Selamat Datang ke Ruai Aman. Blog Berinformasi dan BerilmiahTerima kasih atas kunjungan anda. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

Welcome To My Ruai

Dec 27, 2011

Genom Melayu

KUALA SELANGOR 27 Dis. 2011 - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan pemetaan Genom Melayu yang berjaya dihasilkan sekumpulan saintis Universiti Teknologi Mara (UiTM), sekali gus meletakkan negara ini setanding dengan negara-negara maju dalam bidang bioteknologi.

Menurut beliau, pencapaian sains yang canggih telah membuktikan bahawa risiko seseorang mendapat penyakit dan kesesuaian sesuatu ubat diberikan ada kaitan dengan latar belakang genom seseorang.

“Pendekatan yang dikenali sebagai personalised medicine ini adalah antara kemajuan sains dan teknologi yang dibangunkan di negara-negara maju. Malah hari ini julukan dan pemetaan genom individu digelar Genom Melayu berjaya dilaksanakan oleh para saintis UiTM,” kata beliau ketika berucap melancarkan jaringan kerjasama rakan kongsi Bionexus (BNP) dan penyempurnaan Genom Melayu di kampus UiTM Puncak Alam, di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, pendedahan deraf genom ini adalah selari dengan usaha negara maju di Asia dan Eropah yang sedang giat menjana maklumat mengenai genom rakyat mereka sendiri agar dapat digunakan untuk membangunkan strategi kesihatan paling sesuai untuk penduduk setempat.
Oleh Helmi Mohd. Fuad [UTUSAN]

Dec 25, 2011

Merry Christmas[ Christians only] and Happy New Year untuk semua pembaca. Semoga hidup anda semua sentiasa diberkati dan dilimpahi kebahagian serta kejayaan.

Sebut tentang tahun baru... teringat pulak azam tahun 2011 yang belum tercapai. Bukan main bersemangat nak jadi novelis tapi... hemmmm..., teringat dua novel yang dah siap tak dihantar lagi ke mana-mana penerbit [hehe... sekadar nak cuba nasib ler...] kalau tak cuba mana tahu kan?

Azam kedua 2011, nak sambung belajar. Seminggu lebih yang lalu, dapat surat tawaran melanjutkan pelajaran! Ha... apa lagi, peluang dah terbenatng di depan mata. Tapi hati ini, alahai.... masih mencongak-congak lagi. Itu ler sebabnya azam selalu tak tertunai, sebab asyik dok pikiq macam-macam.

Nampak gaya, kena sambung azam tahun 2011 ler ni. Hati kecil aku kuat membisikan, aku perlu lunaskan 2 azam besarku bagi tahun 2011 di tahun akan datang! Aku mesti berusaha.

Haaa... azam anda semua amacam? Jangan pulak kata malas pasang azam ataupun takde azam. Tak mau le lagu tu. Mesti ada azam, baru semangat juang tu lebih terasa. Kalau tidak, alahai... hidup macam takde makna. So... 2012 menunggu anda, fikir-fikirkan dan selamat berazam!

Dec 21, 2011

Manfaatkan Cuti Anda

Cuti sekolah atau cuti belajar?

Kalau cuti sekolah, bermaksud tidak berlangsungnya sesi persekolahan @ proses pengajaran dan pembelajaran. Tetapi pernahkah kita berfikir tentang pengertian cuti belajar? Adakah ia bermaksud kita bercuti dari belajar dan melupakan semua hal-hal yang berkaitan dengan belajar / sekolah?

Opppssss... bukan maksud saya untuk mengupas tentang cuti sekolah atau cuti belajar. Cuma saya ingin mengajak pembaca terutama anda yang masih bersekolah.

Apakah pengisian terbaik untuk cuti seorang pelajar?

Berikut ialah antara aktiviti yang berfaedah agar cuti anda tidak sia-sia;

1. Manfaat waktu bersama keluarga
Semasa sesi persekolahan berlangsung, masa banyak dihabiskan di sekolah terutama bagi pelajar asrama. Jadi, cuti adalah masa terbaik untuk anda berkumpul bersama keluarga. Mungkin anda boleh mengesyorkan kepada ibu bapa untuk meluangkan masa balik kampung bertemu datuk dan nenek atau sudara mara. Ataupun bagi keluarga yang mampu, masa cuti sekolah sebegini boleh digunakan untuk bercuti dan bersantai bagi merehatkan minda.

2. Bertemu rakan-rakan.
Anda mungkin jarang bertemu rakan-rakan kerana berlainan sekolah. Ataupun jika anda berpeluang balik ke kampung, inilah waktu paling sesuai untuk bertemu rakan-rakan lama. Mesti best... dapat mengimbas kembali kenangan masa kecil. Jangan nanti anda dianggap lupakan kawan.

3. Memenuhi hobi anda.
Ketika hari persekolahan, kita biasanya sibuk dengan belajar, menyiapkan kerja rumah atau folio. Jika tidak pun, banyak masa kita gunakan untuk mengulangkaji pelajaran ataupun terlibat dengan aktiviti kokurikulum. Jarang kita dapat luangkan masa untuk aktiviti yang kita minat. Nah! Cuti inilah ruang dan peluang yang boleh digunakan untuk melepaskan 'geram'. Lakukan hobi anda sekarang. Jangan bertangguh. Nescaya cuti anda akan terasa lebih bermakna.

4. Belajar
Walaupun musim cuti sekolah memang menyeronokkan tetapi jangan sampai anda lalai. Leka sehingga lupa menjenguk buku sekolah. Luangkan masa untuk mengulangkaji atau mengimbas semula pelajaran lepas. Sebagai contoh, pelajar yang akan menduduki SPM tahun depan wajar mengimbas kembali subjek yang telah dipelajari di Tingkatan Empat. Dengan yang demikian, anda tidak akan lupa fakta subjek tersebut sekaligus memudahkan anda bila belajar di Tingkatan Lima nanti.

Cuti mesti seronok! Jangan bebankan otak anda dengan sebarang masalah atau melakukan aktiviti yang memudaratkan. Jauhi perbuatan yang tidak elok yang boleh merencatkan keseronokan cuti anda.

Dec 19, 2011

Karbon Dioksida

Pengeluaran karbon dioksida terus meningkat. Sumber, CDIAC menyenaraikan 10 buah Negara pengeluar karbon dioksida tertinggi di dunia. Mendahului carta ialah negara China, diikuti oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan EU27 [tidak termasuk Cyprus, Estonia, Latvia, Malta dan Slovenia]. Negara-negara lain yang turut tersenarai dalam carta menjadi penyumbang terbesar karbon dioksida dunia ialah India, Russia, Jepun, Jerman, Iran Korea Selatan dan Kanada.

Tegasnya, mengurangkan pelepasan karbon dioksida demi menjamin kualiti alam sekitar dan kesejahteraan hidup manusia sejagat bukan agenda penting bagi negara-negara terbabit. China dan India pernah menentang protokol pengurangan pelepasan karbon dioksida. Persaingan untuk menjadi negara maju menjadikan sikap rakus mengatasi segalanya tanpa memikirkan impak kepada bumi dan penghuninya.

Vendor

Kalau sebelum ini, kita hanya dapat membeli makanan atau minuman melalui mesin vendor. Walau bagaimanapun, kemajuan teknologi akan membolehkan kita membeli pakaian melalui mesin khas yang dibangunkan oleh Social Merchandise.com ini. Tidak mustahil suatu hari nanti, perniagaan berasaskan penggunaan mesin vendor akan mendapat tempat di hati para pengguna. Nampaknya, cara kita membeli belah akan berubah selari dengan peredaran zaman.

Barangan dijual
#Baju-T, topi, lencana dan aksesori

Kebaikan
# Dapat menjimatkan kos kerana tidak memerlukan khidmat pekerja.

Keburukan
# Tidak menampung sumber tenaga / menyumbang kepada pengangguran.

Dec 15, 2011

Secebis Pengorbanan

Gambar: Pemandangan bandar Sibu dari tingkat 9 Bangunan Persekutuan.
Salam IMalaysia pembaca budiman. Maaf, tak sempat nak update apa-apa dua hari ni. Bukan bosan berblog tetapi jadual harian agak padat. Saat-saat akhir diminta oleh bos untuk mengikuti Lawatan Penanda Aras Untuk Program "Resource Pool" ke PPD Sibu.

PPD Sibu? Alamak, kat mana lokasinya? Kalau setakat bandar Sibu, aku fahamlah sikit-sikit selok beloknya. Tapi kalau dah jauh sikit, aku memang buta lokasi. Mahu tak mahu, aku tebalkan muka mengadap bos. Minta jasa baik bos untuk "meminjam" kakitangan pejabat hantarkan aku ke sana. Ceh! punyalah manja, siap pakai driver lagi. Terima kasih bos.

Seramai 7 orang pengetua, 6 orang penolong kanan dan 4 orang wakil PPD Betong menyertai lawatan tersebut. Terima kasih atas sambutan mesra dan perkongsian Team Resource Pool PPD Sibu. Perkongsian tentang program Resource Pool amat mengujakan. Nampaknya PPD Sibu sudah selangkah ke depan berbanding yang lain.

Apa yang pasti, Program RP yang dilaksanakan oleh PPD Sibu sejak tahun 1993 menggambarkan komitmen, kerjasama dan pengorbanan yang bukan sedikit dalam kalangan warga pendidik di Sibu. Berkorban masa, tenaga dan wang ringgit. Ternyata usaha mereka berbaloi. GPS semua sekolah di Sibu di bawah 6!

Syabas! Secara peribadi saya amat kagum dengan sikap "sanggup berkongsi" rahsia kejayaan dalam kalangan sekolah-sekolah di daerah Sibu [22 buah sekolah]. "Tidak ada sikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing'. Tidak ada rahsia di antara mereka. Sekolah yang cemerlang akan cuba membantu sekolah yang lemah demi menaikkan prestasi sekolah di Bahagian Sibu. Walaupun mungkin ada sikap 'cemburu', itu boleh kita anggap sebagai persaingan sihat.

