Selamat Datang ke Ruai Aman. Blog Berinformasi dan BerilmiahTerima kasih atas kunjungan anda. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

Welcome To My Ruai

Feb 2, 2011

Contoh Soalan & Skema Jawapan [SIRI 4]

BAHAGIAN A
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan.

1. Perkhidmatan jalur lebar amat berpotensi memacu pembangunan negara. Pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara dan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi pada 24 Mac 2010 telah menjadi satu usaha kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada seluruh negara bagi memenuhi keperluan aktiviti ekonomi yang tinggi. Bincangkan.
2. Kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan pengangkutan awam semakin membimbangkan masyarakat Malaysia dan fenomena ini boleh dimininumkan dengan pelbagai langkah. Bincangkan.

BAHAGIAN B
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan.

3. Belakangan ini, permainan komputer telah menjadi satu kegilaan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja serta telah membawa pelbagai kesan kepada mereka. Bincangkan.
4. Pengamalan Teknologi Hijau amat bermanfaat kepada dunia. Bincangkan.

BAHAGIAN C
Pilih dua soalan dalam bahagian ini; satu daripada soalan 5[a] atau 5[b] dan satu lagi daripada soalan 6[a] atau 6[b].                                                                             [20]
5 [a] “Terdapat pelbagai definisi mengenai forensik computer. Tetapi secara umumnya, istilah ini merujuk kepada penggunaan teknik menganalisa dan menyiasat untuk mengenal pasti, mengambil, memeriksa dan memelihara bukti atau maklumat yang disimpan, dipadam atau disembunyikan dalam bentuk digital untuk membolehkan bahan itu dikemukakan  di mahkamah. Seperti juga sains forensic biasa yang berusaha mendapat bukti seperti cap jari, analisa darah dan bukti gen melalui DNA, forensic computer juga berusaha mengumpul bukti-bukti dalam bentuk elektronik.”
                                                            Diubahsuaikan daripada Estidotmy, edisi 35, 2004]
[i] Apakah yang dimaksudkan dengan sains computer?
[ii] Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan langkah-langkah untuk membendung jenayah siber?

ATAU

5 [b] “Penduduk kampong yang ingin menyertai “program homestay” perlu menghadiri latihan seperti cara-cara melayan tetamu dan memastikan rumah mereka mempunyai bilik dan bilik air yang sempurna. Kebanyakan pelancong berminat tinggal bersama-sama masyarakat tempatan untuk menegali cara hidup dan mengikuti aktiviti seharian seperti melihat kebudayaan dan kraf tangan yang terdapat di kampong tersebut.”
                                                            Disesuaikan daripada Berita Harian, 15 Februari 2006]
[i] Apakah yang anda faham tentang konsep “homestay”?
[ii] Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, bincangkan faedah-faedah “program homestay” kepada penduduk setempat.
                                                                                   
DAN

6 [a] “Hydroxypatite” merupakan bahan istimewa dalam menghasilkan tulang sintetik atau tulang gentian kerana komposisi kimianya hamper menyamai mineral tulang semula jadi manusia. Gentian tulang sintetik dihasilkan bagi tujuan aplikasi pembedahan. Potensinya cukup memberangsangkan kerana tiada kesan sampingan, infeksi atau kesakitan.”
                                                            Disesuaikan daripada Majalah INFO 2008]
[i] Apakah yang dimaksudkan dengan gentian tulang sintetik?
[ii] Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan kepentingan penghasilan gentian tulang sintetik.

ATAU

6 [b] “Malaysia menggunakan pelbagai pendekatan untuk membanteras penagihan dadah yang menjadi ancaman utama kepada bangsa dan Negara. Namun begitu, jumlah penagih dadah di Negara ini terus meningkat. Segala usaha yang dijalankan oleh kerajaan nampaknya kurang berkesan.”
                                                [Disesuaikan daripada Dewan Masyarakat, Oktober 2004]
[i] Apakah dilema yang dihadapi kerajaan Malaysia untuk membanteras penagihan dadah?
[ii] Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan bagaimana cara anda mengelakkan diri sendiri daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah?


