SOALAN
1. Usaha kerajaan untuk mengurangkan kes kemalangan maut di negara kita nampaknya belum berjaya sepenuhnya. Saban tahun, kes kemalangan maut melibatkan pengguna jalan raya semakin meningkat. Huraikan punca berlakunya kemalangan maut dan langkah-langkah membendung masalah ini.
2. Baru-baru ini kita digemparkan dengan kejadian pembunuhan kejam ke atas jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati. Kes tersebut adalah antara ratusan kes jenayah kejam yang berlaku di Negara kita. Jelaskan faktor berlakunya jenayah kejam dalam kalangan masyarakat kita dan juga nyatakan langkah-langkah yang difikirkan releven untuk mengatasi masalah ini.
3. AIDS, SARS, selesema burung dan JE adalah antara penyakit berjangkit yang pernah mencetuskan kebimbangan penduduk dunia termasuk Malaysia. Penyakit-penyakit ini amat dibimbangi kerana cara penularannya yang mudah. Oleh itu, kerajaan dan orang ramai di negara ini harus mengambil langkah proaktif untuk mengekang penularan wabak tersebut.
4. Teknologi bank stem sel sudah diaplikasi di beberapa buah negara di dunia. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam penggunaan teknologi ini. Aplikasi teknologi ini menimbulkan pro dan kontra kerana selain memberi manfaat kepada pengguna, bank stem sel juga mempunyai kekurangannya. Bincangkan.
Tips
*Dalam soalan 1 & 2, kehendak soalan dinyatakan dengan jelas. Pelajar diminta untuk menyatakan faktor dan langkah-langkah mengatasi / membendung.
*Berbeza dengan soalan 1 & 2, dalam soalan 3 kehendak soalan tidak dinyatakan secara terus. Dalam kes ini, pelajar hendaklah membaca soalan dengan teliti [berulang kali] untuk mengesan kata kuncinya. Ada 2 kata kunci dalam soalan ini; 1. [Penyakit-penyakit ini amat dibimbangi kerana cara penularannya]: pelajar diminta menghuraikan cara penularan penyakit berjangkit tersebut. 2. [mengambil langkah proaktif untuk mengekang penularan]: pelajar diminta untuk menjelaskan langkah-langkah untuk membendung penyakit tersebut daripada terus menular / berjangkit.
No. Soalan | Kehendak soalan | Isi dan huraian |
1 | Punca kemalangan maut Langkah mengatasi | 1.Sikap pemandu - Cuai / terburu-buru- guna telefon, x sabar - Ego- suka menunjuk2 / suka berlumba / mlanggar peraturan - Memandu dlm keadaan tertekan / mabuk / pengaruh dadah -Kemalangan kerana memandu melebihi had laju 2. Penguatkuasaan undang2 yang longgar - Berlakunya rasuah - Rondaan / pemantauan bermusim -Pihak berkuasa kurang tegas / terlalu bertolak ansur dengan pesalah trafik 3. Pengabaian aspek keselamatan -Kurang pemantauan pihak berkuasa ke atas aspek keselamatan kenderaan terutamanya bas -Pihak syarikat bas tidak mementingkan ciri-ciri keselamatan; cth, guna bas yang sudah lama. -Banyak bas kemalangan kerana masalah brek misalnya. 4. Keadaan jalan raya - Berlubang2, banyak selekoh tajam, curam dll -Tidak selamat terutama ketika hujan, licin 1.Perundangan - Menggubal akta baru yang lebih spesifik berkaitan kesalahan trafik -Menguatkuasa undang2 yang sedia ada -Pemantauan / rondaan tidak harus bermusim- jangan hanya tertumpu pada musim perayaan sj 2.Pendidikan -Pendidikan asas tentang peraturan trafik- dalam subjek Pendidikan Moral & program seperti program lalu lintas. - Sekolah memandu- bperanan menerapkan amalan pemanduan berhemah, bukan hanya menekankan ‘kemahiran memandu’ -Pendidikan melalui komunikasi awan seperti tv, radio dan media cetak 3.Penyelidikan- bukan penyelesaian segera tetapi untuk jangka masa panjang -Penyelidikan tentang ilmu kaji jenayah [criminology]- memahami punca salah laku atau keganasan j/raya- membantu kita mencari jalan penyelesaian. -Penyelidikan tentang pengurusan jalan raya-dapat membantu mgurangkan salah laku pemandu dengan adanya sistem trafik yang terurus [mengurangkan tekanan jiwa pemandu] 4. Peranan pengguna jalan raya - Harus akur dengan peraturan dan undang2 -Jadi pemandu yang berhemah dan sabar |