Syabas PPD Sibu dan warga pendidik di daerah Sibu!

Dec 13, 2011

Hujan

Time-time musim hujan ni, apa kata kita santai sikit. Asyik post "serius" jer, boring jugak. Jadi, kali ni saya kongsikan lirik lagu yang ada kaitan dengan hujan. Saya percaya, ramai yang hafal dan boleh nyanyi lagu ni dengan baik... Kalau nak layan dengan melodi sekali klik sini. Jangan lupa datang lagi yer......

Lagu: Hujan Dan AIr Mata

Penyanyi: Sudirman

Selebat hujan yang turun

Mencurah membasahi bumi

Tidak selebat hujan

Di dalam jiwaku

Sehebat halilintar

Membelah langit yang kelabu

Tidak sepanas petir

Yang membakar hidupku

Oh hujan...

Di antara airmataku

Menitis laju

Bersama pilu pilu

Kucuba menghapuskan

Kenangan waktu silam

Namun bertambah membara

Rindu yang ku sekamkan

Semakin aku mencuba

Semakin terasa siksa

Inikah yang kau tinggalkan

Untuk diriku

Oh kasih...

Dec 10, 2011

Sistem Modular

Pada penghujung tahun 2009, saya mengikuti Taklimat PK Tingkatan Enam di Santubong Resort, Kuching. Antara intipati taklimat tersebut ialah usaha kerajaan memperkasakan semula Tingkatan Enam melalui penjenamaan semula, sistem pengurusan dan sistem pembelajaran. Disebut juga bahawa sistem pembelajaran T6 akan menggunakan Sistem Modular, berbeza dengan sistem yang digunakan selama ini. Walau bagaimanapun, tarikh pelaksanaan belum ditetapkan lagi atas sebab pelaksanaan memerlukan perancangan yang teliti.

Kenapa Sistem Modular?
Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang melanjutkan pelajaran di tingkatan enam mempunyai peluang cerah menjejakkan kaki ke institut pengajian tinggi (IPT). Ini kerana, tingkatan enam ibarat pra-universiti dan dengan keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), ia melayakkan mereka mengikuti program ijazah.

Walaupun STPM bagaikan satu tiket ke IPT, kebanyakan pelajar lepasan SPM kini tidak berminat melanjutkan pelajaran di tingkatan enam sebaliknya memilih program pengajian Asasi, Matrikulasi, Diploma atau di institut pengajian tinggi swasta (IPTS) untuk meneruskan pengajian.

Mana tidaknya, walaupun dikatakan pra-universiti, sistem pembelajarannya tetap dilaksanakan seperti sistem persekolahan biasa di sekolah menengah.

Selain itu, pelajar di tingkatan enam turut merungut kerana perlu belajar mata pelajaran yang membebankan dan apabila mendapat keputusan STPM, mereka tiada peluang ke IPT. Justeru, bagi menarik minat lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke tingkaenam, sistem terminal yang dilaksanakan kini akan di gantikan dengan sistem modular.

Sistem modular adalah sama dengan sistem di universiti yang membabitkan tiga semester.
Menerusi sistem modular, pelajar hanya menumpukan kepada modul semester berkenaan berbanding sistem penggal, pelajar terpaksa mengulang kaji pelajaran dari Tingkatan Enam Bawah hingga Tingkatan Enam Atas.

Kaedah taksiran modular akan mengambil kira empat komponen iaitu penilaian berasaskan kurikulum dengan amalan peperiksaan biasa, projek sekolah, kerja amali dan ujian berasaskan sistem peperiksaan ‘open book’.

Dalam sistem modular, 20 hingga 30 peratus keputusan STPM diperolehi dari tugasan kursus atau projek dan penilaian lain selain kerja amali manakala 70 hingga 80 peratus bergantung kepada peperiksaan akhir pengajian. Peperiksaan akhir tahun masih perlu dalam STPM untuk menentukan tahap keupayaan pelajar apabila memohon ke universiti.

Walaupun sistem itu hanya dilaksanakan menjelang 2011, pelbagai pihak memberi pandangan pro dan kontra.

[# TERKINI: Semasa menghadiri Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Tingkatan Enam [November 2011] kami dimaklumkan bahawa pelaksanaan Sistem Modular sedang menunggu lampu hijau daripada KPM]

Setiausaha Agung, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng, berkata pihaknya menyokong sistem modular menggantikan sistem terminal. Beliau berkata, pembelajaran di tingkatan enam ibarat tadika sebelum masuk darjah satu dan ia perlu disesuaikan dengan suasana persekolahan supaya mereka tidak panik. “Jika dilihat pembelajaran di tingkatan enam sekarang, ia sangat terikat sistem persekolahan biasa.

“Kita mahu pelajar tingkatan enam menuntut dalam persekitaran universiti sebenar kerana ia persediaan awal sebelum melangkah ke IPT.

“Dengan sistem modular, kita dapat membezakan pembelajaran di tingkatan enam dan sekolah menengah walaupun di kawasan yang sama,” katanya.

Katanya, secara tidak langsung, sistem itu mengangkat martabat tingkatan enam dan lagi dianggap pilihan terakhir melanjutkan pelajaran.

“Kita sedia maklum, ada sesetengah pelajar melanjutkan pelajaran di tingkatan enam kerana gagal memperoleh tawaran dari IPT atau matrikulasi.

“Justeru, mereka menganggap tingkatan enam tempat terakhir menyambung pelajaran,” katanya.

Beliau percaya sistem baru ini akan membuka minda pelajar tingkatan enam keluar dari kepompong pelajar sekolah dan lebih setaraf dengan rakan-rakan mereka di IPT. “Sistem ini akan membantu pelajar untuk berfikir jauh dan tidak terikat dengan pemikiran pelajar sekolah,” katanya. Sementara itu, bekas pelajar tingkatan enam, Amelia Ahmad Kamal, 27, berkata sistem itu langkah yang bijak dan sepatutnya sudah lama dilaksanakan.

“Tanyalah sesiapa pasti mereka mengakui cara belajar di tingkat enam sangat menyusahkan.

“Untuk menghadapi STPM, kami membaca semua buku tingkatan enam bawah dan atas yang dipelajari sepanjang dua tahun.

“Jika tersilap langkah dan gagal menguasai subjek yang dipelajari sepanjang dua tahun itu, mereka akan kecundang dan tiket ke IPT lebur begitu saja,” katanya.
Selain itu, dengan sistem penggal seperti mana yang dilaluinya dulu, ia membataskan kreativiti pelajar dan menjadikan mereka tidak berkembang.

“Sebagai pelajar di tingkatan enam, kita sebenarnya setaraf dengan pelajar di IPT dan sudah boleh berfikir dengan lebih meluas.

“Tetapi, dengan sistem pembelajaran itu, kita tidak punya masa untuk semua itu dan akan lebih memfokuskan kepada pelajaran,” katanya.
Sumber : Harian Metro, 2009

Dec 7, 2011

Berkhasiat atau Beracun?

Beberapa minggu yang lalu, saya sempat membuka Facebook. Saya tertarik dengan artikel yang dikirim oleh salah seorang rakan yang sama-sama menuntut dengan saya di sebuah IPTA. Antara lain, artikel tersebut menerangkan tentang bahaya bahan kimia yang digunakan dalam penghasilan produk "X". Saya betul-betul terperanjat kerana produk "X" adalah antara makanan kegemaran saya. Setelah membaca artikel tersebut, saya maklumkan kepada isteri tercinta untuk "mengharamkan" produk tersebut.

Gambar hiasan

Pernahkah kita terfikir, apakah faktor yang menyebabkan kita membeli sesuatu produk makanan? Apakah kerana khasiatnya, rasanya yang sedap, bentuk dan warnanya yang menarik atau bungkusannya cantik sehingga hati kita tertawan?

Waspada! Jangan leka ketika memilih sesuatu produk makanan. Berikut ialah perkara yang patut kita sebagai pengguna teliti sebelum membeli sesuatu produk makanan;

1. Label Kandungan Makanan
Semasa membeli sesuatu produk makanan, cuba perhatikan label kandungan dengan teliti. Melalui label ini kita akan mengetahui kandungan dalam sesuatu produk makanan. Walau bagaimanapun, kandungan yang terdapat dalam label bukan merupakan kandungan sebenar. Terdapat juga bahan makanan yang berkemungkinan turut mengandungi bahan kimia tetapi tidak disenaraikan.
Bahan kimia ini digunakan dalam proses penghasilan makanan dalam bentuk pengawet, perisa tambahan dan pewarna tiruan.

2. Kandungan Monosodium Glutamat (MSG)
MSG merupakan bahan tambahan makanan yang paling banyak digunakan dalam produk makanan. Ia berfungsi menambahkan rasa sedap / perencah dalam makanan. Walau bagaimanapun, MSG berisiko menyebabkan berlakunya masalah ketidakseimbangan terhadap sistem fungsi badan, kegagalan keseimbangan pemakanan. Ia juga menyebabkan pengguna mengambil lebih banyak makanan tersebut sekaligus menyumbang kepada masalah kegemukan [obesiti].

3. Bahan Pemanis Tiruan [Aspartame]
Bahan pemanis tiruan yang banyak terdapat di dalam produk makanan segera ini amat digemari terutama oleh kanak-kanak. Walau bagaimanapun, apabila terdedah kepada cuaca panas untuk beberapa jam, ia akan menghasilkan bahan kimia yang dikenali sebagai asid formik. Asid formik ini akan mengakibatkan kerosakan pada mata, otak dan keseluruhan sistem saraf.

4. Plastik Pembungkus
Pembungkus amat penting dalam sesebuah produk makanan. Ia berfungsi menjadi daya tarikan kepada pembeli. Walau bagaimanapun, ramai di antara kita yang tidak menyedari bahawa plastik makanan juga membahayakan kesihatan. Ia boleh menyebabkan bahan kimia bisphenol A terserap ke dalam makanan. Bahan kimia ini boleh menyebabkan tumor payu dara dan prostat bagi lelaki dan mengakibatkan ketidakseimbangan hormon bagi wanita.

