Selamat Datang ke Ruai Aman. Blog Berinformasi dan BerilmiahTerima kasih atas kunjungan anda. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

Welcome To My Ruai

Feb 19, 2011

Pembentangan: Jenayah Siber

Internet
Hari ini, internet menjadi satu wadah penyebaran maklumat yang penting. Pelbagai maklumat, idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet. Keadaan ini menimbulkan kegusaran kepada ramai pihak terutama berkaitan hal penyalahgunaan internet.

Kelebihan Internet – tanpa sempadan
Keupayaan Internet sebagai alat komunikasi jauh mengatasi alat-alat komunikasi yang ada sekarang. Ia juga bersifat interaktif [dua hala]. Internet adalah satu platform yang menyediakan maklumat daripada berjuta-juta pengguna dan pengkaji selidik dari seluruh dunia. Internet memungkinkan seseorang menyebarkan maklumat dan berinteraksi dengan orang lain yang mungkin beribu-beribu batu jauhnya.

Malaysia membuat keputusan tidak menapis dunia siber sejajar dengan Seksyen 3(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga mengisytiharkan bahawa tiada suatu pun peruntukan di bawah akta tersebut yang membenarkan sebarang penapisan maklumat berlaku.

Negara Cuba dan China, mengamalkan penapisan maklumat secara total atau separa. Mereka menganggap kandungan yang dibawa di dalam Internet sebagai ancaman ideologi kepada penduduk mereka. Namun demikian, banyak juga negara yang mengambil sikap sederhana dengan hanya menapis maklumat yang dianggap merosakkan fikiran orang awam.

Klasifikasi Jenayah siber
1. Penipuan
2. Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer.
3. Kecurian maklumat.
4. Capaian secara tidak sah keatas sistem
5. Menyalin perisian secara tidah sah.
6. Pengintipan
7. Judi siber
8. Skim cepat kaya
9. Pornografi
10. Penggodam atau "Hacker"
11. Penyebaran virus

Faktor Jenayah Siber Sukar Dibendung
1. Penjenayahnya sukar dikenalpasti
"Satu masalah utama untuk membezakan ancaman siber dengan ancaman fizikal adalah untuk menentukan siapa yang menyerang sistem kita, mengapa, bagaimana, dan dari mana," Michael A. Vatis dari FBI.

2. Kepentingan ekonomi
E-commerce dan K –ekonomi menjadi begitu penting sekarang. Malaysia contohnya telah membina Multimedia Super Corridor (MSC). Tujuh aplikasi perdana telah dibentuk untuk mewujudkan aktiviti di dalam MSC iaitu sekolah bestari, kad pintar,teleperubatan, kluster R&D, kerajaan elektronik, rangkaian pengilangan sedunia dan pemasaran tanpa sempadan.
Untuk menarik pelaburan asing yang berstatus MSC Malaysia telah memperkenalkan sebuah senarai yang dikenali sebagai Rang Jaminan (Bill of Guarantees) yang antara jaminannya ialah tiada pernapisan internet. Oleh itu tidak bermakna dirangka undang-undang jenayah siber.

3. Berbeza takrifan jenayah
# Jenayah komputer pula melibatkan segala aktiviti jenayah yang biasa dilakukan seperti kecurian, penipuan, peras ugut dan segala aktiviti yang melibatkan perlanggaran undang-undang yang sedia ada.
# Mr Donn B. Parker seorang penyelidik di dalam jenayah komputer dan keselamatan “jenayah komputer adalah mana perlakuan yang mempunyai niat dan dikaitkan dengan komputer melalui apa-apa cara dan menyebabkan mangsa menderita atau boleh menyebabkan penderitaan, kerugian dan berterusan”
# Jabatan Kehakiman US mengatakan bahawa jenayah komputer adalah mana-mana aktiviti yang tidak sah dimana pengetahuan mengenai teknologi komputer digunakan untuk merealisasikannya.

Namun TERDAPAT perbezaan takrifan di sini. Contohnya;
# Bagi negara-negara islam judi, pornografi, pengiklanan seks adalah suatu jenayah tetapi bukan jenayah dikebanyakan negara.
#Di America syarikat hal-hal sebegini dianggap remeh hanya pornography kanak-kanak saja dianggap jenayah .
Dengan adanya takrifan yang berbeza ini sukar untuk dikuatkuasakan undang-undang siber.

4. Demi kepentingan ketenteraan
Sesetengah negara, seperti Amerika Syarikat meletakkan perlindungan daripada serangan berasaskan siber dan jenayah teknologi tinggi sebagai salah satu keutamaan yang penting. Sistem ini bertindak balas terhadap keganasan siber, virus komputer, penggodaman, dan ancaman lain. Situasi ini secara tidak langsung akan menggalakkan ilmu bagaimana untuk menceroboh sistem dan merosakkan komputer berkembang. Secara tidak langsung hacker dilahirkan.

5. Sikap manusia
Sikap manusia memang sesuatu yang sukar dikawal. Mereka menyerang sistem hanya sekadar suka-suka ataupun mencuba ilmu yang baru mereka pelajari. Kebanyakan mereka ini adalah remaja yang belum cukup matang untuk berfikir tentang akibat jenayah yang mereka lakukan.

Kesimpulan
Oleh itu, kita kena mengambil langkah untuk melindungi sistem komputer kita sendiri. Lengkapkan diri kita dengan ilmu tentang komputer dan mungkin kita boleh lindungi sistem komputer kita dengan perisian yang ada di pasaran seperti anti-virus, firewall, pop-up blocker, anti-spyware dan apa saja perisian keselamatan yang lain. Sumber: internet

Tajuk Pembentangan: Kesan Rumah Hijau

Pengertian
Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas rumah hijau di dalam sesuatu ruang tertutup meningkat dan menyekat haba daripada mudah terbebas. Kesan ini tidak tertakluk pada pemanasan global sahaja, tetapi juga di dalam mana-mana ruang.

Kesan rumah hijau merupakan fenomena yang sangat berkait rapat dengan pemanasan global. Pemanasan global sendiri sebenarnya merupakan fenomena pemanasan bumi secara makro akibat pelbagai faktor terutamanya akibat pencemaran udara yang begitu hebat.dengan kata lain suhu dunia semakin meningkat dan memberi kesan terhadap benua di seluruh dunia termasuklah benua artik yang mengalami kesusutan ketebalan ais yang semakin ketara.

