bagi mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah pertama yang tegas telah diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara berkesan tanpa bertolak ansur dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang bermaksud :
“Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka”.
Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :

“Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”.

Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan keji ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga yang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini.

Punca Berlakunya Rasuah
Antara punca berlakunya rasuah ialah :

a) Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa.
Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori “Technique of Neutralization” oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, “ Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu”. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.

b) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi.
Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.

c) Sosial dan budaya.
Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.

d) Modenisasi.
Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya.
Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya.

e) Politik.
Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.


Kesan-Kesan Rasuah
Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita.

Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah.

Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.

Langkah-Langkah Mencegah Rasuah
Antara Langkah Mencegah Rasuah Adalah Seperti Berikut :

• Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan Jatidiri
Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.

• Memasukkan Bahaya Rasuah Dalam Sistem Pendidikan
Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.

• Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hukuman
Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.

• Memudahkan Urusan Menggunakan ICT
Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses.
Sumber :http://www.islam.gov.my

Dasar Penswastaan



Latar Belakang
Penswastaan mula mendapat perhatian yang wajar di Malaysia mulai pertengahan tahun 1983 apabila Y.A.B. Perdana Menteri melancarkan Dasar Persyarikatan Malaysia yang juga telah menyentuh peranan pihak swasta dalam pembangunan dan pengurusan negara.

Penswastaan adalah bertentangan dengan pemiliknegaraan (nationalization), iaitu satu proses yang menambahkan pemilikan dan penguasaan Kerajaan dalam ekonomi. Pada dasarnya, pengswastaan melibatkan beberapa kepentingan atau pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta.

Rasional
Y.A.B. Perdana Menteri dalam ucapan perasmian conference The Securities Industri in Malaysia pada 28hb April, 1984 menyatakan.... Goverment the world over are notorious for inefficiency when running enterprises, even aided by monopoly and the authority of Government. On the other hand, the private sector is better motivated and generally more efficient. It is hoped that privatisation will improve the economic and general performance of the services, resulting in a more rapid growth of the nation as a whole'.

Sektor Awam bukan sahaja terlibat dalam menyediakan dasar utama dan menentukan arah dan penyediaan perkhidmatan tetapi telah juga terlibat secara aktif dalam aktiviti ekonomi dan perdagangan di Malaysia. Saiz sektor awam telah berkembang dengan begitu pesat sekali dalam 10 tahun yang lalu. Perbelanjaan sektor awam telah meningkat dengan begitu besar sekali dari 28% pada tahun 1975 kepada 36% pada tahun 1982 dan ini merupakan satu beban kewangan yang besar untuk ditanggung oleh Kerajaan. Keadaan ekonomi meleset juga menjadi faktor-faktor utama yang membawa kepada Dasar Pengswastaan ini diperkenalkan.

Objektif
Dasar Pengswastaan diperkenalkan dengan mempunyai objektif seperti berikut:

(i) Mengurangkan Bebanan Kewangan Kerajaan
Pada masa yang lepas, pihak Kerajaan telah membelanjakan ribuan juta ringgit dalam sektor kesihatan, pertahanan, air, api, jalan keretapi, pelabuhan, lapangan terbang dan sebagainya, dan perbelanjaan tersebut terus meningkat dari masa ke semasa dan kadar pulangan balik kepada Kerajaan adalah lambat dan sangat rendah.

Di samping itu, Kerajaan juga terpaksa menyelenggarakan perkhidmatan dan pelaburan-pelaburan tertentu. Jumlah emolumen merupakan satu item yang terbesar iaitu lebih satu pertiga daripada keseluruhan perbelanjaan mengurus. Perbelanjaan dalam bentuk pindahan juga telah meningkat dengan pesatnya sejak akhir-akhir ini dan sekarang telah menjadi hampir setengah daripada perbelanjaan mengurus.