Gambar hiasan

Apa tunggu lagi? Jadilah pengguna yang lebih peka apabila membeli sesuatu produk makanan. Tidak salah untuk up-date pengetahuan tentang produk makanan agar tidak termakan "makanan sedap tetapi berbahaya"

Cerita Sosej

Sedar tak sedar, banyak makanan yang sedap dan menjadi kegemaran ramai sebenarnya membahayakan kesihatan kita. Sosej atau hotdog misalnya, menjadi antara makanan kesukaan ramai di Malaysia tetapi kajian terbaru mendapat ia boleh mendatangkan penyakit.

Menurut kajian oleh Institut Kajian Kanser Amerika serta Kajian Kanser Dunia, sesiapa yang memakan 100gm daging yang diproses mempunyai 36% risiko untuk mengalami kanser usus. Kajian pada tahun 2010 oleh Institut Kesihatan Nasional Amerika juga telah mendapati bahawa memakan daging yang diproses meningkatkan risiko untuk kanser kelenjar prostat.

Oleh itu, sebagai pengguna berilmu kita harus mengambil berat corak pemakanan dan kandungan makanan yang kita ambil setiap hari. Sentiasa berusaha menambahkan pengetahuan tentang pemakanan seimbang dan sihat boleh menghindarkan kita dari risiko mendapat penyakit berbahaya.

Dec 6, 2011

Ketua Menteri Sarawak Ke-2

Penghulu Tawi Sli, 54 tahun mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak yang kedua di hadapan Gabenor Sarawak Tun Abang Haji Openg di Astana Sarawak Kuching pada 24 September 1966. Penghulu Tawi Sli merupakan Ketua Menteri Sarawak yang kedua selepas Stephen Kalong Ningkan. Sebelum beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak, beliau memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Undangan Negeri yang mewakili parti PESAKA sejak pilihanraya 1963.

Beliau dilahirkan di Lingga dalam Bahagian Kedua Sarawak pada tahun 1934, dan merupakan seorang yang berpengalaman luas. Beliau juga pernah bertugas sebagai guru, pegawai kerani, penulis petisyen dan pada tahun 1963 beliau dilantik sebagai Penghulu Simanggang. Perlantikan beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru dalam tahun 1966 tidak syak lagi memang kena pada tempatnya memandangkan pengalaman, ketokohan dan sikap sederhana beliau dalam berpolitik.

Penghulu Tawi Sli memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak sehingga 1970. Beliau mengundur dari arena politik pada tahun 1974 dan menceburi bidang perniagaan selepas itu.

Ketua Menteri Sarawak I

Mungkin ada di antara warga Bumi Kenyalang yang tidak tahu bahawa Sarawak pernah ditadbir oleh seorang KM yang berbangsa Iban. Secara jujur, saya sendiri kurang mengenali tokoh ini kerana kurangnya catatan mengenai beliau. Apa pun saya ingin kongsikan secara ringkas sejarah anak Iban yang telah dilantik menjadi KM Sarawak yang pertama.

Datuk Stephen Kalong Ningkan merupakan Ketua Menteri Sarawak yang pertama (22 Julai 1963- September 1966) selepas pembentukan negara Malaysia pada 19 September 1963. Beliau menang besar dalam Pilihan raya 1962 dan membolehkannya dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak pertama. Beliau lahir pada Ogos 1922 di Betong, Bahagian kedua -Simanggang, Sarawak. Beliau berketurunan Iban dan Cina dan boleh berbahasa Cina.

Belajar hanya di Sekolah St Augustine dan bekerja sebagai Atenden Syarikat Shell di Kuala Belait,Brunei untuk beberapa tahun. Kepimpinannya menyerlah apabila menjadi pengerusi Kelab Dayak ketika bekerja di sana. Beliau menjadi pengasas / pengerusi Persatuan Dayak Sarawak dari 1958-1960. Beliau kembali ke Betong dan menubuhkan Parti Kebangsaan Sarawak(SNAP) pada 10 April 1961 di Betong. Stephen Kalong menjadi setiausaha agung. Tokoh pengasas lain ialah T.S. Tinker.

Bagaimanapun Stephen Kalong menolak cadangan Tunku Abdul Rahman untuk gabungan Sabah,Sarawak dan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia. Beliau mempunyai pengaruh yang kuat di Sarawak terutama peribumi Dayak. Pilihan raya 1962 diadakan dan SNAP menang banyak kerusi dan beliau dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak. Beliau juga memainkan peranan penting untuk membentuk Perikatan Sarawak dan menyandang jawatan SetiausahaAgung.

Gelora politik Bumi Kenyalang semakin kuat sejak 1963 lagi. Lee Kuan Yew dari Singapura cuba bergabung dengan Sabah dan Sarawak. Pada 9 Ogos 1965 Singapura dikeluarkan dari Malaysia untuk mengurangkan majoriti kaum Cina di Malaysia. Sabah dan Sarawak mungkin ingin turut keluar dari Malaysia. Mahkamah memutuskan perlucutan jawatan Ketua Menteri Sarawak bergantung kepada sama ada beliau mewakili perwakilan majoriti di Dewan Undangan Negeri Sarawak. Akhirnya mahkamah memutuskan Stephen Kalong Ningkan hilang majoriti dan populariti. Stephen Kalong Ningkan merujuk Gabenor Sarawak (sebelum diubah kepada Yang diPertua Negeri Sarawak) ke mahkamah kerana tidak setuju dengan Gabenor Mahkamah menyebelahi beliau dan beliau dilantik semula sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Dalam kes tersebut, bukti sokongan hanya diberikan dalam bentuk surat, tetapi ia tidak ditandatangan oleh kesemua yang namanya tertera dalam daftar diberikan. Malah salah seorang yang dikatakan menandatangani surat, hanyalah dalam bentuk cop. Tidak puas hati dengan keputusan mahkamah, beberapa pemimpin PESAKA,BARJASA dan PANAS pergi ke Kuala Lumpur dan mendesak pemimpin Persekutuan mengadakan persidangan Parlimen agar Perlembagaan Sarawak diubah. Pemimpin tersebut ialah Thomas Kana (Setiausaha Agung Pesaka), Temenggong Jugah (Presiden), Sidi Munan (Setiausaha Jugah) dan Alfred Mason (Setiausaha peribadi Jugah).

SNAP menuduh mereka telah digunakan oleh Rahman dan Taib Mahmud bagi menjatuhkan Ningkan. Dengan itu bolehlah darurat diisytiharkan di Sarawak. Gabenor mengirim surat kepada Stephen Kalong Ningkan supaya mengundurkan diri dan jika masih tidak mengundurkan diri, maka beliau dianggap meletakkan jawatan secara automatik. Pada 14 September 1966, Yang di-Pertuan Agong, Malaysia menyisytiharkan darurat di Sarawak demi keselamatan dan kesejahteraan negeri.

Stephen Kalong Ningkan merujuk kesnya ke Privy Council di London iaitu mahkamah terakhir untuk dirujuk ketika itu. Datuk Penghulu, Tawi Sli dari Simanggang , bekas paderi / pastor dan guru dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak dan menyelamatkan Sarawak dari krisis politik. Seterusnya Syed Kechik dihantar untuk melemahkan Stephen Kalong Ningkan - SNAP di Sarawak dan melemahkan Fuad Donald Stephen - UPKO di Sabah pada 1967. Sumber:Wikipedia.org

Dec 3, 2011

Bahana Rasuah

Rasuah di mana-mana... Tidak mengamalkan ajaran agama, sikap tamak dan mementingkan diri antara faktor berleluasanya gejala rasuah ini. Rasuah bukan sahaja memberi kesan kepada penerima dan pemberi rasuah tetapi mempu menggugat kestabilan politik, ekonomi dan kesejahteraan sesebuah negara. Kesedaran semua pihak tentang kesan buruk gejala rasuah amat penting bagi memastikan budaya keji ini tidak merosakkan masa depan diri dan negara.

Berikut ialah Indek Rasuah Global.

Dec 2, 2011

Teringat-ingat

Genap 10 tahun aku bergelar seorang pendidik. Setiap kali menjelang musim peperiksaan, aku pasti teringatkan sebuah nama "Manis" [bukan nama sebenar]. Aku gelarkannya manis, kerana orangnya berkulit hitam manis [saat tanganku ligat menaip, aku terfikir nak beri nama dia manis, sebelum ni tak terfikirpun].

Kenapa aku teringat-ingat?

Ceritanya begini: November 1995, aku menduduki menduduki STPM kertas Pengajian Am 2. Rata-rata rakan sekelasku, termasuk aku sendiri begitu fobia dengan kertas ini terutamanya bahagian Statistik. Maklumlah, bila tiba bab kira-mengira ni, memang lemah sedikit [penyakit keturunan kot...harap-harap bukan, hehe...].

Nak dijadikan cerita, punyalah khusyuk menjawab sampai tak sedar masa tinggal lebih kurang 10 minit. Sebaik sahaja pengawas peperiksaan mengumumkan masa yang berbaki, tiba-tiba aku terdengar esakan dari meja di belakangku. Mulanya aku musykil, tetapi kemudian baru aku sedar yang Manis sedang menangis. Aku sendiri panik. Kenapa manis menangis? Rupa-rupanya Manis sedih dan tertekan kerana tidak cukup masa untuk menjawab soalan. Kasihan, rakan-rakan semua simpati, nak menolong tak berdaya pula.

Selepas tamat STPM, tak pernah lagi aku jumpa Manis. Tapi aku tetap doakan agar semua rakan sekelasku / seperjuanganku berjaya dalam lapangan yang diceburi dan bahagia melayari hidup masing-masing.

Nov 29, 2011

Best....

Kulit majalah sekolah 2011. Cantik menarik kau memang debooooommmmm!!! Tak sangka jadi 'cover man' pulak hehe....

Staf Guru

SMK KALAKA, ROBAN
Berikut ialah senarai staf guru SMKK yang terkini setakat 21 November 2011
[73 orang guru].