Pencemaran akibat terbebasnya gas karbon dioksida dikatakan sebagai punca utama berlakunya kesan rumah hijau. Cahaya matahari membawa sinaran ultraunggu ke bumi tetapi haba yang sampai ke permukaan bumi tidak dapat dibebaskan akibat disekat oleh gas karbon dioksida yang melitupi atmosfera. Akibatnya suhu bumi semakin panas.

Punca kesan rumah hijau
1. Punca semulajadi- kesan rumah hijau berpunca daripada letusan gunung berapi yang membebaskan gas-gas sulfur, dan karbon. Selain itu pembakaran hutan akibat petir juga memberi kesan juga.

2. Secara buatan manusia-.
Contoh:
1.Membebaskan gas berbahaya daripada kilang dan kereta.(pencemaran udara)
2.Menggunakan alatan yang membebaskan CFC seperti peti sejuk dan penghawa dingin.
3.Penggunaan racun serangga [seperti penyembur aerosol] serta baja kimia
4.Penternakan berskala besar turut membebaskan gas ammonia yang menyumbang
pencemaran alam sekitar serta membentuk kesan rumah hijau.

Kesan
Kesan rumah hijau berlaku apabila komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal. Apabila komposisinya meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat penyimpan haba, akan memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan haba.

Kesan rumah hijau global berlaku apabila, sinaran inframerah matahari yang memasuki ruang atmosfera bumi tidak terpantul secukupnya secara normal disebabkan kesan rumah hijau.
- Ini akan menyebabkan pemanasan global secara berperingkat, dan kawasan yang mengalami pencemaran teruk akan mengalami kesan itu dengan lebih teruk lagi.
- Implikasi daripada pemanasan global akan menyebabkan lapisan ais di kedua-dua kutub bumi akan mengalami pencairan dan menyebabkan peningkatan aras laut.
- Hal ini akan mendatangkan bahaya kepada manusia dan alam sekitar [mampu menenggelamkan kawasan rendah termasuklah pulau-pulau kecil di seluruh dunia]

Kaedah mengurangkan Kesan Rumah Hijau
1. Penjimatan tenaga- Jika manusia dapat mengurangkan penggunaan kenderaan dengan banyak menggunakan pengangkutan awam, pembebasan gas rumah hijau dapat dikurangkan .

Feb 3, 2011

Msyarakat Penyayang

PENGENALAN
Merupakan cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020: mewujudkan masyarakat penyayang (caring society) dan budaya penyayang.
Definisi umum:   masyarakat yang hidup bermuafakat dengan anggota-anggotanya yang mesra dan bertimbang rasa,  saling faham-memahami dan hormat menghormati.

I) MATLAMAT MASYARAKAT PENYAYANG.
1. Memelihara maruah negara.
Pengwujudan masyarakat penyayang ialah untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil kerana asas kestabilan sesebuah negara ialah terletak pada kestabilan masyarakatnya. Kestabilan masyarakat penting untuk kestabilan ekonomi dan politik sesebuah negara. Kekuatan ini akan dapat mengelakkan negara menjadi mangsa pencerobohan kuasa-kuasa asing. Ini penting kerana penjajahan dalam zaman yang serba canggih ini bukan dilakukan melalui kekuatan tentera tetapi melalui kecanggihan sistem teknologi maklumat yang mereka miliki.

2. Mengekalkan nilai-nilai ketimuran.
Masyarakat Malaysia memang terkenal dengan amalan nilai-nilai murni masyarakat timur seperti tolong-menolong, peramah, hormat-menghormati, bertimbang rasa serta bekerjasama.Apabila kedatangan kuasa barat ke negara ini, mereka telah memperkenalkan nilai dari barat seperti sifat angkuh, materialistic dan individualistik. Pengenalan konsep masyarakat penyayang diharapkan akan dapat memupuk kembali nilai-nilai ketimuran yang semakin ditinggalkan.

3. Membentuk sebuah negara maju.
Dr Mahathir Mohammad menyatakan matlamat utama yang patut kita tuju ialah Malaysia yang menjadi negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Kita patut menjadi negara maju mengikut cita rasa kita sendiri bukan mengikut acuan negara maju yang sedia ada. Oleh itu matlamat Wawasan 2020 ialah pembentukan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju dari segala segi iaitu ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Malaysia akan menjadi sebuah negara perindustrian yang maju tetapi mengekalkan nilai-nilai murni, menikmati taraf hidup yang tinggi, keamanan dan keadilan sosial serta bangga terhadap negara. Keadaan ini akan membolehkan kerajaan memupuk tenaga dan wang untuk program-program pembangunan bukan mengatasi masalah-masalah sosial. Tanpa jiwa penyayang kita akan mengulangi kesalahan negara maju yang mengalami keruntuhan moral.


RASIONAL KONSEP MASYARAKAT PENYAYANG DIWUJUDKAN
II) MASALAH YANG WUJUD DALAM MASYARAKAT
1. Kurangnya amalan nilai-nilai kemasyarakatan.
Nilai-nilai kemasyarakatan dan kemanusiaan yang diamalkan oleh orang-orang tua seperti bekerjasama, saling mengambil berat dan lain-lain lagi telah dilupakan oleh generasi zaman kini. Ramai jiran yang tidak mengenali sesama mereka jauh sekali untuk mengambil berat tentang aktiviti anak-anak jiran. Masyarakat masa kini mengamalkan sifat individualistik iaitu mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan hal orang lain. Mereka juga sibuk mengejar kekayaan dan kesenangan selaras dengan nilai pegangan mereka iaitu materialistik. Kecanggihan sistem komunikasi seperti telefon telah merenggangkan lagi hubungan sesama mereka. Kekayaan yang dimiliki membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi tanpa memerlukan bantuan jiran-jiran.

2. Wujudnya pelbagai gejala sosial di kalangan remaja masa kini.
Pada masa kini terdapat pelbagai gejala sosial yang melanda masyarakat masa kini. Di kalangan remaja,gejala-gejala sosial seperti penagihan dadah, melepak,bohsia, ponteng sekolah ,jenayah remaja dan merosakkan harta benda awam semakin berleluasa. Masalah ini perlu di atasi kerana ia boleh menggagalkan cita-cita Wawasan 2020. Jika diamati, gejala-gejala ini tidak akan wujud sekiranya setiap orang memainkan peranan untuk mengawasi, menasihati dan membetulkan tingkahlaku anak-anak remaja yang berada di hadapan mereka.

