Selamat Datang ke Ruai Aman. Blog Berinformasi dan BerilmiahTerima kasih atas kunjungan anda. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

Welcome To My Ruai

Mar 9, 2011

Pembinaan Empangan

Artikel 1: Kesan Pembinaan Empangan
Kesan Positif Pembinaan Empangan

Kesan baik ataupun tujuan pembinaan empangan ini adalah dapat membekalkan air kepada penduduk di kawasan terbinanya empangan.Ini memudahkan penduduk di situ menjalankan kehidupan seharian mereka.
Di samping itu, pembinaan empangan ini dapat mengawal banjir.Banjir selalunya berlaku di kawasan tanah yang rendah. Tasik Kenyir merupakan contoh terbaik kerana tasik ini adalah empangan buatan manusia yang di gunakan untuk menjana kuasa elektrik selain daripada bertindak sebagai kawasan takungan air seluas 38,000 hektar dan kawasan daratan seluas 171,199 hektar.
Dengan merujuk Tasik Kenyir sebagai contoh, kita dapat melihat perkembangan pesat sektor pelancongan yang banyak mendatangkan kesan yang positif dan sekaligus mendatangkan pulangan yang lumayan atau dengan kata lain sebagai sumber pendapatan.Antara contoh kawasan air terjun yang popular di Tasik Kenyir ialah Air Terjun Lasir, Air Terjun Saok, Air Terjun Tembat dan Air Terjun Pertam.
Selain daripada mempunyai 340 buah pulau kecil dan besar yang asalnya adalah kemuncak bukit yang di tenggelami air kawasan Tasik Kenyir juga terkenal sebagai destinasi memancing utama di Malaysia. Pelbagai spesis ikan air tawar yang mahal harganya terdapat di dalam tasik ini di antaranya ikan toman, sebarau, kaloi, kelah, lampam dan kelisa dan faktor ini sekaligus mendatangkan kesan yang positif dari sudut ekonomi dan perlancongan .
Gua Bewah dan Gua Taat yang terdapat di Tasik Kenyir ini merupakan dua buah gua yang penuh dengan bahan –bahan sejarah.Melalui penemuan para pengkaji sejarah dari Muzium Negeri Terengganu telah menemui pelbagai kesan peninggalan seperti rangka manusia dan peralatan zaman pra –sejarah termasuk senjata dan peralatan memasak. Segala bentuk penemuan ini membuktikan bahawa kesan daripada pembinaan empangan ini turut membantu dalam bidang arkeologi, pengkajian fosil serta membantu dalam bidang sejarah sesebuah negeri atau sesuatu kawasan.
Sementara itu, pembinaan empangan tidak begitu kisah akan tinggi rendah tanah tersebut tetapi memfokuskan samada kawasan yang berkenaan sesuai atau tidak.Contohnya kestabilan untuk takungan.Selain itu empangan adalah pengindahan sekitaran.

Pembinaan empangan ini merupakan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan sebagai membawa perubahan sosial. Nilai-nilai baru mula tersebar kedalam kehidupan kumpulan warga yang berdekatan dengan empangan di situ terutamanya warga peribumi contohnya di Sarawak dan Sabah. Arus pemodenan yang melanda turut mengubah fikiran dan gaya hidup mereka. Umumnya sebilangan besar warga peribumi ini masih tertinggal jauh di belakang berbanding warga Malaysia yang lain.

1.Sebilangan peduduk tempatan diberi kontrak pembinaan kecil-kecilan di Projek Hidro Pergau.
2. daya tarikan pelancong apabila siap kelak dan ini memberi manfaat kepada penduduk tempatan.

Kesan Negatif Pembinaan Empangan
1. MASALAH SISTEM EKOLOGI
Tidak dinafikan lagi masalah akan timbul dalam ekosistem kita. Ia biasanya bermula daripada permulaan pembinaan sehinggalah ke hilir sungai.Banyak kajian semulajadi terjejas dan banyak informasi tidak dapat dijadikan bahan rujukan sebelum terpupus. Secara tidak langsung, sumber biologikal dan kepelbagaian genetik termusnah. Banyak spesis terancam iaitu haiwan akuatik, darat, masalah hutan dan akan diterangkan denagn lebih lanjut lagi melalui bahagian di bawah.

