Selamat Datang ke Ruai Aman. Blog Berinformasi dan BerilmiahTerima kasih atas kunjungan anda. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

Welcome To My Ruai

Mar 9, 2011

Teknologi Satelit

Definisi Satelit
Mengikut ilmu astronomi, satelit merupakan suatu objek di angkasa yang berputar mengelilingi suatu objek lain yang lebih besar, dan kekal berada dalam graviti objek tersebut.
Bulan adalah satelit kepada planet bumi. Bumi pula merupakan satelit kepada matahari.
Umumnya: satelit ialah objek di ruang angkasa buatan manusia yang beredar mengelilingi bumi.

Jenis satelit
1. Satelit astronomi digunakan untuk memerhati dan mengkaji planet, bintang dan objek-objek jauh lain.
2. Satelit komunikasi digunakan untuk tujuan telekomunikasi. Siaran radio dan televisyen boleh dipancarkan menggunakan frekuensi gelombang mikro.
3. Satelit pantau bumi digunakan untuk memantau permukaan bumi melalui orbit untuk tujuan pemerhatian alam sekitar, kaji cuaca atau pembuatan peta.
4. Satelit pandu arah digunakan untuk navigasi dan pembuatan peta. Isyarat masa radio membolehkan pengguna mengetahui kedudukan mereka dengan tepat.
5. Satelit cuaca mencatat dan mengirimkan maklumat tentang keadaan cuaca dan iklim bumi.
6. Stesen angkasa merupakan satu 'bangunan' untuk membolehkan manusia hidup di angkasa lepas. Stesen ini telah direka untuk membolehkan ia didiami selama beberapa bulan / tahun.
7. Satelit ketenteraan merupakan satelit komunikasi atau satelit pantau bumi yang digunakan oleh pihak tentera.
8. Satelit kecil seperti satelit mini (500 – 200 kg), satelit mikro (10 – 200 kg) dan satelit nano (di bawah 10 kg).

Kebaikan Teknologi satelit
1. Merapatkan hbngan penduduk dunia
- Televisyen satelit memudahkan interaksi
- Mewujudkan keharmonian sejagat

2. Menambahkan pengetahuan dan meluaskan pandangan
- Televisyen satelit membekalkan pelbagai jenis rancangan; isu politik, ekonomi, pendidikan, hiburan dll
- Melahirkan manusia celik maklumat
- Membantu pembangunan negara

3. Membantu mengesan bencana alam / perubahan cuaca
- Satelit pantau bumi dan satelit cuaca dapat membantu mengesan perubahan cuaca- manusia boleh bersedia lebih awal
- Mengelakkan korban dan kerugian

4. Pertahanan dan keselamatan
- Satelit ketenteraan membantu dalam memajukan sistem pertahanan seklaigus menjamin keselamatan negara.

5. Penerokaan angkasa lepas
- Satelit astronomi membantu saintis mengkaji planet dalam sistem cakerawala.
- Memudahkan kajian- manusia tidak perlu mengambil risiko.

6. Memajukan bidang aeroangkasa
- Mencipta jet / kapal angkasa dll
- Melahirkan pakar dalam bidang angkasa lepas [angkasawan / ahli astronomi]

Keburukan Teknologi Satelit
1. Menyebarkan pengaruh budaya kuning
- Penggunaan stesen televisyen satelit membolehkan pelbagai rancangan dari luar negara dapat ditonton di negara ini.
- Ada rancangan seperti ‘Dallas’ [seks], ‘Rambo’ [ganas].
- Mendatangkan kesan sosial negatif- mengancam perpaduan & pembangunan

2. Penyalahgunaan untuk tujuan propaganda
- Digunakan untuk menyebarkan fitnah, khabar angin untuk menjatuhkan negara atau pemimpin lain.
- cth; tuduhan AS bahawa ahli parlimen Malaysia mengamalkan rasuah.

3. Pengintipan
- Ada pihak yg menggunakan satelit untuk tujuan mengintip negara lain terutama dalam aspek pertahanan.
- Memungkinkan peperangan- kesan buruk.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...