Selamat Datang ke Ruai Aman. Blog Berinformasi dan BerilmiahTerima kasih atas kunjungan anda. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

Welcome To My Ruai

Mar 9, 2011

Salah Laku Jalan Raya

Definisi
Salah laku jalan raya bermaksud tindak tanduk pengguna jalan raya yang salah, dan mungkin membawa kepada kemalangan jalan raya. Dalam konteks etika salah laku jalan raya biasanya berkait dengan sikap pengguna jalan raya dan bukan kemahiran pengguna jalan raya itu sendiri.

Bentuk salah laku jalan raya
Salah laku jalan raya boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan di mana sahaja. Secara kasarnya ia boleh dibahagi kepada 3 kategori yang besar iaitu:
• Kecuaian memandu
• Memandu secara terburu-buru
• Keganasan jalan raya

1. Kecuaian memandu
Kecuaian memandu bermaksud kelalaian atau ketidakberhati-hatian yang dilakukan semasa memandu. Perkara ini merupakan satu salah laku kerana perlakuan ini boleh menyebabkan kecelakaan kepada diri pemandu itu sendiri dan juga kepada pengguna jalan raya yang lain. Maka dari etika, perlakuan ini menepati kriteria sebagai satu kesalahan kerana ia membawa kepada lebih keburukkan daripada kebaikan. Kecuaian memandu secara kasarnya berpunca drp:
• Tekanan jiwa
• Memandu sambil buat kerja lain
• Kemabukan
Tekanan jiwa / kerunsingan boleh menyebabkan minda seseorang itu tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja memandu. Maka dengan itu, kemalangan jalan raya mungkin akan berlaku. Contohnya, seorang pemandu yang sedang runsing fikirannya mungkin tidak sedar bahawa kerata depannya sudah berhenti dan terus langgar.
Memandu sambil buat kerja lain merupakan satu bentuk kecuaian memandu. Kerja-kerja yang biasanya dibuat bersambil memandu termasuklah bersembang, makan, merokok, mendengar radio, membaca SMS, malah menulis SMS. Perlakuan ini adalah sangat bahaya terutama bagi perlakuan membaca dan menghantar SMS semasa memandu.
Memandu dalam keadaan mabuk nyata satu kecuaian yang besar. Perlakuan ini adalah sangat bahaya kerana orang yang mabuk tidak berakal malah tidak sedar diri. Pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk sebenarnya adalah salah dari segi moral kerana bersikap tidak bertanggungjawab.

2. Memandu secara terburu-buru
Memandu secara terburu-buru bermaksud memandu dalam gaya yang cepat dan bergegas-gegas. Pekara ini boleh ditafsir sebagai satu kesalahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu “memandu secara melulu dan berbahaya hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain” dan boleh dihukum penjara hingga lima tahun atau denda minimum RM5,000 atau kedua-duanya.

Keperibadian mereka sebenarnya telah tercemar oleh sikap buruk iaitu:
1. Menunjuk-nunjuk
2. Kecetekan melayan nafsu sensasi
3. Tidak menghargai nyawa
3. Keganasan jalan raya

Keganasan jalan raya merujuk kepada kegiatan mencederakan orang lain malah membunuh orang lain secara segaja dan sedar yang berlaku di antara pengguna jalan raya atas perselisihan yang berkaitan dengan masalah pengangkutan. Biasanya pemangsa dalam kes keganasan jalan raya dikenali sebagai samseng jalan. Pekara ini merupakan satu jenayah yang berat dan boleh membawa hukuman penjara, sebat malah hukuman bunuh.