* Kemusnahan hutan
Pembinaan empangan memerlukan pembersihan hutan yang luas tanpa kawalan. Seperti di Bakun dan di Tasik Chini telah memberikan kesan yang ketara dan dapat di lihat dengan jelas.
Contoh yang paling ketara adalah Empangan Bakun telah memusnahkan habitat semulajadi sebanyak 70,000 hektar yang sebesar Singapura. Contoh lain adalah Empangan Tasik Chini, Pahang juga membersihkan 60 hektar hutan yang ada.
Vagitatif ekosistem termusnah dan seterusnya memberikan kesan kepada hidupan. Habitat semulajadi terganggu dan menyebabkan organisma terpaksa mencari habitat yang baru ataupun terus pupus bagi kawasan tersebut.

* Kepupusan dan gangguan flora dan fauna
Banyak flora dan fauna terancam. Masalah bertambah apabila hidupan ini telah terdedah kepada penyakit berjangkit.Masalah tebing pasir akan terhumbang semasa banjir menyebabkan kuanitinya semakin berkurang.
Contohnya kawasan pembiakan penyu air tawar telah terancam melalui situasi ini. Ini juga menghalang laluan penyu dan ikan air tawar dan seterusnya mengganggu tabiat pergerakkan dan pembiakan mereka.
Di Empangan Temenggor telah dikenal pasti masalah ini dengan bilangan ikan terubuk di Sungai Perak semakin berkurangan .Masalah lain adalah perpindahan hidupan dari kawasan hutan ke kawasan berkependudukan. Ini menyebabkan masalah kepada penduduk tempatan yang tinggal berdekatan. Contohnya adalah pembinaan Empangan Bakun.Flora biasa pupus tanpa mengetahui kajian yang mendalam. Masalah ini akan bertambah jika tiada kawalan dan tindakan diambil.

2. MASALAH ENTROPOGENIK
Masalah banjir biasanya berkait dengan berkait dengan sistem pengaliran yang kurang teratur. Tetapi ada punca lain yang menyebabkan masalah ini berlaku. Antaranya adalah kekurangan kawasan tadahan air dan sistem pembinaan empangan yang kurang teratur. Masalah kekurangan kawasan tadahan air di sekitar biasanya wujud. Ini kerana banyak kemusnahan hutan telah berlaku. Pendedahan tanah terbiar kepada hujan menyebabkan aliran air permukaan bertambah. Air ini tidak akan terserap kedalam tanah dan mengalir terus kedalam sungai. Seterusnya menyebabkan banjir berlaku di kawasan hilir sungai biasanya.
Selain itu, masalah tanah runtuh dan juga hakisan tanah akan berlaku. Seperti yang diterangkan tadi kawasan yang kurang tadahan air akan menyebabkan masalah ini berlaku.

3. MASALAH PERUBAHAN MIKROCUACA PERSEKITARAN
Apabila tiada tumbuhan di sekeliling, kita akan rasa lebih panas di persekitaran kita. Situasi ini akan berlaku dengan kerata dan mempunyai bukti yang amat jelas. Haiwan berdarah sejuk biasanya akan merasakan perubahan ini secara mendadak.
Contoh ikan biasanya menukar habitatnya apabila keadaan persekitaran tidak sesuai lagi lebih-lebih lagi dalam perubahan suhu. Selain itu, ini boleh menyebebkan masalah penhijrahan haiwan dari kawasan hutan ke kawasan yang mempunyai penduduk.

4. MASALAH PENCEMARAN
Pencemaran ini wujud sebaik sahaja pembinaan dijalankan. Ini membawa kesan yang amat ketara bagi hidupan akuatik . Lebih-lebih lagi dikawasan hilir sungai membawa kesan buruk yang amat ketara malah menyebabkan komposisi mineral dalam air bertukar.

* Pencemaran air
Biasanya sungai akan menjadi liat dan kelodak apabila hakisan tanah berlaku sewaktu pembinaan dan pelepasan air. Dari sini, air menjadi coklat menyebabkan masalah pertumbuhan tumbuhan akuatik berlaku.
Tetapi disebaliknya, sungai akan menjadi kekurangan mineral disebabkan masalah system aliran air sungai menjadi perlahan disebabkan penangkungan air. Kadar mineral dan oksigen semakin berkurangan.
Tambahan lagi masalah timbul apabila penduduk bercucuk tanam hasil pertanian mereka. Penggunaan pestisid tidak dapat dialirkan dan dikitarkan dalam sungai. Kadar pengunaan baja juga turut menjejaskan kualiti air apabila air dilepaskan dari empangan.