SKEMA JAWAPAN
[Soalan 1] Kehendak soalan: membincangkan potensi perkhidmatan jalur lebar.
҉  Memudahkan akses maklumat
-          Melahirkan masyarakat bermaklumat / berilmu
҉  Mewujudkan peluang pekerjaan baru
-          Pekerjaan dalam bidang ICT / animasi / grafik dll
҉  Mewujudkan industri sampingan
-          Industri kecil / desa / tradisional  boleh diperluaskan ke peringkat global
҉  Menjadikan negara lebih berdaya saing
-          Menarik minat pelabur asing

[Soalan 2] Kehendak soalan: membincangkan punca dan langkah menangani kemalangan kenderaan pengangkutan awam.
҉  Faktor 1: sikap pemandu
-          Tidak mengendahkan peraturan j/raya, cuai, mementingkan diri dll
҉ Faktor 2: sikap syarikat pengangkutan
-          Mementingkan keuntungan dengan mengerah tenaga pemandu- pemandu letih dan hilang tumpuan.
҉ Langkah 1: Penguatkuasaan undang2 /      peraturan
-          System 2 orang pemandu, kompaun dikenakan kepada pemandu dan syarikat yang langgar peraturan

[Soalan  3] Kehendak soalan: membincangkan kebaikan dan keburukan permainan berkomputer
҉  kebaikan 1: dapat merangsang minda dan kreativiti  kanak2 dan remaja.
-          Melatih pemikiran kritis, cepat membuat keputusan yang tepat
҉  kebaikan 2: Dapat meredakan tekanan
-          Tekanan pelajaran dan pergaulan dalam kalangan remaja
҉  keburukan 1: mempengaruhi pemikiran
-          Aksi ganas dan agresif boleh menjadi ikutan kanak2 dan remaja.
҉  keburukan 2: menjejaskan kesihatan
-          Boleh menjejaskan kesihatan mata dan telinga


[Soalan 4] Kehendak soalan: membincangkan 4 kepentingan teknologi hijau.
҉  Tenaga yang bersih dan selamat
-          Penggunaan sumber yang tidak mendatangkan pencemaran
҉  Tenaga yang boleh diperbaharui
-          Tenaga solar, angin dan biogas berpotensi dimajukan dan menjimatkan.
҉  Membantu dalam pemuliharaan alam sekitar
-          Teknologi ini rendah karbon dan bersifat mesra alam.
҉  Membuka ruang kepada penyelidikan
-          Penyelidik boleh menjalankan kajian untuk menghasilkan inovasi baru / produk baru.

҉  Soalan 5a
[i] sains forensik adalah berkaitan dengan tugas pembuktian / penyiasatan terhadap kes jenayah secara digital.
[ii] Penguatkuasaan undang2 seperti Akta Jenayah Komputer 1997.
-Mewujudkan jalinan kerjasama antarabangsa

҉  Soalan 5b
[i] Pelancong tinggal bersama-sama dengan penduduk tempatan untuk merasai pengalaman dan mengetahui cara hidup mereka.
[ii] – Memberi peluang pekerjaan untuk menambahkan pendapatan.
-Menggalakkan penduduk setempat menjaga kebersihan dan keindahan kampong atau kawasan petempatan.

҉  Soalan 6a
[i] Tulang gentian sintetik ialah hasil bahan kimia yang digunakan dalam pembedahan bagi menggantikan tulang asal manusia.
[ii] Membantu memperbaiki keadaan fizikal tulang yang rosak akibat kemalangan.
-Mengurangkan kos perubatan dengan cara mengurangkan kebergantungan kepada produk import.

҉  Soalan 6b
[i] Jumlah penagih dadah semakin meningkat dan langkah pencegahan yang dilaksanakan tidak berkesan.
[ii] Mengetahui kesan pengambilan dadah untuk member kesedaran dalam diri.
-Bijak memilih kawan agar tidak terjebak dengan penagih.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...