Apa khabar semua?
Semoga keceriaan dan kedamaian milik anda semua. Pastinya mereka yang menyambut Hari Raya masih dengan mood raya. Bagi mereka yang masih bercuti, tentunya masih tersenyum lebar. Manakala mereka yang sudah pun memulakan tugas masing-masing pastinya sudah memulakan tugasan harian dengan penuh semangat.
Saya sendiri masih dalam mood cuti. Kerana mood cuti inilah, blog ini saya 'tinggalkan' hampir seminggu. Rasa rindu pula.
Cuti ni, sempat bawa keluarga jalan-jalan. Mengambil peluang shopping sempena 'sale' Raya. Hehe... apapun, dalam keghairahan membeli belah, berhati-hatilah dengan kempen 'potongan harga'! Bukan sesuatu yang asing bila ada peniaga yang mengambil peluang 'menyembelih' leher pengguna @ pembeli. Selain berjalan-jalan, sempat juga menjenguk emak di rumah panjang, menjenguk keluarga mertua dan paling penting ialah dapat 'menunaikan' hobi yang satu ini: fotografi! Inilah sebahagian hasil fotografi seorang amatur seperti saya [itupun kalau boleh dipanggil hasil fotografi hehe...].
Klik imej untuk visual yang lebih jelas
Selamat Hari Raya
&
Salam Kemerdekaan