3. Wujudnya masalah pengabaian golongan tua.
Kehidupan masyarakat hari ini lebih mementingkan kakayaan dan kebendaan daripada kasih sayang kepada keluarga. Gejala ini menyebabkan nasib warga tua tidak sebaik dahulu. Masyarakat kini bertanggapan bahawa orang tua tidak produktif, tidak berguna, membebankan dan banyak karenah. Malah ada yang sanggup membiarkan mereka hidup merempat dan mengemis. Keadaan ini wujud kesan daripada tiadanya nilai sayang menyayangi di antara satu sama lain di kalangan anak-anak, keluarga dan masyarakat.

4. Wujudnya masalah penganiayaan kanak-kanak.
Satu lagi gejala sosial yang semakin berleluasa di dalam masyarakat masa kini ialah masalah penganiayaan dan penderaan kanak-kanak. Gejala ini wujud kerana sudah tiadanya perasaan kasih sayang di kalangan ibu bapa dan penjaga. Anak-anak diseksa, dipukul, didera secara fizikal mahupun mental dan tidak kurang pula yang melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak.

5. Wujudnya kegiatan anti sosial yang berleluasa.
Malaysia terdiri daripada masyarakat yang pelbagai kaum, budaya dan agama. Oleh itu tidak hairanlah wujudnya masalah prasangka antara mereka dalam kehidupan harian mereka. Malahan kita dapati terdapat setengah-setengah golongan anti sosial yang meniupkan api perkauman dengan niat jahat untuk memecah belahkan perpaduan yang sedia terjalin erat di kalangan masyarakat. Mereka ini kadang-kadang didalangi oleh pihak-pihak luar yang iri hati dengan kejayaan Malaysia. Oleh itu sifat toleransi, kerjasama, saling faham-memahami dan sayang kepada keamanan perlu dipupuk. Tanpa nilai-nilai ini akan mewujudkan suasana huru-hara dalam negara.

6. Pengabaian golongan cacat dan kurang bernasib baik.
Selain daripada masalah pengabaian golongan tua, satu lagi masalah ialah pengabaian dan diskriminasi terhadap golongan cacat dan kurang bernasib baik. Golongan ini sering dilabel sebagai mereka yang menjadi beban kepada keluarga, masyarakat dan negara. Sesetengah daripada hak mereka telah dinafikan seperti mendapatkan pekerjaan, pendidikan dll.

7. Pemusnahan alam sekitar.
Sayang bukan sahaja tertumpu kepada manusia (makhluk bernyawa) semata-mata. Sifat sayang kepada alam sekitar adalah perlu. Apa yang jelas sekarang, ialah sikap ini tidak ada di kalangan masyarakat. Mereka sewenang-wenangnya memusnahkan alam sekeliling seperti hutan, pencemaran sungai, udara dll.Perbuatan ini menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan kos yang banyak untuk memulihkan keadaan dan mengatasi masalah yang dihadapi.

8. Pemusnahan harta benda awam.
Kemudahan-kemudahan awam seperti telefon awam, perhentian bas awam, tandas awam, harta benda sekolah dll lagi sering menjadi mangsa pemusnahan. Pemusnahan ini bukan saja menyukarkan apabila diperlukan pada waktu-waktu kecemasan, tetapi kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk membaik pulih kemudahan berkenaan. Selain itu sikap pembaziran harta benda kerajaan juga merupakan satu kerugian kepada kerajaan dan masyarakat.

CARA-CARA MEWUJUDKAN MASYARAKAT PENYAYANG.
1. Peranan masyarakat.
Menggalakkan aktiviti ziarah-menziarahi jiran, saudara-mara, rumah-rumah kebajikan pada hari-hari biasa atau pada hari-hari perayaan. Aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara mereka Mereka juga perlu mengamalkan sikap pemurah, ikhlas dan sentiasa sanggup membantu dan menghulurkan tenaga untuk golongan ini.

2. Peranan syarikat swasta.
Pihak -pihak swasta pula perlu menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada golongan cacat supaya mereka memperolehi sumber pendapatan untuk meneruskan kehidupan. Sikap diskriminasi perlulah dikikis. Pihak syarikat boleh menghantar kerja-kerja atau barang-barang yang hendak disiapkan ke rumah-rumah kebajikan, pusat-pusat pemulihan, rumah orang-orang tua dll. supaya tidak mendatangkan masalah kepada golongan ini untuk ke tempat kerja.

3. Peranan kerajaan.
Tanggungjawab kerajaan bagi membantu golongan tua dan cacat ini ialah dengan memberi bantuan bulanan kewangan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bagi golongan yang tidak mempunyai saudara-mara dan tidak mempunyai tempat tinggal, kerajaan telah menyediakan rumah orang- orang tua, pusat pemulihan akhlak dan pusat orang-orang cacat. Selain itu kerajaan juga melaksanakan dasar-dasar tertentu untuk menerapkan budaya penyayang di kalangan masyarkat seperti "Penerapan Nilai-Nilai Islam, kempen-kempen melalui media massa seperti program "Keluarga Bahagia", "Kampungku", 'Cintai Sungai Kita" dll. Kerajaan juga telah mengadakan undang-undang untuk membendung perbuatan-perbuatan yang tidak baik seperti Akta Perlindungan Kanak-Kanak, Akta Kualiti Alam Sekeliling dll.

4. Peranan Badan-Badan Sukarela dan Agensi Sosial.
Badan-badan sukarela (NGO) juga mempunyai peranan penting dalam menyemaikan budaya penyayang ini. Badan-badan seperti Kelab Leo, Kelab Rotary dan Kelab Interact merupakan beberapa badan sukarela yang telah bergerak secara aktif dalam membantu golongan-golongan yang kurang bernasib baik. Selain daripada menghulurkan bantuan kewangan dan pakaian, mereka juga mengadakan lawatan untuk beramah mesra dengan golongan-golongan ini supaya mereka tidak berasa tersisih dari masyarakat.

5. Peranan Keluarga.
Asas yang paling kukuh untuk membina budaya penyayang ialah institusi keluarga. Anak-anak yang dibesarkan dan dididik dengan penuh kasih sayang di dalam keluarga yang bahagia akan membesar sebagai individu yang berlualiti. Anak-anak ini akan mewarisi sifat-sifat positif dan nilai-nilai murni dari ibu bapa mereka. Kempen konsep "Keluarga Bahagia", "Rumahku Syurgaku" diharapkan dapat melahirkan generasi yang bertanggungjawab.

