Selamat Datang ke Ruai Aman. Blog Berinformasi dan BerilmiahTerima kasih atas kunjungan anda. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

Welcome To My Ruai

May 17, 2012

Kes Kanak-Kanak Hilang

Ngeri dan membimbangkan!
Begitulah ungkapan yang terlintas di hati setiap daripada ibu bapa dengan bertambahnya kes kehilangan kanak-kanak. Masih ingatkah kita dengan kes-kes yang menimbulkan trauma dalam kalangan rakyat Malaysia?


Berikut sekadar menyenaraikan beberapa kes penculikan kanak-kanak yang telah menggemparkan negara.

1. Nurul Nadhirah Abdullah [Dirang] ditemui mati dibunuh dan dibakar sebegitu kejam pada 12 Mac 2012 lalu.
2. Nurin Jazmin Jazlin (8 tahun) September 2007.
3. Lee Xin Ru berusia 2 tahun hilang pada September 2010.
4. Nisha Chandramohan (2 tahun) hilang pada Jun 2010.
5. Sharlinie (5 tahun)september 2008.
6. Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin, yang hilang pada 31 Mac 2007. [Berjaya ditemui dengan selamat]
7. Wan Hazim Mohd Khadir, 7 yang hilang pada Mac 2012. [Berjaya ditemui dengan selamat]
8. Nayati telah dilarikan ketika berjalan kaki berseorangan ke sekolahnya oleh dua individu yang tidak dikenali pada 27 April lalu. [Berjaya ditemui dengan selamat]


Kita bertuah kerana ada di antara kanak-kanak tersebut berjaya ditemui semula dalam keadaan selamat. Walau bagaimanapun, tidak semua berakhir dengan kegembiraan. Nisbahnya, lebih banyak kes yang berakhir dengan tragedi pembunuhan kejam.
Mengikut statistik oleh pihak PDRM sehingga Oktober 2011, sebanyak 17,088 kes kanak-kanak berumur 16 tahun kebawah dilaporkan hilang semenjak tahun 1985.


Umumnya, kes kanak-kanak hilang di Malaysia boleh diklasifikasikan kepada tiga (3) kategori iaitu:


1. Hilang akibat lari dari jagaan/rumah

2. Diculik (Jenayah pemerdagangan manusia)

3. Sesat di tempat awam


Masalah ini adalah masalah global. Di Amerika Syarikat, National Incidence Studies of Missing, Abducted, Runaway, and Thrownaway Children (NISMART) telah melaporkan lebih 1 juta kanak-kanak telah hilang pada tahun 2005. Malah dilaporkan “Seorang kanak-kanak hilang di Amerika Syarikat pada setiap 26 saat”.


Apa yang perlu ibu bapa lakukan sebelum sesuatu terjadi adalah:
1. Menyimpan rekod peribadi anak-anak
Ibu bapa harus mengenal pasti tanda-tanda di badan anak seperti tahi lalat, parut atau tanda lahir. Memandangkan rekod DNA mudah disimpan, wajar bagi ibu bapa menyimpan sumber maklumat DNA anak-anak seperti cap jari dan rambut. Ini akan mempercepatkan proses pengenalan identiti.


2. Peka dengan pakaian dan aksesori yang dipakai oleh anak-anak
Ibu bapa juga harus sentiasa peka dengan apa yang dipakai oleh anak terutama sekali sewaktu ke tempat yang sesak seperti pasaraya, ekspo atau pasar. Perhatikan aksesori yang terlekat di badan, jenis dan warna pakaian, jam tangan dan sebagainya.


3. Memakai tanda pengenalan atau gelang keselamatan yang kukuh.
Penggunaan tanda keselamatan seperti gelang keselamatan dan tidak mudah putus mampu membantu mengesan kanak-kanak yang hilang.

4. Mengetahui saluran bantuan
Selain peranan pihak berkuasa seperti polis, peranan NUR ALERT yang dilancarkan pada Januari 2011 juga perlu dipergiatkan. Nur Alert harus lebih berfungsi dan peka dengan permasalahan ini di samping kerjasama padu dari orang ramai.


Selain itu, Kementerian Pelajaran Malaysia perlu memperkemaskan program 3K (Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan) dan Kelab Pencegahan Jenayah sekolah bagi mendidik para pelajar mengenai kepentingan menjaga keselamatan diri mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...