Selamat Datang ke Ruai Aman. Blog Berinformasi dan BerilmiahTerima kasih atas kunjungan anda. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

Welcome To My Ruai

Feb 19, 2011

Tajuk Pembentangan: Kesan Rumah Hijau

Pengertian
Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas rumah hijau di dalam sesuatu ruang tertutup meningkat dan menyekat haba daripada mudah terbebas. Kesan ini tidak tertakluk pada pemanasan global sahaja, tetapi juga di dalam mana-mana ruang.

Kesan rumah hijau merupakan fenomena yang sangat berkait rapat dengan pemanasan global. Pemanasan global sendiri sebenarnya merupakan fenomena pemanasan bumi secara makro akibat pelbagai faktor terutamanya akibat pencemaran udara yang begitu hebat.dengan kata lain suhu dunia semakin meningkat dan memberi kesan terhadap benua di seluruh dunia termasuklah benua artik yang mengalami kesusutan ketebalan ais yang semakin ketara.

Pencemaran akibat terbebasnya gas karbon dioksida dikatakan sebagai punca utama berlakunya kesan rumah hijau. Cahaya matahari membawa sinaran ultraunggu ke bumi tetapi haba yang sampai ke permukaan bumi tidak dapat dibebaskan akibat disekat oleh gas karbon dioksida yang melitupi atmosfera. Akibatnya suhu bumi semakin panas.

Punca kesan rumah hijau
1. Punca semulajadi- kesan rumah hijau berpunca daripada letusan gunung berapi yang membebaskan gas-gas sulfur, dan karbon. Selain itu pembakaran hutan akibat petir juga memberi kesan juga.

2. Secara buatan manusia-.
Contoh:
1.Membebaskan gas berbahaya daripada kilang dan kereta.(pencemaran udara)
2.Menggunakan alatan yang membebaskan CFC seperti peti sejuk dan penghawa dingin.
3.Penggunaan racun serangga [seperti penyembur aerosol] serta baja kimia
4.Penternakan berskala besar turut membebaskan gas ammonia yang menyumbang
pencemaran alam sekitar serta membentuk kesan rumah hijau.

Kesan
Kesan rumah hijau berlaku apabila komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal. Apabila komposisinya meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat penyimpan haba, akan memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan haba.

Kesan rumah hijau global berlaku apabila, sinaran inframerah matahari yang memasuki ruang atmosfera bumi tidak terpantul secukupnya secara normal disebabkan kesan rumah hijau.
- Ini akan menyebabkan pemanasan global secara berperingkat, dan kawasan yang mengalami pencemaran teruk akan mengalami kesan itu dengan lebih teruk lagi.
- Implikasi daripada pemanasan global akan menyebabkan lapisan ais di kedua-dua kutub bumi akan mengalami pencairan dan menyebabkan peningkatan aras laut.
- Hal ini akan mendatangkan bahaya kepada manusia dan alam sekitar [mampu menenggelamkan kawasan rendah termasuklah pulau-pulau kecil di seluruh dunia]

Kaedah mengurangkan Kesan Rumah Hijau
1. Penjimatan tenaga- Jika manusia dapat mengurangkan penggunaan kenderaan dengan banyak menggunakan pengangkutan awam, pembebasan gas rumah hijau dapat dikurangkan .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...