6. Sistem Pendidikan.
Bagi merealisasikan konsep masyarakat penyayang, ia boleh dilakukan melalui pendidikan secara formal. Misalnya kementerian telah memasukkan ke dalam sukatan pelajaran bagi subjek Pengetahuan Moral, Agama Islam ,Alam dan Manusia dan Lukisan nilai-nilai murni yang perlu ada pada individu. Selain itu aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dapat menyemaikan nilai-nilai kemasyarakatan yang murni kepada pelajar. Misalnya semangat bekerjasama dan aktiviti rekreasi yang dijalankan dapat mendekatkan manusia dengan alam sekitar. Penubuhan Badan Kebajikan di sekolah-sekolah juga merupakan satu lagi pendekatan ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang mana fungsi badan ini ialah untuk membantu golongan yang susah dan bermasalah.

Konsep 1Malaysia

Disediakan Oleh: Bahagian Penerbitan Dasar Negara)
1. PENGENALAN 

Rakyat Malaysia  terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.
Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd  Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang  bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat.  Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara

1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat.  Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

‘1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi.  Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara. 
1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi.   Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. 
Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.
Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan  sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia.   Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat. 
Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik.  Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati  pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.
1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat.  Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.
Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integiti.  
2. DEFINISI
Konsep 1 Malaysia  menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib  Tun Abdul Razak:
“Kita berdiri, kita  berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;

Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.
Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.
2.1  Huraian
Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan kesimpulan berikut :

2.1.1  Konsep 1 Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing.
 Ayat yang menyebut “Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People” menuntut rakyat daripada pelbagai kaum dan agama berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing.  Mereka juga di tuntut melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum.
Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, diminta tidak hanya berfikir dalam skop bangsa mereka sahaja.  Mereka juga diminta tidak hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja.  Demikianlah juga dengan kaum-kaum yang lain, mereka dituntut melakukan perkara yang sama.
Sementara ayat “dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” lebih menjurus dan bersangkutan dengan kepimpinan negara.  Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak semua kaum dan etnik di Malaysia.
2.1.2  Nilai tambah dan pembaharuan dalam Konsep 1 Malaysia
“Mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita”  telah dilaksanakan kerajaan semenjak kemerdekaan negara lagi.  Perkara ini berjalan dalam bentuknya yang tersendiri iaitu pihak kepimpinan negara melayani kehendak dan keperluan setiap etnik melalui wakil kaum masing-masing.
Melalui konsep 1 Malaysia, YAB Perdana Menteri mahukan setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.


3. PERBEZAAN ANTARA KONSEP 1 MALAYSIA DENGAN  KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA
Berpandukan definisi konsep 1 Malaysia yang dinyatakan di atas, konsep 1 Malaysia memiliki kelainan seperti berikut:
3.1. “Konsep Malaysian Malaysia adalah satu dasar yang mahu  menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud  buat sekian lama.  Keadilannya diambil secara membuta tuli  dengan mengambil konsep kesamarataan versi total.  Tetapi  konsep 1 Malaysia lebih kepada untuk mengharmonikan rakyat  dalam ruang lingkup yang berbeza”.
3.2. Di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep 1 Malaysia  juga menekankan soal integrasi dan pengwujudan bangsa  Malaysia.  Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya  terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti  dan sejarah negara Malaysia.

4.  KEDUDUKAN KONSEP 1 MALAYSIA
Konsep 1 Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru.  Sebaliknya Konsep 1 Malaysia ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin Kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.

5.  HUBUNGAN KONSEP 1 MALAYSIA DENGAN DASAR-DASAR KERAJAAN TERDAHULU
Perkaitan antara konsep 1 Malaysia dan dasar-dasar megara terdahulu dinyatakan sendiri oleh YAB Perdana Menteri.  Beliau menegaskan “konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan, adalah kesinambungan daripada dua konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri terdahulu.
Konsep ini bukanlah suatu perkara baru.  Sebaliknya “1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan.  Usaha-usaha memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara sudah dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Usaha-usaha membangunkan rakyat dan negara telah disambung oleh Perdana-Perdana Menteri seterusnya.  Setiap Perdana Menteri mempunyai gagasan tersendiri, namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan negara.

6. MATLAMAT
‘1 Malaysia’ bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.

‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.
7. NILAI-NILAI 1  MALAYSIA
Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘1 Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara.  Lapan nilai-nilai tersebut adalah:
1. Budaya kecemerlangan
2. Ketabahan
3. Rendah hati
4. Penerimaan
5. Kesetiaan
6. Meritokrasi
7. Pendidikan
8. Integriti



7.1. BUDAYA KECEMERLANGAN
Pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya.
7.1.1 Budaya cemerlang perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan.
7.1.2 Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan. Ketepatan menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan dan penerimaan orang lain terutama apabila berurusan dengan pihak-pihak luar negara.
7.1.3 Ketepatan pengukuran, jadual penyampaian dan kualiti amat berhubung rapat bagi menentukan kecemerlangan dan kejayaan.
7.1.4. Negara luar akan mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang mementingkan kualiti dan ketepatan dalam segala bidang terutama dalam sistem perdagangan dunia yang berteraskan eksport.
7.2. KETABAHAN
Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan mereka. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.
7.2.1 Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri dan Negara.
7.2.2 Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu matlamat.
7.2.3. Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang terdahulu.
7.2.4. Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji  kelemahan-kelemahan yang ada dan perlu memperbaikinya secara positif.
7.2.5 Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya
7.2.6 Dalam   menangani kegagalan,  pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu  diambil bagi menghasilkan perubahan  yang lebih besar dan menakjubkan
7.5.7 Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.
7.3 RENDAH HATI
Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Dalam Islam, rendah hati dikatakan Tawaduk’. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri.
7.3.1 Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah dengan orang lain.
7.3.2 Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan dengan cara yang tidak digemari masyarakat  Malaysia.
7.3.3 Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diri tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip.
7.3.4 Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat di mana kita berada.
7.3.5 Apabila berada di luar negara serta berurusan dengan masyarakat luar, sikap merendah diri perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan dan kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi bukan dengan cara kekasaran dan penindasan.

