Selamat Datang ke Ruai Aman. Blog Berinformasi dan BerilmiahTerima kasih atas kunjungan anda. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

Welcome To My Ruai

Mar 9, 2011

Penyakit Mental

Definisi
Penyakit mental: adalah istilah umum yang merujuk kepada sekumpulan penyakit-penyakit mental. Seseorang yang mendapat penyakit mental mengalami gangguan fungsi mentalnya.
- Penyakit mental boleh bersifat sementara dan boleh berulang-ulang di sepanjang hayat seseorang.

Pada umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada dua kumpulan ;
i. Penyakit-penyakit psikosis.
ii. Penyakit-penyakit bukan-psikosis (neurosis)

1. Penyakit Psikosis
- Kehilangan hubungan dengan alam nyata. Mereka merasai persekitarannya berbeza dengan orang yang normal.
- Apa yang mereka lihat, dengar dan rasai sebagai sesuatu yang benar tetapi tidak dialami oleh orang di sekitarnya.
- Pesakit mungkin bertindak di atas apa yang dialami dan tingkahlakunya mungkin kelihatan “luar biasa” sehingga rang-orang yang tidak biasa melihatnya sebagai sesuatu yang menakutkan.
- Diantara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah skizofrenia dan psikosis manik depresif.

2. Penyakit-penyakit Bukan Psikosis
- Mungkin kita pernah mengalami perasaan sedih, resah dan tertekan. Pengalaman ini merupakan pengalaman biasa dalam kehidupan kita.
- Apabila perasaan biasa ini dan tingkahlaku tertentu berlaku secara berlebihan, tidak terkawal dan berlarutan sehingga mengganggu kehidupan seseorang dalam menjalani aktiviti harian, hubungan dengan orang lain dan keupayaan seseorang untuk menikmati keseronokan hidup, ia mungkin mengalami salah satu penyakit mental jenis bukan psikosis (neurosis).
- Di antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah fobik (ketakutan yang tidak berasas), keresahan (anxiety), kemurungan (depression) dan obsessif kompulsif.

RAWATAN UTAMA PENYAKIT MENTAL
1. Psikoterapi dan kaunseling
Kaunseling boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan lebih mendalam. Rawatan ini diberikan secara pesakit luar. Seseorang itu mungkin memerlukan beberapa sesi kaunseling sebelum mendapat kesan rawatan. Jumlah sesi kaunseling bergantung kepada jenis penyakit / keperluan ssrg.

2. Rawatan psikotropik
Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis. Sementara ubat-ubatan jenis lain boleh mengurangkan tekanan, kemurungan dan keresahan (anxiety) sehingga pesakit dapat mengendali gejala-gejala penyakitnya dengan lebih baik. Sebahagian ubatan jenis ini mengambil masa yang agak lama sebelum memberi kesan.

3. Rawatan tingkahlaku
Rawatan jenis ini memberi tumpuan kepada membantu pesakit mengubah cara berfikir atau tingkahlaku yang tertentu yang mengganggu dan menimbulkan gejala penyakit. Teknik releksasi adalah merupakan satu contoh rawatan jenis ini.

4. Rawatan elektrokonvulsif
Rawatan elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah merentasi otak seseorang. Rawatan jenis ini adalah selamat, tidak berbahaya dan biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang serius. Sebelum rawatan diberikan, seseorang itu akan diberi bius
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...