(ii) Meninggikan Kecekapan Dan Penghasilan Kerja
Pencapaian kebanyakan daripada perusahaan awam yang terlibat dalam bidang perdagangan dan perindustrian masih tidak memuaskan walaupun mereka mempunyai kedudukan monopolistik dan menikmati berbagai sokongan Kerajaan. Dengan mengswastakan beberapa perkhidmatan Kerajaan yang tertentu, serta dengan kepakaran dan peluang yang lebih baik yang boleh di beri oleh pihak swasta, adalah dijangka perkhidmatan tersebut dapat di tingkatkan dengan lebih baik lagi.

(iii) Menggalakkan Pertumbuhan Ekonomi Dan Kekesanan Negara
Harta-harta atau kekayaan yang dimiliki oleh negara masih belum diusahakan sepenuhnya. Halangan-halangan yang terdapat dalam sektor awam tidak menggalakkan penggunaan sumber-sumber kekayaan negara ini dengan cekap dan sepenuhnya. Lebih banyak syarikat swasta yang dapat di wujudkan yang dengan secara tidak langsung dapat meninggikan pertumbuhan ekonomi negara. Di samping itu, pihak Kerajaan pula dapat mengecap nikmat bersama dengan mengutip cukai pendapatan dari syarikat-syarikat yang berkenaan.

(iv) Pembahagian Sumber Serta Kecekapan
Lebih banyak penglihatan Kerajaan dalam ekonomi bermakna lebih banyak penguasaan Kerajaan terhadap sumber-sumber negara. Keputusan pula biasanya dibuat berasaskan pertimbangan yang bukan bercorak pasaran. Sebahagian besar daripada barang-barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Kerajaan mencerminkan nilai pasaran. Harga barangan tersebut adalah berasaskan subsidi dan sumber yang diuntukkan itu untuk pengeluarannya tidak dapat diagihkan dengan cekap. Subsidi dan pengekalan sikap yang berkehendakkan kebajikan, akan menggalakkan rakyat Malaysia terlalu bergantung kepada bantuan Kerajaan. Keadaan ini tidak sesuai dengan kepentingan jangka panjang perseorangan dan negara keseluruhannya.

(v) Mempercepatkan Pencapaian Matlamat dasar Ekonomi Baru
Dengan memberi lebih banyak peluang kepada pihak swasta, Kerajaan dapat mengwujudkan lebih banyak penyertaan syarikat swasta Bumiputera atau bilangan pengurus-pengurus Bumiputera bagi memenuhi kehendak-kehendak Dasar Ekonomi Baru itu.


Strategi Pelaksanaan
Beberapa isu penting perlu diselidiki, dikaji dalam menimbangkan cadangan-cadangan pengswastaan sesuatu perkhidmatan itu. Kabinet telah mengarahkan satu Jawantankuasa ditubuhkan di Unit Perancang Ekonomi (EPU) dengan dianggotai oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Kementerian Kewangan dan Jabatan Awam (PSD) dengan dipengurusikan oleh Unit Perancang Ekonomi bagi menyediakan satu garis panduan yang lengkap untuk memudahkan Kementerian/Jabatan mengswastakan beberapa perkhidmatan di bawah Kementerian/Jabatan masing-masing. Antara isu-isu yang perlu di pertimbangkan ialah:
(a) Pemecahan sesuatu khidmat (fragmentation);
(b) Soal keselamatan;
(c) Perundingan;
(d) Implikasi kewangan;
(e) Penentuan harga;
(f) Implikasi kepada kakitangan;
(g) Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru;

Berdasarkan kepada angka perbelanjaan dan peruntukan-peruntukan pembangunan awam, sektor swasta pula mengkaji keupayaan mereka dalam mengurus dan mengambilalih harta-harta yang akan diswastakan. Pengawasan dan penilaian yang rapi terhadap perkhidmatan-perkhidmatan yang diswastakan juga merupakan sebahagian dari program pengswastaan. Tingkat kecekapan daya pengeluaran, daya persaingan yang sihat serta tingkat harga yang dikenakan terhadap perkhidmatan-perkhidmatan berkenaan perlu diawasi untuk menilai kos dan faedah dari perkhidmatan yang diswastakan.