7.4. PENERIMAAN
Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran.
7.4.1 Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat persetujuan secara bersama.
7.4.2 Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu,  Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini.
7.4.3 Semua program dan peruntukan kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan secara adil, menyeluruh dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama dan fahaman politik.
7.4.4 Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan kewangan dan agihan projek perlu adil mencerminkan keperluan ‘1 Malaysia’.
7.4.5. Pembangunan diri tanpa mengambil mengira jantina dan latar belakang etnik sebaliknya ditentukan oleh keupayaan peribadi dan bakat seseorang.


7.5 KESETIAAN
Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi.  Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. 
7.5.1 Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan, kecemerlangan dan.
7.5.2 Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami kehancuran. 
7.5.3 Kesetiaan akan membina kepercayaan serta menjalin satu ikatan peribadi antara dua pihak.
7.5.4 Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan sama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin.
7.5.5 Kritikan dan pandangan yang membina perlu diterima dalam perhubungan bagi menterjemahkan kepada kejayaan. Mengkritik secara betul terhadap kesilapan atau kekurangan adalah lambang setia kawan.
7.5.6 Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu dilakukan dengan bijaksana dan dengan niat yang baik agar segala kelemahan dan kesilapan dapat dibaiki untuk kebaikan bersama.
7.5.7 Pemimpin atau ketua sesuatu organisasi perlu menghindari sikap sombong, tidak mahu ditegur atau dikritik. 
7.5.8 Kesetiaan perlu disertai dengan keupayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang.
7.5.9 Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada keupayaan, pencapaian dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan.
7.5.10.Kesetiaan atau perhubungan yang membuta tuli tanpa sebarang  kemajuan adalah tidak bernilai. Perhubungan yang berasaskan kepada cara mengampu perlu dihindari agar tidak disalah gunakan oleh pihak yang sering mengambil kesempatan.
7.6  MERITOKRASI
Meritokrasi merupakan satu hala tuju  yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara.
7.6.1  Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib baik
   atau ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di kawasan  pendalaman, estet-estet dan perkampungan baru  adalah menjadi  tanggungjawab Kerajaan untuk membantu golongan tersebut..

7.6.2 Meritokrasi menekankan  persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi  kriteria-kriteria tersebut berhak dipilih.
7.6.3 Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia  dalam semua bidang.
7.6.4 Dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat melalui tender terbuka dan syarikat yang berjaya hendaklah memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan.
7.6.5 Dalam pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi khidmat, perunding dan sebagainya wajar dilaksanakan melalui persaingan yang menitikberatkan kepada setiap pihak yang bersaing membuktikan potensi yang kecemerlangan masing-masing dan serta memberi tawaran terbaik merangkumi harga, produk, perkhidmatan dan hasil yang dijanjikan.
7.6.6 Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi/liberalisasi.


7.7  PENDIDIKAN
Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan  adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.
7.7.1 Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari segala-galanya.
7.7.2 Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai  minda yang sentiasa terbuka.
7.7.3 Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular.
7.7.4 Semua aliran, sama ada  sekolah kebangsaan , sekolah Cina dan sekolah India hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi  dengan mengadakan aktiviti bersama.
7.7.5 Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran  hendaklah menekankan nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk satu Malaysia.

7.8 INTEGRITI
Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan dan keyakinan  diperoleh  melalui nilai-nilai integriti. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak  daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan.
7.8.1 Bersikap jujur terhadap sesuatu tindakan dan percakapan.
7.8.2 Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima.
7.8.3 Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna.
7.8.4 Menepati janji  dan masa  adalah sifat mulai yang dituntut dalam agama Islam. Memungkiri janji boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan.
7.8.5 Menerima kritikan dan teguran  dengan hati yang terbuka walaupun perkara ini sukar diterima oleh sesetengah pihak. Segala kritikan  dan teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan
7.8.6 Kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa sebarang kepentingan atau melalui saluran tidak sah. 
7.8.7 Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan.  Kepentingan negara perlu diletakkan mengatasi segala kepentingan lain.  Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi.

8. KESIMPULAN

Konsep Satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat  sebagaimana kehendak  prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.
Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati  pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.
Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep ‘1 Malaysia’ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.
Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara.  Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.
Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1 Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.

Feb 2, 2011

FORMAT PEPERIKSAAN KERTAS PA

Bentuk Peperiksaan :
Mengikut Format Baru Peperiksaan STPM 2005

PENGAJIAN AM KERTAS 1 (900/1)
Bahagian: Bahagian Kenegaraan, Bahagian Dasar Dalam dan Luar Negara, Bahagian isu
semasa serta penyelesaian masalah.
Jumlah soalan: 60 soalan(Aneka Pilihan).Jawab semua soalan.
Jumlah markah: 60
Masa: Dua (2) jam
Wajaran: 37.5%

PENGAJIAN AM KERTAS 2 (900/2)
Bahagian: A, B, C, D dan E
Masa: 3 jam
Wajaran: 62.5%

Bahagian A: Esei laras sastera. 2 soalan (Jawab satu sahaja)
Jumlah markah: 25

Bahagian B: Esei laras sains. 2 soalan (Jawab satu sahaja)
Jumlah markah: 25

Bahagian C: Kefahaman dan ulasan teks. 4 petikan (2 petikan laras sastera dan 2 petikan
laras sains) Jawab satu petikan bagi setiap laras.
Jumlah markah: 20

Bahagian D: Mengalih bentuk teks linear kepada bukan linear
Jumlah soalan: 2 soalan (Jawab satu sahaja)
Jumlah markah: 15

Bahagian E: Mengalih Bentuk teks bukan linear kepada linear
Jumlah soalan: 2 soalan (Jawab satu sahaja)
Jumlah markah: 15

SUKATAN PELAJARAN PA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)
SUKATAN PELAJARAN
PENGAJIAN AM
(dengan pengubahsuaian terkini)

Matlamat
Matlamat sukatan pelajaran Pengajian Am adalah untuk mengembangkan dan
meningkatkan kefahaman, kematangan berfikir, dan keberkesanan penyampaian dalam
pelbagai bentuk komunikasi pada tahap posmenengah dan prauniversiti.

