Selamat Datang ke Ruai Aman. Blog Berinformasi dan BerilmiahTerima kasih atas kunjungan anda. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

Welcome To My Ruai

Jul 29, 2011

Imbasan Sesudah Seminggu Tragedi Julai



Serangan Norway 2011

Serangan Norway 2011 berlaku apabila letupan bom berlaku di Regjeringskvartalet, Oslo, Norway, pada hari Jumaat, 22 Julai 2011 di luar pejabat Perdana Menteri Norway, Jens Stoltenberg dan 17 bangunan pejabat kerajaan yang lain. Seterusnya kejadian tembakan berlaku di pulau Utøya di Tyrifjorden, Buskerud.


Wajah penjenayah Serangan Norway 2011

Jenayah itu dilakukan oleh seorang lelaki rakyat Norway, berusia 32 tahun bernama Anders Behring Breivik yang kini telah ditahan. Masyarakat antarabangsa mengutuk serangan itu.

Lebih 90 orang mangsa terbunuh akibat kejadian ini [akibat pengeboman di bangunan sekitar pejabat Perdana Menteri Norway dan ditembak mati di kem belia Utøya.

Gambar mayat-mayat bergelimpangan di sekitar Pusat Kem Remaja yang menjadi sasaran Serangan

Jul 27, 2011

KRH

Gambar Kesan Rumah Hijau

Semoga lebih memperincikan pengetahuan para pelajar sekalian.

Jul 20, 2011

PATI

Gambar Hiasan
Faktor Kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin [PATI]
1. Kemakmuran negara – Negara Malaysia aman dan harmoni. Bebas daripada rusuhan kaum, perang dan bencana alam seperti gunung berapi serta taufan. Keselamatan terjamin.

2. Pembangunan yang pesat – banyak projek pembangunan seperti sektor perumahan, perkilangan, perindustrian dan pertanian. Menawarkan banyak peluang pekerjaan.

3. Kestabilan ekonomi – perancangan ekonomi yang sistematik banyak membantu negara untuk bebas dari beban hutang dan inflasi yang melampau. Nilai mata wang yang kukuh berbanding negara jiran turut menjadikan Malaysia sebagai sasaran kedatangan beramai-ramai PATI dari Indonesia dan Filipina misalnya. Menjadi lubuk rezeki.

4. Struktur geografi negara – banyak pantai dan pulau. Faktor ini menjadikan sempadan negara sukar untuk dipantau secara berkesan. Ini memudahkan PATI masuk sama ada dengan usaha sendiri ataupun melalui ejen haram.

5. Sikap orang kita – segelintir majikan yang lebih gemar menggunakan khidmat pekerja asing atas faktor gaji yang murah. Ini menggalakkan kegiatan membawa masuk PATI oleh ejen haram bagi memenuhi permintaan majikan.


Kesan Kemasukan PATI
Ekonomi Malaysia kebelakangan ini berkembang dengan pesat. Projek pembangunan raksasa berjalan dengan lancar. Sebagai hasilnya, wujudlah peluang pekerjaan yang meluas dan timbul masalah kekurangan tenaga kerja. Jadi, Malaysia kini menjadi tumpuan pendatang asing yang ingin mencari rezeki lumayan. Namun kemasukan pendatang asing tanpa izin yang banyak telah menimbulkan pelbagai masalah.

Masalah utama ialah kesulitan yang dihadapi oleh kerajaan untuk membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin ini. Pihak polis, tentera, dan Jabatan Imigresen terpaksa bekerja keras untuk memberkas mereka. Mereka ditahan dan ditempatkan di kern tahanan sementara. Kedutaan asing pula kurang bekerjasama. Kedutaan asing enggan mengeluarkan dokumen perjalanan sementara kepada rakyatnya supaya mereka dapat dihantar balik. Kedutaan asing juga enggan membiayai kos penghantaran pulang. Hal ini menyebabkan banyak tenaga, wang, dan masa kerajaan terbazir dalam usaha mencegah kemasukan pendatang tanpa izin.

Keselamatan sosial kita juga terancam. Ada antara pendatang asing tanpa izin ini merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara asal mereka. Mereka melarikan diri ke Malaysia supaya terlepas daripada serbuan pihak berkuasa negara asal mereka. Malangnya, mereka terns melakukan jenayah di Bini. Kes-kes rompakan, pembunuhan, dan rogol sering berlaku. Mangsa akan menanggung trauma sepanjang masa. Malahan sesetengah taman perumahan dimasuki pencuri setiap mal am buat satu tempoh yang panjang. Hal ini menyebabkan penduduk tempatan hidup dalam ketakutan. Kes-kes penjenayah warga Indonesia ditembak mati dalam serbuan polis bukanlah kes yang luar biasa lagi. Malah tentera kita terpaksa dikerah ke Semporna, Sabah, untuk menghadapi lanun Filipina yang menggunakan senjata canggih untuk melakukan rompakan pada siang hari.

Penyakit-penyakit berbahaya juga akan merebak dengan meluas. Buruh asing yang sah akan dikenakan pemeriksaan kesihatan. Sebaliknya, pendatang asing tanpa izin tidak berbuat demikian. Banyak antara mereka berasal dari kawasan mundur di negara asal mereka. Kesihatan mereka kurang terjamin. Ada antara mereka menghidap AIDS, tibi, penyakit kelamin, dan sebagainya. Akibatnya, rakyat kita menjadi mangsa. Statistik telah menunjukkan bilangan rakyat yang menghidap penyakit tibi meningkat semula. Banyak pendatang asing tanpa izin juga disahkan sebagai pembawa kuman HIV dan hepatitis. Hubungan mereka secara seksual dengan pelacur tempatan akan mempercepat jangkitan AIDS.

Kedatangan pendatang asing, khususnya yang tanpa izin, juga mendatangkan masalah perumahan. Mereka akan mendirikan kawasan perumahan secara haram. Sesetengah kumpulan pendatang asing ini pula membuka kawasan hutan sebagai kawasan perumahan mereka. Kawasan setinggan ini tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas, seperti sistem pembuangan sampah dan air kumbahan. Oleh itu, pencemaran alam sekitar akan berlaku. Selain itu, pembangunan negara pada mas a akan datang juga terbantut kerana kemunculan setinggan ini. Imej negara kita juga terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan serta pengagihan ekonomi yang tidak seimbang. Terdapat juga kawasan perkampungan haram yang mewah, lengkap dengan bekalan elektrik, dan air.

Hak rakyat kita juga sedikit sebanyak terjejas. Pihak majikan lebih suka mengupah pendatang asing tanpa izin dalam sektor perladangan, pembinaan, dan pembantu rumah kerana gaji mereka jauh lebih murah. Hal ini pasti menjejaskan peluang pekerjaan rakyat kita sungguhpun bukan semua rakyat kita berminat dalam bidang pekerjaan ini. Selain itu, banyak antara mereka melibatkan diri dalam perniagaan, misalnya membuka gerai makanan, menjual barang kemas, lampu hiasan, batik dan sebagainya. Malah ada antara mereka yang menjadi kaya-raya, berumah besar tanpa membayar cukai pendapatan. Pada ketika nilai wang kita jatuh dengan teruknya, peluang pekerjaan rakyat semakin sempit. Hal ini memang tidak adil kepada rakyat kita.

Kita memerlukan tenaga asing dalam pembangunan negara. Namun kehadiran mereka, terutamanya golongan tanpa izin, juga menimbulkan masalah. Kerajaan perlu menangani masalah ini dengan serius supaya rakyat kita tidak menjadi minoriti di tanah airnya sendiri.


Langkah mengawal kemasukan PATI
Pertumbuhan ekonomi yang pesat di negara kita telah meningkatkan keperluan buruh asing dalam pelbagai bidang utama. Lantas, ratusan ribu penduduk dari negara jiran mengambil kesempatan memasuki negara kita secara beramai-ramai. Kehadiran mereka telah mencetuskan kebimbangan di kalangan pemimpin dan rakyat tempatan. Oleh yang demikian, kehadiran mereka perlu dibendung dan diawasi.

Dalam usaha membendung kehadiran PATI, pihak berkuasa wajar meningkatkan kawalan dan pengawasan di sepanjang pantai dan sempadan negara kita. Pihak polis marin, imigresen dan tentera laut hendaklah bergabung tenaga dan bertindak secara bersepadu. Pihak-pihak tersebut harus lebih giat mengesan tempat-tempat pencerobohan untuk menyekat kemasukan PATI. Mereka hendaklah menjalankan pemeriksaan lebih kerap di kawasan sempadan yang mudah dicerobohi. Usaha seumpama ini akan menyukarkan kemasukan pendatang tanpa izin lalu mengurangkan jumlah PATI di negara kita.

Seterusnya pihak polis perlu meningkatkan penguatkuasaan undang-undang berhubung pekerja asing, terutamanya yang masuk tanpa izin. Pihak berkuasa hendaklah sentiasa mengawasi dalang dan sindiket yang menguruskan kemasukan pendatang asing tanpa izin ini. Mereka yang diberkas seharusnya dijatuhi hukuman yang berat termasuk hukuman mandatori. Para pendatang asing yang ditahan ini harus dikenakan tindakan undang-undang yang tegas agar mereka tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan.

Di samping itu, semua pihak yang berkuasa wajar melipatgandakan operasi-operasi mengesan, menahan dan menghantar semula pekerjapekerja tanpa izin. Pelancaran operasi kerajaan seperti Operasi Pemutihan dan Operasi Nyah amat berkesan dalam usaha membendung limpahan pendatang asing tanpa izin. Operasioperasi seperti ini akan mengurangkan kecenderungan kemasukan pendatang tanpa izin ke negara kita. Walau bagaimanapun, kejayaan dan keberkesanan operasi seumpama ini amat bergantung kepada kerjasama dan sokongan orang ramai dan ketegasan pihak kerajaan.

Usaha-usaha menghalang limpahan pekerja asing tanpa izin tidak akan mendatangkan kejayaan yang memberangsangkan jika tidak disertai kerjasama masyarakat, terutamanya pihak majikan. Sesungguhnya sikap majikan yang acuh tak acuh terhadap seruan kerajaan berhubung masalah pendatang asing tanpa izin telah memburukkan keadaan. Golongan ini seharusnya mengubah sikap demi kepentingan negara dan rakyat. Majikan hendaklah menggaji pekerja asing yang memiliki visa dan permit kerja yang sah sahaja.

Kerjasama antara kerajaan Malaysia dan kerajaan negara jiran yang terbabit amat penting untuk membendung kemasukan pendatang asing tanpa izin. Pihak kerajaan melalui Kementerian Luar Negeri, perlu menganjurkan rundingan tentang kawalan sempadan. Malahan adalah perlu untuk mewujudkan pasukan bertindak bersama bagi menjamin kawalan sempadan yang lebih efektif Selain itu, ejen-ejen yang sah perlu dilantik untuk mengendalikan kemasukan pekerja asing secara lebih teratur dan terkawal.

Kesimpulannya, keperluan dan peranan pekerja asing dalam pembangunan ekonomi negara kita memang tidak dapat dinafikan. Namun demikian, limpahan pekerja asing terutamanya pendatang tanpa izin yang tidak dikawal dan berterusan sudah tentu akan memudaratkan kesejahteraan rakyat kita.Semua pihak harus sedar akan kesan yang bakal menimpa jika keadaan ini dibiarkan berterusan. Janganlah nanti kita terasing di bumi sendiri dan bila nasi sudah menjadi bubur, penyesalan sudah tidak bermakna lagi.

