FaktOr utama: Kelemahan dalam pengurusan kewangan
1. Buat anggaran belanja yang paling sesuai dengan
pendapatan serta keperluan kita.
-
Belanjakan wang sebijak mungkin dan elakkan dari membeli barang yang tidak
perlu atau mengatasi kemampuan kita.
2. Catat aliran keluar wang kita agar kita tahu
kemana atau untuk apa wang kita dibelanjakan.
-Ini
memudahkan kita menganalisis kewajaran perbelanjaan kita sama ada kita telah
berbelanja untuk keperluan atau ikut nafsu. Juga bakal membantu memastikan kita menggunakan wang dengan betul.
3. Tetapkan jumlah simpanan [walau sekecil manapun
jumlahnya] dan simpan terus di bank agar kita tak "terbelanja" wang
tersebut.
- Bagi
kita yang berpendapatan sederhana, amat susah untuk mendapat lebihan
perbelanjaan. Oleh sebab itu, wang untuk tabungan wajar diasingkan bagi
memastikan kita menabung secara tetap setiap bulan. Simpan terus wang yang kita asingkan bagi mengelakkan kita 'terpakai' wang tadi.
5. Elakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh
"menghilangkan" wang dalam sekelip mata seperti berjudi, bertaruh dan
skim cepat kaya.
- Selain
salah di sisi agama dan undang-undang, menjebakkan diri dalam perbuatan di atas
boleh menyebabkan kita muflis dalam sekelip mata. Nisbah mereka yang kaya akibat berjudi atau skim cepat kaya amat sedikit, jadi usah jadikan golongan ini sebagai idola.
6. Buat inisiatif untuk menambahkan pendapatan [bagi yang
mempunyai pekerjaan tetap atau suri rumah].
-
Setiap daripada kita mempunyai bakat terpendam yang kadang kala kita sendiri tidak menyedari kelebihan tersebut. Terokai potensi diri anda. Sekiranya anda berbakat dalam masakan, cubalah berjual secara-kecil-kecilan.
Bagi yang mahir dalam dunia internet, buatlah sesuatu yang boleh mendatangkan
keuntungan [bukan menipu]. Sekurang-kurangnya hasil usaha anda meringankan beban suami / keluarga.
*Teringat peristiwa sewaktu saya membayar bil di pejabat pos. Seorang nenek tua [rasa rasa berusia lewat 50-an] yang berbaris di depan saya menambahkan tabungannya dalam ASB. Tahu tak berapa jumlah yang dia simpan? RM24.00! Sumpah, saya tak bohong sebab saya secara tak sengaja terlihat dia menghitung wangnya dan memberi kepada kerani. Saya betul-betul tersentuh. Tersentuh kerana walaupun jumlahnya sedikit tetapi dia masih mampu menabung. Bayangkan, mungkin itulah jumlah lebihan perbelanjaannya pada bulan tersebut. Merenung ke dalam diri, terasa malu sangat. Walaupun bergaji 4 angka, masih tidak mampu menabung setiap bulan.
Walau bagaimanapun, jika masalah kewangan anda masih sukar
diperbaiki, berusahalah untuk bersikap positif. Terima seadanya dan teruskan berusaha. Paling penting, jangan sekali-kali
melibatkan diri dengan ALONG!