Selamat Datang ke Ruai Aman. Blog Berinformasi dan BerilmiahTerima kasih atas kunjungan anda. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

Welcome To My Ruai

Teknik Menulis Esei

PENDAHULUAN
- cukup hanya memasukkan 2 - 3 ayat sahaja.
Ayat 1: Penyataan umum tentang tajuk.
Ayat 2 & 3: Penyataan yang menyokong tajuk / menggambarkan isi esei.

ISI
- Cukup memasukkan 4 - 5 isi penting [tertakluk kepada panjang huraian agar tidak melebihi jumlah patah perkataan yang ditetapkan]. Bermaksud jumlah perenggan isi ialah antara 4 atau 5 perenggan sahaja.
- Isi seboleh-bolehnya ditulis dalam ayat pertama setiap perenggan.
Ayat 1: Isi penting
Ayat 2 - 5: huraian dan contoh yang menyokong isi.
- Hujah mesti melambangkan kesatuan idea.
- Hujah mesti menunjukkan kematangan / kebijaksanaan dan pengetahuan yang luas.

PENUTUP
- Cukup hanya 2 atau 3 ayat sahaja.
- Ayat 1: Rumusan ringkas tentang keseluruhan esei [Tidak boleh mengulang isi]
- Ayat 2: Cadangan / saranan
- Ayat 3: Harapan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...