PENGETUA
DOMINIC SULLANG MAJANG [AMN]

PK IKHTISAS
BOO MEE LIAN

PK HEM
BERITIN EMPAWI

PK KOKURIKULUM
RANDY JAMES CHUAT

PK TINGKATAN ENAM
GERAMAN JAMIT

PENYELARAS KOKURIKULUM T6
MOHD. NADZIF MUKHTAR

GURU KANAN
1. GK KEMANUSIAAN: MORGAN ANAK MADANG
2. GK BAHASA: LEE SZE PEI
3. GK SAINS & MATEMATIK: JOSHUA ONIYEYE ANAK GRAMAN
4. GK TEKNIK VOKASIONAL: VALERIE VINCENT SAMBAU

SENARAI GURU
1. NINGKAN ANAK KLANANG
2. JAMPONG ANAK SELAT
3. BELUJOT ANAK KRAI
4. CHANG SIOH HUANG
5. CHRISTINE TEO YEE LING
6. DO AGANG
7. FADZAINAH BT AYUB
8. FAIZAH BT RAMLI
9. GABNA SAIRAH GANTI
10. GOI GUEK CHENG
11. HASMAH BT BUJANG MULA
12. IDINE@GUDIN ANAK KUNDANG
13. KHUZAIMAH BT JOHARI [Pindah Nov 2011]
14. LANJI CHEN
15. LIEW JOON FONG [Pindah Nov 2011]
16. LIZA ANAK DUDUM
17. MOHD NADZIF BIN MUKHTAR
18. NORMAZURA BT MAHAYUDIN [Pindah Nov 2011]
19. PAULINE ANAK ENJAN
20. RANDY ANAK JAMES CHUAT
21. SENORITA ANAK ASON
22. SITI SARA BT HASSAN
23. STANELY ANAK DENNIS
24. TAN BEN HUAT
25. WEE CHUIN YEN
26. WONG LEH CHUI
27. LUI LAY HUN
28. HENRY LAI ANAK BUNDAN
29. MARIENFELDE ANAK JEBI
30. PUTERI BASYARIAH BT ABU BAKAR
31. SHEILA MACKEMCEE
32. SALAMAH BT SUHAILI
33. RUZIAH BT MOHD DAUD
34. NURHANA BT MOHD EHIWAN [Pindah Jul 2011]
35. MARLIA BT BAHAROM
36. CHIENG FONG FONG [Pindah Nov 2011]
37. ADILIA MANDANG ANAK ALONG
38. GEORGINA TRA ANAK GRAMAN
39. ROSNAH BT ABDULLAH
40. WAN SITI NURSYAWANI BT MOHAMED AZAMI
41. NOR SAZANA BT DERAMAN
42. MUHAMMAD TAUFIQ AQMAL BIN HEDZIR
43. NADMI BIN NOOR
44. MARTIN ANAK JALIN
45. YUSYFINI HAKIMAH BT ISMAIL@YUSOF
46. ABANG KADIR@ALBERT KADIR ANAK BATAT
47. ANNIE ANAK PHILLIP PATRICK PARU
48. EPOT BT PIEE
49. GAY ANAK GANYA
50. HALIMAH BT KASIM
51. HAMDAN BIN KAMERI
52. JAMES ANAK KATOH
53. JAMIL BIN OTHMAN
54. KUNI@CONNIE ANAK JENANG [Bersara Jun 2011]
55. LILA ANAK UMAR
56. MADELINE ANAK ASOI
57. MAUREEN ANAK INTAI
58. MICHAEL ANAK RANTI
59. NAHAR ANAK PUNPUN
60. NENCY ANAK UJAI
61. PARTI ANAK RANGGA
62. UJAL BIN MUDIN
63. MATHEW MENSAN ANAK LONG
64. FIFI AISYHA MASLINI [ X GSTT]
65. KENEDY ANAK PANGKAU [X GSTT]
66. AWANG ABAS

KBKK

Sebagai manusia, kita adalah makhluk istimewa ciptaan Tuhan yang dianugerahkan dengan akal dan fikiran. Kita mampu berfikir untuk membeza antara betul dan salah atau baik dan buruk sesuatu perkara. Tetapi adakah kita faham tentang kemahiran berfikir?

Komponen utama KBKK:
• Berfikir secara kritis,
• Berfikir secara kreatif.

1. Kemahiran berfikir secara kritis
KB secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.

2. Kemahiran berfikir secara kreatif?
Merujuk kepada kecekapan menggunakan minda untuk:
• menjana dan menghasilkan idea,
• mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.
• menerokai dan mencari makna , pemahaman dan penyelesaian masalah seacara inovatif.

Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis:
• membanding dan membeza:
• membuat kategori,
• meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.
• menerangkan sebab.
• membuat sekuen / urutan.
• menentukan sumber yang dipercayai,
• membuat ramalan,
• mengusul periksa andaian,
• membuat inferens

Contoh kemahiran berfikir secara kreatif:
• mencipta analogi
• menjana dan menghasilkan idea baru
• mencipta metafora

Kajian Tindakan

Baru-baru ini saya telah menghadiri Kursus Kajian Tindakan yang dianjurkan oleh IAB di IPTAR. Walaupun KT ini sudah agak lama diperkenalkan tetapi secara peribadi, saya belum mendapat pendedahan langsung berkaitan KT. Terima kasih kepada pihak pengurus kursus iaitu Dr. Shahri Abdul Rahman, Dr. Abang Hut dan Pn Jacqualine serta pegawai IAB yang lain atas penganjuran kursus yang begitu banyak manfaatnya ini khsususnya untuk para pendidik. Terima kasih juga kepada semua rakan sekursus...

Pengenalan Kajian Tindakan

1.0 Bahagian ini cuba menjelaskan dengan lebih lanjut tentang Kajian Tindakan. Masalah serta kekeliruan yang dihadapi oleh guru semasa menjalankan kajian tindakan dijadikan panduan dalam membuat penjelasan ini.

1.1 Beberapa Perbezaan Antara Penyelidikan Pendidikan Tradisi Dengan Kajian Tindakan
Kajian Tindakan juga tergolong dalam penyelidikan pendidikan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa perbezaan antara Kajian Tindakan dengan penyelidikan pendidikan tradisi atau konvensional yang selalu dilaksanakan dalam pendidikan. Perbezaan yang dihuraikan di sini dibataskan kepada beberapa aspek kajian tradisi yang didapati boleh menimbulkan kekeliruan dalam memahami Kajian Tindakan. Aspek-aspek tersebut merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan peranan penyelidik, tujuan kajian, sampel kajian, serta menggunakan dapatan untuk membuat generalisasi.

Penyelidikan pendidikan selalunya dilakukan oleh Institusi Pengajian Tinggi untuk tujuan akademik atau pun oleh individu atau organisasi tertentu untuk tujuan pembentukan dan pengembangan dasar atau program yang berkaitan dengan pendidikan. Dua pihak yang terlibat dalam kajian iaitu penyelidik dan pihak yang dikaji terdiri daripada ahli sesuatu situasi sosial atau organisasi yang berlainan serta memainkan peranan yang berbeza. Contoh, dalam kajian tentang "Minat Pelajar Bandar Dan Luar Bandar Dalam Mata Pelajaran Sains", penyelidik (pihak yang menjalankan kajian) mungkin terdiri daripada Pegawai Pendidikan dari Kementerian Pendidikan, pelajar atau pensyarah dari Institusi Pengajian Tinggi. Manakala sampel kajian (pihak yang dikaji) pula terdiri daripada murid, guru dan pengetua sekolah di bandar dan di luar bandar.

Lazimnya tujuan sesuatu kajian ialah untuk melihat sejauh manakah sesuatu keadaan sosial wujud. Bagi menentukan sama ada sesuatu keadaan yang dikaji itu wujud atau tidak, dikemukakan beberapa soalan kajian berkaitan dengan perkara yang dikaji. Contoh, sejauh manakah minat pelajar bandar / luar bandar dalam mata pelajaran sains? Atau sejauh manakah kemudahan makmal mempengaruhi minat pelajarterhadap sains? Penyelidikan pendidikan tradisi menggunakan sampel kajian dari sesuatu kelompok populasi. Contoh, dalam kajian tentang "Minat Pelajar Bandar / Luar Bandar Dalam Mata Pelajaran Sains", kelompok populasi yang dikaji ialah murid, guru sains dan pentadbir sekolah di bandar dan luar bandar.

Penyelidik melibatkan sebahagian sahaja daripada keseluruhan kelompok yang dikaji misalnya sebanyak 30% untuk dijadikan sampel kajian. Berasaskan pertimbangan bahawa semua ahli kelompok mempunyai ciri-ciri yang sama seperti dari segi peranan, tanggunjawab, amalan atau lain-lain ciri yang berkaitan dengan perkara yang dikaji, sampel 30% ini dianggap mewakili keseluruhan populasi yang terbabit. Oleh itu dapatan kajian daripada sampel sebanyak 30% boleh dijadikan asas untuk membuat satu anggapan umum atau generalisasi terhadap keseluruhan kelompok populasi tadi. Contoh generalisasi yang mungkin boleh dibuat daripada dapatan kajian ialah "pelajar bandar lebih minat belajar sains daripada pelajar luar bandar". Seiring dengan itu penyelidik juga boleh menggunakan dapatan kajian untuk membuat cadangan umum bagi meningkatkan minat dalam mata pelajaran sains di kalangan populasi luar bandar. Lazimnya cadangan untuk memperbaiki program dimajukan kepada organisasi pendidikan yang terlibat secara langsung dalam perancangan pendidikan sains di sekolah. Dalam konteks pelaksanaan kajian, peranan penyelidik berakhir setelah laporan kajian disediakan.