* Pencemaran tanah
Masalah ini timbul apabila sisa pembinaan empangan yang tidak teratur. Selain itu, enapan tanih di kawasan hilir dan pemendapkan di tasik menyebabkan kawasan ini menjadi semakin cetek. Ini disebabkan masalah hakisan tanih yang di kawasan tebingnya dan masalah pembuangan sisa seperti kayu-kayu pembinaan, sampah dan bahan induk pembinaan.
Secara tidak langsung, hilir sungai menjadi semakin cetek begitu juga dengan tasik. Pencemaran ini menyebabkan masalah dan gangguan kepada hidupan. Ini juga menyebabkan masalah kepada penduduk juga.
Contoh yang jelas adalah Sungai Terengganu berpunca daripada masalah hakisan pantai yang amat serius di Seberang Takir, Kuala Terengganu. Ini menyebabkan system pengangkutan yelah berkurang sbanyak 20 %.

5. KEMASUKAN AIR MASIN
Pembinaan empangan menyebabkan aliran air sungai di kawasan hilir menjadi perlahan. Aliran yang perlahan ini menyebabkan kemasukkan air masin secara perlahan-lahan dalam jangka masa tertentu.
Ini menyebabkan ekosistem akuatik menjadi tidak seimbang terutama di kawasan zon air tawar. Pembiakan ikan juga akan terjejas Ini juga menyebabkan pukulan ombak bertambah dan memecahkan pantai dengan lebih kuat. Tidak hairanlah air masin ini dapat menembusi jauh ke dalam sungai..
Bahan pencemar yang berkepekatan tinggi wujud apabila air masin ini masuk. Ini kerana pengaliran air sungai adalah perlahan untuk mencairkan kandungan yang terdapat di persisiran pantai ini. Ini membawa masalah kepada penduduk yang tinggal di sisni juga.Tetapi masalah ini haruslah mengambil kira juga saizdan kecerunan sesebuah sungai serta kemerosotan aliran air sungai.

6. KESAN MINERAL TANIH PERSEKITARAN
Tanih adalah bahan utama dalam pertumbuhan tumbuhan kerana terdat pelbagai mineral yang penting baginya. Tetapi setelah pembinaan ini berlaku, kandungan mineral tanih semakin terjejas tidak kira di darat ataupun di sungai.
Tanih akan terhakis menyebabkan kesuburan tanih semakin berkurangan. Mineral di sini dibawa turun oleh aliran air permukaan. Masalah bertambah apabila nineral ini tidak atau hanya sedikit sahaja yang terjerap masuk ke dalam tanih tersebut.
Tanih dalam sungai juga mengalami situasi yang sama.Tetapi kesemua kandungan mineral ini akan berkumpul di dalam empangan itu sendiri

7. MASALAH KAUM ORANG ASLI
Pembinaan empangan ini memang membawa kesan kapada kaum orang asli. Banyak antara kaum ini hilang tradisi, budaya dan cara hidup terpaksa bertukar. Ini dikaitkan dengan sumber pendapatan mereka, tempat tinggal mereka dan ancaman lain seperti penyakit berjangkit.
Perjalanan hutan mereka juga terpaksa bertukar disebabkan masalah pembinaan empangan. Secara tidak langsung, mereka akan tersisih daripada tradisi mereka.
Dari segi, sumber mereka terancam. Masalah mencari makanan juga wujud. Contoh yang jelas adalah sumber protein mereka daripada hasil penangkapan ikan terjejas di Sungai Baloi, Sarawak yang berdekatan dengan Empangan Bakun.
Kegiatan perikanan di Sungai Balui yang semakin sedikit dan saiz ikan semakin kecil mengancam penduduk disini. Ini disebabkan masalah pembinaan Empangan Bakun.

8. MASALAH PEMBAZIRAN WANG (EKONOMI )
Pembinaan empangan meperuntukan jumlah perbelanjaan yang banyak.Biasanya pembinaannya menemui kejayaan tetapi sesetengah darinya menghadapi masalah.

