Winci...
Pasti ramai yang dah kenal dengan amoi seorang ni sekarang [aku sendiri pun baru dengar nama dan kenal rupa amoi ni]. Maklumlah, sejak dah join program Selebriti Masterchef Malaysia namanya mula meniti di bibir para penonton rancangan tersebut. Lebih kurang jam 9.50 malam tadi beliau diumumkan sebagai pemenang bagi cabaran minggu ini sekaligus melayakkannya masuk ke final secara automatik. Tahniah Winci...
Sebenarnya aku tabik spring sangat dengan dia ni. Cantik memanglah cantik. Aku tak sangka dia ni pandai masak apatah lagi berjaya masuk ke final. Tapi bila aku dengar komen positif daripada juri-juri tadi aku percaya dia akan menang walaupun dia tak pernah dengar lagu yang menjadi tema masakannya, Dari Sinar Mata.
Siapa lagi yang layak ke final? Entahlah, aku suka dengan kelima-lima peserta tersebut. Bukan apa, suka tengok diaorang daripada 'blur' dengan tugasan yang diberikan tetapi akhirnya dapat menghasilkan masakan yang penuh kreativiti. Cuma rasa tak begitu adil sebab Juliza Adlizan boleh dikatakan jauh lebih pakar dan berpengalaman dalam dunia dapur memandangkan beliau sendiri ada buku resipi. Berbanding Juliza, yang lain nampaknya agak 'kureng' [selain Farouk yang berpengalaman luas dalam 'merasa' masakan / makan pelbagai masakkan sebelum ini hehe...].
Apapun, semoga sukses kepada semua peserta!