1.2 Pengertian Tentang Kajian Tindakan
Kajian Tindakan adalah kajian berbentuk kualitatif. Kajian kualitatif menggunakan data dalam bentuk fakta asal seperti dilihat, didengar atau dibaca. Data berbentuk statistik (nombor) juga digunakan tetapi tidak menjadi cacat sesuatu Kajian Tindakan yang tidak menggunakan data berbentuk itu. Peraturan yang perlu dipatuhi apabila menjalankan Kajian Tindakan ialah keempat-empat langkah asas iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek yang dilakukan secara berurutan dalam bentuk gelungan. Berikut dihuraikan dengan lebih terperinci beberapa perkara asas tentang Kajian Tindakan. Masalah yang dialami oleh guru-guru yang menjalankan Kajian Tindakan di sekolah dijadikan asas dalam membuat huraian dan cadangan.

1.2.1 Pengembangan Profesionalisme Guru
Kajian Tindakan mengembangkan kemampuan guru sebagai peneroka pengetahuan yang profesional. Guru sebagai seorang profesional tidaklah semata-mata mengamalkan pengetahuan yang dikemukakan oleh orang lain tetapi berupaya merintisjalan bagi menangani pelbagi masalah P&P. Dalam Kajian Tindakan, guru sebagai penyelidik mengkaji amalan bekerjanya sendiri serta kaitannya dengan keberkesanan pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya. Amalan bekerja iaitu amalan mengajar termasuklah cara guru berinteraksi dengan murid, latihan-latihan yang disediakan, gaya penyampaian, soalan-soalan yang digunakan dan sebagainya. Guru menjalankan kajian atas kesedaran bahawa terdapat masalah yang mengganggu proses pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya dan masalah itu perlu ditanganinya sendiri.

Apabila seseorang guru mengamalkan Kajian Tindakan beliau perlu melakukan pengubahsuaian amalan P&P secara berterusan sehingga berlaku peningkatan dalam pencapaian murid pada tahap yang jauh lebih baik berbanding dengan keadaan sebelum kajian dijalankan. Sekiranya pencapaian murid meningkat setelah melakukan aktiviti P&P yang telah dirancang untuk menangani masalah yang wujud, bolehlah dirumuskan bahawa amalan pengajaran guru berkesan. Keberkesanan pengajaran guru meningkatkan kewibawaannya sebagai pendidik dan dengan itu tahap profesionalisme guru itujuga turut meningkat. K.ajian Tindakan memperlihatkan pengembangan guru sebagai sesuatu yang mengarah dari bawah ke atas (bottom-up) dan bukan dari atas ke bawah (top-down). Model penjana pengetahuan (knowledge-generating model) mengandaikan bahawa kemajuan dalam latihan pendidikan perlulah berasaskan pada pandangan dan pengalaman guru sendiri. Model ini menekankan peranan guru sendiri sebagai model utama kajian tanpa menerima tekanan atau arahan dari pihak atasan. Dapatan dari kajian diterima sebagai sebahagian daripada percambahan idea dalam bidang yang dikaji.

1.2.2 Meningkatkan Keberkesanan Amalan Mengajar
Peningkatan keberkesanan amalan mengajar seseorang guru boleh dilihat melalui peningkatan prestasi pihak yang menerima perkhidmatan guru tersebut iaitu murid-murid. Melalui pemerhatian terhadap aktiviti-aktiviti P&P yang dijalankan di bilik darjah, guru mengumpul data secara terancang untuk mengesan kelemahan dan kekuatan aktiviti yang dilaksanakan. Data yang telah dianalisis memberi gambaran yang jelas kepada guru tentang faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan proses P&P. Berpandukan kepada analisis data guru mengubahsuai amalan mengajar yang lalu supaya menjadi lebih berkesan. Proses mengutip data dan mengubahsuai amalan berlaku berulangkali sehinggalah berlaku peningkatan dalam prestasi murid.

1.2.3 Tujuan Kajian
Pelaksanaan Kajian Tindakan di bilik darjah bertujuan khusus untuk meningkatkan keberkesanan amalan mengajar guru dan meningkatkan pencapaian murid. Secara logik, seorang murid dianggap berjaya menguasai kemahiran-kemahiran pembelajaran yang terdapat dalam sukatan pelajaran apabila berjaya mendapat markah tinggi dalam sebarang penilaian bagi mata pelajaran tersebut. Dalam konteks pencapaian akademik, murid tersebut juga dianggap cemerlang dalam mata pelajaran itu. Sesuatu Kajian Tindakan yang bertujuan untuk mengatasi pelbagai masalah pembelajaran atau membantu murid menguasai pelbagai kemahiran pembelajaran yang ditetapkan untuk satu-satu mata pelajaran adalah lebih menepati matlamat untuk membantu murid mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran.
Perhatikan contoh berikut:
• Membantu murid belajar dengan berkesan melalui pengajaran yang berkesan.
• Membantu murid merancang cara belajar di bilik darjah dengan berkesan melalui bimbingan guru yang berkesan.

Contoh di atas boleh dijadikan tujuan kajian tindakan untuk dilaksanakan oleh seorang guru dalam satu kelas, atau untuk semua guru dalam satu sekolah bagi satu atau semua mata pelajaran atau pelbagai mata pelajaran. Kajian itu boleh dilaksanakan dalam tempoh setahun atau untuk beberapa tahun. Pelaksanaan Kajian Tindakan untuk satu atau beberapa tahun sesi persekolahan pastilah mengandungi beberapa pusingan atau kitaran mengikut masalah-masalah yang hendak ditangani. Tiap-tiap kitaran kajian mengandungi tujuan khusus berkaitan dengan satu-satu masalah atau kemahiran yang cuba ditangani.

Perhatikan contoh-contoh berikut:
• Meningkatkan penguasaan kemahiran mendarab sifir 2 hingga 4.
• Meningkatkan kefahaman murid tentang rumah sa, puluh dan ratus dalam kemahiran asas menambah.

Selain daripada bertujuan untuk menangani masalah pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan pencapaian rendah di kalangan murid, Kajian Tindakan juga boleh dijadikan strategi untuk memperbaiki lagi pencapaian murid yang berada pada tahap baik ke tahap cemerlang.

1.2.4 Langkah-Langkah Melaksanakan KajianTindakan
Dalam proses pembelajaran di bilik darjah, tiap-tiap kemahiran lazimnya dipelajari satu per satu. Proses yang sama berlaku dalam Kajian Tindakan. Tiap-tiap masalah pembelajaran di tangani satu per satu. Proses pelaksanaan Kajian Tindakan merangkumi empat langkah iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek.

Langkah-langkah ini dilaksanakan secara berurutan dalam bentuk gelungan. Gelungan seperti ditunjukkan dalam rajah di bawah menggambarkan proses pelaksanaan tanpa penghujung. Dalam satu gelungan atau kitaran kajian, pengkaji cuba menangani satu masalah tertentu seperti meningkatkan penguasaan sesuatu kemahiranan dalam sesuatu mata pelajaran. Pelbagai aktiviti P&P dicuba untuk menangani masalah itu. Setelah masalah dapat ditangani kitaran kajian seterusnya dimulakan dengan memberi tumpuan kepada masalah lain pula. Setelah dibuat perancangan rapi untuk mengatasi sesuatu masalah, adalah dijangkakan bahawa sesuatu masalah itu seharusnya dapat diatasi. Mungkin berlaku keadaan di mana penyelidik mendapati tiada perubahan berlaku atau sedikit sahaja kejayaan dicapai setelah kajian dilaksanakan. Sekiranya pengkaji tidak melakukan pemerhatian yang teliti dan tidak membuat catatan semasa kajian berlangsung, sukar baginya untuk mengesan dengan tepat kelemahan aktiviti yang dilaksanakan. Oleh itu amalan mencatat atau merekod segala perkembangan yang berlaku semasa aktiviti dilaksanakan adalah satu peraturan yang perlu dipatuhi dalam Kajian Tindakan. Seseorang guru yang mengamalkan kajian tindakan sentiasa mencari masalah pembelajaran yang dihadapi oleh muridnya. Setelah masalah dikenalpasti usaha dilakukan untuk menangani masalah itu melalui langkah-langkah merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Proses kajian untuk menangani masalah-masalah pembelajaran yang telah dikenalpasti berlaku berterusan sehingga semua masalah diatasi.

1.2.5 Mengubah Amalan Mengajar
Dalam situasi pembelajaran di bilik darjah murid-murid menghadapi berbagai-bagai masalah. Perkara ini boleh dikesan melalui pencapaian murid yang berbeza-beza walaupun mereka diberi pengalaman pembelajaran yang sama. Apakah lagi yang boleh dilakukan oleh guru untuk membantu murid-murid golongan ini? Langkah-langkah P&P melalui Kajian Tindakan melibatkan guru mengutip data terperinci tentang berbagai faktor bilik darjah yang mempengaruhi proses pembelajaran. Hasil analisis data tersebut membantu guru memahami mengapa sesuatu aktiviti P&P yang dilaksanakan tidak mencapai matlamat. Dengan cara ini guru dapat mengesan langkah menjalankan aktiviti yang perlu diubahsuai. Apabila berlaku pengubahsuaian aktiviti, secara tidak langsung guru yang terlibat mengubah amalan mengajar iaitu amalan dalam bentuk menyediakan aktiviti P&P.

Dalam K.ajian Tindakan pengubahsuaian terhadap aktiviti P&P perlu dan sentiasa dilakukan. Amalan mengubahsuai aktiviti diteruskan sehingga pencapaian murid meningkat ke tahap yang sebaik mungkin. Proses pengubahsuaian sesuatu aktiviti berlaku setelah aktiviti itu dilaksanakan. Data tentang pelaksanaan aktiviti dianalisis dan hasil analisis itu dijadikan panduan atau landasan untuk memperbaiki aktiviti yang sama atau membina aktiviti baru. Melalui proses "cuba-cuba" aktiviti diubahsuai mengikut keperluan murid dan dengan cara tersebut keberkesanan aktiviti P&P boleh dipertingkatkan. Usaha berterusan oleh guru untuk menilai keberkesanan amalan mengajar juga membolehkan guru tersebut mengesan kelemahan yang menimbulkan masalah pembelajaran seawal mungkin. Dengan cara ini langkah pembaikan dapat dibuat sebelum sesuatu masalah menjadi serius dan terlalu sukar untuk ditangani.