1 )Tidak siap – Projek meerlukan perbelanjaan yang berlebihan.Contohnya empangan Bakun , Sarawak.

2)Masalah timbul –Kerajaan belanja untuk memperbaki ekosistem persekitaran.Contohnya Hakisan yang berlaku di Seberang Takir berhampiran Kuala Terenganu. Usaha peneguhan dan pengorekan kawasan pantai untuk elakkan hakisan pantai berlaku telah menelankan belanja besar.

9. AIR BAWAH TANAH
Air berkumpul disekitar bawah tanah.Ini mengakibatkan tanah permukaan menjadi terlalu lembap, kerosakan dalam (agricultural lands), bandar dan jalan raya. Air bawah tanah kawasan lain menjadi kering kerana kurangnya aliran air bawah tanah ke kawasan tersebut.

10. KESAN-KESAN YANG LAIN
Pembinaan empangan telah memberikan kesan buruk terhadap hidroekosistem sungai.Diantara keburukannya adalah seperti menjejaskan populasi ikan di hilir sungai jika pembinaan empangan berlaku di kawasan hulu sungai.Keadaan ini berlaku di kawasan Empangan Temenggor, Bersia dan Kenering.Kajian yang mendalam telah dijalankan di Tasik Chenderoh.Hasil tangkapan perikanan di empangan ini adalah rendah dan hanya 22 spesies telah ditangkap, dan 15 daripadanya terdiri daripada Famili Cyprinidae.Kebanyakan ikan ditangkap dengan menggunakan pukat hanyut bemata kecil dan ini menunkjukan kekurangan ikan bersaiz besar di empangan tersebut.Hasil tangkapan per unit usaha (CPUE) pula adalah antara (2.7 – 12.8 kg. per nelayan- hari yang bernilai antara RM4.94-32.43 per nelayan-hari.
Selain itu, pembinaan empangan yang tidak mengikut spesifikasi boleh menyebabkan kemusnahan hutan.Puncanya adalah kenaikan paras air melebihi paras yang dirancang.Keadaan ini telah berlaku di Tasik Chini, Pahang.Menurut keratan akhbar Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kemusnahan hutan di Tasik Chini.Tetapi situasi ini
boleh diibaratkan ‘nasi sudah menjadi bubur’.


Langkah yang patut dilaksanakan dalam pembinaan empangan
1. PUNGUTAN SUARA RAKYAT
Rakyat seharusnya menubuhkan persatuan dengan ahli-ahli yang memahami persekitaran dan bermoral tinggi. Merekalah yang akan membincangkan hubungan sosial, berbincang dan memberikan pandangan yang sendiri dan membantu mengatasi masalah ini tanpa rasa takut. Kata perdana menteri, Dato Seri Dr Mahathir, mengatakan bahawa kerajaaan tidak akan meluluskan projek jikalau terdapat masyarakat yang berani mensuarakan pendapatnya tentang masalah pembinaan ini.
Terdapat contoh yang amat baik, Taman Antarabangsa Jerai ( Jerai International Park ) telah ditolak pelaksanaan taman tersebut oleh UMNO tempatan dan NGOs seperti ABIM setelah mengemukakan pandangan dan buktinya daripada rakyat tersendiri. Dari sini juga, perdana menteri juga telah menjadi saksi bagi masalahg ini dalam Kefahaman dalam Memorandom.
Rakyat juga boleh mendapat pampasan hak insurans daripada syarikat yang melaksanakannya. Ini seharusnya dilaksanakan dalam projek Empangan Bakun juga yang tidak diselesaikan sehingga hari ini.

2. PENDEDAHAN MELALUI PENDIDIKAN
Pendidikan telah memainkan peranan penting kepada generasi muda sekarang. Lebih-lebih lagi dalam bidang sains dan teknologi. Dengan ini , kerajaan telah menggalakkan pengetahuan sains sejak lagi di sekolah rendah. Pada masa darjah 4,5, dan 6 hanya diberikan pengetahuan am mengenai kepentingan empangan. Tetapi setelah tingkatan 1 hingga 5,pelajar telah diberikan pengetahuan mengenai lokasi pembinaan dalam geografi, kepentingan ekosistem dalam sains dan kesan penbinaan manusia keatas pesekitaran.
Apabila di universiti, pengetahuan ini telah memberikan pandangan dan pemahaman ringkas. Ini telah menggalakan lanjutan kajian dalam tesis dan pembelajaran kuliah yang boleh digunakan seterusnya sewaktu kerja. Generasi inilah yang akan membantu menyuarakan pendapatnya dan tentangan mengikut apa yang telah dipelajari. Selain itu, mereka dapatlah mengatasi masalah serta menguruskan semula persekitaran dengan bijak.