Penutup
Kebimbangan-kebimbangan terhadap Dasar Pengswastaan timbul kerana akan berlakunya beberapa pemindahan hakmilik 'national monopoly' yang sepatutnya dikendalikan oleh sektor awam kepada syarikat swasta. Pemindahan itu dikuatiri boleh menyebabkan kenaikan kos, harga dan agihan pendapatan yang tidak serata disebabkan oleh pemonopolian tersebut.

Walaubagaimanapun, jika dasar ini dikaji secara mendalam dan dipraktikkan secara sempurna selepas mengambil kira kemungkinan penyalahangunaan kuasa monopoli di atas, ianya akan dapat menyediakan satu perkhidmatan yang lebih cekap, cepat dan murah pada pengguna penggunanya, yang mana secara tidak langsung akan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

Dasar Pensyarikatan Malaysia



Latar Belakang
Dasar Persyarikatan Malaysia atau Malaysia Incorporate ini telah pertama kalinya diutarakan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Sri Dr.Mahathir Mohamed di waktu pelancaran Forum INTAN pada 25hb. Februari, 1983. Semenjak itu dasar ini telah banyak dikupas dan diperbincangkan bukan sahaja oleh media massa tetapi juga oleh ahli-ahli politik, ahli-ahli perniagaan, pegawai kerajaan dan juga gulungan intelektual.

Rasional
Dalam sesebuah negara seperti Malaysia ini terdapat dua sektor utama yang akan menentukan maju dan mundurnya negara ini, iaitu sektor swasta dan sektor awam. Kedua-dua sektor ini seharusnya boleh bekerjasama dalam semua bidang untuk mencapai dan meningkatkan pembangunan dan imej negara ke tahap yang lebih baik.

Dilihat sekali imbas sektor swasta adalah menjadi pendokong kepada aktiviti perdagangan dan ekonomi, manakala sektor awam akan menyediakan dasar-dasar utama dan menentukan arah serta menyediakan perkhidmatan sokongan yang tertentu kepada pihak swasta. Dengan ini pihak kerajaan atau awam lebih merupakan pemberi perkhidmatan kepada syarikat dan perusahaan.

Keperluan kepada dasar Persyarikatan Malaysia ini wujud hasil dari kesedaran bahawa pada masa ini terdapat beberapa perkara dan persoalan-persoalan pokok yang menjadi berasingan atau bertentangan seperti soal matlamat organisasi, perhubungan peranan dan peraturan di antara pihak awam dan swasta.

Objektif
Persyarikatan Malaysia bertujuan mengujudkan satu kerjasama yang erat, bermakna dan berkesan di antara pihak sektor awam dengan pihak swasta dalam menjayakan pembangunan negara yang akan membuahkan munafaat yang akan dikecapi oleh kedua-dua pihak.

Y.A.B. Perdana Menteri sendiri menerangkan konsep Persyarikatan Malaysia memerlukan kedua-dua sektor menghapuskan sikap permusuhan dan sebaliknya bersama berkongsi maklumat, tanggongjawab, cabaran serta memahami polisi, objektif dan prosediur-prosediur dalam usaha-usaha mempertingkatkan pembangunan sosial, pentadbiran dan ekonomi negara. Hubungan kerjasama yang erat ini sebenarnya akan menguntungkan semua pihak di mana dasar-dasar awam akan mudah difahami, dilaksana dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat. Keuntungan yang diperolehi oleh sektor swasta pula akan dapat dikecapi bersama-sama melalui cukai dan penglibatan sosial secara bersungguh oleh pihak swasta.

