Selamat Datang ke Ruai Aman. Blog Berinformasi dan BerilmiahTerima kasih atas kunjungan anda. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

Welcome To My Ruai

Mar 9, 2011

Gengsterisme di Sekolah

Definisi
i. Kumpulan gengster: kumpulan seminat yang berkecenderungan melakukan perlakuan negatif atau pelbagai salah laku dan penubuhannya melibatkan upacara ritual. Ahli diikat dengan peraturan dan undang-undang yang ketat dan bergerak secara sulit dan mempunyai seorang ketua.

ii. Kumpulan samseng: kumpulan seminat yang dianggotai oleh samseng yang berkecenderungan melakukan perlakuan negatif / salah laku. Ahli-ahlinya diikat dengan peraturan / undang2 yg longgar.

iii. Gengsterisme di sekolah: kumpulan gengster yang melibatkan pelajar sekolah harian sebagai ahlinya sama ada sbg ahli aktif / penyokong dlm melakukan salah laku / pelanggaran disiplin /undg2.

iv. Disiplin: kesanggupan seseorang individu menghormati undang-undang, bekerja mengikut tatatertib, menghormati hak individu, mengamalkan tingkah laku yang baik dll.

v. Moral : tingkah laku manusia yang berkaitan mengenai apa yang betul atau salah, baik atau buruk dan apa yang kita harus buat dan apa yang kita harus elakkan.

vi. Akhlak :daya kemampuan yang bersifat tetap dalam diri manusia yang melahirkan rasa cenderung untuk memilih perlakuan yang baik dan lurus atau jahat dan buruk jika akhlaknya jahat.

* Terdapat 13 jenis salah laku jenayah kumpulan gengster; berjudi, mencuri, melawan guru, melawan pengawas, peras ugut, buli, pelacuran, salah guna dadah, bawa senjata, cabul kehormatan, ancam murid, ancaman guru, membakar premis sekolah dan ceroboh.
* Terdapat 5 salah laku lucah kumpulan gengster di sekolah; berkhalwat, intai murid perempuan, bawa bahan lucah, guna kata lucah dan lukis gambar lucah.


Punca Perlakuan Gengsterisme
1. Kurang mendapat pendidikan agama dan moral serta bimbingan ibu bapa di rumah.
- Ibu bapa bekerja- tidak ada masa secukupnya untuk bermesra dan membimbing / mendidik anak
- Tanggungjawab itu diserahkan sepenuhnya kepada guru-guru di sekolah.

2. Pengaruh media masa / arus globalisasi & tamadun meterialistik banyak mencetus krisis nilai.
- Majalah-majalah hiburan yang tidak bermoral dan beretika
- Filem-filem ganas dan unsur seks yang ditayang di television secara bebas
- Pelajar-pelajar menjadi keliru / tidak tahu memilih maklumat yang terbaik

3. Pengaruh persekitaran
- seperti pusat-pusat hiburan, kafe siber, kedai-kedai video game dan berbagai-bagai pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan tanpa penguatkuasaan undang2 - kemelut / keruntuhan akhlak / moral.

4. Pelajar-pelajar mempunyai sifat semula jadi
- suka memberontak dan melanggar peraturan-peraturan sekolah dan lain-lain peraturan termasuk menjadikan diri mereka sebagai tumpuan ramai khususnya di kalangan rakan sebaya.

5. Pelajar-pelajar yang memperolehi pencapaian yang rendah dalam bidang akademik
- Gagal menjadikan diri mereka sebagai ahli masyarakat sekolah masing2- tertekan

6. Pelajar yang mempunyai ahli keluarga dan jiran yang telah sedia menjadi gengster.
- dan mempunyai pengaruh kuat ke atas pelajar itu termasuk pelajar-pelajar yang tinggal di kawasan-kawasan kediaman di mana terdapat kumpulan gengster dan samseng bergerak aktif.

