Selamat Datang ke Ruai Aman. Blog Berinformasi dan BerilmiahTerima kasih atas kunjungan anda. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

Welcome To My Ruai

Mar 9, 2011

Jenayah Seksual

Definisi Rogol (atau pencabulan) adalah serangan seksual yang dianggap oleh kebanyakan orang sebagai jenayah.

Dalam undang-undang jenayah, istilah "rogol" merujuk kepada serangan seksual yang mana penyerang memaksa mangsa yang enggan bersetuju untuk melakukan hubungan seksual.

Sesetengah perundangan menggunakan istilah seperti "serangan seksual" atau "dipukul untuk seksual", dan ada juga yang mentakrifkan "rogol" sebagai serangan seksual dengan penembusan. "Rogol" boleh juga merujuk kepada hubungan seksual dengan seorang yang rela tetapi dari segi undang-undang belum cukup umur; ini dikenali sebagai "rogol statutori".


Bentuk Jenayah Seksual
1. Rogol tahanan
2. Rogol bergilir-gilir
3. Rogol dan penyiksaan seksual
4. Rogol statutori- "Rogol statutori" ialah sejenis jenayah persetubuhan yang melibatkan seorang yang dibawah usia kerelaan. Istilah ini kebanyakannya digunakan di Amerika Syarikat. Ia
5. Rogol kenalan- Bukti-bukti yang sedia ada menunjukkan bahawa kemungkinan seorang mangsa rogol yang berkenalan dengan penyerangnya adalah lebih besar daripada yang tidak.
6. "Rogol" antara golongan binatang- penggabungan persetubuhan dengan serangan yang ganas.


Faktor Penyebab
1. Kekurangan pelaporan:
- Pada tahun 2001, hanya 39 peratus kes rogol dan serangan seksual di Amerika Syarikat dilaporkan kepada pihak penguatkuasa — satu pertiga, menurut Penyelidikan Pengorbanan Jenayah Nasional Tahun 1999. Alasan yang paling biasa diberikan oleh mangsa-mangsa ialah bahawa hal itu adalah hal peribadi dan mereka takut akan pembalasan oleh penyerang. Pelaku tidak takut dan tidak serik melakukan perbuatan tersebut kerana berasa ‘terlindung’.

2. Kurang didikan agama:
- Tiada pegangan agama mendorong seseorang terpesong dan melakukan sesuatu yang melanggar u2 mahupun norma masyarakat. Tidak ada benteng pertahanan / iman yang teguh hingga mudah tergoda oleh nafsu.

3. Pengaruh persekitaran:
- Perkembangan pesat kelab2 malam, pusat siber, pengaruh media masa seperti tv dan majalah serta teknologi maklumat- menyumbang kepada jenayah sesual. Orang ramai dengan mudah memperoleh maklumat berunsur seks sehingga mendorong kepada perlakukan yang tidak terkawal.


Kesan
1. Sebagai satu bentuk serangan seksual, rogol boleh menjadi amat dashyat, dan banyak kes serangan seksual berakhir dengan kematian mangsa.

2. Rogol juga boleh mengakibatkan kecederaan fizikal yang serius, termasuk juga kehamilan, dan jangkitan penyakit sebaran seksual. Kesan paling biasa pada mangsa rogol adalah kesan psikologi. Mangsa rogol dan mangsa serangan seksual yang masih hidup, biasanya mengidap Sindrom Renjutan Emosi Rogol (Rape Trauma Syndrome (RTS)); Ia melibatkan perasaan dosa dan malu, ketegangan, kemarahan, ketidakselesaan pada perut, dan kekadangnya kegundahan.
- Di negara Barat, rogol yang menggunakan kekerasan dianggap sebagai kes kecemasan. Kecederaan fizikal seperti pendarahan gynekologi (gynecologic hemorrhage) mungkin boleh berlaku.

3. Trauma- mangsa biasanya akan mengalami tekanan emosi psikologi terutama dalam kalangan masyarakat yang mempunyai adat-adat kelamin yang pantang. Umpamanya, seorang anak dara yang telah dirogol, dianggap oleh masyarakat sebagai seorang yang "rosak". Mangsa akan terpaksa menderita seorang diri dan dilarang berkahwin, ataupun mungkin akan diceraikan sekiranya dia sudah berkahwin. Mangsa rogol juga mungkin berasa "kotor" ataupun berasa bahawa dianya yang bersalah.


Cara Mengatasi
1. Hukuman:
- Rogol dianggap sebagai jenayah dashyat dalam kebanyakan kebudayaan dan kadangkala dihukum dengan berat oleh undang-undang. Kasi dan kaedah pengasian kimia telah digunakan bagi perogol kental (habitual offenders) dalam sesetengah negara. Dalam sesetengah negara lain, rogol adalah jenayah yang boleh dihukum rejam. Di negara-negara Barat, jenayah ini biasanya dihukum dengan pemenjaraan jangka panjang, yang mana hukuman tersebut merupakan hukuman yang maksimum.

2. Pendidikan seks:
- Biarpun isu ini diakui sensitif dan sukar diterima masyarakat dengan alasan melanggar norma budaya, kepentingannya wajar dilihat dalam pelbagai aspek. Pendidikan seks wajar ditekankan kepada pelajar supaya mereka tahu tahap batas pergaulan dengan rakan sebaya dan yang berlawanan jantina. Bagaimanapun, skop pembelajaran perlu dilakukan secara sopan supaya pelajar tahu mereka sebenarnya sedang belajar bukan untuk tujuan lain.

Bagaimanapun, kebanyakan budaya masyarakat dunia sukar menerima mengenai pendidikan seksualiti sekali gus boleh menyekat perkembangan maklumat kepada golongan muda. India misalnya mengharamkan pendidikan seks di sekolah dengan alasan bertentangan dengan budaya masyarakat negara itu sekali gus menjadikan beberapa negerinya mempunyai statistik teratas HIV/ Aids di dunia.

3. Peranan Ibu bapa:
- Menjadi tanggungjawab utama ibu bapa mendidik anak-anak supaya dapat menjauhi situasi yang boleh menyebabkan mereka terjerumus seterusnya menjadi mangsa jenayah seksual.
Kanak-kanak perlu didedahkan soal jenayah seksual kerana ini membabitkan masa depan mereka.

4. Peranan badan sukarela / swasta / pertubuhan kebajikan:
- Di negara Amerika Syarikat, talian panas yang termashyur ialah talian yang dikendalikan oleh RAINN, iaitu akronim bahasa Inggeris untuk "Rangkaian Nasional Rogol, Penyiksaan dan Zina Sebaka". Hanya RAINN sahaja yang membekalkan talian percuma 24 jam yang sulit di AS

5. Masyarakat bermoral cegah jenayah seksual
- Masyarakat terutama generasi muda harus diterapkan nilai2 moral / murni. Generasi yang bermoral dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan terkutuk
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...