1. Maksud / definisi
i. Secara sengaja atau cuba meletakkan mangsa dalam ketakutan kecederaan fizikal.
ii. Mencederakan mangsa secara fizikal.
iii. Memaksa atau mengancam melakukan perbuatan berbentuk seksual / kecederaan
iv. Khianat atau merosakkan harta dengan niat akan menyebabkan kesedihan atau kegusaran atau ketakutan kepada mangsa.
2. Kategori KRT
i. Penderaan fizikal
ii. Penderaan mental
iii. Penderaan emosi
iv. Penderaan seksual
v. Penderaan spiritual
3. Siapakah yang paling mudah terjebak kepada keganasan rumah tangga?- Semua pihak terdedah terutamanya;
i. Pasangan yang berkahwin dalam usia yang muda.
ii. Pasangan yang berpersonaliti negatif ( panas baran, kuat berleter dll)
iii. Pasangan yang tidak dapat menyesuaikan diri dalam rumah tangga.
iv. Penagih, pemabuk dan kaki judi.
v. Pasangan yang mengalami sakit mental.
vi. Pasangan yang kuat cemburu.
vii. Pasangan yang diganggu oleh orang ketiga.
viii.Pasangan yang menghadapi masalah ekonomi.
4. Punca Keganasan rumah tangga
i. Tiada keharmonian dan persefahaman dalam rumah tangga / perbalahan / pergaduhan
ii. Personaliti suami atau isteri.
iii. Latar belakang keluarga.
iv Kesan penagihan dadah, alkohol atau judi.
v. Masalah ekonomi.
vi. Faktor terlalu cemburu terhadap pasangan.
vi. Masalah mental
vii. Latar belakang masyarakat dan budaya.
viii. Pasangan yang tidak dapat menyesuaikan diri dalam rumah tangga.
ix. Wujudnya orang ketiga dalam rumah tangga.
x. Kurangnya didikan agama.
5. Kesan KRT
-Masalah ini mesti dibendung kerana ia meninggalkan kesan negatif dalam institusi kekeluargaan.
i. Isteri, suami, anak atau ahli keluarga yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga selalunya akan hilang harga diri dan malu kepada orang sekeliling. Mereka juga akan sentiasa mengutuk diri sendiri dan menerima bahawa mereka berhak didera kerana gagal memenuhi kehendak orang yang menindas. Mangsa yang didera selalunya akan terasa dirinya tidak boleh menjadi isteri yang baik, rasa rendah diri dan hilang keyakinan diri / dibelenggu ketakutan / tertekan / trauma
ii. Anak-anak pula akan membina rasa benci kepada diri sendiri, lemah daya ketahanan dalam menghadapi masa depan, lekas terpengaruh dengan benda-benda yang tidak baik dan sentiasa menganggap dirinya tidak upaya melakukan sesuatu denga baik dan betul.
iii. Jika ia berterusan jalan akhirnya akan berlakunya penceraian. Penceraian tidak menguntungkan semua pihak. Pihak yang paling rugi sekali ialah anak-anak. Anak-anak akan mengalami tekanan emosi dan mental akibat penceraian ibu bapa mereka.
iv. Anak-anak mangsa penceraian ini akan mengalami konflik identiti dan jika mereka tersalah haluan akan terlibat dengan kes-kes juvana seperti gangsterism, vandalism, penagihan dadah dan lain-lain masalah sosial.
6. Langkah menangani masalah KRT
i. Menjalani kehidupan yang harmoni dan memupuk kasih sayang dalam keluarga.
ii. Pasangan perlu menerima kekuatan dan kekurangan pasangan mereka dan sama memperbaikinya.
iii. Pasangan perlu sentiasa berbincang tentang masalah yang dihadapi dan mencari penyelesaian secara harmoni.
iv. Pasangan perlu tahu dan menunaikan tanggungjawab mereka.
v. Pasangan mengetahui hak-hak mereka dari sudut agama dan perundangan.
vi. Berpegang teguh pada agama.
Jika keganasan di tahap serius:
i. Pastikan anda mendapat rawatan doktor jika berlaku kecederaan.
ii. Laporkan kepada pihak polis.
iii. Laporkan kpd Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan Perintah Perlindungan (PO).
iv. Jika anda telah membuat keputusan untuk bercerai, failkan penceraian anda di mahkamah.
7. Pihak yang boleh membantu mangsa KRT
i. Diri sendiri
ii. Ahli Keluarga
iii. Jiran tetangga
iv. Ahli sukarelawan dan NGO
v. Pihak Polis
vi. Hospital
vii. Jabatan Kebajikan Masyarakat
viii. Jabatan Agama Islam atau Badan Pendamai.
ix. Untuk mendapatkan khidmat nasihat hubungi Unit Kaunseling JPW atau PPWN ( Rumah Nur )
- Menelefon atau membuat temujanji dengan kaunselor-kaunselor dan
Pegawai Pembangunan Masyarakat ( JPW, PPWN,JKM,JAIS dan sukarelawan NGO )
Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) Sedia Bantu Mangsa
I. Telenita 03-7570224
II.WAO 03-7554426
III.Pusat Krisis Wanita 04-2280342
IV. Pusat Khidmat Wanita 1-800-88-6787
Akta Keganasan Rumah Tangga 1994: Memberi perlindungan kepada mangsa KRT
Tindakan yang patut dibuat oleh seseorang mangsa
a. Mendapatkan pertolongan atau panduan daripada seorang pegawai kebajikan;
b. Mendapatkan perlindungan, pertolongan dan panduan daripada pihak polis;
c. Berjumpa atau menghubungi peguam atau Pegawai Biro Bantuan Guaman;
d. Membuat laporan polis;
Memfailkan aduan di mahkamah; Mendapatkan perintah tertentu daripada mahkamah, termasuk perintah perlindungan, pampasan, pemulihan psikoterapi, kaunseling, perdamaian dan sebagainya.