Objektif
Objektif sukatan pelajaran Pengajian Am adalah untuk membina
(a) kebolehan mengeluarkan fikiran yang logis dan teratur dengan menggunakan
bahasa yang berkesan,
(b) kebolehan mengulas teks secara kritis dan objektif,
(c) kebolehan mentafsirdan menganalisa teks yang dipersembahkan dalam
pelbagai bentuk seperti prosa, puisi, statistik, graf dan gambar rajah,
(d) pengetahuan tentang kenegaraan Malaysia dan pengetahuan am dari perspektif
semasa dan perspektif sejarah

Kandungan
Bentuk komunikasi
Pembacaan haruslah meluas dan meliputi pelbagai bentuk komunikasi iaitu bahan laras
sastera (prosa kreatif, puisi) dan bahan laras saintifik (prosa teknik yang mengandungi
statistik, dan gambar rajah)

Kedalaman pengajian
Kajian dan pengetahuan berkenaan sesuatu bidang itu hendaklah memperlihatkan
kematangan dalam kefahaman dan pemikiran.
Bidang bacaan

Sains sosial: Meliputi bidang sosiologi, pendidikan, politik, ekonomi, psikologi, geografi dan kebudayaan. [Tumpuan hendaklah diberikan kepada persoalan umum semasa]

Kemanusiaan: Meliputi bidang keagamaan, sejarah, falsafah, sukan dan linguistik
[Tumpuan hendaklah diberikan kepada persoalan umum yang menyentuh manusia sejagat]

Sains dan teknologi: Meliputi bidang sains, matematik, kejuruteraan, perubatan, komputer, veterinary, pertanian dan perikanan. [Tumpuan hendaklah diberikan kepada sejarah, falsafah, prinsip dan aplikasinya.]

Karya kreatif: Meliputi riyat hidup, kisah, perasaan, emosi dan imaginasi.
[Tumpuan hendaklah diberikan kepada aspek kebahasaan]

Pengetahuan Kenegaraan Malaysia
Pengetahuan ini haruslah meliputi sistem pentadbiran dan perundangan Malaysia yang
berasaskan perlembagaan negara.
Pentadbiran
- Sistem pentadbiran kerajaan Malaysia secara keseluruhan
- Struktur dan organisasi pentadbiran diperingkat persekutuan , negeri, daerah
- Peranan dan Tanggung jawab organisasi pentadbiran

Perundangan
- Sejarah Perundangan negara
- Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sebagai badan penggubal undang-undang
- Sistem kehakiman

Pengetahuan Am
- Pemahaman isu-isu penting mengenai Malaysia dan daerah seranta, serta isu-isu penting tentang Malaysia dan dunia dari segi ekonomi, kebudayaan dan kerjasama serantau.

...................

HURAIAN KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN

Kandungan
1.      Bentuk Komunikasi ( Anggaran 300 waktu)
Pembaca haruslah meluas dan meliputi pelbagai bentuk komunikasi, iaitu bahan laras
bahasa sastera (prosa kreatif, puisi ) dan bahasa laras saintifik (prosa teknik yang
mengandungi satistik, gambar rajah).

1.1 Bidang Bacaan
Pembacaan haruslah meliputi bidang – bidang di bawah ini. Penekanan yang hendaklah
diberikan kepada Malaysia dan daerah serantau.

Bahan bacaan yang dipilih merupakan sampel petikan yang sesuai bagi setiap bidang.

Bidang
Sains sosial: meliputi bidang sosiologi, pendidikan, politik, ekonomi, psikologi, geografi, dan kebudayaan. Tumpuan hendaklah diberikan kepadapersoalan umum semasa.

Kemanusiaan: meliputi bidang keagamaan, sejarah, falsafah, sukan, dan linguistik. Tumpuan hendaklah diberikan kepada persoalan umum yang menyentuh manusia sejagat.

Sains dan teknologi: meliputi bidang sains, matematik, kejuruteraan, perubatan, komputer, veterinar, pertanian, dan perikanan. Tumpuan hendaklah diberikan kepada sejarah, falsafah, prinsip, dan aplikasinya.

Karya kreatif: meliputi riwayat hidup, Tumpuan hendaklah diberikan kepada kisah, perasaan, emosi, dan imaginasi aspek kebahasaan.

1.2 Kedalaman Pengajian Am
Kajian dan pengetahuan berkenaan sesuatu bidang itu hendaklah memperlihatkan
kematangan dalam kefahaman dan pemikiran.Pengajian dan pemerolehan pengetahuan
melalui pembacaan dan perbincangan itu haruslah memberikan tumpuan kepada yang
berikut:

1.2.1 Jenis Komunikasi Prosa
(i) Mengenali bentuk-bentuk komunikasi prosa yang lazim dengan memberikan tumpuan kepada ciri dan gaya penulisan:
(a) deskriptif
(b) naratif
(c) informatif
(d) penghujahan
(e) penilaian

(ii) Mengenali bentuk laras bidang supaya dapat memahami isi kandungan yang tersurat dan tersirat bagi menjana idea-idea dalam membincangkan permasalahan atau isu dan kemampuan untuk mengaplikasi, menganalisis, mengsistesis dan menilai pengetahuan yang diperolehi serta berkebolehan untuk membuat perhitungan di mana yang relevan .

(iii) Mengeluarkan idea yang berorentasi pelbagai laras bidang dari bahan-bahan yang berkaitan dalam bentuk prosa secara teratur dan sistematik dengan
menggunakan bahasa yang mapan dan berkesan. Perbincangan perlu dikaitkan dengan isu- isu semasa dalam Tajuk 4 (Pengetahuan Am).

1.2.2 Jenis Komunikasi Teknikal
(i) Mengenali dan memahami bentuk-bentuk komunikasi teknikal yang asas
dengan tumpuan kepada pemboleh ubah, aspek-aspek teknikal, nilai, kejelasan, persembahan, dan kerja-kerja penghitungan yang berkaitan:
(a) jadual – antara dan dalam sektor; dalam sektor sahaja.
(b) graf ( komunikasi berpaksi ) – garis dan bar; kompaun dan komponen: mudah dan kompleks
(c) carta – pai, aliran; mudah dan kompleks
(d) piktograf – piktogram, gambar rajah

(ii) Menganalisis fakta dan data bagi mengeluarkan idea yang berorentasikan
pelbagai laras bidang dari bahan – bahan yang berkaitan dalam bentuk teknikal (perangkaan dan grafik )

(iii) Memilih dan membina media teknikal yang sesuai.

2.      Pengetahuan Kenegaraan Malaysia ( Anggaran 65 waktu )
Pengetahuan ini haruslah meliputi sistem pentabiran dan perundangan Malaysia yang
berasaskan perlembagaan negara.

