Welcome To My Ruai
Jul 1, 2012
Catuan Air Akibat Kemarau
Apa yang paling saya khuatiri akhirnya terjadi juga. Sejarah tahun 2009 berulang lagi. Daerah Kecil Roban - Kabong akhirnya mengalami musibah akibat kemarau. Tengah hari tadi saya dimaklumkan bekalan air akan ditutup petang ini. Bekalan air hanya akan disalurkan pada waktu-waktu tertentu bagi membolehkan 'bekalan' sumber air di loji penapisan bertambah. Kalau kemarau bertambah teruk, tidak mustahil bekalan air akan terputus dan sekolah akan mengambil cuti 'darurat'. Jika ini yang terjadi, susahnya tak terbayangkan. Proses pengajaran dan pembelajaran terjejas disaat-saat program menjelang PMR, SPM dan STPM baru bermula. Aktiviti harian juga terganggu. Air merupakan keperluan asas yang cukup penting dalam kehidupan harian. Biarlah kemarau kasih asalkan tidak kemarau air!