Kesan Gas Rumah Hijau

Gas rumah hijau (Greenhouse Gases (GHGs)) seperti karbon dioksida dilepaskan ke atmosfera melalui proses semulajadi dan juga aktiviti manusia. GHGs yang lain dilepaskan oleh aktiviti manusia semata-mata. GHGs ini adalah seperti berikut:

Carbon Dioksida (CO2)
Karbon dioksida dilepaskan ke atmosfera melalui pembakaran bahan api fosil, sisa pepejal, pokok-pokok, tindakbalas kimia seperti industri pembuatan simen. Karbon dioksida dikeluarkan daripada atmosfera apabila diserap oleh tumbuhan

Metana (CH4)
Metana dilepaskan semasa pengeluaran dan pengangkutan arang, gas asli dan minyak mentah. Metana juga dilepaskan daripada aktiviti penternakan dan pertanian serta pereputan sisa organik di tapak pelupusan sisa pepejal (landfill)

Nitrus Oksida (NO2)
Nitrus oksida dibebaskan semasa aktiviti pertanian dan perindustrian serta semasa pembakaran bahan api dann sisa pepejal

Gas Flourin
Hidrofluorokarbon, perfluorokarbon dan sulfur heksafluorida merupakan GHGs sintetik yang kuat dan dibebaskan oleh beberapa proses industri. Gas fluorin kadang-kadang digunakan sebagai pengganti bahan penipisan ozon seperti CFCs, HCFCs dan halon. Gas-gas ini biasanya dibebaskan dalam kuantiti yang kecil tetapi disebabkan kekuatannya, mereka dikenali sebagai gas berpotensi tinggi untuk menyebabkan pemanasan global (High Global Warming Potential gases (High GWP gases)) [1].

Perubahan iklim yang berlaku tidak hanya melibatkan Malaysia sahaja, malah ia merupakan permasalahan global yang harus ditangani bersama oleh seluruh dunia.


KESAN RUMAH HIJAU ( GREEENHOUSE EFFECTS)
Isu tenaga dan alam sekitar mula diminati pada awal tahun 1980 apabila penggunaan tenaga didapati berkait rapat dengan peningkatan suhu dunia. Suhu purata permukaan bumi meningkat sebanyak 0.6oc dari tahun 1960-1990 berbanding 0.2oc dari tahun 1860-1960 dan 0.1oc seratus tahun sebelumnya. Ahli sains membuktikan bahawa kebanyakan gas yang dihasilkan daripada pembakaran bahan api fosil seperti karbon dioksida adalah penyebab utama penongkatan suhu yang menyebabkan berlakunya pemanasan global.

FAKTOR DAN KESAN
1. Bumi bersuhu purata 15 darjah Celcius walaupun matahari bersuhu purata 6000 darjah Celcius. Imbangan di antara sinaran yang diterima dan dipantulkan oleh bumi bergantung kepada atmosfera. Awan dan permukaan bumi akan memantulkan kembali sinaran matahari ke angkasa lepas menjadikan bumi sedikit dingin.

2. Kehadiran ‘gas rumah hijau’ (CO2, wap air, metana, nitrat, dll) menyebabkan penyerapan cahaya yang tinggi dalam atmosfera menjadikan bumi bertambah panas. Komponen gas rumah hijau yang paling banyak dalam atmosfera ialah CO2. Dikatakan kehadiran gas-gas rumah hijau ini adalah hasil daripada perbuatan dan aktivit manusia sendiri demi pembangunan global.


Komponen gas -gas rumah hijau
1. • Karbon dioksida (CO2): CO2 memasuki atmosfera melalui pembakaran bahan api berfosil (HC seperti petroleum, gas asli, dan arang batu), sisa pepejal, hutan, sisa-sisa kimia yang aktif (i.e. pembuatan simen). CO2 dikitarkan semula di dalam atmosfera sebagai salah satu komponen dalam Kitaran Biologi Karbon.
• Metana (CH4): Metana dibebaskan semasa penjanaan, produksi, dan penghasilan arang batu, gas asli, dan minyak HC, juga daripada aktiviti pertanian serta emisi gas daripada haiwan perternakan seperti kambing biri-biri dan sebagainya.
• Nitrat oksida (N2O): Nitrat oksida dibebaskan ke atmosfera melalui emisi gas daripada aktiviti pertanian, perternakan, industri serta pereputan sisa pepejal.
• Gas berfluorin: Hidrofluorokarbon, perfluorokarbon, dan sulfur hexafluorida adalah sintetik, dan merupakan gas-gas rumah hijau yang teremisi daripada pelbagai proses industri. Gas-gas berfluorin dibebaskan ke atmosfera dan menjadi punca penipisan lapisan ozon (i.e. CFC, HCFC, and halon). Gas-gas ini umumnya teremisi dalam kuantiti yang kecil, namun kemudaratan gas-gas ini kadang-kala diklasifikasikan sebagai High Global Warming Potential gases (“High GWP gases”).

Impak Rumah Hijau
• Kenaikan suhu bumi
• Perubahan cuaca yang melampau (taufan, banjir, tanah runtuh, dll.)
• Peningkatan aras laut akibat pencairan glasier, akibat pemanasan global
• Kemarau
• Kandungan CO2 yang tinggi dalam atmosfera
• Peningkatan emisi gas-gas rumah hijau di negara-negara yang sedang membangun
• Penipisan lapisan ozon
Sumber: Internet

Makanan Segera 2

Makanan segera memang wajar digelar makanan remeh. Memandangkan hakikat inilah syarikat-syarikat makanan membelanjakan berjuta-juta ringgit ke atas iklan, penajaan dan promosi untuk meyakinkan orang ramai perkara sebaiknya. Tempat-tempat perniagaan (restoran) mereka didakwa menjadi tempat hiburan untuk kanak-kanak dan keluarga, mengikut aliran semasa dan kita diberitahu makanan itu selamat dimakan dan berkhasiat.

Tidak semua makanan segera adalah makanan remeh. Ia sememangnya makanan tetapi mengandungi hanya sedikit khasiat pemakanan. Jika dijadikan hidangan yang dinikmati sekali-sekala, makanan itu kurang memudaratkan. Tetapi jika terlalu kerap dimakan, ia boleh menimbulkan kesan buruk dari segi pemakanan. Tanpa disedari, ia akan mendedahkan anda sekeluarga kepada pelbagai penyakit - mula-mula kerosakan gigi, sembelit, tubuh menggeleber, kegemukan... diikuti oleh tekanan darah tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit jantung malah mungkin kanser usus besar.

Untuk menunjukkan kepada anda kandungan sebenar makanan segera, di sini disenaraikan makanan ringan (snek) yang biasa anda pesan di sesebuah restoran:

• Burger daging (1/2 paun) boleh mengandungi 2 oz lemak tulen. Ia membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.
• Ayam goreng: Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperolehi dari lemak). Banyak garam. Ia membekalkan protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.
• Kentang goreng: Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warna keemasannya adalah tiruan.
• Milk Shake: 5 oz susu di dalam 10 oz shake, bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemulsi. Ia juga mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu membekalkan protein dan kalsium, dan lapan sudu teh gula di dalam bekas yang sederhana besarnya.
• Cola: Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula). Pewarna kimia dan kafein. Nilai makanan: kosong.


Secara keseluruhan, kita dapat lihat terdapat sejumlah protein, zat besi, kalsium dan beberapa vitamin yang baik. Namun kebanyakan bahan itu tinggi kandungan kalorinya, direndam dalam lemak dan dipenuhi gula dan garam. Ia kekurangan serat dan kebanyakan vitamin serta zat galian perlu. Apa yang kurang ialah keseimbangannya.
Satu sajian makanan segera membekalkan anda separuh kalori dan dua pertiga lemak serta protein yang anda perlukan sepanjang hari. Tetapi jika anda mengambil sajian makanan ini sebagai makanan ringan, di antara sajian tetap anda, anda akan mendapat lebih banyak kalori, protein, lemak daripada yang diperlukan tubuh. Anda akan kekurangan sesetengah zat makanan perlu yang membentuk diet lengkap dan seimbang.

Lemak
Sebiji burger boleh mengandungi sebanyak 35% (atau mungkin lebih) lemak. Kentang goreng dikatakan lebih baik (dari segi khasiat) daripada ban yang diperbuat daripada tepung putih halus tetapi ia direndam dalam lemak, biasanya lemak tepu, yang menggalakkan penyakit jantung. Lebih buruk, ia biasanya disediakan separa masak di dalam lemak dan kemudian dimasak sekali lagi sebelum dihidangkan. Jumlah berganda di dalam satu hidangan ini boleh mengandungi di antara 11 dan 16 g lemak.
Bagi keju yang dihiaskan di atas makanan, ia bermakna lebih banyak lemak. Malahan ia bukanlah keju sebenar tetapi cebisan-cebisan keju bercampur garam, gula, pengemulsi, asid laktik, pengawet, pewarna dan bahan penambah lain.
Jangan menyangka ayam dan ikan kurang lemak. Ia juga digoreng dengan menggunakan banyak minyak di mana kebanyakkannya sama buruknya.

Kandungan daging
Anda mungkin menyangka sebiji burger hanyalah daging cincang. Namun definisi daging bagi industri makanan segera tidak sama dengan apa yang anda sangkakan. Tanpa mengambil kira bahagian lemak, daging itu tidak semestinya daging semata-mata. "Daging tanpa lemak" boleh (secara haram) termasuk tulang, kulit, rawan dan urat, lidah, usus dan organ-organ lain serta ekor yang dikisar. Ia juga boleh termasuk daging yang diperolehi dengan menggunakan mesin: diperbuat daripada sisa-sisa yang dipotong dan lemak yang dikikis daripada haiwan sembelihan oleh mesin. Bahan-bahan ini kemudiannya dikisar dan diadun menjadi adunan cair dengan menggunakan pengemulsi dan pemekat.

Sebiji burger boleh mengandungi daripada 50% hingga serendah 25% "daging tanpa lemak" sedemikian. Burger lain dicampurkan lemak dan ramuan-ramuan bukan daging seperti biskut garing (rusk) dan tepung kacang soya serta serbuk bawang. Campuran itu disebatikan dengan pengemulsi/pemekat (seperti selulos atau palpa kapas, rumput laut atau gam pokok), menjadikannya kelihatan menarik dan lazat dengan pewarna tiruan seperti Tartrazine, gula, perisa kimia, MSG dan garam.

Pada 1989, CAP menguji 9 contoh burger beku dari pasar raya dan mendapati sejumlah besar lemak dicampurkan. Jumlah ini dalam lingkungan 11- 24% (iaitu 9 hingga 18 g lemak tepu tulen di dalam sebiji burger sederhana saiznya kira-kira 75 g), berbanding dengan protein yang terdiri daripada 12 - 18%. Yang lain merupakan isi bukan daging, biasanya roti yang sudah berkulat.

Garam
Secara purata seseorang itu memerlukan tidak lebih daripada 5 g atau satu sudu teh sehari. Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London, sebiji Big Mac boleh mengandungi 2 hingga 3 g garam, sementara tiga ketul ayam goreng Kentucky boleh mengandungi 3 hingga 4 kg.

Gula
Kebanyakan makanan segera amat manis. Malah bahan makanan yang tidak manis mengandungi gula kerana banyak pengeluar menggunakan gula untuk menyedapkannya.

Serat
Serat terkandung di dalam buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang yang memainkan peranan penting di dalam perut. Sesetengah serat melegakan sembelit, atau baik dalam penyerapan kolesterol, dengan itu membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah. Ia juga membantu mencegah penyakit jantung dan sesetengah kanser terutamanya usus. Makanan segera begitu banyak diproses, ia hampir tidak mengandungi serta diet. Tidak terdapat di dalam burger, ikan dan ayam. Ban biasanya kurang serat, jika ia berwarna putih dan manis. Hanya ban yang mengandungi kepingan-kepingan salad seperti makanan seimbang kepada pelanggan.

