Selamat Datang ke Ruai Aman. Blog Berinformasi dan BerilmiahTerima kasih atas kunjungan anda. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

Welcome To My Ruai

Mar 9, 2011

Pencemaran Pulau / Pantai Peranginan

Contoh pulau / pantai peranginan di Malaysia: Pantai Cahaya Bulan, Pantai Port Dickson, Pantai Batu Feringgi, Pulau Langkawi, Pulau Sipadan, Pulau Tioman dan Pulau Pangkor.


Punca Pencemaran
(i) Kelemahan dasar negara berpunca daripada kurangnya bantuan dari pihak Kerajaan Negeri, undang-undang asas yang tidak mencukupi dan struktur organisasi pengurusan sisa pepejal yang lemah terutamanya di pulau peranginan di Malaysia.

(ii) Ketiadaan pelan induk pengurusan sisa pepejal di pulau peranginan menyebabkan kurang pertimbangan diberikan dalam pengurusan sisa pepejal apabila meluluskan pelan projek pembangunan yang mempunyai kawasan guna tanah yang terhad.

(iii) Masalah kewangan, tenaga kerja yang kurang, penyelidikan yang tidak dirancang, pegawai penguatkuasa yang tidak mencukupi dan tidak diberi latihan kesihatan kepada orang awam untuk tujuan memupuk kesedaran awam mengenai kesan buruk membuang sisa pepejal merata tempat.

(iv) Ketiadaan tapak pelupusan sanitari, penggunaan teknologi yang kurang sesuai dan tidak berkeupayaan, pengurusan dan penyelenggaraan kenderaan atau jentera yang tidak cekap.

(v) Tiada penyelarasan antara agensi-agensi yang terlibat dalam pengurusan sisa pepejal serta kekurangan penglibatan pihak swasta.


Langkah mengatasi
1. Dasar Negara Mengenai Pengurusan Sisa Pepejal
Dasar negara yang kukuh dan berkaitan dengan perancangan atau program yang bertujuan untuk meningkatkan pengurusan sisa pepejal secara bersepadu supaya usaha-usaha berkaitan yang dijalankan dapat memberi hasil yang sewajarnya kepada masyarakat dan alam sekitar.

2. Penguatkuasaan, Pendidikan Dan Kesedaran Awam
Penguatkuasaan undang-undang kecil dan peraturan-peraturan yang telah digubal untuk membantu Pihak Berkuasa Tempatan harus dijalankan dengan berkesan dalam pengurusan sisa pepejal. Tindakan u2 harus dikenakan kepada penduduk dan pelancong yg membuang sampah di merata tempat.

3. Bantuan Dari Kerajaan Negeri Dan Persekutuan
Bantuan yang diperlukan adalah seperti sumber kewangan dan teknikal, latihan atau kursus teknikal dan mengenalpasti tapak pelupusan dengan lokasi yang strategik adalah diperlukan supaya pengurusan sisa pepejal secara bersepadu lebih berjaya di pulau peranginan di Malaysia.

4. Kekurangan Kakitangan Dan Kelemahan Penswastaan harus di atasi
Pengurusan sisa pepejal yang melibatkan operasi dan penyelenggaraan bergantung kepada penggunaan secara intensif pekerja-pekerja yang tidak mahir dan separuh mahir. Oleh itu, umlah kakitangan harus mencukupi.
Untuk mengatasi masalah pengurusan sisa pepejal, PBT tidak harus membuat pilihan secara tergesa-gesa menswastakan perkhidmatan-perkhidmatan dalam pengurusan sisa pepejal. Jika hal ini berlaku, ia akan menyebabkan terjadinya pelbagai masalah disebabkan perhatian yang tidak teliti diberikan semasa penyediaan kontrak kepada syarikat-syarikat swasta.

5. Pembangunan Tapak Pelupusan Sanitari
Belum ada tapak pelupusan sanitari dipraktikkan di Pulau Tioman dan lain-lain pulau peranginan di Malaysia dan kebiasaannya mengamalkan pelupusan secara terbuka (open dumping). Keadaan tapak pelupusan secara terbuka menggalakkan pemungut barangan buangan (scavenger), binatang-binatang liar mencari makanan, pencemaran alam sekitar dan pembakaran terbuka di tapak pelupusan. Kesan-kesan seperti ini mengganggu kualiti hidup penduduk yang tinggal berdekatan dengan tapak pelupusan terutama di kawasan yang mempunyai guna tanah yang terhad seperti di Kg. Mukut di Pulau Tioman.

6. Penggunaan Teknologi Yang Berkeupayaan
Pihak Berkuasa Tempatan dan Kerajaan Persekutuan berpendapat bahawa penggunaan loji rawatan terma adalah cara penyelesaian untuk melupuskan sisa pepejal di Pulau peranginan. Bagaimanapun untuk mengendalikan dan mengurus operasi loji rawatan terma memerlukan penglibatan tenaga mahir, separuh mahir dan perbelanjaan yang tinggi bagi menjalankan operasi dan penyelenggaraan.

Contoh Usaha Pembersihan
Operasi Pembersihan Pantai Mei 2008
Negeri Johor Darul Takzim merupakan negeri di Semenanjung Malaysia yang mempunyai jajaran pantai yang terpanjang sekali iaitu sepanjang 400 km yang menyebabkannya sentiasa terdedah kepada risiko pencemaran tumpahan minyak.
Kawasan pantai dan persisirannya merupakan kawasan sensitif kepada alam sekitar yang mempunyai kepentingan dan fungsi yang pelbagai. Antaranya pantai-pantai peranginan dan pulau-pulau rizab taman laut yang merupakan kawasan pelancongan. Pencemaran tumpahan minyak yang berlaku telah menjejaskan kegunaan berfaedah kawasan-kawasan sensitif alam sekitar ini.

Pantai Teluk Ramunia, Pengerang, Kota Tinggi
Pantai Teluk Ramunia terletak kira-kira 90km dari Bandar Kota Tinggi. Tempatnya yang popular di kalangan pengunjung menyebabkan beberapa resort telah disediakan. Selain itu, pengunjung juga boleh melakukan pelbagai aktiviti sukan air berkayak, jet-ski, menyelam dan sebagainya. Bagi menikmati panorama indah, kemudahan basikal juga disediakan. Tidak jauh dari pantai ini terdapat komuniti perkampungan nelayan yang sedia untuk dikunjungi.

Berdasarkan rekod Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, sebanyak 11 dan 16 kes direkodkan masing-masing bagi tahun 2006 dan 2007 yang melibatkan kejadian pencemaran tumpahan minyak di laut dan pantai-pantai di Negeri Johor. Kawasan yang sering terlibat adalah pantai-pantai di kawasan Desaru, teluk Ramunia dan Pengerang, Kota Tinggi dan di Kukup, Pontian. Dalam beberapa kes, Pelan Tindakan Pembersihan Pantai telah diaktifkan untuk membersihkan pencemaran tumpahan minyak ini. Punca-punca pencemaran tumpahan minyak ini telah dikenalpasti akibat pembuangan sisa enapcemar minyak daripada aktiviti mencuci tangki kapal di laut dan kejadian pelanggaran kapal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...