Seringkali kita mengeluh kerana kesuntukan masa untuk study. Keluhan ini bukan keluhan biasa kerana ia bersangkutan dengan hala tuju hidup kita di masa depan. Penyelesaian masalah ini bukan suatu yang rumit tetapi pelaksanaannya mungkin menjadi cabaran terbesar buat kita.
Secara peribadi, saya percaya bahawa pengurusan masa yang bijak adalah pekara pokok yang harus kita lakukan. Membuat jadual waktu mungkin tidak sukar tetapi untuk mematuhi jadual tersebut memerlukan disiplin diri yang teguh. Berikut ialah tips yang mungkin dapat membantu anda mengatur jadual waktu belajar yang berkesan.
Tips 1: Mengatur Jadual Belajar Secara Efektif.
Penjadualan Waktu adalah membuat dan melaksanakan jadual belajar agar dapat mengatur dan mengutamakan pelajaran anda dari segi membahagi waktu dengan aktiviti, keluarga, dan lain-lain.
Pedoman:
~ Perhatikan masa anda.
~ Fikirkankan bagaimana anda mengguna masa anda.
~ Bilakah anda menghabiskan masa anda dengan sia-sia.
~ Ketahuilah masa yang produktif.
Dengan mengetahui bagaimana anda menghabiskan waktu, akan dapat
membantu anda :
1. Membuat daftar "Tugasan".
Tulislah perkara-perkara yang patut anda lakukan, kemudian tentukan apa yang dilakukan sekarang, apa yang akan dilakukan nanti, apa yang perlu dilakukan oleh orang lain, dan apa yang boleh ditangguh dahulu.
2. Membuat jadual harian/mingguan.
Catat temu janji, kelas dan pertemuan pada buku/jadual kronologi. Sentiasa mengetahui jadual untuk tempoh sehari, dan selalu masuk tidur dengan mengetahui anda sudah siap untuk menghadapi hari esok.
3. Merancang jadual bulanan.
Gunakan jadual bulanan supaya anda boleh merancang aktiviti lebih awal. Jadual ini juga dapat membantu anda memanfaatkan waktu lapang dengan lebih selesa.
Tips 2: Merancang Jadual Belajar Secara Efektif
• Agihkan waktu yang cukup untuk tidur, makan dan rekreasi.
• Susun tugas-tugas mengikut keutamaan.
• Luangkan waktu untuk berbincang atau mengulangkaji pelajaran sebelum ke sekolah atau masuk ke kelas.
• Sediakan waktu untuk mengulang kaji pelajaran selepas waktu sekolah. Ingatlah bahawa anda mungkin akan lupa pelajaran tersebut sekiranya pelajaran itu tidak diulang baca dalam tempoh 24 jam.
• Jadualkan waktu 50 minit untuk setiap sesi belajar.
• Pilih tempat yang selesa (tidak mengganggu penumpuan) untuk belajar.
• Rancangkan juga "deadline".
• Jadualkan waktu belajar anda sebanyak mungkin pada pagi/siang/malam.
• Jadualkan ulangkaji tajuk pelajaran mingguan.
• Hati-hati, jangan sampai dipermainkan oleh jadual anda sendiri !
Good Luck.....