Vitamin dan zat galian
Jangan terpedaya dengan dakwaan tentang vitamin dan zat galian di dalam makanan segera. Memang benar bahan-bahan itu terdapat di dalamnya tetapi tidak mencukupi memandangkan sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda makan pada masa yang sama. Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di dalam keju dan milkshake, vitamin C di dalam kentang goreng. Namun dalam sehari, anda perlu mengunyah empat burger seberat suku paun tiap satu untuk mendapatkan cukup zat besi, 15 paket kentang goreng untuk mendapatkan cukup vitamin C dan menyedut 10 shake bagi mendapatkan kalsium secukupnya.

Kesimpulannya, untuk mendapatkan zat secukupnya daripada makanan segera, anda mungkin menjadi terlalu gemuk hingga sukar duduk di atas kerusi plastik restoran McDonald's!
sumber: Internet

Makanan Segera 1


Makanan segera kian digemari oleh masyarakat kini dan merupakan gaya hidup kebanyakan orang.

Faktor masyarakat kini gemar makan makanan segera adalah kerana ia menyenangkan dan menjimatkan masa.Golongan pekerja yang menghadapi kesuntukan masa untuk menyiapkan makanan boleh menjimatkan masa dengan membeli makanan segera.Lagipun,sesetengah kedai makanan segera dibuka 24 jam sehari dan menyenangkan semua lapisan masyarakat.Pada siang pagi atau lewat malam,merek tidak risau apabila lapar.Di pusat membeli-belah juga terdapat pelbagai jenis makanan segera untuk dipilih seperti Mee Cawan, PizzaHut, Burger King dan sebagainya.

Faktor seterusnya adalah pengaruh media masa.Pada masa kini,televisyen boleh didapati hampir setiap rumah.Iklan-iklan makanan segera yang disiarkan boleh disampaikan kepada golongan masyarakat dengan senang.Dengan teknologi yang canggih,pelbagai teknik telah ditambahkan ke dalam iklan-iklan tersebut dan menjadikannya lebih menarik.Ini akan menarik perhatian masyarakat terutamanya golongan remaja dan kanak-kanak.Selain itu,iklan-iklan juga dapat disiarkan melalui internet.Dengan penggunaan internet secara meluas pada masa kini,iklan dapat disampaikan secara efektif.

Kesan yang timbul daripada memakan makanan segera ialah kesihatan diri terganggu. Ini berlaku kerana makanan segera kebanyakannya dimasak dengan minyak yang berulangan,ini mudah mangakibatkan penyakit kanser.Kandungan makanan segera yang kebanyakan terdiri daripada karbohidrat dan lemak akan menjadikan seseorang itu mengalami obesity. kebanyakan makanan segera digoreng dengan minyak yang berkuantiti tinggi dan contohnya adalah seperti ayam goreng, kentang goreng dan sebagainya. Kandungan minyak yang berlebihan di dalam sistem pendarahan boleh menyebabkan kandungan kolestrol di dalam darah meningkat secara mendadak.Oleh itu,peningkatan kolestrol di dalam sistem pendarahan menyebabkan implikasi yang buruk.Lemak turut menyebabkan fungsi jantung manjadi lemah dan seterusnya menghidapi penyakit sakit jantung.Sekiranya banyak mengambil makanan segera yang tidak berkhasiat dalam jangka masa yang panjang,tahap kesihatan kita pasti akan menurun.

Kesan seterusnya,amalan ini akan menjejaskan hubungan kekeluargaan.Ini terjadi kerana makanan tidak disediakan oleh isteri atau isi rumah dan jika ini berlaku,maka anak-anak tidak akan diajar cara-cara memasak atau menyediakan makanan.Dengan ini, tidak akan wujud masa makan bersama keluarga dan ini akan mengurangkan nilai kemesraan dan komunikasi antara ahli keluarga.Amalan memakan makanan segeras memupuk sikap individualistic yang akan melemahkan lagi hubungan antara keluarga.

Kesimpulannya,masyarakat haruslah mengurangkan pengambilan makanan segera bagi meningkatkan taraf kesihatan mereka. Sumber: makanansegera.blogspot

Peranan PIBG


Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan antara mekanisme penting dalam mewujudkan pendidikan yang berkualiti di sekolah. Menerusi PIBG, banyak program dan langkah boleh diatur dalam mengatasi pelbagai kekangan yang boleh mencacatkan iklim pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah.

Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa. Banyak salah faham yang timbul antara kedua-dua belah pihak apabila berlakunya kejadian salah laku di kalangan pelajar. Kebanyakan ibu bapa lebih percaya akan kata-kata dan acuman anak-anak berbanding fakta sebenar daripada pihak guru.

Bertolak dari situlah mereka mulai memandang serong kepada guru. Guru sering kali disalahkan untuk segala yang berlaku di sekolah. Ini termasuklah soal prestasi akademik dan masalah disiplin di kalangan pelajar. Ekoran itu, mereka mulai memulaukan sekolah dan mendendami guru tertentu. Namun dengan inisiatif PIBG, semua bentuk salah faham ini boleh diuraikan. Perbincangan yang lebih kerap, selain mesyuarat tahunan PIBG mampu menjernihkan suasana.. Hasilnya, situasi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

Selain itu, PIBG sebagai sebuah organisasi yang berwibawa boleh menubuhkan tabung pendidikan untuk para pelajar di sesebuah sekolah. Tabung ini boleh diisi bukan sahaja menerusi sumbangan ahli persatuan bahkan juga oleh ahli korporat dan individu tertentu. Dana yang terkumpul ini boleh digunakan untuk kebajikan dan manfaat sekolah dan para pelajar. Ini termasuklah sumbangan kepada pelajar miskin, yatim dan ditimpa kemalangan. Dengan dana yang ada, prasarana pendidikan di sekolah dapat ditambah dan ditingkatkan. Hasilnya, para pelajar dan warga sekolah amnya dapat memaksimunkan tenaga ke arah kecemerlangan dalam pendidikan dan sekali gus merealisasikan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (STKP) yang dicita-citakan.

Di samping itu, PIBG juga boleh mengadakan seminar dan kem motivasi untuk para pelajar di setiap sekolah. Program seperti ini penting demi memberi kesedaran dan semangat kepada pelajar untuk terus belajar dan berjaya. Pelajar yang bermasalah pula boleh disedarkan menerusi kem bina semangat dan kaunseling. Dengan langkah ini, mereka diharapkan akan berasa insaf dan kembali bersaing dengan rakan-rakan dalam pelajaran. Ekoran itu, kita bukan sahaja dapat mengurangkan gejala salah laku atau meningkatkan prestasi akademik pelajar, malahan sekolah akan dapat melahirkan generasi muda yang bersahsiah tinggi.

Peranan lain yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai pemantau dan penilai terhadap perjalanan sekolah. Dengan kata lain, ahli PIBG boleh berfungsi sebagai penilai terhadap prestasi sekolah sama ada dalam hal-hal akademik mahupun kokurikulum. Susulan daripada itu, perbincangan boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi. Di samping itu, pihak persatuan juga boleh berfungsi sebagai penjamin atau penyelamat kepada guru sewaktu menjalankan tugas di sekolah. Hal ini wajar dilakukan kerana ramai kalangan guru berasa tertekan dan terancam apabila menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik.

Kejadian memukul, mengancam, memusnahkan kereta dan membakar rumah guru merupakan gejala yang boleh mematahkan semangat guru. Tindakan PIBG membela nasib guru yang menjulang amanah ini akan menjadikan mereka lebih bersemangat dan selesa ketika bertugas. Ini secara tidak langsung dapat membantu sekolah meningkatkan pencapaian dalam semua bidang.

Akhir sekali, PIBG boleh juga mengadakan beberapa sesi gotong-royong di sekolah, misalnya gotong-royong menyiapkan bangunan tambahan, membina Taman Sains sekolah dan sebagainya. Gotong-royong yang diadakan ini bukan sahaja akan dapat merapatkan hubungan antara ibu bapa dan pelajar, malahan juga dengan guru di sekolah. Hubungan yang mesra ini mampu melenyapkan prasangka antara ibu bapa dengan guru. Hasilnya, akan wujud kerjasama lain antara mereka. Dengan itu, segala bentuk program yang dirancang oleh sekolah akan berjalan dengan lancar. Ini sudah pasti membantu sekolah melahirkan lebih ramai pelaj ar yang berkualiti pada masa hadapan.

Sesungguhnya PIBG dan sekolah ibarat ‘aur dengan tebing’ yang perlu saling membantu. Dengan kerjasama erat kedua-dua pihak sahaja kualiti pendidikan di sekolah dapat ditingkatkan. Sumber: mazlan.wordpress

Kebaikan vs Keburukan Televisyen


Televisyen (TV) merupakan salah satu media elektronik yang amat berpengaruh dan hampir di setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah televisyen. Namun pernahkah kita terfikir akan kebaikan dan keburukan TV ini kepada kita semua?


Kebaikan:-
1. Alat untuk menyampaikan perkembangan terkini di dalam dan luar negara (macam berita pukul 8 malam tu dan berita dunia). Segala maklumat di dalam dan luar negara, kita perolehi dalam masa yang amat singkat. Kelebihan ini memang tidak dapat dinafikan lagi.

2. Alat untuk menyampaikan ilmu pengetahuan. RTM banyak menyediakan program-program macam ni, ianya seperti maklumat tentang pertanian, begitu juga seperti TV3 melalui rancangan MedikTV yang menyampaikan pengetahuan tentang dunia perubatan. Rancangan seperti ini amat berguna kepada masyarakat kita, ianya amat berguna dan menambahkan ilmu pengetahuan kita tentang sesuatu perkara.

3. Alat hiburan. Alat hiburan juga merupakan elemen penting dalam kehidupan kita. Setelah seharian penat bekerja, kita memerlukan hiburan untuk merehatkan minda kita.

4. Alat untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dan juga menyampaikan kehendak rakyat kepada kerajaan. Ini merupakan tanggungjawab sosial yang dilakukan oleh media elektronik kepada masyarakat. Misalnya program Bersamamu oleh TV3, melalui program ini kita dapat membantu mereka yang memerlukan. Begitu juga permasaalahan yang berlaku kepada penduduk di sesetengah tempat, apabila masalah ini diutarakan, pihak yang berwajib mestilah mengambil tindakan yang sewajarnya.

5. Alat untuk pengiklanan produk dan servis sesebuah syarikat. Ini memberi kelebihan kepada pengiklan dalam mempromosikan produk-produk dan servis yang ditawarkan oleh mereka.


Keburukan:-
1. Boleh memberi kesan buruk kepada kanak-kanak, ini adalah kerana:-
- menyekat perkembangan teknik membaca. Dalam usia yang muda, kanak-kanak mesti dilatih untuk membaca dan menambah teknik mereka dalam pembacaan. Ini masih terdapat kanak-kanak yang sudah masuk darjah 1 tapi masih tidak tahu membaca.
- menyekat perkembangan skill-skill lain seperti bahasa, pergaulan, kreativiti dan juga skill mendengar. Skill-skill ini hanya boleh ditingkatkan dengan memperbanyakkan pergaulan mereka dengan kanak-kanak lain ataupun orang dewasa.
- Hilang tumpuan dalam pembelajaran. Ini berlaku apabila ketika kanak-kanak tersebut menyiapkan kerja sekolah, TV dibiarkan terpasang, oleh yang demikian, tumpuan kepada pembelajaran terganggu.

2. Rancangan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak dan juga remaja seperti adegan seks, banyak memberi kesan buruk kepada dua golongan ini. Pada masa kini tidak mustahil kanak-kanak yang masih di sekolah rendah boleh membuat aksi seperti bercium. Ini adalah pengaruh dari TV.