1.2.6 Kajian Menjelaskan Amalan Penyelidik
Guru yang menjalankan Kajian Tindakan memainkan peranan sebagai pengkaji. Perkara yang dikaji ialah amalan guru itu sendiri berkaitan dengan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid yang diajar. Oleh itu guru adalah pihak yang dikaji dan beliau tidak mewakili mana-mana kelompok populasi. Justeru, adalah tidak wajar dapatan Kajian Tindakan digunakan untuk membuat generalisasi terhadap amalan guru lain. Begitu juga, cadangan untuk memperbaiki aktiviti atau langkah P&P berdasarkan dapatan sesuatu kajian adalah sesuai dan lebih tepat untuk memperbaiki amalan guru yang menjalankan Kajian Tindakan itu sendiri.

1.2.7 Perkongsian Maklumat
Perkongsian dapatan kajian adalah perkara penting yang disarankan dalam Kajian Tindakan. Melalui perkongsian itu guru lain boleh menggunakan dapatan kajian sebagai rujukan atau panduan bagi melaksanakan kajian mereka sendiri. Seseorang guru yang berhasrat untuk mencuba aktiviti-aktiviti P&P yang telah dilaksanakan dalam Kajian Tindakan guru lain perlulah mengutip data tentang amalannya dahulu. Berdasarkan analisis data yang dikutip itu aktiviti yang hendak dicuba diubahsuai mengikut keperluan murid-muridnya sendiri.

1.2.8 Memahami Proses Pembelajaran
Guru yang menjalankan Kajian Tindakan turut mengalami proses pembelajaran. Melalui pendekatan ini guru cuba memahami proses pembelajaran murid-muridnya. Dengan memahami proses pembelajaran murid, guru boleh mengambil langkah untuk memperbaiki pengajarannya yang tidak berkesan. Kajian Tindakan yang memberi penekanan kepada langkah-langkah untuk membuktikan bahawa sesuatu pendekatan atau aktiviti pengajaran adalah lebih baik daripada yang lain atau untuk menentukan sejauh mana keberkesanan penggunaan sesuatu alat bantu dalam pengajaran tidak menepati matlamat untuk memperbaiki amalan guru.

Perhatikan contoh-contoh dibawah.
• Perbandingan Antara K.eberkesanan Teknik Mengajar A Dengan Teknik Mengajar B.
• Keberkesanan Penggunaan Internet Dalam Pengajaran.

Contoh di atas mebayangkan bahawa tumpuan kajian adalah untuk menguji keberkesanan teknik mengajar atau bahan P&P, manakala kajian tindakan pula cuba mengesan kekuatan atau kelemahan amalan guru. Melalui Kajian Tindakan teknik mengajar A atau B serta penggunaan internet dalam pengajaran boleh dijadikan langkah atau aktiviti P&P untuk menangani sesuatu masalah yang dikaji.

1.2.9 Pendekatan Penyelidikan Dalam Pengajaran
Berbagai aktiviti atau program tambahan dilaksanakan di sekolah untuk mempertingkatkan prestasi murid. Seringkali aktiviti tersebut dilaksanakan di luar bilik darjah sama ada sebagai kelas tambahan atau program berbentuk kempen untuk menggalakkan lagi minat murid terhadap pelajaran. Seseorang guru yang menjalankan Kajian Tindakan tentang amalan mengajarnya bukanlah melaksanakan sesuatu projek khusus untuk tujuan penyelidikan semata-mata tetapi mengajar dengan menggunakan pendekatan penyelidikan. Kajian dijalankan semasa guru mengajar di bilik darjah dengan cara menggabungjalinkan ciri-ciri penyelidikan dalam pengajaran seperti mengumpul data tentang pengajaran dan selepas itu menganalisis data tersebut. Dalam Kajian Tindakan langkah-langkah penyelidikan iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek perlu dipatuhi.

1.2.10 Mengutip Dan Menganalisis Data
Kajian Tindakan memberi ruang kepada guru untuk menerokai daya kreativiti dan inovasi. Oleh itu alat yang digunakan untuk mengutip data tidak perlu dihadkan kepada beberapa alat yang lazim digunakan dalam kajian tradisi seperti temubual atau soalselidik. Guru boleh membina alat sendiri untuk mengumpul data asalkan alat yang dibina itu praktikal dan sesuai digunakan mengikut keperluan kajian. Pengalaman mengajar yang ada pada guru khususnya yang berkaitan dengan aktiviti penilaian yang sering dilakukan oleh guru adalah aset penting yang boleh dimanfaatkan untuk membina alat. Berasaskan data daripada pelbagai sumber, kebenaran dapatan Kajian Tindakan boleh diperkukuhkan. Melalui langkah pemerhatian terhadap pelaksanaan aktiviti-aktivit P&P data boleh dikumpul oleh tiga pihak iaitu penyelidik sendiri, rakan dan murid-murid yang diajar. Manakala di peringkat memahami masalah pula, guru boleh mendapatkan data daripada beberapa sumber sedia ada serta mengutip data daripada murid-murid sebagai data tambahan sekiranya perlu. Data yang dikumpul perlulah dianalisis supaya memberi makna kepada keadaan yang sedang dikaji. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menganalisis data. Antara cara yang mudah ialah mengelompokkan data daripada beberapa sumber mengikut tajuk atau tema tertentu. Dengan cara membandingkan data-data itu perkaitan antara data-data dapat dilihat. Melalui cara ini keadaan yang dikaji dapat dilihat atau difahami dengan lebih jelas.

1.2.11 Usaha Berpasukan
Guru boleh melaksanakan Kajian Tindakan bersendirian tetapi berdasarkan pengalaman beberapa orang guru di sekolah-sekolah di Australia didapati bahawa K.ajian Tindakan adalah lebih berkesan apabila dilaksanakan secara usaha sama atau berpasukan. Didapati juga bahawa usaha sama di kalangan guru adalah lebih berkesan apabila semua guru dalam pasukan penyelidik turut terlibat menjalankan Kajian Tindakan di bilik darjah masing-masing. Peranan berpasukan menjadikan Kajian Tindakah lebih berkesan kerana idea dan pandangan yang berbagai boleh membantu memantapkan sesuatu keputusan. Selain daripada memberi pandangan tiap-tiap ahli boleh saling membantu dalam melaksanakan tindakan seperti membuat pemerhatian atau mengumpul data. Usaha berpasukan juga sangat penting bagi pelaksana kajian tindakan yang menghadapi kebuntuan semasa melaksanakan kajian. Dengan adanya pasukan penyelidik guru boleh saling merujuk dan saling bertanya apabila menghadapi masalah. Di sekolah kerja berpasukan boleh diwujudkan melalui panitia mata pelajaran.

Kajian Tindakan boleh dijadikan agenda utama panitia untuk membina semangat kerja berpasukan serta meningkatkan profesionalisme guru. Bagaimana usaha berpasukan dapat diwujudkan sedangkan para guru mempunyai senarai tugas yang tidak pernah berakhir? Sekiranya seseorang guru pelaksana Kajian Tindakan memerlukan bantuan daripada guru lain, adakah perlu bagi beliau mengadakan satu mesyuarat khusus? Perjumpaan yang formal hanya dapat diadakan selepas waktu sekolah. Sekiranya guru-guru terlibat tidak boleh meluangkan masa, sudah tentulah perbincangan tidak dapat dijalankan. Bagi meneruskan kajian, langkah-langkah pelaksanaan perlu diubahsuai. Perbincangan boleh diadakan secara berperingkat. Mana-mana ahli yang mempunyai waktu senggang serentak bolehlah mengadakan perbincangan dahulu. Jika perlu guru yang memerlukan bantuan itu bolehlah merujuk kepada ahli-ahli lain kemudian iaitu apabila mereka mempunyai masa terluang khususnya pada waktu senggang. Usaha berpasukan tidak semestinya berlaku di kalangan guru-guru dalam satu sekolah sahaja. Guru haruslah mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dengan guru-guru di sekolah lain khususnya sekolah yang berhampiran. Aktiviti berkongsi pengalaman di antara sekolah-sekolah memberi peluang kepada guru untuk memperbaiki lagi kemahiran menjalankan kajian melalui pertukaran idea dan pengalaman.

1.2.12 Keberkesanan Kajian
Melalui Pelaksanaan Jangka Panjang 'Program For Enhancaing Effective Learning" (PEEL) iaitu program penyelidikan di sekolah melalui Kajian Tindakan telah dilaksanakan di sekolah-sekolah di Victoria, Australia. Menurut guru-guru yang terlibat dalam program itu, Kajian Tindakan sebagai pendekatan pengajaran untuk mencapai matlamat pendidikan terbukti berkesan apabila dilaksanakan dalamjangka waktu yang panjang. Melalui pelaksanaan kajian berulang kali dalam jangka waktu yang panjang, guru berpeluang untuk mencuba berbagai-bagai idea. Melalui proses "cuba-cuba" kemahiran menjalankan kajian meningkat dan keberkesanan pengajaran juga turut meningkat. Oleh sebab itu kajian tindakan diamalkan sebagai pendekatan pengajaran seharian di bilik darjah dan amalan penyelidikan ini diteruskan tahun demi tahun.

1.3 Kesimpulan
Kajian Tindakan adalah satu langkah berterusan oleh guru untuk menilai dan mengesan keberkesanan amalan sendiri. Melalui langkah-langkah mengesan dan menilai itu data dikumpul untuk dijadikan panduan mengubahsuai amalan lalu supaya keberkesanan amalan mengajar seterusnya dapat dipertingkatkan. Kajian Tindakan menyarankan supaya guru mengubah amalan mengajar. Perubahan amalan yang disarankan bukanlah perubahan secara mendadak, serta drastik atau mengubah amalan kepada sesuatu keadaan yang asing. Perubahan yang disarankan ialah dari segi mengubahsuai amalan secara berperingkat berasaskan data yang telah dikutip. Guru bukan sahaja memainkan peranan sebagai penyelidik tetapi beliau juga adalah pihak yang dikaji. Sebagai penyelidik guru mengumpul dan menganalisis data, mencadangkan aktiviti P&P serta melaksanakan sendiri aktiviti tersebut.