Strategi Pelaksanaan
Kesefahaman dan kerjasama di antara kedua-dua sektor boleh dicapai melalui:

1. Sikap kurang faham terhadap pihak awam dengan pihak swasta perlulah dihapuskan.

2. Pihak awam dan swasta haruslah mempunyai satu persetujuan bagi mencapai matlamat negara. Dengan itu kedua-dua pihak mempunyai matlamat iaitu menjaga maruah negara dan tidak hanya satu pihak sahaja yang akan bersungguh membangunkan negara.

3. Peraturan dan prosedur kerja pihak awam hendaklah dikaji dan diubah di mana perlu dan jika boleh pihak swasta hendaklah dilibatkan dalam menggubal peraturan serta prosedur yang ada.

4. Hubungan di antara Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun di antara satu sama lain hendaklah dipertingkatkan supaya setiap agensi kerajaan mempunyai matlamat kerja dan cara bekerja yang sama. Ini membolehkan pihak swasta mudah menghubungi dan menguruskan kerja-kerja mereka.

Dalam hubungan ini, pihak INTAN telah mengadakan beberapa siri forum, seminar dan perbincangan dalam usaha-usaha mendapatkan pandangan-pandangan pertukaran-pertukaran maklumat di peringkat persekutuan dan negeri-negeri. Beberapa syarikat swasta juga telah mengambil inisiatif untuk mengadakan seminar yang serupa.

Dalam usaha mengujudkan kerjasama yang lebih erat dan penglibatan pihak swasta dalam penggubalan dasar dan prosediur, secara lebih berkesan, satu Surat Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 1984 yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Negara telah dikeluarkan, mengarah supaya semua Kementerian, Jabatan, badan berkanun dan Pejabat Daerah menubuhkan Perundingan di antara pihak swasta dan pihak awam.

Selain dari itu beberapa program-program lain juga telah dijalankan seperti menempatkan pegawai kerajaan ke syarikat swasta. Sebagai permulaannya seramai 18 orang pegawai telah ditempatkan di British Malaysian Industry and Trade Association (BMITA) mulai tahun 1984 yang lalu dengan tujuan membolehkan pegawai-pegawai itu mempelajari selok belok pengurusan sektor swasta tentangnya dibidang perniagaan, perdagangan dan industri.

Penutup
Dasar Persyarikatan Malaysia sebenarnya memerlukan perubahan sikap oleh kedua-dua sektor awam dan swasta untuk memupuk persefahaman dan kerjasama yang lebih erat agar kesejahteraan rakyat Malaysia akan dapat dipertingkatkan. Ianya timbul atas kesedaran bahawa kedua-dua pihak sebenarnya adalah sehaluan untuk menjadikan negara ini lebih maju.

Sesungguhnya potensi bagi ekonomi Malaysia bertambah maju amatlah besar sekali memandangkan negara ini kaya dengan sumber asli yang seharusnya digemblengkan. Dasar Persyarikatan Malaysia ialah untuk menggemblengkan sumber-sumber ini melalui kerjasama yang padu di antara sektor awam dan sektor swasta. Sesungguhnya pelaksanaan Dasar Persyarikatan Malaysia yang berkesan akan dapat memberi sumbangan yang besar ke arah kejayaan lain-lain dasar awam negara seperti Dasar Perindustrian Negara, Dasar Pertanian Negara, Penswastaan dan lain-lain.

Zina Punca Buang Bayi



Selangor Catat Kes Buang Bayi, Dera Tertinggi

KUALA LUMPUR: Selangor mencatatkan jumlah kes pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak tertinggi di negara ini, sejak lima tahun lepas bermula 2005, Persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Selangor mencatatkan 105 kes pembuangan bayi manakala statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula merekodkan 3,234 kes penderaan kanak-kanak.

"Secara keseluruhannya, 407 kes direkodkan berkaitan pembuangan bayi dan 10,758 kes penderaan kanak-kanak dan bayi dicatatkan sejak lima tahun lalu," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran) yang ingin tahu jumlah kes pembuangan bagi dan penderaan bayi bagi tempoh 2005-2010 mengikut negeri dan sebab kejadian tersebut berlaku serta tindakan kerajaan dalam menangani gejala tersebut.

