Jatuh cinta lagi
Lagi-lagi ku jatuh cinta
Kepada.....???
Jangan salah sangka, bukan jatuh cinta kepada semua wanita tetapi jatuh cinta kepada drama Korea haha... Tapi betullah, sejak dua menjak ni makin asyik pula menonton drama-drama Korea. Pelakon-pelakon yang hensem dan cantik [meskipun banyak yang menjalankan pembedahan plastik untuk tampil menarik] itu satu hal tetapi faktor yang lebih kuat tarikannya ialah jalan cerita, mutu lakonan dan sinematografi yang sangat hebat.
Glass Castle
To The Beautiful You
Latar belakang budaya dan lokasi yang menarik dan berbeza dari negara kita merupakan satu daya tarikan. Maklumlah, saya sendiri tak pernah pergi ke Korea apalagi mengenali budayanya secara dekat. Sekurang-kurangnya dengan menonton drama mereka, dapatlah saya 'melancong' dan melihat sendiri budaya dan cara hidup mereka. Lakonan mereka juga hebat dan berkesan. Jika kisah romantik memang romantik dan fiillll sangat. Jika sedih, memang sedih sesangat dan air mata serta ekspresi muka betul-betul real. Bukan dibuat-buat.
Stay With Me My Love
Yes Captain
Saya merasakan itulah kekuatan cerita Korea. Kisah hidup masyarakat, pergolakan rumah tangga, kisah persaingan empayar perniagaan dan cerita remaja digarap dengan begitu baik sehingga terasa begitu dekat dengan penonton. Ini hanya pandangan peribadi saya. Mungkin kerana menggemari drama Korea maka saya merasakan semuanya menarik belaka [Tak semua cerita Korea menarik]. Bagi yang kurang tidak berminat, mungkin lain pendapatnya. Semuanya ada citarasa masing-masing.
The First Wives Club
Lagu tema dan OSTnya best...walaupun sepatah haram tak tahu tapi boleh layannnn....