Dalam HeyBro dua tiga
hari lepas, saya ada keluarkan artikel berkenaan kahwin muda. Kebetulan pula
hari ini Harian Metro memaparkan kisah perkahwinan pasangan muda di Pekan,
Pahang. Pengantin lelaki baru berusia 16 tahun manakala pasangannya berusia 14
tahun. Youtube perkahwinan tersebut sudahpun mencatatkan lebih setengah juta
pengunjung @ penonton. Menurut ayah pengantin lelaki, perkahwinan muda bukan
perkara asing dalam keluarga mereka bahkan dia sendiri berkahwin pada usia 19
tahun.
Tidak ada salahnya berkahwin muda [kepada semua]. Itu hak peribadi. Pastinya kita ada alasan yang
tersendiri. Cuma saya tertanya-tanya, dapatkah kita mendaftarkan perkahwinan memandangkan usia masih di bawah umur. Saya sendiri kurang pasti
tentang soal ini. Mungkin ada pembaca yang lebih arif, boleh berkongsi dengan
kita.
Mengambil keputusan berkahwin pada usia muda merupakan
keputusan yang berat bagi pada pendapat saya. Banyak pro dan kontra yang perlu
kita nilai dengan teliti. Semua aspek perlu dipertimbangkan dengan rasional
agar tidak menyesal di kemudian hari.
Banyak persediaan yang harus kita
buat bila melangkah ke alam rumah tangga. Pembaca yang sudah berumah tangga
pasti memahami perkara yang saya sebutkan ini.
Saya tabik kepada mereka yang mengambil keputusan untuk berkahwin
di usia muda. Anda betul-betul pejuang yang berani! Semoga bahagia ke akhir
hayat.