3. Membazir duit. Pada masa sekarang ini banyak program-program realiti telah diadakan, contohnya program Akademi Fantasia. Pembaziran duit berlaku apabila penonton terpengaruh dengan program tersebut dan taksub untuk menyokong peserta yang mereka sukai dan mereka mengundi peserta tersebut. Undi bukan sekali dua, malah mungkin beratus-ratus kali. Berapa yang telah dilaburkan? Siapa yang untung? Adakah orang yang mengundi akan mendapat untung? Jadi fikir-fikirkanlah.

4. Membazir masa. Pembaziran masa ini terjadi apabila terlampau banyak masa dihabiskan di hadapan TV dengan hanya menonton rancangan-rancangan hiburan.

5. Penonton terpengaruh dengan iklan-iklan yang dilihat di TV. Apabila terpengaruh faham-faham sahaja lah, benda yang tidak perlu di beli...terus di beli.

6. menyekat perkembangan otak kanan iaitu bahagian untuk kreativiti. Apabila kita menonton TV, kita hanya mendengar dan melihat tetapi otak kita jarang digunakan dalam masa tersebut. Berbeza jika kita membaca buku cerita misalnya. Apabila kita membaca buku cerita, kita akan cuba menggambarkan (macam imaginasi) apa yang diceritakan dalam cerita tersebut, sekaligus mengaktifkan otak kanan kita. Otak kiri dan otak kanan kita seelok-eloknya di balancekan.

7. Digunakan oleh orang-orang tertentu untuk mempengaruhi pemikiran rakyat/masyarakat. Ini berlaku ketika pilihanraya yang lepas yang mana terdapat parti politik yang menggunakan sepenuhnya media elektronik dalam mempengaruhi pemikiran rakyat. Kuasa yang mereka ada telah digunakan sepenuhnya. Pada sesetengah pihak, ianya menganggap sebagai kebaikan. Itu terpulang kepada pendapat masing-masing.

8. Terdapat juga maklumat yang diterima adalah maklumat yang salah. Media-media elektronik mestilah bertanggungjawab terhadap setiap maklumat yang mereka sampaikan.

Bagaimana cara untuk mengurangkan menonton TV:-

1. Jangan letak TV di ruang tamu, ini kerana apabila kita balik, kita akan terus membuka TV dan ada kemungkinan TV tersebut akan berpasang tanpa sesiapa yang menontonnya. Seelok-eloknya disediakan satu bilik khas untuk menonton sahaja.

2. Jangan letak TV di dalam bilik tidur anak-anak. Ini akan memudahkan mereka untuk menonton TV tanpa pengawasan dari ibu bapa.

3. Hadkan masa menonton TV dan juga hadkan kepada rancangan-rancangan tertentu sahaja. Misalannya dalam seminggu anak-anak dibenarkan menonton 4 hari seminggu. Dalam 4 hari tersebut cuma rancangan-rancangan tertentu sahaja. Ini hendaklah dipraktis sejak anak-anak masih kecil lagi.

4. Ibu bapa mestilah berkorban untuk kebaikan anak-anak. Kurangkan masa menonton. Beri contoh yang baik kepada anak-anak.

Kita hendaklah pandai dalam memilihkan program-program yang hendak ditonton. Fikirkan kebaikan dan keburukan dan juga kesan-kesannya. Kesan bukan dalam jangka masa pendek sahaja tetapi juga dalam jangka masa panjang. Sumber:alyadina.blogspot

Impak Program Realiti TV

Akademi Fantasia, Mentor, Malaysian Idol adalah antara program realiti tv yang mendapat tempat di hati peminat. Kejayaan AF mendapat rating tertinggi menyebabkan penerbit dan juga stesen tv berlumba-lumba menerbitkan rancangan berkonsepkan realiti.

Walau bagaimanapun, banyak juga rungutan daripada masyarakat ekoran kerisauan mereka tentang pengaruh program tersebut ke atas anak-anak mereka. Kerajaan perlu lebih peka, berperanan dan memantau program-program realiti sebegini. Sebenarnya, kesan dari segi social kepada masyarakat kita boleh lihat dalam jangkamasa panjang di mana budaya kebaratan dan kepura-puraan tersemat secara perlahan dalam minda masyarakat hari ini.

Kenyataannya tanpa kita sedari minda kita dimanupilasi oleh pihak media cetak mahu pun elektronik. Masyarakat kita dibuai mimpi indah fantasi dan tidak berpijak di bumi nyata.

Keghairahan rakyat Malaysia terhadap program realiti TV walaupun pada tahap terkawal, masih perlu dipantau supaya ia tidak menjadi trauma yang membimbangkan kita semua. Kita tidak mahu ketika kerajaan sedang berusaha mewujudkan masyarakat moden yang bertamadun dan bersopan santun dengan meminggirkan budaya hiburan Barat yang menggila, tanpa disedari kita terjebak dalam konsep hiburan yang boleh mengikis jati diri. Ternyata, program realiti TV kini sudah berjaya mempengaruhi penonton yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, tidak kira usia dan latar belakang.

Sama ada kita suka atai tidak, beberapa program realiti TV seperti Akademia Fantasia, Mentor dan Mencari Cinta berjaya menambat hati sebahagian rakyat Malaysia. Malah, Akademi Fantasia mampu mendorong penontonnya membelanjakan sejumlah wang semata-mata untuk mengundi peserta pilihan mereka melalui SMS. Selain itu, program berkenaan juga boleh menyebabkan remaja lalai dan mengabaikan pelajaran dan ibadat, sebaliknya mengagungkan budaya hedonisme dan menghabiskan masa dengan memberi tumpuan kepada hiburan.

Kita kesal kerana kesan negatif program realiti TV ini semakin ketara kini, sehingga mendapat teguran dari TPM, Datuk Seri Najib Razak yang mengingatkan stesen TV tempatan agar tidak terlalu didorong oleh pertimbangan komersil semata-mata sehingga mengabaikan soal etika dan moral rakyat. Oleh itu, kita percaya sudah tiba masanya stesen TV di negara in mengkaji semula kandungan program berkenaan dan tidak mencedok bulat-bulat daripada program TV di negara Barat.

Program realiti TV sememangnya mampu memikat hati penonton kerana ia mempunyai pelbagai elemen seperti dramatik, emosi, hiburan dan kejutan. Oleh itu, program realiti TV bercorak amal seperti Misi Suara dan Bersamamu perlu diperbanyakan kerana ia mampu mengusik emosi jiwa penonton dengan sikap penyayang dan prihatin untuk membantu insan malang.

Program hiburan realiti ini mungkin berjaya dari segi ratting tetapi adakah ia berjaya membawa sesuatu yang dikatakan ‘nilai etika dan moral’? Tiada ciri-ciri budaya masyarakat Melayu yang beragama Islam dipaparkan dalam program berkenaan sedangkan majoriti penontonnya adalah orang Melayu. Pergaulan bebas lelaki dan perempuan, percakapan yang keterlaluan dan cara penampilan kebanyakannya jelas bertentangan dengan nilai agama.

Kesemua ini seringkali ditonjolkan sebagai ‘pelaris’ program. Adakah ini yang kita mahu wariskan kepada generasi muda kini? Inikah yang dikatakan ‘realiti’ yang mahu dicipta dan diagung-agungkan? Sesungguhnya program realiti TV kini tidak langsung menyumbang kepada pembangunan minda golongan muda, malah ia jelas bertentangan dengan konsep Islam Hadhari. Kita khuatir, jika trend semasa in berterusan, tidak hairan andai suatu hari nanti, kita mengangkat artis-artis sebagai pemimpin negara seperti yang berlaku di negara lain. Justeru, tidaklah menghairankan, remaja Melayu Islam terus jauh ketinggalan; apabila bangsa lain sibuk belajar, bangsa kita pula sibuk berhibur.


Antara Kesan Negatif Program Realiti TV
1. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
2. Melalaikan – remaja tidak mementingkan pelajaran bahkan berlumba-lumba ingin menjadi artis [dikatakan jalan mudah untuk mengecapi glamour dan kemewahan].
3. Membazir wang – pengundi yang sanggup berhabisan mengundi peserta pilihan mereka. Alangkah eloknya kalau duit berkenaan disimpan untuk keperluan di hari muka.
4. Melahirkan budaya ‘menghina’ orang lain – para peminat peserta program realiti biasanya akan mengutuk dan merendah-rendahkan peserta lain terutama jika peserta bukan pilihan yang menang.

Bicara Selamba: Program Realiti TV

[pembaca budiman: bahasa yang digunakan di dalam artikel ini tidak gramatis]

Yeke….sampai begitu sekali? Woooo……memang kebanyakan program & rancangan realiti merosakkan masyarakat terutamanya golongan muda hari ini. Tetapi….tetapi bukan semuanya.

Walau apapun, tahniah kepada TV 1, dalam banyak-banyak rancangan dan program “sardin” yang ada di TV1, mereka masih boleh menyelitkan rancangan seperti National Geographic. Tahniah. Inilah rancangan yang banyak manfaat kepada penonton. Dulu ada di TV3, tetapi sayangnya tidak kekal lama. Malah, program & rancangan realiti TV yang diberikan keutamaa.

Katanya, peminat mahukan program & rancangan realiti (TV) diadakan dan tidak perlu dihentikan. Statistik mana yang mereka ambil? Kenapa? Kalau mana-mana individu yang ingin menjadi artis Malaysia perlukah masuk program & rancangan realiti (TV), baru boleh jadi popular dengan cepat dan berjaya. Bagi saya kalau anda sememangnya berbakat tidak perlu program realiti TV pun boleh jadi bagus dan pentingnya boleh tahan lama. Belajar-belajar dan terus belajar. itu sahaja sifirnya. Tiada jalan pintas di dunia ini. Cita-cita besar!!!! Wang penonton dan peminat program & rancangan realiti TV telah habis berapa juta dilaburkan semata-semata untuk mengundi. Bagaikan dirasuk!!! Seronok sendiri!!! Wahai penonton sekalian apa yang anda dapat dengan mengundi? Eh…duit aku, suka hati akulah. Ok…teruskan.

Rancangan realiti TV seperti Akademi Fantasi dan sekutu dengannya modus operandi cuma satu, memerlukan undian SMS anda sebagai penonton. Mulalah episod terkeluar kemudian dapat masuk balik. Taukey-taukey di sebalik program & rancangan realiti TV tersenyum lebar apabila penonton terus bersedekah semata-mata untuk memastikan artis kesayangan mereka terus dalam perlumbaan menjadi artis mee segera.

Program realiti TV di Malaysia seperti Sehati Berdansa, Akademi Fantasia dan Mentor wajar dihentikan kerana ia menggalakkan pembaziran di kalangan masyarakat. Kewujudan program-program realiti TV di Malaysia yang seumpama itu juga hanya menguntungkan stesen televisyen dan syarikat telekomunikasi terbabit. Sedangkan, budaya berbelanja tidak seharusnya mendorong masyarakat atau pengguna melakukan pembaziran terutama dalam keadaan ekonomi dunia yang masih tidak menentu sekarang.
Budak-budak sekarang pula “akal pendek” dan masih mentah. Yang difikirkan cuma keseronokan dan “keindahan” tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang. Pada saya program & rancangan realiti TV di Malaysia ini menjurus kepada pembaziran kerana ibu bapa terpaksa menambah nilai kad prabayar telefon bimbit bagi membolehkan anak-anak mereka turut serta dan kalau antara yang cukup bersetuju kalau dihentikan sahaja. Kecewa kalau ditamatkan? Geleng kepala……

Kesan buruk program realiti TV di Malaysia
1. program realiti TV seperti inilah yang akan menjahanamkan masa depan remaja. Sebab mereka dapat cepat glamor dan malas untuk belajar. Mereka nampak program realiti TV di Malaysia sebagai talian hayat atau jalan pintas jikalau mereka gagal sekalipun dalam pelajaran. “Malas aa……….nak skolah….baik jadi penyanyi, boleh jadi cepat kaya macam artis-artis Malaysia yang ini“

2. Bazir duit mak bapak satu hal. Kalau dah bekerja nak mengundi, peduli apa saya. Terpulang, itu duit anda. Yang dirisaukan remaja hari ini.

