Selamat Datang ke Ruai Aman. Blog Berinformasi dan BerilmiahTerima kasih atas kunjungan anda. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

Welcome To My Ruai

Mar 9, 2011

Flora & Fauna

Kepentingan hutan
1. Membekalkan sumber makanan
- cth; buah-buahan, sayur-sayuran, cendawan, madu dll

2. Membekalkan bahan perubatan
- 1400 jenis tumbuhan hutan berpotensi menjadi antikanser
- herba seperti tongkat ali, akar kayu, dan daun sesetengah tumbuhan menjadi sumber perubatan tradisional

3. Hutan menyeimbangkan sistem ekologi dunia
- mengawal kualiti dan aliran air
- mengawal hakisan dan tanah runtuh


Faktor kepupusan flora dan fauna
1. Pembangunan tidak sistematik
- cth- pembinaan empangan yg tidak dikaji dan diteliti dengan baik- kemusnahan flora dan fauna
- projek pembangunan yg tidak mesra alam
- mengabaikan alam sekitar

2. Eksploitasi hutan yg melampau
- pembalakan haram
- penerokaan untuk pertanian, penternakan atau perlombongan
- beri kesan buruk kepada a/s dan ekosistem
- pemburuan haram- dapatkan daging, gading, kulit atau sisik
- cth; tenggiling, ular sawa, gajah semakin diancam kepupusan

3. Kurang pemantauan / kesedaran
- pihak berkuasa tempatan- gagal menjalankan tanggungjawab
- kegiatan rasuah
- karenah birokrasi
- kurang kesedaran pentingnya kelestarian a/s

Kesan kepupusan flora dan fauna
1. Keseimbangan ekosistem terjejas
- mempengaruhi keadaan iklim- suhu semakin meningkat

2. Manusia kehilangan sumber makanan / bahan perubatan / rezeki
- merugikan manusia terutama genersai masa depan

Langkah mengatasi
1. Mewujudkan habitat terkawal untuk melindungi flora dan fauna
- mewujudkan; hutan simpanan & taman
- cth: zoo, taman botanikal, taman negara
- flora dan fauna bebas dari gangguan manusia
- cth; Taman Negara Kinabalu, TN Bako, TN Endau-Rompin

2. Penyelidikan saintifik
- mencegah kepupusan
- cth; Pusat Penyelidikan Orang Utan Sepilok [Sabah] dan Pusat Pembiakan Penyu [Terengganu]

3. Mempergiatkan program kejuruteraan genetik
- menitikberatkan sumber genetik
- cth; penyimpanan baka secara tabung uji haiwan panda di China
- kajian DNA membantu pembiakan haiwan dan tumbuhan

4. Kaedah perubatan moden
- menghasilkan ubat / pelali bagi melindungi haiwan drp penyakit.
- cth; laser dan sinar-X- utk mendiagnosis penyakit

5. Penggunaan teknologi satelit
- utk mengesan dan menyelamatkan haiwan semasa kebakaran
- komputer; utk kajian statistik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...