Welcome To My Ruai
May 28, 2012
May 25, 2012
Terima Kasih Pelajar
Rasanya berterima kasih kepada pelajar juga harus dijadikan budaya guru-guru semua. Dalam banyak aspek mahupun kegiatan kurikulum dan kokurikulum, pelajar juga banyak memberi sumbangan sama ada saranan idea mahupun tenaga.
Pagi tadi, Majlis Perwakilan Pelajar Pra-U SMK Kalaka dengan jayanya telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Gawai 2012. Tahniah dan terima kasih kepada semua warga T6 SeMeKaR yang telah memberikan komitmen jitu dan kreativiti yang mampu membuka mata banyak pihak. Walaupun letih berlatih dan juga sibuk memastikan program berjalan lancar, kegembiraan dan kepuasan terpancar di setiap wajah warga Pra-U. Berbaloi penat lelah selama dua minggu ini. Syabas!

Pelajar Pra-U SeMeKaR mengenakan pakaian tradisional Kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu.
Cantik dan Menawan
Sempat bergambar kenang-kenangan
'Baju Burong' Baju tradisional lelaki Iban
Pengetua turut berjoget dan menunjukkan kemahiran memukul gong
May 21, 2012
SeMeKaR Cintaku
Kerinduanku....
Pada wajah ceria anak didikku
senyuman manis terhias di wajah
terhindar jauh dari nestapa
riang bertunjang di relung jiwa
Kerinduanku...
Pada wajah bersemangat anak didikku
berjuang gigih tak kenal jemu
rela menempuh seribu liku
demi menimbun gedungnya ilmu
Kesayuanku...
pada wajah sendu anak didikku
kelam serabut minda celaru
hilang arah hilang tuju
bila diri dihanyut arus
Anak didikku...
Percayalah kalian
di sebalik ajarku adanya ilmu
di sebalik senyumku adanya duka
di sebalik gurauku ada batasnya
di sebalik amarahku ada nasihat
di sebalik jelingku ada teguran
di sebalik semua itu adanya kasihku
Kerinduanku...
pada baik pekerti anak didikku
pada rajin usaha anak didikku
Dan sesungguhnya...
kerinduan seorang guru adalah pada kejayaan anak didiknya!
Dedikasi untuk warga Pra-U SeMeKaR 2012

May 17, 2012
Kes Kanak-Kanak Hilang
Ngeri dan membimbangkan!
Berikut sekadar menyenaraikan beberapa kes penculikan kanak-kanak
yang telah menggemparkan negara.
1. Nurul Nadhirah Abdullah [Dirang] ditemui mati dibunuh dan dibakar sebegitu kejam pada 12 Mac 2012 lalu.
2. Nurin Jazmin Jazlin (8 tahun) September 2007.
3. Lee Xin Ru berusia 2 tahun hilang pada September 2010.
4. Nisha Chandramohan (2 tahun) hilang pada Jun 2010.
5. Sharlinie (5 tahun)september 2008.
6. Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin, yang hilang pada 31 Mac 2007. [Berjaya ditemui dengan selamat]
7. Wan Hazim Mohd Khadir, 7 yang hilang pada Mac 2012. [Berjaya ditemui dengan selamat]
8. Nayati telah dilarikan ketika berjalan kaki berseorangan ke sekolahnya oleh dua individu yang tidak dikenali pada 27 April lalu. [Berjaya ditemui dengan selamat]
Umumnya , kes kanak-kanak hilang di Malaysia boleh diklasifikasikan kepada
tiga (3) kategori iaitu:
Apa yang perlu ibu bapa lakukan sebelum sesuatu terjadi
adalah:
1. Menyimpan rekod peribadi anak-anak
Ibu bapa harus mengenal pasti tanda-tanda di badan anak seperti tahi lalat, parut atau tanda lahir. Memandangkan rekod DNA mudah disimpan, wajar bagi ibu bapa menyimpan sumber maklumat DNA anak-anak seperti cap jari dan rambut. Ini akan mempercepatkan proses pengenalan identiti.
4. Mengetahui saluran bantuan
Selain peranan pihak berkuasa seperti polis, peranan NUR ALERT yang dilancarkan pada Januari 2011 juga perlu dipergiatkan. Nur Alert harus lebih berfungsi dan peka dengan permasalahan ini di samping kerjasama padu dari orang ramai.
Begitulah ungkapan yang terlintas di hati setiap daripada ibu bapa
dengan bertambahnya kes kehilangan kanak-kanak. Masih ingatkah kita dengan
kes-kes yang menimbulkan trauma dalam kalangan rakyat
Malaysia?
1. Nurul Nadhirah Abdullah [Dirang] ditemui mati dibunuh dan dibakar sebegitu kejam pada 12 Mac 2012 lalu.
2. Nurin Jazmin Jazlin (8 tahun) September 2007.
3. Lee Xin Ru berusia 2 tahun hilang pada September 2010.
4. Nisha Chandramohan (2 tahun) hilang pada Jun 2010.
5. Sharlinie (5 tahun)september 2008.
6. Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin, yang hilang pada 31 Mac 2007. [Berjaya ditemui dengan selamat]
7. Wan Hazim Mohd Khadir, 7 yang hilang pada Mac 2012. [Berjaya ditemui dengan selamat]
8. Nayati telah dilarikan ketika berjalan kaki berseorangan ke sekolahnya oleh dua individu yang tidak dikenali pada 27 April lalu. [Berjaya ditemui dengan selamat]
Kita
bertuah kerana ada di antara kanak-kanak tersebut berjaya ditemui semula dalam
keadaan selamat. Walau bagaimanapun, tidak semua berakhir dengan
kegembiraan. Nisbahnya, lebih banyak kes yang berakhir dengan tragedi pembunuhan
kejam.