2 | Punca jenayah kejam Langkah menangani jenayah kejam | 1.Pegangan agama x kukuh - Sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan – kurang menekankan pendidikan agama -Tidak sabar - penderaan -Tidak endah dosa dan pahala -Tidak ada sifat kemanusiaan 2.Keruntuhan institusi kekeluargaan -Anak2 terbiar / terabai -Tidak mendapat kasih sayang / perhatian ibu bp -Menjadi anak2 yang liar / bermasalah 3.Tekanan hidup - masalah rumah tangga - masalah kerja - masalah kewangan -Masalah ini melahirkan tingkah laku ganas / luar kawalan 4. Pengaruh persekitaran - Pengaruh media massa –paparkan unsur kejam / ganas / seks -Pengaruh rakan sebaya – tersalah pilih kawan 1. Peranan Kerajaan -Kementerian Pelajaran -Reformasi sistem pendidikan; Lebih penekanan ke atas pendidikan agama / moral / sivik -Kementerian Pembangunan Keluarga dan Masyarakat: Kempen “Masy. Penyayang” dan Aktiviti bercorak kemasyarakatan, Kaunseling keluarga dll. 2. Peranan pihak berkuasa -Gubal akta / undang2 berkaitan [jika belum ada] -Kuatkuasa undang2 -Mengurangkan karenah birokrasi dalam siasatan 3. Peranan ibu bapa / masyarakat -Ibu bapa- beri perhatian / asuhan dan kasih sayang, tidak terlalu materialistik -Masyarakat- buat aduan / laporan sebarang kejadian yang tidak diingini |
3 | Punca penularan penyakit berjangkit Langkah mengatasi | 1.Persekitaran yang kotor -Mejadi tempat pembiakan vector seperti nyamuk, tikus, lalat dan tikus -cth: bekas menakung air- nyamuk aedes- demam denggi / malaria / chikungunya -sumber air yang tercemar- cirit birit / taun 2. Gaya hidup tidak sihat -hubungan seks secara rambang- AIDS, sifilis -mengabaikan aspek kebersihan diri- cth; tidak membasuh tangan sebelum makan- jangkitan virus A H1N1 -Mengabaikan amaran / arahan kerajaan- arahan kuarantin bagi mereka yang terjangkit tidak diendahkan- penyakit menjangkiti orang lain. 3. Sistem penternakan tidak sistematik -Lokasi yang tidak strategik- berdekatan kawasan ptempatan -Sistem pengurusan yang tidak sistematik- ladang khinzir – viru nipah-penyakit JE -ternakan ayam / unggas- selsema burung 4. Kemasukan pelancong / pekerja asing -membawa masuk penyakit dari negara asal terutama bila pemeriksaan di pintu masuk longgar. 1.Peranan kerajaan -Menyediaka premis kesihatan / perkhidmatan kesihatan yang baik dan lengkap- tmasuk klinik di desa2 / kawasan pedalaman atau terpencil. -meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan -Penerapan tentang penjagaan kesihatan dalam subjek seperti PJK. -Membawa balik pakar perubatan yang bertugas di luar Negara 2. Peranan Kementerian Kesihatan -Menggalakkan kajian dlm bidang perubatan -galakan kepada pegawai perubatan untuk meningkatkan kepakaran / kemahiran / kecekapan- kursus / penyelidikan dll. -Memberikan perkhidmatan yang cekap dan bkualiti -Menyebarkan info kesihatan kepada org ramai; Cth- info tentang jenis2 penyakit, simptom2, punca dan cara mengelakkan jangkitan -Memberi kesedaran kepada masy. 3. Kesedaran orang ramai. -Ibu bapa- terapkan amalan mementingkan kebersihan kpd anak2 sejak dari kecil -Kesedaran tentang “mencegah lebih baik drp mengubati” -Menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala atau bila ada tanda2 awal untuk mengelakkan penularan. |
4 | Kebaikan bank stem sel Kelemahan bank stem sel | 1.Tempat menyimpan aset biologi yang selamat dan terancang - tempat menyimpan stem sel untuk kegunaan jangka panjang -Tidak ada tarikh luput -cth: untuk kegunaan rawatan bagi diri individu sekiranya menghadapi masalah kesihatan / kemalangan di masa hadapan 2. Alternatif perubatan yang semakin releven -menyelamatkan nyawa bayi dan keluarga -untuk penyakit kritikal yang memerlukan rawatan segera, individu tidak perlu menunggu lama untuk mencari penderma yang sesuai -stem sel boleh dikeluarkan dari bank stem sel bila2 masa yang diperlukan 3.Membantu dalam proses merawat individu lain -Membolehkan pihak kesihatan membantu merawat / menyembuhkan individu lain. -Darah tali pusat boleh digunakan untuk menjana sel-sel atau tisu2 gantian bagi merawat lebih 70 penyakit spt parlinson, Alzheimer, barah, serangan jantung dll. 1.Kemungkinan berlaku penyimpan pecah amanah - disalahgunakan tanpa pengetahuan penyimpan; digunakan sebagai bahan ujikaji / eksperimen, kegunaan peribadi, dijual untuk mengaut keuntungan. 2. Penyimpanan tanpa digunakan -keberkesanan darah tali pusat ke atas saudara jauh atau individu di luar kelompok keluarga bergantung kepada penyakit yang dihadapi. Cth- darah tali pusat bayi yang menghadapi sindrom down hanya boleh digunakan ke atas bayi itu sendiri sahaja. *jawapan lain yang difikirkan sesuai. |