Selamat Datang ke Ruai Aman. Blog Berinformasi dan BerilmiahTerima kasih atas kunjungan anda. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

Welcome To My Ruai

Feb 19, 2011

Pembentangan: Jenayah Siber

Internet
Hari ini, internet menjadi satu wadah penyebaran maklumat yang penting. Pelbagai maklumat, idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet. Keadaan ini menimbulkan kegusaran kepada ramai pihak terutama berkaitan hal penyalahgunaan internet.

Kelebihan Internet – tanpa sempadan
Keupayaan Internet sebagai alat komunikasi jauh mengatasi alat-alat komunikasi yang ada sekarang. Ia juga bersifat interaktif [dua hala]. Internet adalah satu platform yang menyediakan maklumat daripada berjuta-juta pengguna dan pengkaji selidik dari seluruh dunia. Internet memungkinkan seseorang menyebarkan maklumat dan berinteraksi dengan orang lain yang mungkin beribu-beribu batu jauhnya.

Malaysia membuat keputusan tidak menapis dunia siber sejajar dengan Seksyen 3(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga mengisytiharkan bahawa tiada suatu pun peruntukan di bawah akta tersebut yang membenarkan sebarang penapisan maklumat berlaku.

Negara Cuba dan China, mengamalkan penapisan maklumat secara total atau separa. Mereka menganggap kandungan yang dibawa di dalam Internet sebagai ancaman ideologi kepada penduduk mereka. Namun demikian, banyak juga negara yang mengambil sikap sederhana dengan hanya menapis maklumat yang dianggap merosakkan fikiran orang awam.

Klasifikasi Jenayah siber
1. Penipuan
2. Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer.
3. Kecurian maklumat.
4. Capaian secara tidak sah keatas sistem
5. Menyalin perisian secara tidah sah.
6. Pengintipan
7. Judi siber
8. Skim cepat kaya
9. Pornografi
10. Penggodam atau "Hacker"
11. Penyebaran virus

Faktor Jenayah Siber Sukar Dibendung
1. Penjenayahnya sukar dikenalpasti
"Satu masalah utama untuk membezakan ancaman siber dengan ancaman fizikal adalah untuk menentukan siapa yang menyerang sistem kita, mengapa, bagaimana, dan dari mana," Michael A. Vatis dari FBI.

2. Kepentingan ekonomi
E-commerce dan K –ekonomi menjadi begitu penting sekarang. Malaysia contohnya telah membina Multimedia Super Corridor (MSC). Tujuh aplikasi perdana telah dibentuk untuk mewujudkan aktiviti di dalam MSC iaitu sekolah bestari, kad pintar,teleperubatan, kluster R&D, kerajaan elektronik, rangkaian pengilangan sedunia dan pemasaran tanpa sempadan.
Untuk menarik pelaburan asing yang berstatus MSC Malaysia telah memperkenalkan sebuah senarai yang dikenali sebagai Rang Jaminan (Bill of Guarantees) yang antara jaminannya ialah tiada pernapisan internet. Oleh itu tidak bermakna dirangka undang-undang jenayah siber.

3. Berbeza takrifan jenayah
# Jenayah komputer pula melibatkan segala aktiviti jenayah yang biasa dilakukan seperti kecurian, penipuan, peras ugut dan segala aktiviti yang melibatkan perlanggaran undang-undang yang sedia ada.
# Mr Donn B. Parker seorang penyelidik di dalam jenayah komputer dan keselamatan “jenayah komputer adalah mana perlakuan yang mempunyai niat dan dikaitkan dengan komputer melalui apa-apa cara dan menyebabkan mangsa menderita atau boleh menyebabkan penderitaan, kerugian dan berterusan”
# Jabatan Kehakiman US mengatakan bahawa jenayah komputer adalah mana-mana aktiviti yang tidak sah dimana pengetahuan mengenai teknologi komputer digunakan untuk merealisasikannya.

Namun TERDAPAT perbezaan takrifan di sini. Contohnya;
# Bagi negara-negara islam judi, pornografi, pengiklanan seks adalah suatu jenayah tetapi bukan jenayah dikebanyakan negara.
#Di America syarikat hal-hal sebegini dianggap remeh hanya pornography kanak-kanak saja dianggap jenayah .
Dengan adanya takrifan yang berbeza ini sukar untuk dikuatkuasakan undang-undang siber.

4. Demi kepentingan ketenteraan
Sesetengah negara, seperti Amerika Syarikat meletakkan perlindungan daripada serangan berasaskan siber dan jenayah teknologi tinggi sebagai salah satu keutamaan yang penting. Sistem ini bertindak balas terhadap keganasan siber, virus komputer, penggodaman, dan ancaman lain. Situasi ini secara tidak langsung akan menggalakkan ilmu bagaimana untuk menceroboh sistem dan merosakkan komputer berkembang. Secara tidak langsung hacker dilahirkan.

5. Sikap manusia
Sikap manusia memang sesuatu yang sukar dikawal. Mereka menyerang sistem hanya sekadar suka-suka ataupun mencuba ilmu yang baru mereka pelajari. Kebanyakan mereka ini adalah remaja yang belum cukup matang untuk berfikir tentang akibat jenayah yang mereka lakukan.

Kesimpulan
Oleh itu, kita kena mengambil langkah untuk melindungi sistem komputer kita sendiri. Lengkapkan diri kita dengan ilmu tentang komputer dan mungkin kita boleh lindungi sistem komputer kita dengan perisian yang ada di pasaran seperti anti-virus, firewall, pop-up blocker, anti-spyware dan apa saja perisian keselamatan yang lain. Sumber: internet
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...