PMR sudahpun memasuki hari ke 3 hari ini. Rasanya masih tak terlewat untuk kita sama-sam mengucapkan selamat berjuang dan selamat maju jaya kepada calon-calon PMR tahun ini. Kita mengharapkan mereka beroleh kejayaan yang cemerlang. Merekalah harapan kita, generasi pelapis masa depan negara.
Haaa... dah lebih seminggu saya tak update blog ini. Alasannya;
1. Kekeringan idea. Hampir tiga minggu ini saya kerap sakit kepala terutama di bahagian kanan. Walaupun bukan sakit sangat atau berdenyut-denyut tetapi ia memberi rasa yang tidak selesa. Saya sendiri boleh rasa, ia bukan suatu kebiasaan. Dengan kata lain, ada sesuatu yang tak kena. Rasa 'ada yang tak kena' inilah yang membuatkan saya tak larat nak update blog. Saya nak rehat untuk seketika.
Beberapa hari lepas saya pergi berjumpa doktor. Walau bagaimanapun, rasa 'itu' masih tak reda. Saya merancang nak pergi berjumpa doktor lagi [doktor yang lain pula kali ni]. Harap-harap tidak ada apa-apa yang mudarat. Mintalah dijauhkan penyakit2 yang kronik haha. Takutnya....
2. Sibuk
Alasan klise..., dah tak berapa nak boleh pakai lagi. Tapi memang pun sedikit sibuk lebih-lebih lagi time nak dekat exam macam ni. Bulan Oktober merupakan antara bulan tersibuk dalam diari guru-guru. Meneruskan kelangsungan kelas tambahan, program gerak gempur, menyemak kertas percubaan pelajar dan latih tubi pelajar adalah antara agenda utama. Masa semakin suntuk, perhatian untuk pelajar perlu dilebihkan. Kesibukan inilah yang membuatkan saya slow kan sikit aktiviti berbelog ni. Pelajar didahulukan, pencapaian diutamakan! Lepas exam nanti, bolehlah lepas gian.
Apapun, saya tetap bersama anda. Tetap berkongsi apa saja dengan anda. Jadi, janganlah pergi meninggalkan saya keseorangan. Jenguk-jenguklah saya di sini ok....... salam ceria...