Mengikut statistik oleh pihak PDRM sehingga Oktober 2011, sebanyak
17,088 kes kanak-kanak berumur 16 tahun kebawah dilaporkan hilang semenjak tahun
1985.
1. Hilang akibat lari dari jagaan/rumah
2. Diculik (Jenayah pemerdagangan manusia)
3. Sesat di tempat awam
Masalah ini adalah masalah global. Di Amerika Syarikat, National
Incidence Studies of Missing, Abducted, Runaway, and Thrownaway Children
(NISMART) telah melaporkan lebih 1 juta kanak-kanak telah hilang pada tahun
2005. Malah dilaporkan “Seorang kanak-kanak hilang di Amerika Syarikat pada
setiap 26 saat”.
Ibu bapa harus mengenal pasti tanda-tanda di badan anak seperti tahi lalat, parut atau tanda lahir. Memandangkan rekod DNA mudah disimpan, wajar bagi ibu bapa menyimpan sumber maklumat DNA anak-anak seperti cap jari dan rambut. Ini akan mempercepatkan proses pengenalan identiti.
2. Peka dengan pakaian dan aksesori yang dipakai oleh anak-anak
Ibu bapa juga harus sentiasa peka dengan apa yang dipakai oleh anak
terutama sekali sewaktu ke tempat yang sesak seperti pasaraya, ekspo atau pasar.
Perhatikan aksesori yang terlekat di badan, jenis dan warna pakaian, jam tangan
dan sebagainya.
3. Memakai tanda pengenalan atau gelang keselamatan yang
kukuh.
Penggunaan
tanda keselamatan seperti gelang keselamatan dan tidak mudah putus mampu
membantu mengesan kanak-kanak yang hilang.4. Mengetahui saluran bantuan
Selain peranan pihak berkuasa seperti polis, peranan NUR ALERT yang dilancarkan pada Januari 2011 juga perlu dipergiatkan. Nur Alert harus lebih berfungsi dan peka dengan permasalahan ini di samping kerjasama padu dari orang ramai.
Selain itu, Kementerian Pelajaran Malaysia perlu memperkemaskan
program 3K (Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan) dan Kelab Pencegahan Jenayah
sekolah bagi mendidik para pelajar mengenai kepentingan menjaga keselamatan diri
mereka.
May 16, 2012
Terima Kasih Cikgu
Buat semua insan yang bergelar pendidik, tiada kata yang mampu aku ungkapkan untuk menzahirkan penghargaanku buat kalian. Terlalu besar jasa bakti kalian. Doaku, semoga kalian diberkati selalu sama ada dalam kerjaya mahupun keluarga.
Buat guru-guru di;
SRK Ulu Kabo [1983 -1988]
SMK Saratok [1989 - 1993]
SMK BM Saratok [ 1994 - 1995]
UKM [1996 - 1999]
MPBL [2000]
Rakan-rakan guru di;
SMK Balai Ringin [2000]
SMK Pakan [2001 - 2005]
SMK Kalaka [2006 - 2012]
Juga buat semua kenalan guru di mana saja anda berada!
May 13, 2012
Kepentingan Getah
Petang tadi saya berkesempatan meredah hutan bersama emak, emak dan bapa saudara, abang dan sepupu saya serta isterinya. Destinasinya ialah kebun getah [tanah milik ibu saya]. Bukan apa, ada 'sumber' yang mengadu berlakunya pencerobohan ke atas kebun getah tersebut. Dengan kata lain, ada yang mengambil kesempatan menoreh getah tanpa kebenaran kami. Almaklumlah, harga getah tengah 'baik punya'.
Seronok juga sebab dah lama tak masuk hutan. Ketagih betul nak merasa berjalan di denai hutan. Basah lencun satu badan dek peluh. Layanlah journey kita ni...Sambil tu boleh juga baca tentang Kepentingan Getah di sini.
Hijau memukau dan mempersonakan.
Pemandangan yang mengasyikan sepanjang perjalanan.
Kawasan kebun getah ni sedikit semak sebab tidak diusahakan [Tetapi ada pula mengusahakannya tanpa keizinan]
Bukti-bukti sahih yang kami temui. Teknik torehan yang dahsyat!
Memang sah! Ada pencerobohan berlaku. Tengoklah betapa ganasnya mereka menoreh pokok getah ni, kulit pokok getah pun di'siat' habis.
May 11, 2012
Manuk Pansuh Pengerat Silaturahim
Sebut je manuk pansuh [ayam yang dimasak di dalam buluh], memang boleh terliur dibuatnya. Sedap! Bagi sesiapa yang tak pernah merasa menu ni, memang rugi haha. Seperti biasa, bila time cuti umum dan pelajar tak balik kampung, kita selalu mengadakan 'jamuan berat'. Menu wajib ialah kepak ayam panggang dan ayam pansuh. Dia orang pun pakar menyediakan menu ni, biasalah bebudak rumah panjang. Semuanya di hujung jari mereka. Kita tinggal merasa jerrrrr hehe...
Tengoklah aksi diaorang ni...
May 5, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)