Selamat Datang ke Ruai Aman. Blog Berinformasi dan BerilmiahTerima kasih atas kunjungan anda. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

Welcome To My Ruai

Jan 27, 2011

Contoh Soalan & Skema Jawapan [SIRI 1]

SOALAN
Bahagian A
Arahan: Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan.                                                                                                                                                    [25 markah]
1.       Pada tahun 2008, Kementerian Pengangkutan telah membelanjakan sebanyak RM45 juta untuk kempen kesedaran pemasangan tali pinggang keledar penumpang belakang kenderaan.
Sejauh mana anda setuju perlaksanaan peraturan mewajibkan tali pinggang keledar belakang kenderaan merupakan satu langkah yang praktikal.


2.       Penggunaan telefon bimbit oleh pelajar sekolah dikatakan banyak member kesan buruk kepada pelajar terbabit. Justeru, kerajaan telah mengeluarkan pekeliling bahawa pelajar tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah.
Jelaskan rasional tindakan kerajaan melarang para pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah.

Bahagian B
Arahan: Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan.                                                                                                                                                    [25 markah]
3.       Penciptaan senjata biokimia oleh beberapa negara di dunia amat membimbangkan. Ia bukan sahaja dapat mencetuskan suasana tegang tetapi mengancam kesejahteraan masyarakat global.
Huraikan jenis-jenis senjata biokimia dan kesan buruk penggunaannya.


4.       Tekonologi laser telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penggunaan ini member manfaat yang sangat besar kepada pembangunan negara.
Jelaskan faedah penggunaan  laser kepada manusia manusia sejagat.

Bahagian C
Arahan: Jawab dua soalan sama ada soalan 5a atau 5b dan 6a atau 6b.
5a. ”...Hari Wanita merupakan salah satu pentas pengiktirafan kerajaan kepada golongan wanita. Golongan wanita bukan hanya berperanan dalam institusi kekeluargaan malah mencakupi aspek yang lebih luas. Peranan dan sumbangan wanita hari ini dalam pelbagai lapangan seperti politik, ekonomi, kebudayaan dan keselamatan tidak boleh lagi dipandang sebelah mata. Diskriminasi terhadap golongan hawa ini tidak sepatutnya wujud dalam zaman ini...”
[Dipetik dan diubahsuai daripada Dewan Masyarakat, Jun 2009]
5a [i] Nyatakan salah satu bentuk pengiktirafan kerajaan ke atas sumbangan golongan wanita di negara ini.
5a [ii] Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 pata perkataan, huraikan sumbangan wanita di dalam bidang ekonomi dan politik.
Atau
5b. “...Tabiat memandu dikatakan menjadi punca utama berlakunya kemalangan maut di negara ini. Pemandu bukan sahaja dikaitkan dengan sikap alpa dan cuai tetapi juga mementingkan diri serta tidak menghiraukan pelbagai langkah pencegahan kemalangan yang dijalankan oleh kerajaan. Sikap tidak bertanggungjawab inilah yeng menyebabkan angka kemalangan maut di negara kita tidak pernah menunjukkan penurunan...”
[Dipetik dan diubahsuai daripada Utusan Sarawak, Januari 2010]
5b [i] Nyatakan punca utama yang dikaitkan dengan peningkatan statistik kemalangan jalan raya di negara kita.
5b [ii] Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan langkah-langkah releven yang perlu dilaksanakan untuk mengikis sikap tidak bertanggungjawab pemandu di negara kita.

Dan
6a. “...Gingko ialah herba yang sangat popular dalam perubatan moden dan banyak dikaji oleh hali sains. Herba ini mula digunakan oleh masyarakat Cina sejak dulu lagi untuk tujuan perubatan. Herba ini terkenal dengan fungsinya untuk meningkatkan pengaliran darah. Secara tradisional, gingko digunakan untuk melegakan asma, melegakan sesak nafas dan sebagai agen antipenuaan. Selain itu, gingko digunakan di Jerman untuk merawat pesakit Alzheimer iaitu kemerosotan daya ingatan...”
[Dipetik dan diubahsuaikan daripada Berita Harian, Mac 2007]
6a [i] Apakah kegunaan gingko dalam masyarakat tradisional?
6b [ii] Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan mengapa kajian secara saintifik terhadap herba perlu dijalankan?