3. Cuba tengok kebanyakan program realiti TV di Malaysia, kenapa mesti ada peserta menangis apabila tersingkir. Nak ambil simpati ker? Sebab apa jadi begini, kerana sudah ditanamkan setiap peserta untuk menangis apabila disingkirkan. Pokok pangkalnya, SMS anda!!!!! Duit anda!!! Anda menangis apabila pernah kecewakan perasaan ibu bapa anda? Geleng kepala……………….

4. Setuju atau tidak, kita memang tidak dijajah daripada segi fizikal tetapi kita sedang dan terus dijajah daripada sudut pemikiran. Lebih bahaya daripada biasa.

5. Ada boleh tambah sendiri keburukan rancangan realiti TV di Malaysia?
Sumber: Berita Semasa.com

Jul 15, 2011

Gas Rumah Hijau

GAS RUMAH HIJAU

Gas rumah hijau (Greenhouse Gases (GHGs)) seperti karbon dioksida dilepaskan ke atmosfera melalui proses semulajadi dan juga aktiviti manusia. GHGs yang lain dilepaskan oleh aktiviti manusia semata-mata. GHGs ini adalah seperti berikut:

Karbon Dioksida (CO2)
Karbon dioksida dilepaskan ke atmosfera melalui pembakaran bahan api fosil, sisa pepejal, pokok-pokok, tindakbalas kimia seperti industri pembuatan simen. Karbon dioksida dikeluarkan daripada atmosfera apabila diserap oleh tumbuhan

Metana (CH4)
Metana dilepaskan semasa pengeluaran dan pengangkutan arang, gas asli dan minyak mentah. Metana juga dilepaskan daripada aktiviti penternakan dan pertanian serta pereputan sisa organik di tapak pelupusan sisa pepejal (landfill).

Nitrus Oksida (NO2)
Nitrus oksida dibebaskan semasa aktiviti pertanian dan perindustrian serta semasa pembakaran bahan api dann sisa pepejal.

Gas Flourin
Hidrofluorokarbon, perfluorokarbon dan sulfur heksafluorida merupakan GHGs sintetik yang kuat dan dibebaskan oleh beberapa proses industri. Gas fluorin kadang-kadang digunakan sebagai pengganti bahan penipisan ozon seperti CFCs, HCFCs dan halon. Gas-gas ini biasanya dibebaskan dalam kuantiti yang kecil tetapi disebabkan kekuatannya, mereka dikenali sebagai gas berpotensi tinggi untuk menyebabkan pemanasan global (High Global Warming Potential gases (High GWP gases.

Perubahan iklim yang berlaku tidak hanya melibatkan Malaysia sahaja, malah ia merupakan permasalahan global yang harus ditangani bersama oleh seluruh dunia.



KESAN RUMAH HIJAU ( GREEENHOUSE EFFECTS)
Isu tenaga dan alam sekitar mula diminati pada awal tahun 1980 apabila penggunaan tenaga didapati berkait rapat dengan peningkatan suhu dunia. Suhu purata permukaan bumi meningkat sebanyak 0.6oc dari tahun 1960-1990 berbanding 0.2oc dari tahun 1860-1960 dan 0.1oc seratus tahun sebelumnya. Ahli sains membuktikan bahawa kebanyakan gas yang dihasilkan daripada pembakaran bahan api fosil seperti karbon dioksida adalah penyebab utama penongkatan suhu yang menyebabkan berlakunya pemanasan global.

FAKTOR DAN KESAN
1. Bumi bersuhu purata 15 darjah Celcius walaupun matahari bersuhu purata 6000 darjah Celcius. Imbangan di antara sinaran yang diterima dan dipantulkan oleh bumi bergantung kepada atmosfera. Awan dan permukaan bumi akan memantulkan kembali sinaran matahari ke angkasa lepas menjadikan bumi sedikit dingin.

2. Kehadiran ‘gas rumah hijau’ (CO2, wap air, metana, nitrat, dll) menyebabkan penyerapan cahaya yang tinggi dalam atmosfera menjadikan bumi bertambah panas. Komponen gas rumah hijau yang paling banyak dalam atmosfera ialah CO2. Dikatakan kehadiran gas-gas rumah hijau ini adalah hasil daripada perbuatan dan aktivit manusia sendiri demi pembangunan global.


JENIS-JENIS GAS RUMAH HIJAU
1. • Karbon dioksida (CO2): CO2 memasuki atmosfera melalui pembakaran bahan api berfosil (HC seperti petroleum, gas asli, dan arang batu), sisa pepejal, hutan, sisa-sisa kimia yang aktif (i.e. pembuatan simen). CO2 dikitarkan semula di dalam atmosfera sebagai salah satu komponen dalam Kitaran Biologi Karbon.

• Metana (CH4): Metana dibebaskan semasa penjanaan, produksi, dan penghasilan arang batu, gas asli, dan minyak HC, juga daripada aktiviti pertanian serta emisi gas daripada haiwan perternakan seperti kambing biri-biri dan sebagainya.

• Nitrat oksida (N2O): Nitrat oksida dibebaskan ke atmosfera melalui emisi gas daripada aktiviti pertanian, perternakan, industri serta pereputan sisa pepejal.

• Gas berfluorin: Hidrofluorokarbon, perfluorokarbon, dan sulfur hexafluorida adalah sintetik, dan merupakan gas-gas rumah hijau yang teremisi daripada pelbagai proses industri. Gas-gas berfluorin dibebaskan ke atmosfera dan menjadi punca penipisan lapisan ozon (i.e. CFC, HCFC, and halon). Gas-gas ini umumnya teremisi dalam kuantiti yang kecil, namun kemudaratan gas-gas ini kadang-kala diklasifikasikan sebagai High Global Warming Potential gases (“High GWP gases”).

KESAN RUMAH HIJAU
• Kenaikan suhu bumi
• Perubahan cuaca yang melampau (taufan, banjir, tanah runtuh, dll.)
• Peningkatan aras laut akibat pencairan glasier, akibat pemanasan global
• Kemarau
• Kandungan CO2 yang tinggi dalam atmosfera
• Peningkatan emisi gas-gas rumah hijau di negara-negara yang sedang membangun
• Penipisan lapisan ozon

Jul 10, 2011

Masalah Sosial di Malaysia 2

GEJALA sosial mempunyai kesan negatif ke atas pertumbuhan psikologikal, fizikal, ekonomi dan pembangunan seseorang individu dan sesebuah negara. Perlakuannya yang negatif secara terus menyebabkan situasi baru iaitu economic dysfunctioning.

Economic dysfunctioning berkaitan kemiskinan, pengangguran dan penghijrahan sama ada dari dalam atau luar bandar yang mampu dilihat sebagai masalah sosial, selain faktor pendorong kepada pelbagai lagi masalah yang bakal dihasilkan. Realitinya, masalah sosial menyebabkan peningkatan kos sosial, sekali gus menjejaskan keseimbangan pembangunan negara.

Kerajaan ambil maklum tentang trend gejala sosial yang berterusan, dalam erti kata peningkatannya masih ketara melibatkan semua petunjuk yang telah dikumpulkan seperti penderaan kanak-kanak, pembuangan bayi, sumbang mahram dan penagihan dadah.

Dalam Konvensyen Memerangi Gejala Sosial anjuran Institut Sosial Malaysia (ISM) dan Pejabat Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dua tahun lalu, masalah sosial seperti ini menjadi bahan utama kajian kes.

Gejala sosial merupakan fenomena modenisasi dan kejutan budaya yang melanda golongan remaja dan belia. Pada zaman remaja, seseorang itu berdepan dengan satu siri krisis identiti iaitu pembentukan dan pengembangan identiti diri. Kegagalan untuk mengatasi cabaran itu membuatkan remaja mengalami krisis kekeliruan.

Sebenarnya, tiada jalan pintas untuk mengatasi masalah sosial yang dihadapi remaja. Remaja merupakan satu kumpulan individu yang kompleks. Sebahagian masalah yang dihadapi mereka adalah juga masalah sosial yang dihadapi orang dewasa. Hakikatnya, semua ibu bapa mengasihani anak-anak mereka dan menaruh cita-cita yang tinggi untuk menikmati kehidupan berkeluarga secara harmoni dan bahagia.

Bagaimanapun, senario mengejar perbelanjaan harian menyebabkan tekanan emosi di kalangan ibu bapa. Masalah ini dapat diselesaikan seandainya ibu bapa memberikan perhatian secukupnya kepada anak-anak sejak kecil dan sentiasa berkongsi masalah dengan mereka.

Ibu bapa sepatutnya bukan sahaja menjadi `penjaga' mereka, tetapi juga `kawan' kepada anak mereka sendiri, di samping menimbulkan persekitaran kekeluargaan dan teknik keibubapaan yang sihat dan cemerlang.

Begitu juga dalam kes sumbang mahram. Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2004 mendapati 4.4 juta remaja di dunia pernah menjalani pengguguran manakala 55,000 kes pengguguran berlaku setiap hari dengan 60 peratus daripadanya berlaku di kalangan remaja yang tidak berkahwin.

Menurut kajian itu juga, setiap tahun seorang daripada 20 remaja di dunia dijangkiti penyakit kelamin. Daripada 333 juta kes baru penyakit kelamin, 111 juta kes berlaku di kalangan belia di bawah 25 tahun.

Dalam mencari jalan mengatasi masalah seks luar nikah atau seks bebas ini, selain peranan didikan ibu bapa, banyak pihak mengutarakan pendidikan seks di sekolah-sekolah sebagai satu cara untuk memberi maklumat tentang seks kepada remaja.
Langkah ini diambil dengan harapan, maklumat itu akan membantu remaja membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi isu-isu seksual. Persoalan yang harus dibincangkan ialah apakah isi kandungan kurikulum pendidikan seks itu dan bagaimana ia harus diajarkan.

Pendidikan seks yang semata-mata mengajar remaja tentang aspek biologikal dan cara-cara untuk mengadakan hubungan seks yang selamat tidak begitu berkesan dalam membendung masalah ini. Menurut konvensyen anjuran ISM ini, ada kajian menunjukkan bertambahnya perlakuan seksual di kalangan remaja yang mendapat pendedahan tentang pendidikan seks pada umur yang muda.

Remaja terus melakukan hubungan seks dengan perlindungan seperti kondom, pil kontraseptif dan sebagainya yang kerap kali tidak menjamin keselamatan mereka sepenuhnya. Negara-negara seperti Britain dan Amerika Syarikat yang memberi pendidikan seks kini semakin dilanda masalah yang dibawa oleh amalan seks bebas di kalangan remaja mereka.

Dalam kes sumbang mahram pula, ia dikaitkan dengan pencabulan seks yang berlaku di kalangan anggota keluarga iaitu perkahwinan sesama sendiri yang ditegah atau dari segi konteks Islamnya muhrim atau mahram.

Antara langkah yang boleh diambil untuk membendung kejadian sumbang mahram daripada berleluasa ialah dengan memberikan kemahiran keibubapaan secukupnya untuk pasangan suami isteri, memberikan pendidikan seks di sekolah yang memberi penekanan kepada bahagian badan, penjagaannya, pengawalannya dan mengenali batas perhubungan di antara lelaki dan wanita.

