Selamat Datang ke Ruai Aman. Blog Berinformasi dan BerilmiahTerima kasih atas kunjungan anda. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

Welcome To My Ruai

Mar 9, 2011

Krisis Air

Pengertian
Krisis air merujuk kepada status sumber air relatif kepada permintaan manusia sejak tahun 1970-an kepada masa kini. Istilah "krisis air" digunakan di seluruh dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menunjukkan situasi sumber air mentah ketika ini.
Dunia kita mempunyai air bersih yang terhad yang tersimpan di dalam tanah, permukaan bumi dan atmosfera.
Masyarakat umum kadangkala tersalah anggap bahawa lautan adalah sumber air sedia ada tetapi mereka tidak memahami untuk menukar air masin kepada air bersih adalah sukar

Terdapat beberapa manifestasi utama dari krisis air.
• Kekurangan bekalan air minuman yang selamat kepada lebih kurang 1.1 bilion manusia.
• Penggunaan air bawah tanah yang boleh menyebabkan kekurangan hasil pertanian].
• Penggunaan berlebihan dan pencemaran sumber air yang mengganggu kepelbagaian bio.
• Konflik serantau yang diakibatkan oleh sumber air yang terhad yang boleh menyebabkan perang.

Mengikut Bank Dunia, 88 peratus dari penyakit disebabkan oleh meminum air yang tidak bersih, kekurangan sanitasi dan kurang penjagaan kebersihan.
Pada mulanya manifestasi dari krisis air tidak begitu teruk tetapi tahap populasi manusia yang semakin bertambah pada abad ke-20 mengurangkan kuantiti air bersih. Ini diburukkan lagi dengan kemarau yang mengganggu keseimbangan bekalan air bersih.


Punca utama krisis air
1. Kekurangan sumber air yang boleh digunakan
- Pertambahan penduduk dunia terutama dalam abad ke-20- permintaan / penggunaan begitu tinggi

2. Pencemaran air:
- Perkembangan industri perkilangan / penternakan / pertanian mencemarkan air bersih di sungai. Sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab manusia membuang sambang ke dalam sungai.

3. Kemarau:
- Kemarau yang panjang dan pemanasan global turut menyumbang kepada kekurangan sumber air bersih sekaligus mendorong kepada krisis air.

4. Penebangan hutan:
- Hutan ialah ekosistem penting kerana ia mengandungi lebih 60 peratus kepelbagaian hayat dunia. Kepentingan hutan meliputi fungsi ekologi dari segi perlindungan tanah dan lembangan, ekonomi, kepada "Peparu Bumi" kerana tanaman hijau menyerap karbon dioksida sewaktu proses fotosintesis dan melepaskan oksigen ke atmosfera. Hutan juga menjadi kawasan tadahan air yang berfungsi antaranya sebagai kawalan banjir.
Malangnya, penyahhutanan hutan tanah tinggi yang berleluasa telah membinasakan alam semula jadi dan juga memusnahkan "hutan awan" (cloud forest) yang boleh mengakibatkan kehilangan sumber air yang berharga. Membinasakan hutan bukit boleh menyebabkan kehilangan sumber air yang banyak kerana tanpa pokok, sebahagian besar lembapan di udara akan kekal di tempatnya sehingga proses hujan berlaku.


Krisis air di Malaysia
Malaysia bertuah kerana mempunyai sumber air yang banyak. Kedudukannya di garisan Khatulistiwa memberikannya hujan sepanjang tahun. Selain itu Malaysia dirahmati dengan lebih dari 150 buah sungai yang merupakan sumber air mentah utama. Walau bagaimanapun terdapat beberapa krisis air yang berlaku seperti:
• Krisis air di Lembah Kelang 1998
• Krisis air di Durian Tunggal, Melaka pada tahun 1991
• Beberapa siri tumpahan minyak diesel ke dalam sungai


Kerajaan mempunyai beberapa pilihan untuk memenuhi permintaan bekalan air seperti
1. Air bawah tanah:
- Pada dasarnya, kira-kira 97 peratus daripada air terdapat di dalam tanah dan secara purata setiap meter padu tanah mengandungi 350 hingga 500 hingga liter air.
Air yang terperangkap dalam matrik tanah melainkan tanah akuifer mengandungi campuran pasir dan batu kerikil dan oleh kerana itu hanya tempat tertentu seperti Olak Lempit, Selangor yang mempunyai air bawah tanah. Namun jumlah air yang ada agak terhad.

