Selamat Datang ke Ruai Aman. Blog Berinformasi dan BerilmiahTerima kasih atas kunjungan anda. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

Welcome To My Ruai

Jun 6, 2011

Isu Kepulauan Spratly: Milik Siapakah Kepulauan ini?

Peta Lokasi Kepulauan Spratly yang menjadi pertikaian beberapa negara berjiran.

Kepulauan Spratly

Kepulauan Spratly lebih merupakan terumbu karang dan sesuai dimajukan sebagai destinasi perlancongan antarabangsa sebagaimana Seycheles, Guam dan lain-lain. Kepulauan ini juga dikatakan kaya dengan sumber galian seperti petroleum dan gas. Pelbagai negara seperti Malaysia, Filipina, Vietnam, China dan Brunei menuntut kepulauan ini. Spratly hampir sangat dengan pulau Palawan di Filipina. Malahan ekor Pulau Palawan menganjur ke pulau Spratly.

Perkara Kepulauan Spartly ini nampaknya dirumitkan oleh pelbagai pihak. Kepulauan Spartly ini berada di sempadan di antara Laut Cina Selatan & Laut Sulu.

Bagi rekod Sulu, Kepulauan Spartly itu adalah wilayah persinggahan Orang-orang Sulu untuk menangkap ikan memandangkan ianya sangat dekat dengan Pulau Palawan yang sememangnya Pulau Palawan adalah salah-satu pulau wilayah jajahan Kesultanan Sulu, selain Pulau Jolo, Tawi-Tawi & Basilan. Ada rekod juga mengatakan, yang pihak Jepun pernah "Menyewa" wilyah kepulauan Spartly ini dari Kesultanan Sulu. Malangnya "Surat Perjanjian" tersebut telah hilang, untuk dijadikan sebagai Bukti.

Penyelasaian tuntutan ke atas Kepulauan Spartly ini adalah diantara Kerajaan China,Taiwan, Vietnam, Malaysia dan Filipina. Namun kerana tiadanya perundingan yang berkesan, maka negara yang berhak ke atas pulau ini tidak dapat ditentukan. Malah pihak China tidak boleh membuat kata putus dalam hal tersebut walaupun telah banyak kali membuat perundingan dengan pihak-pihak yang membuat tuntutan keatas Kepulauan Spartly tersebut.

Manakala isu perhubungan Kepulauan Spartly yang kononnya dibawah milik Kesultanan Sulu adalah tidak berasas disebabkan tiada bukti yang kukuh.(hanya cerita lama yang diperolehi secara lisan dari turun temurun.)



Isu Kepulauan Spratly: Filipina Kemuka Bantahan [April 2011]
Filipina mengemukakan bantahan rasmi kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung tuntutan China terhadap Kepulauan Spratly dan perairan sekitarnya di Laut China Selatan.

China, baru-baru ini mengulangi tuntutan eksklusifnya ke atas semua kawasan yang dipertikaikan serta perairan di sekitarnya, sebahagian besar daripadanya berada hampir dengan kawasan darat Filipina dari bumi China.

Kontroversi terbaru dalam pertikaian multilateral selama berdekad-dekad itu tertumpu kepada nota rasmi yang dihantar oleh China kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon pada 2009 untuk menyatakan asas tuntutannya, kata jurucakap Kementerian Luar, Ed Malaya, hari ini.

Satu salinan nota bantahan yang dikemukakan oleh Manila kepada PBB pada 5 April lalu menyebut, nota rasmi yang dihantar oleh China kepada PBB adalah reaksi terhadap surat-surat yang dikirim oleh Malaysia dan Vietnam kepada PBB bagi menggariskan tuntutan masing-masing.

“Benar, kami boleh mengesahkan Filipina memfailkan nota bantahan kepada PBB dengan menyatakan pendirian kami berhubung garisan sembilan titik,” katanya kepada AFP, merujuk kepada sebuah peta yang menggariskan tuntutan China dan dilampirkan pada surat Beijing itu.

Filipina dan China, bersama-sama Brunei, Malaysia, Taiwan dan Vietnam menuntut seluruh atau sebahagian Kepulauan Spratly yang dipercayai kaya dengan sumber galian.
Manila pada bulan lepas menyuarakan aduan bahawa bot peronda China mengganggu sebuah bot cari gali minyak Filipina di perairan yang mencetuskan pertikaian dekat Kepulauan Spratly.

Filipina kemudian mengumumkan rancangan untuk menjalankan operasi cari gali minyak di Laut China Selatan dan menaikkan taraf sebuah lapangan terbang kecil tentera di Pulau Thitu, pulau terbesar daripada tujuh pulau Spratly yang diduduki Filipina.
Filipina menuntut lebih 50 pulau di kepulauan tersebut.– AFP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...