2.1 Perlembagaan ( Rujuk Bahagian 2 dan 3 Perlembagaan Malaysia )
2.1.1 Mengetahui takrif dan konsep perlembagaan, dan konsep ketertinggian
perlembagaan.
2.1.2 Mengetahui jenis perlembagaan: bertulis dan tidak bertulis.
2.1.3 Mengkaji perkembangan perlembagaan Malaysia
2.1.4 Mengkaji perlembagaan Malaysia: negeri dan persekutuan
2.1.5 Mengkaji peruntukan utama dalam perlembagaan Malaysia: kewarganegaraan; hak asasi; sistem pemerintahan – raja berperlembagaan, demokrasi  berparlimen, dan negara persekutuan.
2.1.6 Mengenali jenis-jenis pindaan perlembagaan – pindaan yang memerlukan
majoriti 2/3 ahli Majlis Parlimen dan diperkenan oleh Majlis Raja-Raja, majoriti 2/3 ahli Majlis Parlimen, majoriti 2/3 ahli Majlis Parlimen san kelulusan Yang Dipertuan Sabah dan Sarawak, majoriti mudah Majlis Parlimen.

2.2 Sistem Pemerintahan
2.2.1 Memahami konsep umum seperti:
(i) konsep negara dan mengenali ciri
(ii) membezakan sistem negara: kesatuan, konfederasi, persekutuan.
(iii) membezakan bentuk negara: monarki, republik, demokrasi, autokrasi
2.2.2 Memahami sistem pemerintahan kerajaan Malaysia dari segi sistem negara,
bentuk negara, dan pengasingan kuasa ( pentabiran, perundangan, kehakiman )

2.3 Pentadbiran
2.3.1 Struktur, organisasi pentabiran, peranan, dan tanggungjawab Kerajaan
Perkekutuan (Rujuk Bahagian 4 Perlembagaan Malaysia)
(i) Bidang kuasa – Senarai Persekutuan, Senarai Bersama, Senarai Negeri.
(ii) Struktur organisasi Kerajaan Persekutuan dan fungsinya – Yang di-Pertuan Agong, Majlis Raja-Raja, kabinet, kemeterian, agensi awam, suruhanjaya, Majlis. Perhatian hendaklah diberikan juga kepada Sistem Birokkrasi

2.3.2 Struktur, organisasi pentabiran, peranan dan tanggungjawab Kerajaan Negeri. (Rujuk Bahagian 5 Perlembagaan Malaysia )
(i) Bidang kuasa – Senarai Persekutuan, Senarai Bersama, Senarai Negeri
(ii) Struktur organisasi Kerajaan Negeri dan fungsinya – Sultan/Yang Dipertua.

2.3.3 Struktur, organisasi pentabiran, peranan dan tanggungjawab Kerajaan Tempatan
(i) Bidang kuasa – di bawah kawalan kerajaan negeri dan kuasa autonomi
(ii) Jenis – perbandaran, majlis daerah.
(iii) Struktur organisasi Kerajaan Tempatan.

2.3.4 Penyelarasan pentadbiran antara Persekutuan dengan Negeri, Negeri dengan
Negeri, Kementerian dengan Kementerian, Persekutuan dengan Kerajaan Tempatan

2.3.5 Kewangan Negara (Rujuk Bahagian 7 Perlembagaan Malaysia )
(i) Kumpulan Wang Yang Disatukan bagi Kerajaan Negeri
(ii) Sumber kewangan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, dan Kerajaan
Tempatan
(iii) Perbelanjaan yang dipertanggungjawabkan kepada Kumpulan Wang Yang
Disatukan.
(iv) Belanjawan Negara
(v) Kumpulan Wang Luar Jangka
(vi) Kumpulan Wang Amanah
(vii) Kumpulan Wang Rizab Negeri
(viii) Penyerahan cukai dan royalti kepada Negeri
(ix) Pinjaman Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan
(x) Institusi Ketua Audit Negara


3. Perundangan
3.1 Sejarah Perundangan Malaysia
Sejarah perundangan dilihat dari segi perkembangan sumber dan jenis undang-undang di
Malaysia:
3.1.1 Undang-undang bertulis: perlembagaan, akta, enakmen, ordinan,
perundangan kecil.

3.1.2 Undang-undang tidak bertulis: undang-undang adat, undang-undang
Islam, undang-undang lazim Inggeris, Doktrin Duluan Kehakiman

3.2 Badan Penggubal Undang – Undang
3.2.1 Badan Perundangan Persekutuan
(i) Komponen Parlimen – Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara, Dewan
Rakyat
(ii) Fungsi Parlimen dan Komponennya
(iii) Keahlian Dewan Rakyat dan Dewan Negara – syarat kelayakan dan ke
istimewaan
(iv) Proses penggubalan dan pelulusan undang-undang

3.2.2 Badan Perundangan Negeri
(i) Komponen Sultan atau Yang di-Pertua Negeri dan Dewan Undangan Negeri.
(ii) Fungsi Badan Perundangan Negeri.
(iii) Proses penggubalan dan pelulusan undang-undang.

3.2.3 Pembahagian Kuasa dalam hal perundangan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan negeri (Rujuk Jadual 6 Perlembagaan Malaysia).

3.2.4 Pilihan Raya (Rujuk Bahagian 8 Perlembagaan Malaysia)
(i) Suruhanjaya Pilihan Raya – peranan dan bidang kuasa.
(ii) Perjalanan dan prosedur pilihan raya.

3.3 Sistem Kehakiman ( Rujuk Bahagian 9 Perlembagaan Malaysia)
3.3.1 Perkhidmatan Kehakiman
(i) Pentadbiran
(ii) Perlantikan dan pemecatan anggota kehakiman.
(iii) Kebebasan kehakiman

3.3.2 Fungsi Kehakiman
(i) Mentadbir undang-undang
(ii) Mengesahkan undang-undang
(iii) Mentafsikan undang-undang
(iv) Menyelesaikan pertikaian
(v) Memelihara hak kewarganegaraan

3.3.3 Jenis Mahkamah
(i) Mahkamah Awam – struktur dan bidang kuasa, termasuk perbezaan struktur mahkamah antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
(a) Mahkamah Persekutuan
(b) Mahkamah Rayuan
(c) Mahkamah Tinggi
(d) Mahkamah Sesyen
(e) Mahkamah Majistret
(f) Mahkamah Penghulu

(ii) Mahkamah Khas Raja-Raja – Keanggotaan dan bidang kuasa

(iii) Mahkamah Syariah – struktur dan bidang kuasa;
(a) Mahkamah Rayuan Syariah
(b) Mahkamah Tinggi Syariah
(c) Mahkamah Rendah Syariah

(iv) Mahkamah Khas – keanggotaan dan bidang kuasa.
(a) Mahkamah Juvana
(b) Mahkamah Tentera
(c) Mahkamah Bumiputera
(d) Mahkamah Perusahaan
(e) Mahkamah Buruh

(v) Badan pengadilan yang lain – keanggotaan dan bidang kuasa
(a) Pesuruh Khas Bagi Cukai Pendapatan
(b) Badan Tatatertib Profesional, misalnya Majlis Peguam dan Persatuan Perubahan Malaysia.