2. Desalinasi:
- Melalui kaedah ini, air laut akan dipam dan didesalinasikan di sebuah loji khas yang dibina untuk tujuan tersebut. Namun kos pembinaan loji desalinasi sangat tinggi. Negara jiran iaitu Singapura berhasrat membina loji desalinasi yang mampu mengeluarkan air sebanyak 136 juta liter air sehari dengan kos dianggarkan sebanyak S$1 bilion (RM2.36 bilion). Kos mahal dan hasil keluaran rendah.

3. Menjaga kebersihan sungai:
- Selain itu, kaedah penjagaan sungai dengan mengelakkan pencemaran juga boleh membantu membekalkan air bersih yang berterusan di samping menjimatkan kos rawatan. Memakan belanja yang besar dan mengambil tempoh yang lama untuk membersihkannya sementara air yang dibersihkan belum tentu mencapai tahap piawaian yang dikehendaki.

4. Mengurangkan air tiada hasil (non revenue water):
- Usaha-usaha untuk mengurangkan air tiada hasil atau non reuenue water (NRW)) termasuk bekalan air yang tidak dapat dikutip bayarannya kerana kesilapan meter, kecurian, kebocoran dan sebagainya. Menurut Jabatan Bekalan Air (JBA) Selangor, masalah kebocoran air di Selangor hanya sekitar 16 peratus berbanding di Singapura dan Jepun yang mencatat kadar NRW hanya 10 peratus. (Syabas) membelanjakan RM1 bilion dalam masa 10 tahun untuk mengatasi masalah ini.

5. Pembinaan empangan:
- Pada musim kemarau, jumlah aliran air di sungai mungkin akan mencapai tahap terendah tetapi bantuan empangan akan membolehkan aliran air di sungai sentiasa stabil walaupun ketika kemarau.


Info Tambahan
Menurut RMK-9, keutamaan akan diberikan bagi pembangunan penyaluran air antara negeri dan antara lembangan bagi mengatasi masalah kekurangan air dan agihan sumber air yang tidak serata dalam negara.
Salah satu projek yang kini menjadi polemik terutamanya di kalangan aktivis alam sekitar ialah Projek Penyaluran Air Mentah Antara Negeri dari Pahang ke Selangor (Pahang-Selangor ISRWT). Pembinaan projek ini dijadual dilaksanakan dalam tempoh RMK9 (2006-2010).
Sebagai satu lagi langkah untuk menampung keperluan air masa depan negara, terdapat juga cadangan untuk membina 47 empangan baru. Kos pembinaan empangan-empangan tersebut, projek-projek air antara negeri serta projek sumber air yang lain dijangka mencecah angka RM52 bilion!


Langkah penjimatan air semakin mendesak
1. Membina empangan dan menyalurkan air antara negeri

2. Pentingnya mengatasi masalah ‘Air Tak Berhasil’ (NRW) yang menurut perangkaan, kerajaan berada di sekitar 50 peratus daripada jumlah air yang dibekalkan.
- Faktor2 yang menyumbang kepada NRW termasuk paip pecah dan bocor (terutamanya kerana paip simen asbestos yang uzur) serta perbuatan mencuri air (sambungan haram ke kawasan perkampungan setinggan dan perbuatan mencuri air yang lain).

3. Pentingnya penjimatan penggunaan air serta mempromosi peranti penjimatan air yang pernah dibincang tetapi tidak dilaksanakan secara besar-besaran.

4. Mendirikan bangunan dan rumah yang dilengkapi peranti penjimatan air.
“Alat-alat seperti paip pancuran mandi yang lebih menjimatkan di samping dwialat pengepam untuk tandas yang seharusnya menjadi keperluan asas projek perumahan baru.

5. Sistem mengepam tandas yang ada membazirkan air sehingga 3 hingga 4 liter air bersih. Ini mungkin hampir 30-40 peratus daripada air yang digunakan setiap hari. Jika anda dapat menjimatkan 50 peratus daripada penggunaan itu, anda boleh menjimatkan 20 peratus daripada penggunaan air anda.

6. Semua kawasan perumahan perlu mempunyai sistem untuk mengumpul air hujan yang mungkin dapat membantu untuk mengawal banjir di musim hujan selain menyediakan air semasa musim kemarau.

7. Kesedaran; sehingga kini air tidak diberi nilai ekonominya yang sebenar dan ini menyebabkan orang tidak teragak-agak daripada membazirkannya.
Kecuali kita menyedari nilai sebenar air, kita tidak akan ada insentif untuk menjimatkan penggunaannya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...