Atau
6b. “...Kanak-kanak indigo ialah kanak-kanak yang menonjolkan persepsi  luar deria [ESP] atau keupayaan yang tidak dapat dijelaskan dari segi saintifik atau akliah. Kanak-kanak indigo berkebolehan membayangkan perasaan orang lain, menterjemahkan sebarang keadaan spiritual, paranormal dan ghaib. Mereka dapat menyelesaikan beberapa kes jenayah berprofil tinggi. Mereka diberi kepercayaan membantu pihak polis...”
[Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Kosmik, Februari 2009]
6b [i] Siapakah kanak-kanak indigo?
6b [ii] Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan bagaimana kanak-kanak dapat membantu pihak polis.

SKEMA JAWAPAN

Bahagian A                                                                       
SOALAN 1: Tali pinggang keledar
Tertakluk kepada kenderaan keluaran selepas 1 Januari 1995.
  1. Dapat mengurangkan risiko kematian
-          Mengurangkan risiko kematian jika berlaku kemalangan.
-          Mengurangkan tahap kecederaan jika berlaku hentakan kuat akibat kemalangan.
-          Kajian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia [MIROS]- penggunaan tali pinggang keselamatan mengurangkan risiko kematian penumpang belakang sehingga 50%.
  1. Memberi keyakinan akan keselamatan
-          Pemandu akan berasa yakin dengan keselamatan penumpang bahagian belakang.
-          Penumpang bahagian belakang terutama kanak2 terjamin dan terkawal keselamatan.
-          Mengurangkan hentaman / hentakan  [kecederaan] jika berlaku kecemasan.
  1. Sikap pemandu masih tidak berubah
-          Cuai / sambil lewa dan tidak bertanggungjawab- tidak menggunakan tali pinggang keledar walaupun sudah dipasang.
-          Memandang ringan aspek keselamatan – mabuk, bertelefon, berSMS dll.
  1. Menimbulkan masalah sampingan
-          Kos pemasangan – membebankan pengguna terutama mereka yang berpendapatan rendah.
-          Jumlah had penumpang yang boleh dibawa di tempat duduk belakang- menyusahkan pengguna terutama mereka yang mempunyai anak melebihi 3 orang.

SOALAN 2: Telefon bimbit
Keperluan yang disalahgunakan.
Sebab kerajaan melarang pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah...
  1. Mengganggu proses p&p
-          Pelajar SMS dengan rakan / kekasih
-          Tidak dapat beri tumpuan
-          Sukar memahami pengajaran guru
-          Pelajaran terjejas

  1. Penyalahgunaan telefon bimbit
-          Merakam aksi guru / pelajar lain
-          Menyebarkan gambar atau mesej  tidak senonoh
-          Fitnah / memburuk-burukan guru / pelajar lain
-          Memudahkan ‘hubungan’ dengan pasangan.

  1. Pembaziran wang
-          Kerap berSMS / Melayari internet- kredit cepat habis
-          Membeli kredit / ‘top up’ – guna duit ibu bapa
-          Menambahkan beban ibu bapa terutama yg berpendapatan sederhana / rendah.

  1. Pembaziran masa
-          Banyak masa dihabiskan untuk berbual, chat, SMS dan bermain ‘game’.
-          Masa untuk membuat kerja rumah / mengulangkaji terbazir.
-          Masa untuk keluarga semakin sedikit.

Bahagian B
SOALAN 3: Senjata Biokimia
-          Senjata biologi- berfungsi merebakkan penyakit berjangkit menggunakan bakteria.
-          Senjata kimia- berfungsi menyerang organ dalaman dan saluran pernafasan


