Selamat Datang ke Ruai Aman. Blog Berinformasi dan BerilmiahTerima kasih atas kunjungan anda. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

Welcome To My Ruai

Nov 28, 2011

Teknik Nota Ringkas

Melalui pengamatan saya bersama pelajar, saya dapati pelajar gemar menyalin / menulis nota. Walau bagaimanapun, kebanyakan pelajar menyalin semula hampir 90% kesemua nota tersebut. Mereka gagal untuk mengenal pasti isi penting dan huraian ringkas yang patut dicatat. Justeru, usaha mereka untuk mencatat nota ringkas menjadi beban kepada diri pelajar kerana tidak mengetahui teknik menulis nota ringkas yang sepatutnya. Berikut saya kongsikan tips mencacat nota ringkas dengan berkesan.

1. Pusatkan pendengaran [kemahiran mendengar].
• Perkara terpenting semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
• Pendengaran berfokus membantu kefahaman dan pengetahuan.
.Membantu anda lebih memahami isi pelajaran sekaligus membantu anda mencatat nota ringkas dengan berkesan.

2. Pembacaan lancar [Kemahiran membaca]
• Kemahiran ini amat penting untuk digunakan semasa menyalin nota daripada buku agar masa untuk mendapatkan isi penting dapat dijimatkan.

3. Kecekapan menulis.
.Gunakan singkatan yang anda sendiri fahami.
• Anda harus mampu menulis dengan cepat, jelas dan kemas.
.Tidak perlu menyalin kesemua nota kerana ini amat meletihkan dan boleh menghilangkan minat anda.

4. Mencatat kata kunci sahaja.
• Pilih isi-isi penting sahaja[menggunakan kata kunci yang anda sendiri fahami].
.Anda juga boleh menggunakan ringkasan atau simbol yang mudah untuk anda ingati.

5. Nota yang ringkas dan padat.
•Sediakan buku catatan yang kecil / come dan cute [yang boleh dibawa kemana sahaja]
. Nota yang anda tulis mesti difahami oleh anda sendiri.
• Nota ini membantu meningkatkan tahap ingatan anda.

6. Menggunakan perkataan sendiri.
• Memudahkan anda mengingati dan memahami apa yang anda tulis.

7. Memahami setiap kata kunci.
• Menggunakan kata kunci yang ada sendiri fahami [mengelakkan kekeliruan].
. Memudahkan pemahaman anda. Ingat! Nota yang anda tulis ini adalah untuk anda sahaja. Biar hanya anda yang memahami setiap kata kuncinya.

8. Pengunaan pelbagai teknik mencatat nota
. Setiap orang ada cara menulis nota tersendiri. Anda?
.Boleh gunakan kaedah ‘point’, gambar rajah, peta minda dll yang mudah untuk anda fahami.


Selamat mencuba & semoga berjaya…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...