Selamat Datang ke Ruai Aman. Blog Berinformasi dan BerilmiahTerima kasih atas kunjungan anda. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

Welcome To My Ruai

Mar 9, 2011

Rasuah

Definisi
Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut.

Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:
• Meminta/Menerima Rasuah
• Menawar/Memberi Rasuah
• Membuat Tuntutan Palsu
• Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

Indeks Persepsi Rasuah
Antara negara-negara yang mempunyai kadar rasuah yang amat tinggi dan mendapat mata di antara 1.5 dan 2.0 dalam TI Corruption Perceptions Index 2004 termasuklah:
1. Haiti
2. Bangladesh
3. Nigeria
4. Myanmar
5. Chad

Di kalangan negara ASEAN (selain Myanmar), Indonesia mempunyai mata yang sangat rendah iaitu pada 2.0. Manakala Malaysia terletak di bahagian yang lebih tinggi iaitu dengan mata 5.0. Namun negara ASEAN yang mendapat keyakinan paling tinggi ialah Singapura dengan 9.3.

Badan Pencegah Rasuah:
- BPR mula beroperasi pada 1 Oktober 1967 sebagai sebuah jabatan penuh.
Pada 1 Julai 1973, Akta Biro Siasatan Negara (BSN) diluluskan oleh Parlimen dan dengan itu BPR ditukar namanya kepada Biro Siasatan Negara atau BSN. Nama Jabatan ini kemudiannya ditukar kembali kepada nama asal iaitu BPR pada 13 Mei 1982 apabila Akta Badan Pencegah Rasuah, 1982 diluluskan oleh Parlimen dan dikuatkuasakan.
-Sekarang BPR dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia [SPRM]


Faktor-Faktor Rasuah
1. Hilang atau lemah nilai keimanan dalam kehidupan manusia boleh menjadi faktor berlakunya penyelewengan dalam pencarian atau perolehan harta.

2. Tabiat manusia yang amat suka kepada harta benda.

3. Tidak bersikap amanah.

4. Tidak ada penerapan hukum agama dalam kehidupan manusia.

5. Kurang pemahaman atau tidak faham langsung dengan ajaran agama

6. Faktor-faktor yang lain secara ringkas:
(i) Lemah pendidikan moral dan etika.
(ii) Tamak.
(iii) Banyak berhutang.
(iv) Ada keinginan dan ada peluang.
(v) Kepimpinan dan pentadbiran yang lemah.
(vi) Faktor sosial yang menganggap rasuah sebagai cara hidup.
i. Untuk mencapai cita-cita.
ii. Belanja hidup yang semakin meningkat.


Bahaya Rasuah Dan Kesannya
1. Kesan-Kesan Rasuah Terhadap Individu:
(i) Kehilangan pekerjaan.
(ii) Kejatuhan moral atau maruah.
(iii) Menerima hukuman.
(iv) Menghancurkan keharmonian hidup berumahtangga.
(v) Keluarga terabai.

2. Kesan-Kesan Rasuah Terhadap Masyarakat:
(i) Mengakibatkan ketidakadilan disebabkan mengenepikan hak-hak orang tertentu.
(ii) Menggalakkan jenayah dan melindungi penjenayah.
(iii) Membebankan golongan orang susah.
(iv) Memburukkan lagi taraf kemiskinan kerana sumber-sumber yang telah ditetapkan bagi membantu rakyat miskin diselewengkan.

3. Kesan-Kesan Rasuah Terhadap Negara:
(i) Menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran.
(ii) Menjejaskan sosial serta kestabilan politik dan keselamatan.
(iii) Tumpuan pembangunan yang tidak seimbang.
(iv) Kenaikan kos barang dan perkhidmatan.
(v) Mengurangkan pendapatan negara.
(vi) Menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan.


Langkah Menangani Rasuah
1. Pendidikan agama
- Pendidikan agama sejak dari usia kecil dpt membentuk peribadi yang beriman dan bertakwa sekaligus boleh menghalang seseorang itu daripada melakukan perbuatan keji.

2.Pendidikan Moral / nilai2 murni
- Boleh dipupuk di rumah / sekolah sejak kecil- Membentuk individu beretika mulia dengan menanam sikap amanah, jujur, menyuruh kepada melakukan kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan.

3. Menyediakan peruntukan akta atau undang-undang
- Bagi membentras gejala rasuah daripada berleluasa. Sebagai contoh, di Negara Brunei Darussalam peruntukan akta berkenaan disebut sebagai Akta Pencegahan Rasuah Bab (2) Penggal 131.

4.Peranan masyarakat
- Menjauhi amalan rasuah- membuat laporan berbukti kepada pihak berkuasa- menyokong usaha / kempen kerajaan memerangi rasuah.

Penutup

Perbuatan rasuah juga termasuk dalam perkara memakan harta orang lain dengan jalan yang salah. Kesannya setiap daging yang tumbuh dengan sesuatu yang haram, maka nerakalah yang lebih utama bagi orang tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...