Contoh-contoh bagi kes keganasan jalan raya sejak 3 tahun lalu yang berlaku di Malaysia adalah seperti berikut:
• Pada 8 April 2003 di Puchong seorang pemuda telah dibelasah kerana pihak berkenaan tidak puas hati akan tindakannya memotong kereta.
• Pada 9 April 2003 di Gelang Patah, seorang pemuda telah diserang orang dengan pisau seni lukis kerana beliau nyaris terlanggar orang yang berkenaan. Untuk itu beliau telah mengalami kecederaan di bahagian lengan dan telah menerima rawatan jahitan luka sebanyak 100 jahitan.
• Pada 25 Januari 2005, seorang AJK pemuda UMNO telah dibunuh oleh samseng jalan
• Pada 13 Februari 2005, seorang pemuda dari Balakong nyaris membunuh orang kerana ia menyerang orang dengan penukul besi.
• Pada 25 Februari 2005, seorang jurutera MAS telah diparang mati oleh seorang samseng jalan yang membawa kereta mewah.

4. Keadaan jalan raya
Jalan raya yg tidak mempunyai lampu jalan, selekoh tajam, tiada papan tanda, berlubang, sempit dan berdebu (tidak berturap) turut menyumbang kepada kemalangan jalan raya.


Cara-cara untuk mengatasi
Kemalangan jalan raya berpunca daripada sikap berbunyi “3 P” iaitu
1. Pendidikan
Untuk tujuan mengurangkan masalah salah laku jalan raya, pengguna jalan raya harus dididik supaya mempunyai kesedaran keselamatan jalan raya, dan juga mempunyai sahsiah diri yang betul sebagai seorang pengguna jalan raya. Maka pendidikan ini boleh disampaikan melalui tiga saluran iaitu:
• melalui sekolah dasar dalam matapelajaran moral,
• melalui sekolah memandu
• melalui komunikasi awam seperti televisyen.

2. Perundangan
Perundangan merupakan satu langkah yang penting untuk menyelesaikan masalah salah laku jalan raya. Tanpa perundangan, pemandu-pemandu yang jahat dan “tidak masuk ajar” akan terus mengancam keselamatan jalan raya.
Perundangan termasuk dua bahagian yang besar iaitu:
• Pembentukan undang-undang
• Penguatkuasaan undang-undang

3. Penyelidikan
Penyelidikan tidak boleh menyelesaikan masalah salah laku jalan raya secara langsung. Tetapi ia boleh membantu kita menyelesaikan masalah ini dengan lebih baik dalam jangka masa yang panjang. Secara kasarnya penyelidikan yang harus dibuat untuk menyelesaikan masalah salah laku jalan raya adalah di bawah bidang seperti di bawah.
l. Ilmu kaji kejenayahan (criminology) - penting untuk kita memahami salah laku jalan raya yang berat seperti keganasan jalan raya. Dengan pemahaman yang lebih mendalam mengenai pekara ini maka, adalah lebih mudah untuk kita menyelesaikan masalah ini.
II. Pengurusan jalan raya merupakan satu bidang yang luas. Ilmu ini diyakini boleh membantu mengurangkan salah laku pemandu kerana dengan adanya sistem trafik yang terurus, maka tekanan jiwa para pemandu akan menjadi kurang dan seterusnya salah laku mereka juga akan kurang.

PANDUAN KEPADA PEMANDU UNTUK MENGELAKKAN KEMALANGAN
Pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik dan selamat
Mengetahui undang-undang dan peraturan-peraturan lalulintas.
Mematuhi isyarat-isyarat dan papan tanda lalulintas dijalanraya
Jangan memandu dalam keadaan mabuk, pening, mengantuk atau letih.
Jangan memandu dalam keadaan tergesa-gesa. Hendaklah sentiasa bersabar / bersopan-santun.
Jangan sekali-kali berlumba-lumba diatas jalanraya.
Jangan sekali-kali makan, minum, merokok, bergurau-gurau atau berbual-bual semasa memandu.
Sentiasa memikirkan tentang adanya halangan-halangan disekeliling jalanraya iaitu sesuatu keadaan yang menyebabkan sipemandu mengubah kederasan dan haluan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...