Selain itu, ajaran agama yang kukuh perlu dipraktikkan di kalangan anggota keluarga terutama tentang nilai-nilai kehidupan yang patut diikuti selain mengadakan pusat rujukan khidmat keluarga yang berterusan. Selama ini kita memberikan tumpuan kepada pembangunan bersifat fizikal dan kewangan. Kita berasa puas hati apabila sesuatu projek serta program pembangunan dilaksanakan dan apabila dilaporkan, peruntukan 100 peratus dibelanjakan. Sebaliknya, jarang dibuat perkiraan dan penilaian dari segi kesan sosial sejauh mana ia memberikan kesan ke atas kesejahteraan sosial.

Di sinilah letaknya ruang bagi perancang sama ada dari aspek agama, psikologikal, fizikal, ekonomi ataupun sosial memainkan peranan mereka sebagai `jurutera' dan `arkitek' pembangunan semasa dengan menggariskan panduan dasar, strategi dan program yang perlu dan sesuai dijalankan. Sumber: Utusan Online

Masalah Sosial di Malaysia




Pengenalan
Muktahir ini, berbagai krisis akhlak dan moral kini terus menular, merebak dan mewabak dalam masyarakat kita khasnya dalam kalangan remaja. Daripada kes bosia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit.

Ternyata bahawa pendidikan moral kita dengan enam belas nilai teras, pendidikan sivik, pendidikan Islam, pendidikan jarak jauh dan sebagainya; masih jauh untuk dapat menangani kegawatan dan kemerosotan dalam bidang ini. Faktor-faktor tertentu seperti mencari kepuasan nafsu, ingin membebaskan diri dari kemiskinan,kongsi gelap, dadah, bertelingkah dengan ibu bapa , gagal dalam peperiksaan , bosan duduk di rumah, trauma akibat perbuatan seks dan sebagainya rupa-rupanya lebih berpengaruh dari asuhan institusi pendidikan yang sedia ada.

Perkembangan akhlak seseorang boleh dibahagikan kepada tiga tahap :
Peringkat pertama: Kanak-kanak
Dalam peringkat ini kanak-kanak mula membentuk keyakinan kepada persekitarannya. Proses ini amat bergantung kepada belaian ibu yang berterusan di mana ibu memenuhi keperluan emosi dan fisiologinya. Hubungan ibu dan anak dalam peringkat ini perlulah dijaga dan perkukuhkan sehingga kanak-kanak mempunyai keyakinan kepada lingkungan dan alam sekitarnya. Anak-anak yang tidak memperolehi perhatian serta kasih sayang ibu dalam tahap ini perkembangan emosional dan fizikalnya mungkin akan terbantut. Anak tersebut kelihatan lebih kecil dari umurnya yang sebenar.

Dalam peringkat 18 bulan hingga 3 tahun kanak-kanak mula beralih daripada bersandarkan kepada ibu semata-mata. Kanak-kanak mula membentuk keperibadiannya tersendiri, di mana ia bertarung untuk memastikan pilihannya sendiri. Dalam peringkat ini ibu wajar memberikan penuh perhatian. Kegagalan kanak-kanak tersebut dalam merealisasikan kemandiriannya menyebabkannya ia akan ragu terhadap dirinya serta kurang yakin dengan kemampuannya sekaligus mengakibatkan berkurangnya keyakinan kepada orang lain. Anak-anak akan bersifat malu dan merasa serba kekurangan.

Keupayaan anak-anak untuk mandiri serta merasakan kewujudan dirinya yang tersendiri cukup penting dalam peringkat ini. Dalam tahap inilah berkembangnya sifat-sifat personal seperti sayang, benci, ego serta kebebasan untuk mengungkap perasaan. Dalam peringkat umur 3 hingga 6 tahun kanak-kanak tersebut terus mengembangkan kemandirian dengan kegiatan yang lebih meluas; di mana mereka lebih aktif bergerak, mempunyai tahap prihatin yang lebih tinggi, banyak bertanya dan bercakap. Ibu bapa dan pengasuh wajar mengarahkan kanak-kanak dengan bijak agar mereka memperoleh kemahiran-kemahiran mengatur dan menyusun sesuatu sehingga kanak-kanak berjaya melaksanakannya. Layanan yang kasar serta kekerasan yang berlebihan boleh menjejaskan jiwa, mental dan fizikal kanak-kanak.

Ibu bapa tidak wajar menganggap kanak-kanak pada peringkat ini seperti orang tua dalam erti kata meletakkan tanggungjawab moral dan akhlak terhadap perbuatan dan reaksinya kerana kanak-kanak masih belum mampu membezakan dengan tepat dan memahami sesuatu. Mereka hendaklah dikasihi, diperlakukan secara lemah lembut dan sikap toleransi.

Peringkat Kedua: Pertengahan dan akhir kanak-kanak
Dalam peringkat ini kanak-kanak mula memperluas arena hubungan sosial dan pergaulannya dengan orang lain yang sekampung atau sesekolah atau juga rakan sebaya dengannya. Kanak-kanak mula menyesuaikan diri dengan situasi dan kondisi baru dalam hidupnya. Ia mula membezakan perbuatan dan jenis-jenis tindak tanduk yang disukai oleh orang lain atau sebaliknya. Ia gembira jika orang lain puas dengan perbuatannya. Sebaliknya ia kecewa, menyesal jika orang lain marah kepadanya. Ini adalah permulaannya yang betul bagi proses pembentukan akhlak yang luhur.

Perkembangan akhlak yang positif ini menyebabkan kanak-kanak selalu berusaha untuk menyelaraskan antara kehendak dirinya dengan kehendak orang lain. Antara kecenderungan dan motivasi dengan nilai agama, akhlak, tradisi, guru, peraturan dan undang-undang. Dalam peringkat ini terteralah kesedaran tentang tanggungjawab akhlak dalam diri kanak-kanak sehingga ia mencapai tahap perkembangan akhlak yang ke-3. Dalam peringkat ini ibu bapa dan guru perlu perihatin kepada kecendurangan ini dan amat perlu diarahkan secara yang bijaksana sehingga kanak-kanak dapat memperolehi model yang utama (role model) di samping mengembangkan kearah nilai-nilai kebaikan.

Peringkat ketiga: Peringkat baligh dan remaja
Perkembangan akhlak pada masa ini mula berakar dan mantap. Fizikal kanak-kanak mula berkembang dan membesar. Perkembangan ini diikuti oleh perkembangan sosioemosinya di mana anak tersebut mula memperolehi keperibadiannya yang unik. Ia mula merasakan ‘sense of belonging‘ kepada kelompok yang lebih besar. Peringkat ini adalah peringkat yang amat komplikated (rumit) dan ia disertai oleh pengalaman-pengelaman baru serta peranan dan peluang-peluang yang baru. Menyerlahnya dorongan kejantinaan semakin merumitkan hubungannya dengan orang lain. Keupayaan fizikalnya semakin kukuh dan mencapah. Tanggungjawab persekolahan ikut bertambah, disiplin hidupnya mula terbentuk.

Kanak-kanak mula berubah menjadi manusia yang berupaya mengawal kehendak nalurinya. Ia mula menundukkan diri kepada contoh utama yang telah terserap jauh dalam batinnya. Ia menjadikan contoh utama tersebut sebagai kriteria dalam tingkah laku dan situasi yang bersifat moral. Ia akan beriltizam dengan saranan-saranan dan contoh yang ditunjukkan sama ada wujud dalam bentuk undang-undang, sistem, adat dan budaya sosial atau ketiadaannya.

Pihak Yang Berperanan Membentuk Akhlak Anak-anak
Selain ibu bapa, terdapat juga pihak lain yang bertanggungjawab dalam membentuk akhlak anak-anak iaitu;
i. Media Massa
Media massa merupakan satu mekanisme yang mempunyai pengaruh yang amat besar dan berkesan di dalam pembentukan keperibadian manusia. Ia merupakan agen sosialisasi dan memainkan peranan penting di dalam menanam dan menggalakkan amalan-amalan berakhlak di dalam masyarakat. Media massa mampu mencorakkan hati budi, mentaliti dan sahsiah umat khasnya yang beroperasi 24 jam. Media massa tersebut perlu bebas dari cengkaman faham sekularisme, budaya komersial yang melampau, faham kebendaan dan dorongan untuk hidup secara mewah dan berpoya-poya. Media massa hendaklah mempunyai asas falsafah dan dasar-dasar komunikasi yang selaras dengan nilai-nilai akhlak Islam. Para petugas media massa hendaklah meningkatkan rasa akauntabiliti, tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk memihak dan menegakkan nilai-nilai luhur seperti kebenaran, kejujuran dan sebagainya.

Para pengguna media massa terutama golongan yang bertanggungjawab seperti ibubapa, guru, pemimpin politik dan pentadbir hendaklah lebih bijaksana dalam mengarah, membimbing, meningkatkan rasionaliti, kematangan dan kewaspadaan serta keupayaan memilih siaran yang lebih bermanfaat untuk ditontoni oleh anak-anak atau orang-orang yang di bawah jagaan mereka. Media massa juga sebenarnya boleh menjadi wahana “cultural domination dan imperialisme” melalui berbagai saluran teknologi maklumat yang canggih seperti internet, multimedia dan sebagainya.

ii. Sekolah
Sekolah mempunyai fungsi yang tersendiri dalam mendidik generasi baru dengan akhlak Islam. Antara lain sekolah boleh :
1. Menggandakan keberkesanan institusi pendidikan, menambahkan produktivitinya, meningkatkan kewibawaannya di kalangan setiap anggotanya baik mereka itu pelajar atau petugas.
2. Memperbaiki suasana persekolahan, mendaulatkan undang-undang atau peraturan Islam khasnya yang berkaitan dengan persekolahan, memperbaiki hubungan antara sesama anggota sekolah atau institusi.
3. Memancangkan dengan teguh akan nilai-nilai murni dan akhlak yang baik seperti ketaatan atas dasar kesedaran menghormati peraturan dan pihak yang berwewenang, menjaga perasaan orang lain, menjaga standard layanan dalam berinteraksi, berkorban untuk kepentingan ramai, bekerjasama, melakukan self criticism, mengawal diri, menghargai ilmu, menghormati ulama’ dan sebagainya.
4. Membaiki prestasi persekolahan murid-murid dari segi kualiti dan kuantiti, mendidik mereka dari segi agama, akhlak dan sosial secara wajar dan sihat, mempersiapkan mereka agar dapat memikul tugas dan tanggungjawab yang bakal mereka hadapi; di samping melatih mereka menghukum atau menilai diri sendiri sebagai seorang yang berfikiran matang dan bebas.
Para pelajar di sekolah hendaklah dilatih supaya merendah diri dan memuliakan orang yang mereka bergaul dengan mereka. Mereka hendaklah digalakkan lebih suka memberi dari menerima. Dalam sanubari mereka patut dicambahkan keinsafan bahawa tangan yang memberi lebih utama dari tangan yang menerima. Disuburkan pula perasaan zuhud dalam hatinya dan di asuh agar tidak menjadi mata duitan.

Mereka harus juga diasuh supaya tidak meludah dalam majlis atau berkahak, tidak menguap besar di hadapan orang, tidak meletakkan kaki di atas sebelah kaki yang lain serta tidak membanyakkan cakap. Anak-anak harus digalakkan tidak banyak bercakap kecuali sekadar menjawab. Mereka harus dilatih pandai mendengar tuturan orang, lebih-lebih lagi jika orang yang bercakap itu lebih tua daripadanya.