-          Antraks – menggunakan bacteria basilus anthracis – disebarkan melalui kulit, saluran pernafasan dan usus – bawa maut.
-          Botulisme – disebarkan melalui luka dan makanan tercemar – menyebabkan loya dan otot menjadi lemah.
-          Wabak bounic – melalui air liur – menyebabkan selesema dan bisul.
  1. Jenis 2: Senjata kimia
-          Gas saraf VX – disebarkan  melalui makanan dan air – menyebabkan otot mengecut.
-          Agen pelecur – membebaskan haba dengan melecurkan lapisan epidermis kulit manusia – kelihatan cacat.
-          Agen penyekat penafasan – menyebabkan sesak nafas.
  1. Kesan: Pencemaran alam sekitar
-          Bahan kimia yg beracun dan bertoksik menyebabkan pencemaran air laut / sungai / sumber air – menjejaskan kehidupan manusia, haiwan dan hidupan akuatik.
-          Banyak tanah di Iraq dan Vietnam terbiar – tidak diusahakan kerana bimbang pencemaran sisa bahan kimia – contoh- semasa Perang Amerika – Vietnam 1977, Amerika telah menggunakan bahan kimia iaitu agent orange untuk memusnahkan tanah pertanian di Vietnam Selatan.
  1. Kesan: Menjejaskan kesihatan dan meningkatkan kadar kematian.
-          Orang awam termasuk wanita dan kanak2 menjadi mangsa – contoh; semasa Perang Teluk 1991, seramai 21% kanak2 mengidap penyakit barah kesan penggunaan senjata biokimia.
-          71% bayi di Iraq dilahirkan cacat akibat dijangkiti antraks semasa perang tersebut.
-          Angka kematian juga meningkat.

SOALAN 4: Teknologi laser
Laser- Light Amplification Stimulated Emission Radiation- cahaya yg diperkuatkan drp rangsangan pancaran radiasi.
Banyak manfaat;
1.Membantu dalam bidang teknologi maklumat
- Kelajuan laser lebih cepat drp cahaya- membolehkan maklumat dihantar dlm bentuk digital – membantu menghantar maklumat oleh komputer dengan cepat dan berkesan.
2. Berguna dalam bidang perubatan
- Cepat menyembuhkan dan rawatan yg mudah.
- Sesuai untuk rawatan mata [kornea dan retina], rawatan dermatologi bagi membuang tanda2 yg tidak dikehendaki dan rawatan ulser.
- Kaedah fotodinamik digunakan untuk mengesan sel2 barah.
3. Sumbangan dalam bidang hiburan
- Menghasilkan pancaran yg berkilau dan menawan – Sesuai untuk kelab malam atau memeriahkan pembukaan acara sukan seperti Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur dan sukan Olimpik Beijing.
- Alat perakam VCD dan CD juga menggunakan cahaya laser untuk mencari dan membaca maklumat yg terkadung di dalam CD atau VCD.
4. Penting untuk bidang perindustrian
- Berupaya memotong bahan yang keras seperti intan dan titanium.
- Digunakan untuk memotong dan menggerudi logam.
- Dapat memudahkan kerja dan menjimatkan kos.


Bahagian C
SOALAN 5A
[i] Hari Wanita, Ibu Mithali, anugerah berupa pangkat....
[ii] Ekonomi- bersama memajukan ekonomi – jadi usahawanita / kontraktor / perunding & perancang ekonomi...
Politik- Turut menjadi perancang & penggubal dasar negara- jadi ahli politik – terlibat dalam pentadbiran Negara.

SOALAN 5B
[i] Tabiat pemandu yang cuai / tidak bertanggungjawab.
[ii] Perketatkan peraturan / kuatkuasa undang2 – beri pengajaran & kesedaran.
Kempen kesedaran- di media massa atau melalui ceramah.

SOALAN 6A
[i] Tujuan perubatan termasuk rawatan dalaman dan luaran.
[ii]  - Mengkaji keberkesanan dan kualiti herba- menjadi ubat alternatif selain ubat moden.
-Meningkatkan keyakinan masyarakat terutama dr aspek keselamatan- masyarakat tidak ragu2- pasaran ubat2 herba meningkat.

SOALAN 6B
[i] Kanak2 yang menonjolkan persepsi luar deria [ESP] atau mempunyai kebolehan luar biasa.
[ii] – Membantu polis menyelesaikan kes yang rumit- seperti penculikan dan pembunuhan- membantu mencari suspek.
-Membantu mengurangkan kos- pihak polis tidak perlu membeli bahan forensik yg mahal untuk menyelesaikan masalah jenayah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...