Selamat Datang ke Ruai Aman. Blog Berinformasi dan BerilmiahTerima kasih atas kunjungan anda. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

Welcome To My Ruai

Mar 9, 2011

Politik Wang

Suruhajaya Pilihan Raya Malaysia [SPRM]
- Merupakan sebuah badan bebas
-Dianggotai oleh seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan 5 orang Ahli [ dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja]

Fungsi utama Suruhanjaya Pilihan Raya adalah seperti yang berikut:-
1) membuat kajian dan persempadanan semula
2) menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih
3) menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri / praya kecil
- Dasar: Memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini melalui pilihan raya yang bebas dan adil.
- Untuk melaksanakan tugas: Urus Setia SPR ini mempunyai 14 pejabat pilihan raya negeri, dengan masing-masing diketuai oleh seorang Pengarah Pilihan Raya Negeri [diambil daripada perkhidmatan awam Malaysia]
Moto: 'CEKAP DAN TELUS'

Politik Wang
Perihal menyogok / merasuah / guna duit atau hadiah di kalangan ahli politik.

Punca / Faktor
1. Ingin merebut kedudukan - menggunakan wang bagi memikat hati dan memancing undi
2. Ingin mengekalkan jawatan - memancing undi agar terus berkuasa
3. Mengutamakan kepentingan peribadi - Inginkan kuasa / pangkat / kemewahan / kesenangan –projek besar yg menguntungkan / tidak patriotisme
4. Tiada pegangan agama - berani melakukan perkara yg bertentangan dengan agama asalkan hasrat tercapai

Cara Mengatasi
1. Pucuk pimpinan harus menanamkan atau menekankan ciri kepemimpinan yang berkualiti
- Mengutamakan kepentingan rakyat daripada kepentingan peribadi.
- Memilihkan calon yg betul2 berkelayakan / berkarisma / bersih- menolak kronisme / mampu mengangkat darjah dan martabat agama, bangsa, bersikap bersih, cekap dan amanah
- akan memperolehi kecemerlangan, disanjung dan dihormati rakyat, disegani lawan dan kawan.
2. Mengambil tindakan tegas
- Menggantung keahlian / denda / penjara
- cth; UMNO melalui jawatankuasa disiplinya telah menyiasat beberapa kes politik wang di kalangan wakil partinya
Sesungguhnya politik wang adalah ibarat penyakit barah yang sangat berbahaya. Apabila merebak dan membudaya di arena politik boleh menghancurkan masa depan parti dan bahkan kesannya menyebabkan negara tergadai.

3. Peranan rakyat
Rakyat, khasnya ahli dan perwakilan mesti waspada dan celik mata terhadap calon mereka.
- Menolak calon politik wang = rasuah = jenayah


Kesan Politik Wang
1. Memusnahkan negara dan melumpuhkan semangat perjuangan
- Menyuburkan unsur tamak kuasa, rakus merasuah, menipu rakyat dengan ucapan murni dan amalan keji, merosakkan alam sekitar, `merogol' hutan, memboroskan wang perbelanjaan negara dan menghidupkan sifat mengampu pemimpin.

2. Maruah parti / kerajaan dan negara akan tercemar.
- Anjuran PM akan dianggap sepi oleh masyarakat. Pelan integriti nasional juga akan terjejas.
- Pemimpin bawahan / rakyat hilang kepercayaan- pemerintah akhirnya hilang kredibiliti

3. Menghancurkan stabiliti politik Malaysia
- Ia akan membuka pintu kepada anasir-anasir jahat dari luar negara yang ingin menggulingkan kedudukan politik negara. Yang main politik wang sedia untuk menerima sokongan dari luar.
- Demonstrasi jalanan secara besar-besaran pun dapat diaturnya.

4. Melumpuhkan semangat perjuangan dan melenyapkan taat dan hormat kepada pemimpin politik
- Krisis kewibawaan akan muncul – mudah digulingkan

5. Merendahkan taraf pemikiran politik
- Berlaku pemujan pemimpin berlebih-lebihan, berfikir cetek, berlumba-lumba hendakkan gelaran, perhimpunan dijadikan tempat bergelak ketawa dan asyik mendengar suara tiung, ucapan yang tidak diamalkan dan difahami.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...