Mereka mesti ditegah mengucapkan kata-kata kesat, atau bergaul dengan orang-orang yang celupar. Justeru antara kaedah mendidik anak-anak ialah melindungi mereka dari rakan-rakan yang jahat. Selain dari itu elok juga selepas belajar mereka dibenarkan bermain-main untuk menyegarkan tubuh mereka setelah penat belajar. Mereka hendaklah diasuh supaya patuh kepada ibu bapa, guru dan menghurmati mereka.

Selain dari latihan serta disiplin seperti di atas, pelajar harus juga dilatih menghargai tugas dan tanggung jawab dengan cara yang bijak, lemah-lembut tanpa terburu-buru melaksanakan kekerasan atau pemaksaan melalui penderaan. Kepatuhan yang lahir dari keinsafan dan kesedaran batin biasanya lebih berkesan dan mantap. Bagi seorang pendidik menggunakan tindakan menghukum biarlah terhadap perkara yang paling akhir dalam fikirannya; samada mereka golongan guru atau bapa. Bahkan apabila hukum hendak dikenakan kepada murid biarlah sekadar yang perlu sahaja.

Bimbingan dan nasihat yang lemah lembut tetapi tegas kadang-kadang lebih meninggalkan kesan di dalam hati serta dipatuhi. Hukuman atau penderaan bukanlah langkah utama yang merupakan satu-satunya penyelesaian. Penderaan adalah langkah terakhir apabila contoh yang baik, nasihat dan hubungan kasih sayang antara anak dan bapa atau guru tidak mampu lagi untuk digunakan.

Satu hakikat pembelajaran yang lumrah di sekolah ialah murid kerap dipengaruhi oleh sifat, kebiasaan dan akhlak guru. Sekiranya guru mempunyai akhlak yang baik murid ikut terpengaruh dengan akhlak ini. Demikianlah sebaliknya. Pandangan negatif murid bukan setakat terhad kepada guru tetapi juga mungkin menjangkau kepada pelajaran, kepada sekolah dan seterusnya kepada sistem persekolahan keseluruhannya.

Displin sekolah hendaklah dilaksanakan dengan semangat kerjasama. Guru besar, nazir, guru, murid malah ibubapa hendaklah sama-sama berperanan. Ini bermakna harus ada penerimaan dan permuafakatan tentang polisi dan cara-cara merealisasikannya seboleh-bolehnya dari semua pihak agar masing-masing melindungi dan mempertahankannya.

Usaha mengatasi masalah di sekolah hendaklah dengan menghapuskan sebab-sebab pokok atau punca dari mana datangnya permasalahan itu. Ini termasuk menghapuskan suasana yang membantu atau menyokong salah laku dari murid . Di samping itu juga penyelesaian boleh di usahakan dengan mengambil langkah pencegahan dan mengujudkan suasana yang lebih positif. Ini di dasarkan kepada prinsip “mencegah lebih baik dari merawat”.

Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh sekolah dalam membangun akhlak ialah dengan mengadakan kempen menyedarkan murid tentang keperluan menghormati disiplin sekolah, menerangkan tentang mengapa suatu disiplin itu dibuat dan memperbanyakkan aktiviti sekolah dengan mempelbagaikannya, menggunakan atau memenuhi masa lapang murid, menghubung-kaitkan sukatan pelajaran dengan keperluan diri dan masyarakat mereka dan langkah-langkah yang lain.

iii. Peranan rakan sebaya
Antara agen sosial yang berpengaruh di dalam membentuk sikap dan akhlak individu ialah rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan kelompok rujukan bagi remaja di dalam tingkah laku mereka. Perasaan “sense of belonging” kepada kumpulan adalah suatu yang lumrah. Remaja akan mengubahsuai dan mengadaptasikan nilai-nilai rakan sebayanya untuk mendapat penerimaan dan pengakuran mereka. Remaja memang menyedari adanya jurang generasi antara mereka dengan kumpulan dewasa dan mereka sering berhadapan masalah dalam mewujudkan hubungan dengan generasi yang lebih tua. Kajian yang dilakukan oleh Lambert dan rakan-rakannya ( 1972 ) menunjukkan remaja menghadapi berbagai konflik apabila mereka berusaha merentasi jurang generasi( generation gap ) tersebut antara pemikiran mereka dan pemikiran ibubapa mereka.

Kajian menunjukkan bahawa masalah remaja lelaki dan perempuan adalah :
1. kesukaran untuk membincangkan permasalahan mereka dengan para ibubapa mereka dan para penjaga mereka
2. kesukaran untuk memberitahu ibubapa dan penjaga mereka mengenai apa yang mereka lakukan
3. wujudnya jarak yang agak lebar antara jalan fikiran mereka dengan jalan pemikiran ibubapa dan penjaga mereka.
Oleh kerana itu golongan remaja umpamanya sering merujuk rakan sebaya dan kelompok sosial tertentu untuk mendapat bimbingan ke arah menyelesaikan masalah mereka. Kesilapan di dalam memilih kelompok rakan setara samada bersahabat dengan penagih dadah, kutu lepak, gangster atau kumpulan samseng, bohsia dan sebagainya pasti akan mengakibatkan kemusnahan akhlak golongan remaja dan dewasa.

iv. Peranan rumah ibadah
Bagi umat Islam, rumah ibadat yang paling penting ialah masjid. Di sinilah umat Islam sering berkumpul untuk menyembah Allah secara berjamaah.
Ilmu yang dipelajari di masjid pada masa dahulu bersepadu dengan nilai tauhid, ruh Islam dan akhlak. Rumah ibadah bagi agama lain juga memainkan peranan yang sama dalam pembentukan dan penerapan akhlak mulia dalam kalangan anak-anak.

Seluruh agensi sosial, Jentera Kerajaan, Kementerian dan Badan-badan Berkanun, NGO dan Badan-badan Korporat, swasta dan awam hendaklah digembling untuk bersama-sama berperanan meningkatkan kualiti akhlak umat samada dengan mengadakan kempen hidup beretika dan berakhlak atau melancarkan buku-buku rujukan yang menjelaskan nilai-nilai akhlak tersebut dan sebagainya.

Rumusan
Gagasan dan tugas untuk membangun, memupuk dan meningkatkan mutu akhlak umat khasnya di kalangan remaja adalah suatu tanggungjawab besar. Ia tidak dapat dilakukan dengan jayanya kecuali oleh manusia yang berjiwa besar dan mempunyai kualiti kemanusian yang tinggi. Ia harus bermula dengan melahirkan para pemimpin umat yang berakhlak, beriman dan bertakwa. Pemimpin yang mempunyai iltizam yang tidak berbelah bagi kepada set-set nilai akhlak Islam, mempunyai kerohanian yang amat tinggi, mewarisi ciri perjuangan Rasulullah yang diutus untuk membangun akhlak dan keluhuran akan beroleh kedudukan dalam pemerintahan lantas memastikan semua umat menunaikan solat, mengeluarkan zakat, menyuruh yang makruf, mencegah yang mungkar, menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Allah, mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah. Mereka menguatkuasakan sistem hidup Islam yang memang membela akhlak. Mereka melaksanakan undang-undang Allah yang sebenarnya memang melindungi nilai dan norma akhlak dalam masyarakat.

Dengan adanya pemimpin yang soleh dan bertakwa seluruh agen sosialisasi dan jentera kerajaan akan menghala ke arah yang sama. Rakyat akan terbentuk oleh media yang beretika dan berakhlak. Pengaruh luar yang buruk akan disekat samada dalam rancangan tv, filem, internet maupun apa jua pengaruh lain yang mengancam jatidiri dan maruah umat. Dasar-dasar kementerian dan agensi pembangunan masyarakat akan selaras dengan tuntutan nilai dan tatanan akhlak. Tidak berlaku proses pertentangan antara kerja membangun dan merosak akhlak serentak dalam jentera-jentera berkenaan.

Agenda-agenda khusus menangani gejala keruntuhan dan kemorosatan akhlak akan disusun dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Segala-galanya akan dimanfaatkan dalam menjana kekuatan untuk meningkatkan mertabat umat dalam segala bidang.Kebenaran keadilan dan ihsan akan didaulatkan . Manusia diasuh kembali menjadi hamba Allah yang ta’at dan bukan hamba benda, wang, pembangunan, bangsa atau negara. Semoga semua langkah-langkah yang dicadangkan di atas dapat membantu mengatasi masalah keruntuhan akhlak yang semakin berleluasa, khasnya di kalangan remaja kita dewasa ini.

Jul 2, 2011

Kuala Lumpur....


Kota Cahaya....

Kesan Demonstrasi Jalanan 1


[i] Kesan Demonstrasi Jalanan

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat pengangkutan awam dan persatuan teksi terus melahir kecaman terhadap tindakan penganjur serta mereka yang menyertai perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu kota, Sabtu lalu.

Rata-rata mereka masih tidak dapat memaafkan perbuatan itu yang bukan saja menyusahkan rakyat malah menjejaskan ekonomi dan melumpuhkan sektor pengangkutan awam dan perniagaan.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Ma'amor Osman, berkata kejadian itu bukan saja memberi mesej salah kepada masyarakat antarabangsa malah menimbul kesan trauma mendalam kepada mangsa terutama golongan kanak-kanak dan wanita.

Tindakan ini amat tidak bertanggungjawab dan keterlaluan, melampaui batas fikiran dan undang-undang serta memberi kesan kepada pelbagai pihak termasuk peniaga yang mengalami kerugian dalam perniagaan mereka.

Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata mereka yang berdemonstrasi perlu menggunakan saluran yang betul bagi mengelak golongan yang tidak bersalah menjad mangsa.

Pengurus Besar Komunikasi Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL), Ebi Azly Abdullah, berkata kejadian itu menjejaskan operasi bas serta transit aliran ringan (LRT) selepas stesen Masjid Jamek dan Bandaraya terpaksa ditutup dari jam 1.57 hingga 6.20 petang.
Sumber: Bernama



[ii] Kesan Demonstrasi Jalanan
KETIKA menghadiri satu majlis perkahwinan di Kuala Terengganu malam kelmarin, ramai bertanyakan mengenai penganjuran perhimpunan haram di ibu kota pada 9 Julai ini. Ada juga bertanyakan apakah individu utama menganjurkan perhimpunan itu, Datuk Ambiga Sreenevasan, orang yang sama menjadi peguam kes murtad Lina Joy dan bertanggungjawab, bagi pihak Majlis Peguam, menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) kira-kira 10 tahun lalu.


Jika reaksi beberapa orang itu boleh dianggap mewakili majoriti orang Melayu luar bandar, maka reaksi mereka terhadap rancangan mengadakan perarakan haram itu agak membimbangkan. Barangkali kerana rekod Ambiga sebelum ini, mereka melihat cadangan perarakan itu tidak lebih daripada provokosi bukan saja kepada pihak berkuasa tetapi kepada orang Melayu dan Islam. Malah, ada yang mempersoalkan kenapa perarakan seumpama itu sentiasa diadakan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, yang kesannya menimpa kepada peniaga kecil Melayu di kawasan itu, bukannya di Brickfields dan segi tiga emas Bukit Bintang?

Mungkin kerana kebimbangan perarakan ini bertukar menjadi rusuhan perkauman, ia mendapat bantahan daripada berpuluh pertubuhan yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat. Ratusan laporan polis yang dibuat oleh pelbagai pertubuhan bukan kerajaan terhadap penganjur perarakan itu cukup untuk menunjukkan bahawa majoriti rakyat menolak budaya demonstrasi jalanan dan amat menghargai keamanan. Mereka bukan saja pernah merasai kesan buruk daripada siri demonstrasi yang berlaku di Kuala Lumpur sebelum ini, tetapi turut melihat kematian, kecederaan dan kemusnahan daripada tindakan serupa di beberapa negara asing sekarang. Bagi generasi yang lebih dewasa, mereka masih tidak lupa dengan kesan buruk daripada peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Kepada banyak pihak, rancangan perarakan haram itu tidak lebih daripada cubaan pembangkang, yang berselindung di sebalik pergerakan berkenaan untuk mencetuskan momentum baru bagi menghadapi pilihan raya umum, yang mereka percaya akan diadakan dalam tempoh setahun ini. Mereka pernah melakukannya sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 yang menyaksikan pembangkang mencatat kejayaan besar. Jika benar pilihan raya di negara ini tidak bersih, bagaimana mungkin parti pemerintah boleh kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan tewas di lima negeri.