3. UNDANG-UNDANG
Kerajaan telah mengetatkan undang-undang berkaitan dengan alam sekitar. Selain itu, terdapat pelbagai akta, ordinan, dan undang-undang dilaksanakan.Terdapat satu jabatan yang mengawal alam sekitar iaitu Jabatan Alam Sekitar ( JAS ) atau dikenali sebagai Department of Environment (DOE ). Jabatan ini telah mengawal semua kegiatan yang mengenai tentang alam persekitaran dan ekologi yang semulajadi.
Terdapat juga edimen yang menjaga kepentingkan ekologi yang seimbang. Antaranya, Environmental Quality Act ( EOA ) dan Environmental Impact Assessment (EIA) telah mengeluarkan order pada 1995 yang menggantikan order 1987.
Di Sarawak telah menubuhkan satu jabatan yang mengawal dan menjaga persekitaran ini iaitu Sarawak Natural Resources and Environment Board (NREB). Contoh kes adalah kes yang telah dipertingkaikan sehingga sekarang Projek Bakun. Projek ini sebenarnya tidak mengikut prosedur EIA dan EOA. Kedua-dua edimen ini telah mempertingkaikan projek ini yang membawa masalah kepada penduduk.

4. PIHAK BERKUASA DAN PERANCANGAN
Pada masa sekarang, setiap pihak berkuasa telah diminta menyediakan proposal termasuk langkah dan undang-undang yang dikenakan oleh EIA. Pihak perancangan projek empangan juga diminta mendapatkan soalselidik daripada penduduk tempatan. Lebih- lebih lagi penduduk sekitar yang hendak dijalankan projek pembinaan empangan tersebut. Ini adalah bertujuan untuk mendapat pandangan dan kepastian secara lebih mendalam.
Pihak kerajaan meminta pihak berkuasa menggunakan edimen yang dicadangkan oleh EIA bagi memastikan pelan atau perancangan dan pembinaan projek teratur.
Contoh yang paling baik adalah pada Tasik Kenyir telah memberikan kesan yang amat positif .Gambar di ini menunjukkan persekitaranTasik Kenyir. Kawasan Hilir Empangan Kenyir.

5. PEMBINAAN DI KAWASAN SEMULAJADI
Cara yang paling baik adalah memilih kawasan yang mempunyai bentuk muka bumi yang semulajadi untuk pembinaan. Pemilihan ini adalah sukar disebabkan pembinaan terletak diantara dua gunung. Sungai ini akan mengalir di antara dua sungai.masalah yang timbul adalah pembentukan banjaran ini memerlukan masa yang panjang dan sukar dicari. Pembinaan empangan juga boleh dilakukan di kawasan sungai yang menjangkau usia yang lama. Keadaan tanih di sekitar tersebut adalah lebih stabil.

6. PENUBUHAN PERSATUAN PENCINTA ALAM
Malaysia mempunyai persatuan swasta dalam pencinta alam. Antaranya adalah Pencinta Alam Malaysia ataupun Malaysia Nature Society (MNS) dan World Wildlife Fund (WWF) Pencinta alam ini boleh menyebarkan maklumat kepada penduduk tentang kepentingan alam terhadap manusia.
Selain itu,persatuan ini telah menyedarkan orang ramai tentang ke alam ini dan memberikan pengetahuan kepada kanak-kanak supaya sedar tentang kepentiangannya. Terdapat juga kajian dan surat yang menyerukan masalah secara detil tanpa menyembunyikan masalah rasuah tentang alam persekitaran. Ini seterusnya membolehkan projek-projek yang tidak mengikut prosedur dibatalkan.
Sebagai contah, pada tahun 1993 hingga 1995, persatuan ini telah menuliskan beberapa artikel mengenai masalah Empangan Bakun dan telah memberikan kesedaran kepada masyarakat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...