Selamat Datang ke Ruai Aman. Blog Berinformasi dan BerilmiahTerima kasih atas kunjungan anda. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

Welcome To My Ruai

Nov 28, 2011

Rahsia Pelajar Cemerlang

Kejayaan bukan warisan! Kejayaan cemerlang seseorang pelajar sama ada di dalam UPSR, PMR, SPM, STPM atau di peringkat pengajian yang lebih tinggi pasti ada rahsianya. Jom kita selongkar Rahsia Pelajar Cemerlang...


Pelajar yang berjaya biasanya;
1. Ada MATLAMAT dan SASARAN
- Memiliki impian dan cita-cita yang ingin dicapai. Matlamat ini secara langsung akan menyuntik semangat untuk terus berusaha walaupun banyak cabarannya.

2. PERCAYA dan YAKIN akan diri
- Sentiasa yakin dengan kebolehan diri dan percaya bahawa diri juga boleh berjaya seperti orang lain.

3. Mempunyai TUMPUAN / KONSENTRASI yang tinggi
- Terutama semasa P&P di kelas mahupun semasa belajar sendiri atau secara
berkumpulan.

4. Mempunyai PERANCANGAN
- Menentukan keputusan yang ingin dicapai, menentukan keutamaan subjek yang ingin dikuasai serta memikirkan cara membuatkan pembelajaran menjadi lebih mudah dan cepat.

5. Memiliki STRATEGI BELAJAR
- Mengamalkan teknik belajar seperti teknik nota ringkas,kad imbas, peta minda, belajar berkumpulan dan sebagainya.

6. Bijak MENJAGA MASA
- Membuat jadual belajar / bermain peribadi dan mendisiplinkan diri untuk mematuhinya.

7. Mempunyai PERGAULAN POSITIF
- Bergaul dengan rakan-rakan yang berfikiran positif / berdisiplin / bertingkahlaku baik.

8. Sentiasa MEMANTAU prestasi diri
- Menilai [membuat post mortem] kekuatan dan kelemahan diri dalam sesuatu subjek serta berusaha memperbaikinya.

9. Mempunyai hubungan BAIK DENGAN GURU
- Menjaga tatacara behubung dengan guru, tidak segan bertanya dan meminta bantuan guru tetapi dalam masa yang sama tidak bergantung sepenuhnya kepada guru.

10.KONSISTEN dalam belajar
- Belajar tidak mengikut mood [sekejap rajin sekejap malas]. Sentiasa memotivasikan diri untuk terus belajar.

11.Sentiasa PERSISTENT [kekal pada matlamat diri dan terus maju ke depan]
- Tidak mudah berputus asa atau tidak mudah berpuas hati dengan pencapaian diri. Walaupun lemah atau perlahan dalam menguasai sesuatu subjek tetapi terus berusaha.

12.Sanggup BERKORBAN
- Sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit. Meninggalkan keseronokan melampau seperti lepak bersama rakan, bermain, berfoya-foya dan sebagainya sehingga menjejaskan pelajaran.

13.Menjadi AGAMA NO.1
- Mematuhi ajaran agama demi memperoleh keberkatan. Berdoa untuk kesihatan dan kesejahteraan atau kejayaan serta akur bahawa berusaha adalah hak manusia tetapi Tuhan yang menentukan segalanya.

Tunggu apa lagi...berubahlah ke arah yang lebih positif demi masa depan yang GEMILANG!

Selamat belajar...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...