Kes buang bayi makin menjadi-jadi di negara kita. Hampir saban hari kita disogokkan dengan kes yang memalukan ini. Bila timbul isu ini, remaja menjadi golongan yang dipersalahkan. Wajarkah hanya remaja yang dipersalahkan?
Di sebuah sekolah di Petaling Jaya, terdapat satu kes di mana beberapa pasangan murid lelaki dan perempuan kantoi setelah salah seorang guru terdengar perbualan mereka tentang seks. Selepas siasatan lanjut dilakukan, murid-murid sekolah rendah tersebut mengaku ‘bermain rogol-rogol’ ilham dari perbuatan ibu bapa mereka sendiri.
Berikut ialah petikan daripada akhbar Berita Harian ...
Takut, malu punca remaja buang bayi – 2010
KUALA LUMPUR: Sebilangan besar individu yang terbabit dengan kes pembuangan bayi dikesan berusia antara 18 hingga 25 tahun mengikut statistik bermula 2004 hingga 2009 yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Saei Kie berkata, sebanyak 20 kes dikesan PDRM membabitkan individu berusia bawah 18 tahun dan sebanyak 33 kes buang bayi dicatatkan individu berumur 25 tahun ke atas, manakala 403 individu gagal dikesan peringkat umur mereka.
Katanya, berdasarkan kajian yang dilakukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), status bayi luar nikah menjadi faktor utama bayi dibuang.
Katanya, berdasarkan kajian yang dilakukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), status bayi luar nikah menjadi faktor utama bayi dibuang.
“Faktor lain yang turut dikenal pasti adalah kerana perasaan takut dan malu oleh remaja dan wanita yang hamil luar nikah kerana tidak mendapat sokongan keluarga dan masyarakat mengenai kehamilan mereka.
“Pembuangan bayi juga disebabkan kurang pendidikan agama dan nilai murni serta tiada pengetahuan mengenai khidmat bantuan sosial yang disediakan agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO),” katanya.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata usaha menangani gejala sosial golongan muda ketika ini perlu diteliti bagi mencari penyelesaian terbaik untuk mengelak kes itu daripada berleluasa. Sebagai contoh, katanya, cadangan menguatkuasakan larangan remaja bawah umur 18 tahun keluar rumah selepas jam 12 malam, perlu dibincangkan dengan mendalam kerana ia membabitkan hak kebebasan individu.
“Tidak salah jika remaja keluar lewat malam bersama keluarga tetapi jika keluar bersendirian atau bersama kawan, tidak bermakna mereka membuat perkara tidak elok,” katanya.
Memang peratusan dalam statistik yang dikeluarkan PDRM tu ‘memihak’ kepada golongan remaja tetapi kebenarannya bukan remaja sahaja yang terlibat dengan maksiat dan perbuatan-perbuatan keji, golongan dewasa juga sama naiknya malah mungkin lebih ‘hebat’. Atau ada yang tak percaya? Apa yang membezakan adalah golongan remaja yang terlibat dengan seks bebas, buang bayi yang tak berdosa dan banyak lagi jenis maksiat lain kebanyakkannya:
• kurang cerdik
• mudah panik
• tidak matang
• nafsu selalu mengatasi akal
• tidak berpengalaman
Manakala golongan dewasa yang melakukan maksiat kebanyakkannya:
• berpendapatan sendiri
• lebih berpengalaman
• lebih matang
• pandai buat pandai simpan
Oleh itu, undang-undang perlu dibuat dan dikuatkuasakan tanpa membezakan golongan pesalah.
Sumber: Internet