Selain Selangor, Johor mencatatkan 83 kes pembuangan bayi, Sabah (65), Sarawak (34), Negeri Sembilan (24), Pulau Pinang (22), Perak (19), Pahang dan Kedah (17), Kelantan (10), Terengganu (5), Melaka (3), Kuala Lumpur (2) dan Perlis (1).

Bagi kes penderaan kanak-kanak dan bayi, selepas Selangor, Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kes kedua tertinggi iaitu 2,221 kes, Pulau Pinang (891), Perak (861), Negeri Sembilan (799), Johor (599), Pahang dan Sarawak (440),Kedah (420), Melaka (301), Perlis (245), Terengganu (168), Kelantan (105) dan Sabah (34).

Shahrizat berkata, antara punca berlakunya masalah pembuangan bayi apabila mangsa, wanita hamil luar nikah berasa takut dan malu kerana tidak mendapat sokongan keluarga, khuatir dihukum sekiranya masyarakat umum mengetahuinya dan bayi yang dilahirkan cacat.

Kurang pendidikan agama, tiada pengetahuan mengenai khidmat bantuan sokongan seperti khidmat kaunseling dan perkhidmatan perlindungan untuk diri dan anak, bapa kepada bayi yang dilahirkan ghaib dan tidak mahu bertanggungjawab selain wanita pendatang asing tanpa izin takut diusir apabila meminta pertolongan, katanya.

"Bagi kes penderaan kanak-kanak, antara sebab berlaku kejadian tersebut termasuklah kerana kanak-kanak dan bayi terlalu aktif selain masalah yang dihadapi ibu bapa berkaitan tekanan tempat kerja, kewangan, krisis rumah tangga dan kurang pendidikan agama," katanya.

Shahrizat berkata, tindakan kerajaan bagi menangani masalah ibu muda yang bermasalah serta usaha membendung pembuangan bayi termasuklah menyediakan pusat perlindungan bagi kanak-kanak dan wanita.

"Kementerian mempunyai 55 institusi kebajikan, 104 pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah, 53 Klinik Nur Sejahtera yang sedia menerima bayi-bayi yang memerlukan perlindungan dan empat Taman Seri Puteri serta Pusat Jagaan Sinar Kasih," katanya. - BERNAMA


Seks bebas di kalangan remaja membimbangkan
HUBUNGAN seks membabitkan pasangan yang tiada ikatan perkahwinan atau zina termasuk dalam perbuatan keji yang melanggar hukum agama. Malah, Islam memandang berat kesalahan zina kerana mendatangkan pelbagai keburukan kepada pelakunya dan masyarakat.

Kesannya ditanggung dalam tempoh lama, sedangkan nikmatnya sekejap. Pakar psikologi dan sosiologi turut berpendapat, punca keruntuhan nilai kehidupan manusia ialah apabila melakukan seks bebas tanpa ikatan perkahwinan.

Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islam Malaysia, Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj berkata sedihnya gejala zina pada masa kini dilihat seolah-olah semakin berleluasa.
Katanya, ada antara pelaku melakukannya tanpa segan silu serta seakan tidak takut dengan hukuman atau balasan terhadap perbuatan keji itu.

Dr Harlina berkata, walaupun zina dilakukan dengan kerelaan pasangan terbabit, perbuatan itu adalah salah dan lebih buruk, perbuatan itu membawa banyak kesan negatif dalam masyarakat dan keluarga serta individu itu sendiri.

“Zina bukan hanya dilihat haram dari sudut hukum agama, tetapi juga kesan yang akan dibawanya pada masa depan. Ini seperti kita melihat kejadian tsunami yang tidak nampak bila akan berlakunya, tetapi jelas sekali selepas peristiwa itu banyak benda musnah dan binasa.