Di sekolah murid menghadapi pelbagi masalah pembelajaran. Berasaskan pertimbangan itu, Kajian Tindakan yang bertujuan untuk menangani pelbagi masalah P&P lebih menepati matlamat untuk membimbing murid mencapai tahap cemerlang dalam pendidikan. Berasaskan pertimbangan itu juga amalan menyelidik menggunakan pendekatan Kajian Tindakan wajar dilakukan berterusan supaya sebarang masalah pembelajaran yang timbul dapat ditangani serta dikesan seawal mungkin iaitu sebelum ia menjadi terlalu rumit untuk ditangani. Dalam usaha untuk memahami proses P&P pula, langkah-langkah kajian ditumpukan untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti P&P bukan untuk menentukan atau mengenalpasti sama ada sesuatu langkah lebih baik atau berkesan daripada yang lain. Pendekatan atau bahan P&P yang dianggap baik boleh digunakan untuk menangani sebarang masalah pembelajaran yang dikaji. Sumber: teachersrock.net

NKRA Pendidikan

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) PENDIDIKAN
Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

1. Sub-NKRA Prasekolah
7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan:
1. Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasokolah Kebangsaan dan Bahagian Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
2. Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
3. Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan
4. Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru
5. Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar dan pedalaman
6. Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah.
7. Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan

2. Sub-NKRA Literasi dan Numerasi
NKRA – Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan
Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012
*Kanak-kanak berkeperluan khas – didefinisikan sebagai murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas.
3. Sub-NKRA Sekolah Berprestasi Tinggi

3.1 Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik
Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota perkhidmatan)
3.2 Menghasilkan pelajar yang cemerlang
Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang
3.3 Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem
Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah sekolah tersebut.

4. Sub-NKRA Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah
Meningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi pemimpin sekolah di Malaysia [pengetua / guru besar yang dapat mencapai sasaran diberi ganjaran manakala yang gagal akan dibantu]
Pemimpin sekolah member impaks yang signifikan ke atas kecemerlangan murid;
1. Kepimpinan instruksional
2. Agen perubahan utama
3. Mewujudkan persekitaran yang kondusif

Tonggak 12

Ha ha...masihkah kita ingat akan Tonggak 12? Apa kata kita renung kembali intipati T12. Semoga segala yang telah sirna di minda kita akan menjelma kembali.

1# MENGHARGAI MASA
• Menepati masa
• Menyegerakan tugas
• Mempunyai perancangan waktu
• Bijak menguruskan tempoh masa yang diberi
• Menumpukan masa pada kerja-kerja yang produktif dan kreatif
• Menetapkan target date untuk menyiapkan kerja
• Menyelesaikan tugas dalam masa yang ditetapkan

2# KETEKUNAN MEMBAWA KEJAYAAN
 Gigih dalam melaksanakan tugas yang mencabar
 Rajin dan sentiasa berusaha
 Tekun dalam menjalankan tugas yang diarah
 Dedikasi dalam mencapai matlamat organisasi
 Sanggup berkorban
 Cekal menghadapi kesulitan semasa bertugas
 Tidak patah semangat
• Bercita-cita tinggi

3# KESERONOKAN BEKERJA
 Menganggap kerja sebagai ibadat
 Mempunyai inisiatif sendiri
 Menghasilkan sesuatu yang berfaedah
 Mempunyai komitmen terhadap kerja
 Sedia memberi kerjasama

4# KEMULIAAN KESEDERHANAAN
(The Dignity of Simplicity)
 Jelas dan jitu dalam pemikiran, penulisan dan percakapan
 Tidak tamakkan pangkat dan kedudukan
 Tidak membazir dalam perbelanjaan pejabat
 Bersifat pemaaf dalam pergaulan
 Boleh menerima teguran
 Berlaku adil dalam semua tindakan
 Menepati janji
 Sedia menerima cadangan dan nasihat
 Jujur dan ikhlas
 Merendah diri
 Bijaksana dalam membuat pertimbangan
 Bermaruah dan berhemah tinggi
 Berjimat cermat
 Cermat dalam kata-kata
 Tidak memperagakan kemewahan
 Mesra dalam pergaulan
 Senang didampingi oleh semua pihak

5# KETINGGIAN PERIBADI
(The Worth of Character)
 Teguh beriman dan bertaqwa dalam setiap tindakan
 Menyempurnakan tugas dengan amanah
 Bersifat ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab
 Berilmu dan berpengetahuan luas
 Mengutamakan keadilan dalam setiap perbuatan
 Sedia berkorban
 Berlumba-lumba membuat kebajikan
 Kemas dalam pakaian, pemikiran dan tindakan
 Bersifat penyayang
 Bersifat sabar dan teguh menghadapi cabaran
 Bertimbang rasa tetapi tegas
 Bersopan satun serta sederhana dalam kelakuan
 Taat setia dan patuh pada arahan
 Bersyukur dan menghargai kebaikan
 Bersih daripada sifat dengki
 Berani dan berpendirian teguh
 Bertanggungjawab dan sedia berbakti
 Jimat cermat dalam segala aspek
 Tertib dan baik budi bicara
 Cergas dan cekap dalam menjalankan tugas
 Cekal menghadapi cabaran
 Bekerjasama dan saling hormat-menghormati

6# KEKUATAN SIFAT BAIK HATI
(The Power of Kindness)
 #Bersopan santun setiap masa
 Pemaaf dan berhemah tinggi
 Simpati kepada kesusahan dan masalah orang lain
 Ikhlas dan bertimbang rasa
 Pemurah dalam usaha kebaikan
 Mudah mesra dan bekerjasama
 Merendah diri
 Berbudi mulia
 Boleh menerima teguran
 Berlaku adil dalam semua tindakan
 Sedia menerima cadangan

7# PENGARUH TELADAN
(The Influence of Examples)
 Sentiasa berkelakuan baik
 Tidak tamak kepada harta dan kedudukan
 Bermoral dan berakhlak tinggi
 Tertib dan beradab sepanjang masa
 Rajin dan kuat bekerja
 Amanah dan bertanggungjawab
 Jujur dan ikhlas dalam setiap usaha
 Mengutamakan masyarakat lebih daripada diri sendiri
 Berpandangan jauh
 Berdisiplin dalam semua tindakan
 Sanggup berkorban setiap ketika
 Bekerjasama untuk kebaikan
 Sederhana dalam tindakan dan tegur kata
 Berani mempertahankan kebaikan dan kebenaran
 Berbudi mulia serta merendah diri
 Gemar dan cintakan ilmu yang bermanfaat
 Bersih hati dan fikiran

8# KEWAJIPAN MENJALANKAN TUGAS
(The Obligation of Duty)
 Sentiasa bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan
 Tekun dan sabar menjalankan tugas
 Selalu mempunyai inisiatif sendiri
 Boleh diharap untuk menyempurnakan tugas
 Mementingkan kualiti
 Cergas dan pantas bekerja
 Cermat dan berdisiplin dalam segala perkara
 Accountable
 Sentiasa belajar dari kesalahan
 Bersikap profesional dan cekap

9# KEBIJAKSANAAN BERHEMAT
(The Wisdom of Economy)
 Berhati-hati bila berbelanja
 Accountable
 Tidak membazir harta kerajaan
 Tahu membezakan antara keperluan dengan kemewahan
 Menyelenggara harta benda kerajaan dengan baik
 Bertanggungjawab di atas perbelanjaan yang dilakukan
 Mengadakan sistem kewangan yang berkesan
 Menyedari bahawa hasil kerajaan datangnya daripada rakyat

10# KEUTAMAAN KESABARAN
(The Virtue of Patience)
 Tenang menghadapi masalah rumit
 Mempunyai perhitungan jauh
 Tahan menerima cabaran
 Tidak putus asa
 Pemaaf dan berhemah tinggi
 Cermat dalam tutur kata

11# PENINGKATAN BAKAT
(The Improvement of Talent)
 Memberi dorongan terhadap kreativiti
 Memberi pengiktirafan kepada usaha-usaha original
 Memberi galakan kepada pemikiran baru
 Berani mencuba idea-idea baru
 Mengenal bakat-bakat yang ada
 Memupuk bakat-bakat yang ada
 Menggalakkan percambahan fikiran
 Menyediakan persekitaran dan suasana yang dapat melahirkan idea-idea kreatif

12# NIKMAT MENCIPTA
(The Joy of Originating)
 Merasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan dapat dilaksanakan dan dimanfaatkan
 Sentiasa berada dalam cabaran intelektual
 Sentiasa mencari idea dan kaedah baru dalam menyelesaikan masalah
 Over-zealous dengan pekerjaan
 Gembira melihat wujudnya idea dan kaedah baru dalam pentadbiran
 Senang ‘bermain’ dengan idea dan berani mencuba
You might also like:

Rampa Menua Tasik Biru, Bau.
Kumang Ati
Antara pengerindu maya lapang... LinkWithin

Folio Guru

Guru-guru akademik T6 juga dikehendaki menyediakan 4 buah folio...jangan tak buat hehee....

FOLIO?
Folio guru bermaksud dokumentasi yang dikumpulkan oleh guru sebagai bahan bukti tugasan guru tingkatan enam sepanjang setahun tempoh pengajaran. Folio guru menggantikan ringkasan mengajar yang ditulis oleh guru aliran perdana

Berikut disenaraikan isi kandungan setiap folio. Panduan ini amat berguna untuk memudahkan para guru T6 untuk menyediakan folio yang lengkap dan bersistematik.

