Selamat Datang ke Ruai Aman. Blog Berinformasi dan BerilmiahTerima kasih atas kunjungan anda. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

Welcome To My Ruai

Mar 9, 2011

Kitar Semula

Senario di Malaysia
Tahukah anda bahawa di seluruh negara, 230 tapak pelupusan sampah telah pun mencapai tahap 80 peratus penggunaanya dan kini mencapai tahap kritikal? Kerajaan kita terpaksa menghabiskan jutaan ringgit [RM 400j] untuk mengangkut dan melupuskan sampah.
Dalam sehari, 27 juta rakyat Malaysia menghasilkan sekitar 15 000 hingga 20 000 tan sampah. Jumlah ini boleh memenuhi setiap penjuru Menara Berkembar Kuala Lumpur dalam masa 10 hari.

Kapasiti tapak pelupusan sampah kita semakin terhad. Lebih membimbangkan lagi, kini timbul rungutan tentang pencemaran, resapan bahan kimia ke dalam sumber air bawah tanah dan isu-isu keselamatan yang berkaitan. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menggalakkan program kitar semula bahan buangan. Kitar semula ialah satu proses melibatkan 3R, iaitu “Reduce, Reuse dan Recycle”.


KITAR SEMULA
Proses mengitar semula melibatkan usaha mengumpul, memproses dan mengguna semula bahan-bahan yang sebelum ini dianggap sebagai sampah-sarap. Tong yang berwarna biru untuk kertas, perang untuk kaca, dan oren untuk plastik, aluminium dan logam.


Kebaikan Kitar Semula

1. Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita
Pada masa ini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup kita.

2. Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih
Sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan. Jika dibiarkan bersepah, ia akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan gagak. Melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak.

3. Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran
Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan salah satu punca pencemaran dalam iklim tropika. Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan udara.

4. Kitar semula untuk menjimatkan kos
Dalam jangka panjang, mengitar semula adalah lebih menjimatkan berbanding dengan usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah atau sistem yang lain. Apabila program kitar semula bertambah cekap, sampah yang perlu dilupus akan semakin berkurangan.

5. Kitar semula untuk menjimatkan sumber kita
Ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber yang amat bernilai. Tahukah anda Malaysia mengimport lebih daripada 25,000 tan kertas buangan setiap bulan untuk menghasilkan produk kertas bagi menampung permintaan tempatan?

6. Kitar semula untuk menjimatkan tanaga
Tenaga yang dapat dijimatkan untuk mengitar semula satu tin aluminium adalah bersamaan dengan tenaga yang digunakan untuk memasang TV selama 3 jam. Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca.

7. Kitar semula untuk menyelamatkan hutan
Untuk mneghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan.kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara yang bersih.


Langkah Menjayakan Program Kitar Semula
1. Pihak kementerian juga perlu menjalankan kempen yang berterusan- memberikan tong atau plastik kitar semula secara percuma, bagi mendidik rakyat Malaysia.

2.Kerjasama pihak kerajaan dan swast-. Kerajaan harus melihat contoh dari Australia di daerah Fremantle di mana syarikat swasta yang menguruskan proses kitar semula, bergabung tenaga pihak berkuasa tempatan masing-masing.

3. Teknologi pengurusan sisa pepejal (Oleh Recycle Energy Sdn. Bhd) di Kampung Pasir Baru- mampu menguruskan 700 -1000 tan sampah sehari. Ia praktikal, jimat dan menguntungkan. Segala sisa pepejal bandaran [sampah] ini diproses untuk dijadikan bahan kitar semula atau dijana dalam bentuk tenaga

4. Penguatkuasaan undang-undang mengenai sisa buangan, dasar kerajaan, komitmen awam yang kukuh dan pendidikan umum mengenai program kitar semula.

5.Begitu juga dengan penggunaan teknologi bagi bahan yang boleh dikitar semula dan kemudahan pengumpulan bahan kitar semula (di mana bahan kitar semula diasing dan disediakan dalam bentuk praktikal dan boleh dijual).

- Cth- Sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menemui kaedah mengitar semula kertas terbuang menggunakan proses penyahwarnaan berenzim yang mesra alam dengan kos rendah. Dengan kata lain, kita tidak perlu mengeluarkan kertas secara biasa dengan menebang lebih banyak pokok, cukup sekadar memproses semula kertas terbuang. Hasil penemuan kumpulan itu berjaya memenangi beberapa anugerah termasuk di peringkat antarabangsa iaitu Pingat Emas Geneva 2005, Anugerah Henry Goh 2004 dan Pingat Emas di Pertandingan Reka Bentuk, Inovasi, Reka Cipta Industri dan Pameran Teknologi Antarabangsa (ITEX 2004).

6. kanak-kanak harus diajar pada peringkat awal kurikulum sekolah mereka mengenai faedah kitar semula supaya ia menjadi amalan dalam masyarakat apabila dewasa kelak dan seterusnya mempengaruhi masyarakat.


Sisa pepejal bandaran ini lebih tepat lagi boleh dibahagikan kepada lima bahagian iaitu sisa biodgredasi, bahan kitar semula, sisa lengai, sisa komposit dan sisa toksik domestik.


CARA MEMULAKAN KEMPEN KITAR SEMULA
1. Ubah cara membuang sampah
2. Amalkan sistem yang mudah
3. Pilihan bekas
4. Libatkan ahli keluarga dan rakan sekerja
5. Pastikan ia ringkas
6. Kesedaran semua pihak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...