Definisi projek perumahan terbengkalai ialah apabila:-
i. Kerja-kerja pembinaan dan pemajuan di tapak terhenti selama 6 bulan atau lebih secara berterusan sama ada di dalam tempoh masa siap atau di luar masa siap sepertimana ditetapkan di dalam Surat Perjanjian Jual dan Beli.
ii. Pemaju-pemaju mengakui tidak berupaya untuk meneruskan projek.
iii. Pengawal Perumahan berpendapat sesuatu pemaju tidak dapat meneruskan lagi tanggungjawab mereka sebagai pemaju.
Kesan Projek Perumahan Terbengkalai
Projek perumahan terbengkalai ini membawa pelbagai masalah bukan sahaja kepada pembeli tetapi kepada semua pihak antaranya :
1. Pembeli dibebani dengan hutang pinjaman sedangkan rumah tidak siap
2. Kerajaan negeri hilang hasil kutipan cukai tanah dan cukai pintu
3. Perumahan terbengkalai mendatangkan risiko kesihatan seperti pembiakan nyamuk aedes yang menyebabkan demam denggi
4. Perumahan terbengkalai mendatangkan risiko keselamatan seperti sarang penagih dadah, sarang penjenayah serta binatang liar.
5. Mencacatkan pemandangan
6. Pelabur, pemaju hartanah dan pembeli sendiri akan takut melabur dan membeli di negeri yang mempunyai banyak projek perumahan terbengkalai.
Langkah menangani masalah Projek perumahan terbengkalai
1. Pengambil alihan projek perumahan terbengkalai telah dapat menangani sebahagian besar permasalahan perumahan terbengkalai. Ini dapat dilihat dengan penurunan kadar jumlah perumahan terbengkalai.
2. Tindakan undang-undang akan diambil ke atas pemaju kerana kegagalan mereka menyiapkan projek tersebut menyebabkan penduduk lain terancam.
pemaju perlu bertanggungjawab terhadap projek yang mereka laksanakan.
3.Pihak pemaju boleh diheret ke mahkamah kerana perkara itu. Bila sesebuah projek gagal disiapkan ia akan terus menjadi semak samun. Aktiviti tidak sihat seperti penagihan dadah dan penyakit sosial akan berlaku,"
4. Konsep bina dan jual atasi perumahan terbengkalai
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) bereaksi terhadap cadangan kerajaan kerana langkah itu akan memberikan kesan negatif iaitu Industri pembinaan rumah akan mengecut kerana pemaju kecil terpaksa gulung tikar kerana tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk membina rumah sebelum boleh menjualnya.
Persatuan Pembeli Rumah (HBA) telah mendesak kerajaan melaksanakan konsep bina dan jual.
5. Peranan kementerian mengambil beberapa langkah seperti memperketatkan prosedur pengeluaran lesen pemaju perumahan dengan menitikberatkan aspek keupayaan kewangan.
6. Melaksanakan peraturan Akauan Pemaju Perumahan 1991 yang mana pemaju disyaratkan membuka akaun bagi setiap projek perumahan yang dilaksanakan dan dikehendaki mengemukakan laporan setiap enam bulan. sekiranya pemaju gagal mengemukakan penyata kewangan, pemaju terbabit akan didakwa di mahkamah.
7. Pengawasan projek dibuat secara berterusan. Setiap pemaju dikehendaki mengemukakan laporan kemajuan fizikal projek setiap 6 bulan sekali. Lawatan ke tapak kerja diadakan dari masa ke semasa.
8. Penguatkuasaan ke atas Akta/Peraturan Pemaju Perumahan diperketatkan. Pemaju-pemaju yang di dapati tidak bertanggungjawab dan melanggar Akta/ Peraturan berkenaan akan didakwa oleh mahkamah.