Selamat Datang ke Ruai Aman. Blog Berinformasi dan BerilmiahTerima kasih atas kunjungan anda. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

Welcome To My Ruai

Mar 9, 2011

Pemanasan Global

Senario
BANJIR di Malaysia biasanya sinonim dengan negeri-negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Pahang dan Terengganu. Setiap tahun, terutama sekali pada bulan November dan Disember, ketiga-tiga negeri tersebut sering dilanda banjir. Ia berlaku ekoran hujan lebat akibat tiupan angin monsun timur laut. Bagaimanapun akhir-akhir ini, banjir di Malaysia bukan lagi terhad di Pantai Timur. Ia telah mula merebak ke negeri-negeri lain. Malah bandar raya Kuala Lumpur pun tidak terkecuali daripada bencana banjir.

Laporan Stern yang baru dikeluarkan di United Kingdom (UK) awal tahun ini melaporkan purata suhu dunia dijangka meningkat 5 darjah Celsius.
Jika itu berlaku dianggarkan lebih daripada 200 juta penduduk dunia akan kehilangan tempat tinggal ekoran peningkatan paras air laut, banjir luar biasa dan juga musim kemarau yang serius. Ada yang meramalkan pada tahun 2100, paras air laut akan naik di antara 7 hingga 23 inci. Ini akan menenggelamkan banyak pulau di dunia.


Pemanasan global
Apakah itu ‘pemanasan global’? Adakah ia suatu kejadian tidak normal atau sebaliknya? Sebenarnya fenomena rumah hijau yang membuat dunia ini panas secukupnya untuk keselesaan hidupan. Gas-gas termasuk karbon dioksida dan methana membolehkan cahaya matahari meresap ke bumi, di samping menghalang sebahagian dari haba panas itu kembali ke udara. Inilah yang dinamakan kesan rumah hijau.
Tetapi, masalahnya timbul apabila karbon dioksida mencapai tahap terlalu tinggi dalam udara. Ia boleh menyebabkan kepanasan meningkat secara mendadak. Fenomena inilah yang dinamakan pemanasan global.


Punca Pemanasan Global
1. Kesan rumah hijau
Kesan ini terjadi apabila sebahagian besar tenaga dari Matahari yang sampai kepermukaan Bumi tidak dipantulkan semula keluar ke angkasa lepas, malah diserapi oleh atmosfera kita.
Gas-gas tertentu seperti karbon-dioksida, methane dan nitrogen oksida, yang juga lutsinar dalam gelombang tampak, adalah legap dalam sinaran inframerah. Mereka menyerap tenaga tersebut menjadikan atmosfera kita panas.
Besar kemungkinan kesan rumah hijau dan pemanasan global ini, yang mencepat sejak kurun ke-19, berpunca dari kesan aktiviti manusia keatas alam sekitar. Kebanyakan gas yang mempunyai ciri-ciri kesan rumah hijau telah dilepaskan ke atmosfera melalui aktiviti-aktiviti moden yang menggunakan fossil fuel di dalam industri dan kenderaan. Ia juga boleh disebabkan oleh aktiviti agrikultur tertentu seperti ternakan lembu

2. Pelepasan Karbon Dioksida
- Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18. . Perubahan penggunaan tanah menyumbang 30 peratus pelepasan karbon dioksida. Kesan rumah hijau lebih hebat dan iklim dunia akan berubah secara mendadak, tanpa dapat dibendung lagi.

Impak pelepasan karbon dioksida tidak difahami ramai kerana gas tersebut tidak berbau dan bukan toksik.
IPCC mendesak seluruh kerajaan dan penduduk dunia menstabilkan tahap karbon dioksida di atmosfera. Bagi menghapuskan konsentrasi karbon dioksida di dalam atmosfera, ianya mengambil masa antara 200 atau 300 tahun .

Mulai abad ke-18 majoriti warga dunia menggunakan bahan bakar fosil daripada sumber asas air atau kayu . Dunia ada banyak alternatif tetapi kita tidak menggunakannya secara bijak. Kita terlalu bergantung kepada bahan bakar fosil. Negara seperti India dan China tidak setuju dengan pengurangan pengggunaan bahan bakar fosil. 2 bilion penduduk di India dan China menggunakan bahan bakar fosil secara keterlaluan.

3. Tenaga Alternatif
Tenaga alternatif seperti tenaga nuklear dan solar sebagai alternatif yang berdaya maju.


Kesan pemanasan global
1. Glasier mencair dan tahap air laut meningkat sebanyak beberapa puluh sentimeter. Ketebalan ais di kutub juga menjadi kurang.

2. Kesan ini dapat dirasai oleh manusia dengan kekerapan banjir, kemarau panjang, kekurangan air minuman, sebaran penyakit malaria, kekurangan zon tepi laut atau kekurangan bilangan pulau.

Suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90an. Kajian mendapati iklim panas melampau di Perancis , iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan "permafrost (lapisan tanah yang kekal beku di rantau paling sejuk) terutamanya di rantau Artik. Ahli sains meramalkan keseluruhan ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2099. Litupan ais Greenland dan Antartika Barat akan mencair . Paras laut akan meningkat kira-kira 7 meter secara mendadak.
Sumber ekosistem yang ada telah digunakan ke paras maksimum dengan penangkapan ikan berlebihan dan pemupusan kawasan besar hutan. Enam bilion penduduk dunia kini menggunakan sumber asli bumi secara berlebihan dan tidak terkawal . Jika pemanasan global berterusan , manusia dan tamdunnya akan pupus sebagaimana pupusnya dinosaur.
Ramalan saintis menunjukkan peningkatan 7.0 meter paras laut, kawasan rendah seperti Kuala Muda (Kedah) dan Kelantan akan ditenggelami air. Keadaan monsun akan bertukar sama sekali kerana kita akan menerima lebih banyak hujan sewaktu monsun timur laut, yang bermakna lebih banyak kejadian banjir.

Kesedaran rakyat Malaysia dan amnya masyarakat dunia sukar ditingkatkan. Hanya 3 /10 rakyat Malaysia yang prihatin kepada isu-isu alam sekitar. Kejadian Tsunami 2004 dan banjir besar di Johor adalah pengajaran terbaik .Mendidik bukanlah untuk membuat mereka cemas tetapi meminta mereka bertindak secara betul dan tepat.
Kajian juga mendapati perubahan iklim boleh menjadi punca meningkatnya pelbagai penyakit seperti wabak taun, demam berdarah dan malaria.
Bencana yang diakibatkan perubahan iklim dianggarkan menyebabkan kerugian ekonomi sebanyak AS$150 bilion setahun.


Bagaimana menyelesaikannya?
Laporan Stern mencadangkan tiga hala cara ;
1. Pertama kita perlu mewujudkan sistem dagangan karbon antarabangsa, di mana pelepasan karbon dioksida dapat dijual beli.

2. menggalakkan penggunaan teknologi kurang bergantung kepada karbon. Kita perlu cari tenaga alternatif yang lebih lestari.

3. pihak industri perlu meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dalam proses-proses yang dipakai di kilang-kilang.


Langkah penyelesaian yang lain
4. Protokol Kyoto adalah satu usaha antarabangsa di mana perjanjian dirumuskan bagi mengekang peningkatan gas rumah hijau. Bagaimanapun ramai akui ia tidak begitu berkesan dalam implementasinya. Ini kerana banyak negara utama yang tergulung antara yang paling tinggi pelepasan gas rumah hijaunya belum merestui Perjanjian Kyoto. Dan mereka tidak akan mengenakan langkah drastik bagi mengurang tahap gas rumah hijau yang mungkin akan menjejas perkembangan ekonomi mereka.

Ramai percaya penyelesaian yang lebih bermakna adalah menerusi teknologi penggunaan tenaga yang lebih efisien. Di banyak negara maju di mana tenaga fosil dikenakan cukai yang tinggi, usaha dijalankan bagi mengurang kegunaan tenaga. Di negara-negara Kesatuan Eropah (EU) umpamanya, syarikat dan kerajaan terpaksa mencari sistem guna tenaga yang lebih efisien.

5. Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca (IPCC) ditubuhkan pada 1988 oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia serta Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kegiatan terasnya adalah menyemak dan menilai maklumat saintifik, teknikal dan sosio-ekonomi yang terkini. Saintis alam sekitar telah ditempatkan dipelbagai lokasi strategik dan mengumpulkan laporan ilkim dan cuaca seluruh dunia secara sistermatik.

6. Tenaga alternatif seperti tenaga nuklear dan solar sebagai alternatif yang berdaya maju. Malaysia perlu meneroka dan mempelajari sendiri tenaga nuklear sebagaimana Korea dan Jepun. Malaysia menerima 300 hingga 400 watt satu meter persegi cahaya matahari.

7. Hasilnya, mereka sepakat untuk menjadikan pertemuan Kerangka Konvensyen Terhadap Perubahan Cuaca PBB (UNFCCC) ke-13 di Bali pada Disember ini untuk menggubal perjanjian baru menggantikan Protokol Kyoto yang tamat pada 2012.

8. Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada 1992 merupakan permulaannya.
Negara maju dengan lagaknya enggan berkongsi kemakmuran untuk memberi pampasan kepada negara membangun dan miskin yang berusaha melakukan usaha-usaha mengawal pemanasan global.
Negara membangun dan miskin pula hanya pandai berteriak meminta bantuan sedangkan tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk memulihara alamnya. Hutan hijaunya digondol sesuka hati manakala kawasan bukit-bukau ditarah untuk pembangunan.

Protokol Kyoto [1997]- bertujuan untuk memaksa negara industri untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengurangkan pencemaran udara yang memburukkan kesan rumah hijau. Tidak disokong oleh AS yang merupakan penyumbang terbesar pencemaran.
"Kita akan mewariskan dunia yang amat panas kepada anak, cucu dan cicit kita."
Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah, ketua Jabatan Geografi, Universiti Malaya dengan Bernama pada 31 Mei 2007
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...