“Bencana itu turut menghapuskan populasi dan kita terharu serta sebak apabila melihat mayat bertaburan di sana sini. Keadaan itu sebenarnya samalah yang dibawa gelombang maksiat perzinaan, malah lebih teruk lagi kerana membabitkan nasab manusia, hukum Tuhan dan dosa serta kesihatan sama ada bagi wanita mahupun lelaki,” katanya ketika ditemui Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dr Harlina berkata, dari sudut kesihatan sudah tentu membabitkan kesan reproduktif khususnya bagi wanita termasuk, berlakunya kehamilan yang tidak dirancang dan di luar perkahwinan serta terpaksa disembunyikan. Keadaan lebih teruk apabila ada wanita berkenaan mengambil jalan silap dengan melakukan pengguguran haram sama ada melalui kaedah selamat atau tradisional yang tanpa disedari, mendedahkannya kepada risiko tinggi kematian akibat pendarahan dan jangkitan pada rahim.

Pengguguran haram turut membuatkan seseorang itu terdedah kepada kesakitan pada saluran pembiakan sekali gus boleh mengakibatkan kemandulan. Katanya, kesan perzinaan juga menyebabkan masalah kesihatan yang lain seperti masalah mental. Kesan psikologi tidak mampu diatasi dengan baik boleh mengakibatkan tekanan mendalam, terutama bagi mereka sering dilanda ketakutan dan perasaan bersalah terhadap perbuatannya yang bertentangan dengan fitrah manusia.

“Saya juga bimbang lahirnya anak yang tidak mendapat perhatian ketika kehamilan kerana ini boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi sama ada pada bayi dikandung, mahupun wanita itu sendiri.
“Selain itu, kehamilan luar nikah akibat perzinaan turut membawa pelbagai masalah sosial lain seperti kes buang bayi dan sebagainya,” katanya.
Dr Harlina berkata, kesan perzinaan tidak hanya pada wanita semata-mata, tetapi juga lelaki yang melakukan perbuatan terkutuk itu. Antaranya ialah jangkitan penyakit kelamin dan peningkatan kes jangkitan berjangkit seperti HIV/Aids.

Beliau berkata, bagi memupuk kesedaran di kalangan masyarakat mengenai bahaya zina, khususnya remaja, JIM akan melancarkan kempen ‘Anda Bijak Jauhi Zina’. Kempen ini juga memupuk sikap prihatin ibu bapa terhadap anak di dalam menangani permasalahan gejala sosial.
“Kempen menghindari zina ini dilihat sebagai satu usaha bersepadu yang mendapat perhatian ramai dan JIM melihat keperluan mengadakannya adalah sangat penting kerana gejala sosial membabitkan seks di luar nikah amat ketara di negara ini, terutama di kalangan remaja dan tidak terkecuali wanita atau lelaki yang sudah berkahwin,” katanya.

Beliau berkata, perkataan ‘zina’ sengaja digunakan dalam kempen kerana ia adalah bahasa di dalam al-Quran bagi menerangkan makna hubungan seks yang membabitkan pasangan tiada ikatan perkahwinan dan setiap umat Islam dilarang keras mendekati atau melakukan perbuatan keji itu.

Justeru, dengan menggunakan pendekatan secara berterus terang, termasuk menggunakan perkataan ‘zina’ di dalam kempen, ia seolah-olah memberi peringatan kepada masyarakat bahawa perbuatan itu sememangnya terkutuk dan dilaknati.
Jadi, adalah tanggungjawab semua untuk menghindarkan diri dan ahli keluarga daripada terjerumus dalam kemelut perzinaan yang membawa kepada kepada kerosakan diri dan masyarakat.

“Selain definisi seks bebas, seks rambang, seks luar nikah dan perbuatan terlanjur, hakikatnya semua itu adalah perlakuan zina. Apa yang dibimbangkan, perkataan itu tidak memberikan impak dan kesedaran tinggi sehingga ada menganggap, perlakuan salah dan haram itu sesuatu yang sudah biasa.
Sumber: Internet
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...