Oleh kerana itu, perarakan haram yang dijadualkan kali ini, sebenarnya bukan mahu menuntut pilihan raya bersih dan adil tetapi mahu memberi nafas serta modal baru kepada pembangkang. Penerimaan semula rakyat khususnya sokongan orang Melayu dan India kepada kerajaan serta masalah kepemimpinan dalam barisan pembangkang, memerlukan satu peristiwa besar bagi mengalih perhatian umum sama ada dari dalam negara dan media antarabangsa. Bagaimanapun, mereka lupa budaya, iklim politik dan kehidupan rakyat di negara ini jauh berbeza dengan negara yang saban hari sekarang menyaksikan demonstrasi jalanan.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh pelbagai pertubuhan setakat ini, pihak berkuasa seharusnya sudah boleh bertindak bagi memastikan perarakan itu tidak menjadi kenyataan pada 9 Julai ini. Tindakan tegas harus diambil kepada ketua mana-mana kumpulan yang terbabit, sama ada yang menyokong atau menentang perarakan itu. Publisiti mengenai perarakan haram ini sudah cukup membimbangkan rakyat biasa, apa lagi peniaga di kawasan terbabit serta pelancong yang mahu datang ke negara ini ketika itu.

Kita mempunyai pelbagai undang-undang bagi mencegah perkara yang boleh mencetuskan keadaan huru hara di negara ini. Pihak berkuasa tidak seharusnya takut untuk bertindak walaupun pembangkang nanti pasti menjadikannya sebagai modal menagih simpati masyarakat antarabangsa. Yang penting ialah ketenteraman majoriti rakyat negara ini yang cintakan keamanan, bukannya pandangan negara atau media asing.
Sumber: Utusan.com

Kesan Demonstrasi Jalanan 2



[i] BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
SETAKAT semalam, sekurang-kurangnya 790 laporan polis dibuat di seluruh negara sebagai membantah rancangan mengadakan perhimpunan haram oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Nyata, laporan polis yang dibuat oleh pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan, persatuan dan parti politik itu adalah manifestasi daripada kegelisahan rakyat yang lebih mencintai keamanan dan kerukunan hidup.

Mereka secara jelas menolak kaedah menggunakan jalan raya untuk menuntut sesuatu.
Awang percaya ia berlaku begitu kerana kerajaan menyediakan kaedah yang cukup adil dan sah bagi rakyat menyatakan pandangan dan menyatakan haknya secara demokrasi.
Mereka juga, Awang percaya, tidak lupa akan kesan buruk daripada demonstrasi jalanan terdahulu yang memberi impak negatif, yang akhirnya ditanggung rakyat.

Harta awam rosak, pergerakan orang ramai terganggu, aktiviti perniagaan terhenti dan ia memberi mesej buruk kepada bakal pelabur. Akhirnya, tiada siapa yang beroleh manfaat melainkan mereka yang mempunyai niat jahat untuk melihat negara kita runtuh.

Oleh itu, Awang yakin pihak berkuasa perlu mengambil kira pandangan dan kebimbangan rakyat mengenai perhimpunan haram tersebut; seterusnya melakukan sesuatu bagi menghalangnya.




[ii] KESAN DEMONSTRASI JALANAN
JUMAAT lalu, pelbagai pihak terus bertungkus lumus mahu menyelamatkan rakyat Malaysia di Mesir. Menteri, timbalan menteri, setiausaha politik dan pelbagai agensi berada di Kaherah dan Jeddah untuk membantu. Pada hari yang sama juga rakyat Mesir terus mengadakan demonstrasi mendesak Presiden Hosni Mubarak berundur. Pada perhimpunan yaumul rohil atau hari pengunduran itu, mereka terus mengadakan demonstrasi besar-besaran.

Kuala Lumpur turut terasa tempias. Tiba-tiba sahaja di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, ada demonstrasi jalanan pada Jumaat lalu. Masalah di Mesir tetapi Kedutaan Amerika Syarikat (AS) jadi sasaran.

Tetapi pada masa yang sama, selepas solat Jumaat, ada juga yang buat solat hajat termasuk yang dihadiri Perdana Menteri, Najib Tun Razak di Masjid Negara. Eloklah kita mengadakan majlis solat hajat dan berdoa semoga rakyat Malaysia di Mesir selamat. Begitu juga doa supaya rakyat Mesir tanpa mengira fahaman politik serta seluruh insan yang ada di bumi para Anbia itu dalam keadaan selamat. Apa yang penting kedamaian manusia di negara itu.

Kekacauan di Mesir bukan sahaja menyusahkan rakyat negara itu sendiri tetapi juga rakyat dari negara-negara luar sama ada pelajar, pekerja atau pelancong. Kita di Malaysia turut bimbang dan resah apabila kekacauan berlaku di Mesir. Jika perkara yang sama berlaku di Malaysia, begitu jugalah perasaan rakyat negara luar yang anak-anak atau saudara mereka berada di sini sama ada untuk belajar, bekerja atau melancong.

Satu lagi pengajaran yang dapat dilihat akibat kemelut yang melanda, tentunya Sungai Nil, piramid dan pelbagai lokasi bersejarah yang sering menjadi tumpuan pelancong berada dalam keadaan sepi. Agensi pelancongan negara kita juga terasa tempiasnya dengan pembatalan lawatan ke negara itu. Sudah pastilah banyak gedung perniagaan yang sering menerima kunjungan para pelancong menanggung kerugian. Begitulah kesan daripada rusuhan yang dicetuskan oleh rakyat negara itu sendiri. Kita juga terasa tempiasnya kerana terdapat ramai pelajar Malaysia di sana. Ibu bapa tidak kira fahaman politik - UMNO, Pas, PKR - yang anak-anak mereka sedang belajar di seluruh pelosok negara itu resah gelisah memikirkan keselamatan di rantau orang.

Mujurlah kerajaan tidak berdiam diri. Pelbagai usaha dibuat melalui Ops Piramid bagi mengeluarkan rakyat Malaysia dari negara yang sedang bergolak itu. Kerajaan melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM), AirAsia, Malaysia Airlines (MAS), Tabung Haji, Kelab Putera 1Malaysia dan sebagainya menunjukkan keprihatinan mereka selaras dengan slogan 1Malaysia "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".

Malangnya ada juga pihak yang seolah-olah tidak senang dengan usaha kerajaan. Mereka tumpang semangkuk kemelut di Mesir tetapi lebih kepada menangguk di air keruh. Mereka menyebarkan khabar angin dan melemparkan pelbagai dakwaan yang tidak berasas. Ada yang kata kerajaan lambat bertindak dan mengenakan bayaran untuk membawa pulang rakyat kita. Dan seperti dijangka sikap tumpang semangkuk dan menangguk di air keruh ini berlaku dalam usaha mencari keuntungan politik. Ada pula yang mengaitkan pemerintahan Hosni Mubarak dengan sistem pemerintahan di negara kita.

Sepatutnya, semua pihak harus menyokong usaha yang sedang dilakukan kerajaan dan tidak bertindak menyongsang arus. Jangan politikkan apa yang berlaku di Mesir. Bukan mudah untuk mengatur pelan menyelamat. Ia tidak semudah pergi ke sana bermodalkan air liur segalanya boleh selesai. Mujurlah hubungan baik Malaysia dengan Mesir serta Arab Saudi membolehkan segala urusan lancar walaupun masih banyak kerenah birokrasi. Bersyukurlah kerana Jeddah dan Kaherah tidak menutup lapangan terbang kepada Kuala Lumpur. Sebenarnya, memang ada puak yang suka ambil kesempatan ke atas isu yang boleh dijadikan modal politik untuk 'membelasah' kerajaan.

Ketika anak-anak muda kita di seluruh Mesir bertungkus lumus mahu menyelamatkan diri, anak-anak muda kita di Malaysia pula mengadakan demonstrasi, membaling botol ke arah kedutaan AS. Entah apa puncanya. Apakah ia satu keseronokan atau kepuasan dapat tumpang semangkuk suasana gawat di Mesir? Sudahlah tumpang semangkuk, tindakan yang dilakukan pula seperti kembang semangkuk atau lebih sudu daripada kuah. Mungkin lebih baik anak-anak muda itu menganjurkan aktiviti yang lebih berfaedah seperti bagaimana mahu membantu menampung kos yang ditanggung kerajaan walaupun kerajaan tidak akan meminta rakyat terutama ibu bapa berbuat demikian. Semua kos kerajaan tanggung!

Tidak pasti apakah tujuan sebenar demonstrasi itu. Adakah mereka mahu menuntut AS tidak campur tangan dalam urusan di Mesir? Kalau itu tujuannya, baguslah. Urusan dalam negara, tidak perlu diundang orang luar terutama AS untuk selesaikan. Kita harap kumpulan ini akan tampil jika ada puak yang mengundang AS campur tangan dalam urusan politik dalaman disebabkan kepentingan politik orang tertentu. Janganlah pula dalam keghairahan mendesak AS supaya tidak campur tangan, ada pula poster yang meminta Hosni Mubarak berundur. Secara tidak langsung mereka ini pun cuba campur tangan dalam urusan dalaman Mesir. Jadi janganlah menempelak orang lain sedangkan diri sendiri pun sudah tidak tetap pendirian.

Bukan mahu membela AS atau sebaliknya tetapi sejak awal lagi AS sudah meminta Mubarak berundur sebagai jalan keluar kemelut yang sedang melanda negara itu. Sama ada AS bersandiwara atau sebaliknya, itu soal lain tetapi AS juga 'bimbang' dengan apa yang berlaku di Mesir. Justeru apakah yang dikehendaki oleh demonstrasi jalanan itu? Memang pelik orang kita. Cepat kalut. Asal ada peluang dan ruang, mereka turun di jalanan 'mengganggu' ketenteraman awam walaupun ketika rakan-rakan kita masyarakat Cina masih menyambut Tahun Baru Cina. Apa yang diharapkan selepas ini, bertindaklah secara rasional bukannya terlalu emosional.

Kata orang khabar jauh dengar-dengarkan, khabar dekat fikir-fikirkan. Kalau mahu tumpang semangkuk, biarlah kena pada isunya, jangan main hentam sahaja. Janganlah kekalutan di Mesir terbawa-bawa ke negara kita. Ingat sama hak orang lain. Di laluan itu - Jalan Tun Razak - ada banyak hospital termasuk Hospital Kuala Lumpur (HKL), Institut Jantung Negara (IJN), Pusat Perubatan Prince Court dan Pusat Rawatan Islam (Pusrawi). Bagaimana agaknya ketika anda sedang 'mengganggu' lalu-lintas di situ, saudara mara anda sedang 'bertarung nyawa' di dalam ambulans atau dalam perjalanan ke hospital terperangkap di dalam kesesakan yang puncanya daripada perbuatan anda?

Pikir itu pelita hati. Langit berkelikir, bumi bertemberang; salah-salah fikir menjadi hamba orang. Ingat juga peribahasa Melayu cepat tangan terjembakan, cepat kaki terlangkahkan, cepat mulut terkatakan.
Sumber: Utusan.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...