1. FOLIO PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
Isi kandungan/ komponen folio ialah :
i. Butiran diri
ii. Jadual waktu peribadi
iii. Jadual waktu kelas
iv. Sukatan pelajaran
v. Perancangan pengajaran setiap semester
vi. Perancangan pengajaran harian.
vii. Bahan cetakan dan edaran yang digunakan dalam kelas
viii. Nama murid bagi kelas yang diajar.
ix. Biodata murid bagi guru kelas
x Refleksi harian

2. FOLIO PENYELIDIKAN
Isi kandungan/ komponen folio ialah :
i. Senarai nama murid dan kumpul an seliaan
ii. Bahan-bahan taklimat penyelidikan yang diperolehi.
iii. Jadual perancangan penyelidikan murid meliputi
perjumpaan, perbincangan dan minit curai setiap perjumpaan.
iv. Pelan tindakan (Carta Gantt) pelaksanaan penyelidikan murid
v. Senarai semak proses penyelidikan dilaksanakan.
vi. Jadual konsultasi dengan murid
vii. Laporan konsultasi dengan kumpulan murid.
viii. Perancangan pembentangan murid/kolokium untuk diberi penilaian.
ix. Borang pengesahan penghantaran hasil penyelidikan
x. Bukti pembentangan dalam kolokium di peringkat sekolah/Daerah/Negeri/Antarabangsa

3. FOLIO PENILAIAN & TAKSIRAN
Isi kandungan/ komponen folio ialah :
i. Perancangan penilaian tahunan
ii. Jadual penggubal soalan sepanjang tahun
iii. Jadual Spesifikasi Ujian
iv Soalan latihan/ujian/kuiz/peperiksaan
v. Skema permarkahan ujian/peperiksaan
vi. Senarai nama murid yang diajar dan markah yang kemas kini
vii. Bukti penggubalan item soalan dan skema permarkahan (tugas luar bilik darjah/tanpa interaksi)
viii. Borang markah/penilaian tugasan murid.

4. FOLIO KOKURIKULUM
Isi kandungan/ komponen folio ialah :
i. Surat lantikan sebagai penasihat aktiviti kokurikulum
ii. Jadual aktiviti kokurikulum tingkatan enam
iii. Senarai nama murid di bawah seliaan.
iv. Perancangan Strategik aktiviti kokurikulum yang dipegang.
v. Laporan aktiviti kokurikulum yang telah dijalankan.
vi. Laporan Program Khidmat Masyarakat yang diselia.
vii. Rekod pencapaian murid di bawah seliaan.
viii. Rekod anugerah khas murid dari aspek kepimpinan ( jika ada).

Selamat berfolio..........

Mengawal Kelas

Kecoh! Kelas huru-hara, tak ubah bagaikan tongkang pecah. Pelajar keluar masuk kelas sesuka hati, berjalan ke sana-sini. Ada pula yang tidur, mengganggu kawan yang lain dan tak kurang ada yang menjerit-jerit, ketawa dan bergurau senda antara satu sama lain. Langsung tidak menghiraukan guru yang mengajar di depan. Pernahkah anda mengalami situasi sebegini?

Pastinya situasi ini amat mencabar malah memberi tekanan kepada guru tersebut. Bagaimana hendak mengajar dalam suasana serabut sedemikian? Apa yang patut dilakukan? Kawalan Kelas yang konsisten merupakan antara senjata ampuh untuk menangani masalah ini. Jom baca 11 TEKNIK MENGAWAL KELAS berikut.

1. Berfokus
Teknik berfokus bererti guru meminta perhatian pelajar sebelum memulakan pengajaran - guru akan tunggu dan tidak memulakan pengajaran sehingga semua pelajar bersedia. Teknik senyap sangat berkesan. Guru boleh berhenti selama 5 - 10 saat selepas semua pelajar telah senyap. Selepas itu, gunakan suara yang lebih lembut daripada biasa. Guru yang menggunakan suara yang lembut biasanya mewujudkan bilik darjah yang lebih senyap berbanding dengan guru yang menggunakan suara yang kuat. Pelajar-pelajar terpaksa duduk dengan tertib untuk mendengar pengajaran guru. [Pastikan anda memiliki perhatian semua pelajar sebelum memulakan pengajaran & jangan cuba mengajar apabila masih ada pelajar yang berbual-bual.]

2. Instruksi Secara Langsung
Teknik instruksi secara langsung ialah untuk memulakan setiap pengajaran dengan memaklumkan pelajar sejelas-jelasnya apa yang akan berlaku dalam kelas itu. Guru menyatakan apa yang ia dan murid akan buat serta had-had masa untuk tugasan-tugasan. Hal ini penting kerana ketidakpastian pelajar tentang “tugasan / skop pengajaran guru / apa yang patut dilakukan” sebenarnya akan meningkatkan aras ‘karenah’ pelajar dalam bilik darjah.

3. Pemantauan
Kunci utama di sini ialah guru bergerak [elakkan daripada duduk sahaja] semasa murid melaksanakan tugasan. Sambil berjalan, guru harus memantau kerja pelajar. Seboleh-bolehnya, elakkan daripada membuat gangguan [membuat pengumuman dll] semasa pelajar menyiapkan tugasan. Guru yang berkesan akan bergerak di seluruh bilik darjah selepas 3 minit pelajar diberi tugasan bertulis [bertujuan menyemak dan memberi bimbingan bersifat individu.]

4. Teladan
"Values are caught, not taught." - ini bererti nilai-nilai diamalkan dan dicontohi oleh pelajar dan bukan diajar secara langsung. Guru yang bersopan, tekun, bersemangat, bersabar dan dapat mengawal diri, menjadi contoh yang baik untuk pelajar. Kepimpinan melalui tauladan, berikan contoh peribadi yang baik kepada pelajar.

5. Isyarat Bukan Lisan
Isyarat bukan lisan penting untuk mendapatkan perhatian daripada pelajar. Ia boleh berbentuk ungkapan muka, postur badan, dan isyarat tangan dan sebagainya. Contohnya 'isyarat senyap' yang dicadangkan oleh Kagan - apabila guru angkat tangannya, semua pelajar mesti berhenti bercakap dan turut angkat tangan.

6. Kawalan Persekitaran
Karenah pelajar juga dapat dikawal jika guru berupaya mewujudkan kelas menjadi tempat yang menarik, mesra pelajar dan ceria. Pelajar akan rasa lebih seronok jika persekitarannya bertukar wajah dari semasa ke semasa. Oleh itu, ia harus di’update’ sentiasa. Sudut pembelajaran yang mempunyai gambar dan warna menimbulkan minat akan sesuatu mata pelajaran. Walau bagaimanapun, sediakan juga sudut yang kurang bahan / hiasan. Ini penting bagi pelajar yang mudah hilang tumpuan [‘hiasan’ mudah mengalihkan perhatian pelajar sebegini].

7. Interversi Berprofail Rendah
Guru yang berkesan akan memastikan pelajar yang melakukan salah laku tidak dijadikan fokus perhatian. Pendekatannya terhadap pelajar yang menggangu kelas adalah dalam bentuk yang tidak mudah dilihat atau tidak menarik perhatian orang lain. Pelajar lain tidak rasa terganggu. Sebagai contoh, Semasa memberi penerangan, guru boleh teknik "name-dropping". Sekiranya ia dapati seseorang pelajar bercakap atau tidak membuat kerja yang disuruh, ia akan menggunakan nama pelajar berkenaan dalam dialognya dalam cara yang natural. Ia dapat mengurangkan sikap memberontak dalam kalangan pelajar kerana ‘dimalukan’ di depan rakan-rakannya.

8. Disiplin Asertif
Ini merupakan autoriti yang menetapkan had-had tingkah laku yang dibenarkan. Guru adalah bos dalam bilik darjah dan tiada sesiapa dibenarkan menggangu pembelajaran orang lain. Peraturan dinyatakan dengan jelasnya dan dikuatkuasakan dengan konsisten.

9. Mesej-Saya yang Asertif
Salah satu komponen disiplin asertif ialah mesej- iaitu pernyataan yang digunakan oleh guru ketika murid menimbulkan masalah disiplin. Mesej-mesej ini berbentuk jangkaan yang jelas tentang apa yang harus dilakukan oleh murid. Fokus guru ialah memusatkan perhatian pelajar kepada tingkah laku yang dikehendaki, bukan 'misbehaviour' atau tingkah laku yang tidak baik.

Contohnya ialah: 'Saya inginkan anda ...'; 'Saya hendakkan anda ...'; 'Saya jangkakan anda akan ...'.
Guru yang kurang berpengalaman akan menggunakan arahan seperti: 'Saya mahukan anda berhenti ...'. Ini akan menimbulkan rasa konfrontasi dan penafian.

10. Mesej-Saya yang Humanistik
Mesej ini merupakan ekspresi perasaan. Mengikut Thomas Gordon, mesej ini terdiri daripada 3 bahagian.
Pertamanya, suatu deskripsi tentang tingkah laku pelajar: 'Semasa anda bercakap ketika saya memberi penerangan...'.
Keduanya, kesan tingkah laku pelajar ke atas guru: '... saya terpaksa berhenti pengajaran saya ...'.
Ketiganya, perasaan yang dialami oleh guru akibatnya: '...ini menghampakan saya.'

Contohnya seorang guru yang diganggu oleh murid yang kerap bercakap apabila ia sedang mengajar pernah menyatakan ekspresi perasaannya seperti berikut: 'I can not imagine what I have done to you that I do not deserve the respect from you that I get from the others in this class. If I have been rude to you or inconsiderate in any way, please let me know. I feel as though I have somehow offended you and now you are unwilling to show me respect.' Cuba lihat perubahannya.

11. Disiplin Positif
Gunakan peraturan bilik darjah yang menghuraikan tingkah laku yang dikehendaki dan bukan perlakuan yang dilarang. Contohnya, elakkan daripada 'dilarang berlari dalam bilik' tetapi gunakan 'bergerak dalam bilik dalam cara yang teratur'. 'Selesaikan konflik dengan cara yang sesuai' bukan 'Dilarang bergaduh'. Selalu nyatakan jangkaan anda tentang peraturan yang telah ditetapkan.
Gunakan pujian setiap kali sesuatu tingkah laku yang baik ditunjukkan oleh pelajar. Pujian tidak semestinya berbentuk verbal, ada kalanya senyuman, anggukan, atau tanda bagus dengan ibu jari boleh memperkukuhkan tingkah laku yang baik.
Selamat mencuba dan semoga berjaya!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...