3.3.4 Atur cara Perbicaraan dan Rayuan di Mahkamah
(i) Atur cara Sivil.
(ii) Atur cara jenayah.

3.3.5 Perkhidmatan Perundangan
(i) Peguam Negara- Status dan bidang kuasa
(ii) Peguamcara Negara dan Penggubal Undang-Undang Parlimen – Status dan
bidang kuasa
(iii) Biro Bantuan Guaman- fungsi/peranan

NOTA: Calon hendaklah peka terhadap apa jua perubahan, perkembangan dan
penyesuaian yang berkaitan dengan status , bidang kuasa dan fungsi dalam hal-hal
Kenegaraan Malaysia.

4. Pengetahuan Am (Anggaran 35 waktu)
Pemahaman isu-isu penting mengenai Malaysia dan daerah serantau, serta isu-isu penting
mengenai Malaysia dan dunia dari segi ekonomi, kebudayaan, dan kerjasama serantau.

4.1 Dasar Dalam Negara
4.1.1 Dasar Ekonomi
(i) Pra Dasar Ekonomi Baru
(a) Rancangan Malaya I (1956-1960)
(b) Rancangan Malaya II (1961-1965)
(c) Rancangan Malaysia I (1966-1970)

(ii) Dasar Ekonomi Baru
(a) Rancangan Malaysia II (1970-1975)
(b) Rancangan Malaysia III (1976-1980)
(c) Rancangan Malaysia IV (1981-1985)
(d) Rancangan Malaysia V (1986-1970)

(iii) Dasar Pembangunan Nasional
(a) Rancangan Malaysia VI (1991-1995)
(b) Rancangan Malaysia VII (1996-2000)
(c) Rancangan-rancangan berikutnya.

Tumpuan hendaklah diberi kepada dasar-dasar yang meliputi objektif dan strategi;
(i) Dasar Pelbagaian Ekonomi
(ii) Dasar Pertanian
(iii) Pelan Induk Perindustrian
(iv) Dasar Perindustrian Berat
(v) Dasar Pensyarikatan Malaysia
(vi) Dasar Penswastaan
(vii) Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran
(viii) Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam
(ix) Dasar Belilah Barangan Buatan Malaysia
(x) Dasar Kependudukan
(xi) Dasar Halacara Baru dalam Pembangunan Kampung dan Luar Bandar

4.1.2 Dasar Sosiopolitik
(i) Masyarakat majmuk – masalah perpaduan, usaha-usaha untuk memupuk perpaduan: tumpuan hendaklah diberikan kepada
(a) Dasar Pendidikan Negara ( Falsafah Pendidiakan )
(b) Dasar Kebudayaan Kebangsaan
(c) Rukun Negara
(d) Persemuafakatan Politik
(e) Intergrasi Nasional

(ii) Kecekapan Pentadbiran Awam – tumpuan hendaklah diberi kepada
(a) Dasar Pandang Ke Timur
(b) Penerapan Nilai-nilai Islam
(c) Kumpulan Meningkat Mutu Kerja

4.1.3 Wawasan 2020 – tumpuan kepada objektif/matlamat, cabaran-cabaran, strategi pengisian untuk mencapai matlamat Malaysia Maju dan Pembangunan Menyeluruh.

4.2 Dasar Luar Negara
4.2.1 Faktor-faktor yang menentukan dasar luar:
(i) Kepentingan Malaysia
(ii) Geostrategik
(iii) Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu
(iv) Islam
(v) Bekas Tanah Jajahan
(vi) Dasar Berkecuali

4.2.2 Perkembangan dasar luar berdasarkan era kepimpinan kerajaan
(i) Pro Barat
(ii) Berkecuali

4.2.3 Malaysia dan serantau (ASEAN) dengan tumpuan kepada dasar dan kegiatan
bersama:
(i) Keanggotaan
(ii) Bentuk-bentuk kerajaan – politik, ekonomi dan sosial
(iii) Cabaran dalam ASEAN

4.2.4 Malaysia dan badan-badan antarabangsa dengan tumpuan kepada penglibatan dan kepentingan Malaysia dalam badan-badan tersebut, termasuk persidangan antarabangsa yang utama.
(i) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(ii) Komanwel
(iii) Kerjasama Selatan-Selatan
(iv) Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
(v) Pertubuhan Negara-negara Islam

4.3 Isu Semasa
Isu-isu, peristiwa, dan projek terkini yang berkaitan dengan pembangunan negara,
serantau dan antarabangsa. Perbincangan dalam perkara ini boleh diaplikasikan dalam
bahagian bentuk komunikasi.
Senarai Bacaan
Bahan-bahan bacaan hendaklah terdiri daripada berbagai-bagai jenis. Senarai di bawah
ini merupakan panduan sahaja, bukan senarai yang lengkap.

1. Bacaan umum
(a) Akhbar Harian
(b) Majalah tempatan dan antarabangsa
(c) Risalah-risalah kerajaan
(d) Rancangan-rancangan Malaysia
(e) Perlembagaan Malaysia
(f) Laporan Ekonomi Tahunan

2. Buku rujukan
(a) Abdullah Sanusi Ahmad, Kerajaan dan Pentadbiran Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, 1982.
(b) Ahmad Atory Hussain, Pengantar Pentadbiran Awam, Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 1983.
(c) Buku tahunan Perangkaan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia, Jabatan
Perangkaan Malaysia, Kuala Lumpur.
(d) Dasar-Dasar Kerajaan Malaysia, INTAN, Kuala Lumpur 1991
(e) Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran,
Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur
(f) Malaysia kita: Sejarah, Pentadbiran dan Dasar-dasar Pembangunan , Institut
Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur, 1991.
(g) Malaysia Year Book, Berita Publishing, Kuala Lumpur.
(h) Prof Ahmad Mohamed Ibrahim & Ahilemah Joned, Sistem Undang-undang di
Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...