Faktor utama : pendidikan di rumah oleh ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk generasi pelajar dan tingkah laku mereka sama ada di sekolah atau di mana sahaja.


Cadangan dan Penyelesaian
1. Ibubapa perlu menyedari bahawa anak-anak adalah segala-galanya bagi mereka.
- Oleh yang demikian ibu bapa perlu memastikan bahawa anak-anak mendapat bimbingan agama dan moral yang secukupnya agar mereka mempunyai keimanan yang mantap dan mampu membentuk keperibadian dan akhlak serta mempunyai daya tahan dalam mengharungi hidup.
- Keimanan dpt mencegah diri seseorang dari perbuatan keji dan mungkar sekaligus menghindar mereka dari terlibat dengan aktiviti kumpulan samseng / gengster di sekolah atau di mana sahaja.

2. Faktor agama dan moral dalam membentuk kepribadian dan akhlak serta moral yang tinggi
- Kewujudan suatu kod moral ialah sifat bagi semua agama yang utama di dunia.
- Dalam agama-agama seperti Islam, Kristian, Hindu, menekankan nilai yg baik. Pendek kata agama dapat memainkan peranan dalam pembentukan akhlak yang baik dan mempengaruhi kelakuan akhlak seseorang.

3. Hubungan yang rapat antara pihak sekolah dengan ibu bapa, guru dengan pelajar [PIBG]
- Guru perlu mendekati pelajar secara peribadi dan memahami masalah yang dihadapi
- Pelajar merasakan mereka dihargai dan pihak sekolah sentiasa mengambil berat kepentingan mereka.
- Pelajar mempunyai saluran utk menyelesaikan masalah

4. Penguatkuasaan disiplin di sekolah perlu tegas dan berterusan.
- Usaha yang berterusan perlu dilakukan utk mengukuh, memperjelas dan menentukan kebolehgunaan surat peraturan dan pekeliling yang berkaitan sejajar dengan perubahan persekitaran dan masa.
- Sistem pengurusan disiplin di sekolah juga perlu berkesan meliputi rekod individu pelajar, rekod pelanggaran disiplin serta hukuman dan ganjaran.

5. Pengawalan kumpulan gengster dan samseng perlu dilakukan secara bersepadu
- Melalui kaedah permuafakatan dengan melibatkan semua kumpulan atau pihak iaitu sekolah, ibu bapa, masyarakat, kerajaan dan penguatkuasa undang-undang.
- Kerjasama; termasuk penyampaian dan penyaluran maklumat tentang kegiatan gengster dan samseng yang melibatkan pelajar sekolah harian kepada pihak pengurusan sekolah dan pihak penguatkuasa undang2.

6. Melemahkan dan menghapuskan faktor penarik dan penolak yang mempengaruhi pelajar
- Menjadikan sekolah sebagai faktor yang kuat untuk menarik semua kumpulan pelajar agar sayangkan sekolah dengan menyediakan sekolah dan persekitannya sebagai tempat yg kondusif / seronok untuk belajar.

7. Mengawal jaringan aktiviti gengster dan samseng yang melibatkan
- Pihak sekolah harus menentukan bahawa pelajar tidak melepak sama ada dalam waktu persekolahan / di luar waktu persekolahan kerana ia mendedah pelajar kepada pengaruh x sihat.
- Pihak pengurusan sekolah perlu menyediakan satu sistem kawalan mencegah ahli-ahli kumpulan gengster dan samseng daripada menjadikan pelajar-pelajar sebagai mangsa.


Contoh kes
1. Muhammad Farid Ibrahim, yang mati dibelasah sekumpulan pelajar senior di asrama Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra Maamor, Ampangan. Pendarahan otak, usus pecah dan lebam hati akibat kesan pukulan dengan objek keras.

2. Pada 18 September 2003, seorang pelajar Sekolah Menengah Teknik Arau, Mohd. Firdaus Abd. Rahim, 16 dipukul oleh sekumpulan pelajar senior sekolah itu sehingga terpaksa dibedah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...